Selepas beberapa ketika, Ariana mula tenang. Tiada lagi tangisan yang kedengaran dari mulut gadis itu. Tubuh badannya yang mengigil juga telah berhenti. Air mata yang dari tadi mengalir diseka oleh Adi Ashraf.
Keadaan Ariana Atilia jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang benar-benar menganggu dirinya. Adi Ashraf yang sedar dengan keadaan isterinya mengambil keputusan untuk tidak mempersoalkan apa-apa.
Dia tahu dalam keadaan seperti ini dia perlu memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Ariana. Tangan isterinya disulam bersama tangannya dalam gengaman yang erat. Manakala, sebelah tangannya lagi mengusap lembut pipi isterinya yang sudah kering dengan air mata gadis itu.
"Jangan nangis dah, okay. Buruk." ucap Adi Ashraf selamba. Cuba untuk menceriakan keadaan. Bibirnya mengulum senyuman.
Tindakannya berjaya apabila Ariana Atilia mula mengukir senyuman kecil. Tangan suaminya ditolak lembut daripada wajahnya. Dia tak dapat menafikan bahwa sentuhan suaminya itu membuatkan dia terasa selamat dan tenang.
"Mana ada buruk. Aku cantik, okay." balas Ariana cuba menafikan kata-kata suaminya. Walaupun sebenarnya dia tahu Adi Ashraf mahu mengalihkan perhatian dirinya daripada apa-apa perkara yang sedang menganggu dirinya sebentar tadi.
Oleh sebab itu, dia berasa lega. Lega kerana suaminya memahami keadaannya sekarang. Dia tahu pada akhirnya mahu tak mahu dia perlu berterus-terang dengan suaminya. Tetapi sekarang dia semakin yakin untuk melakukan sedemikian apabila melihat sisi Adi Ashraf yang begitu memahami.
"Aku lapar. Kau lapar tak?" soal Adi Ashraf cuba menarik perhatian isterinya. Mereka berdua sedang berjalan bersebelahan menuju ke kereta. Genggaman tangan mereka berdua juga masih erat. Dia risau apabila melihat isterinya hanyut dalam lamunan.
"Lapar." ringkas balasan daripada Ariana Atilia. Terhenti serta-merta lamunannya sebentar tadi. Pandangan matanya menemui riak wajah Adi Ashraf yang kerisauan.
"Aku nak makan aiskrim. Tapi kau belanja." tambah Ariana Atilia lagi sambil tersengih kerang. Mahu menunjukkan yang dia sudah okay sepenuhnya.
Adi Ashraf menjulingkan mata ke atas. Buat penat saja dia risaukan isteri dia tadi. Tapi sekarang boleh pula isteri dia fikirkan tentang aiskrim? Ceh.
Pada masa yang sama dia berasa lega apabila melihat isterinya sudah kembali seperti sedia kala. Sekurangnya dia tahu isterinya telah okay.
"Fine, Tapi nanti kita singgah mana-mana kedai makan. Sebab aku lapar nasi." maklum Adi Ashraf. Dia mengerling ke arah isterinya. Ariana Atilia mengangguk faham.
"Betul ni kau nak aiskrim je? Tak nak apa-apa?" soal Adi Ashraf lagi cuba mahukan kepastian. Dia membuka pintu kereta untuk membenarkan isterinya masuk. Ariana mengeleng.
"Nak aiskrim je lah. Lagipun aiskrim boleh buat aku happy tau. Kau tak nak tengok aku happy ke, Ash?" balas Ariana Atilia sambil mengerakkan kening. Terpamer senyuman nakal di bibirnya. Dia segera masuk ke dalam kereta.
Adi Ashraf mengeleng kepala. Dia turut memboloskan diri untuk masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang keledar dipakai. Anak matanya bergerak ke arah isterinya disebelah.
"Siapa kata aku tak nak kau happy hmmm? Kalau boleh, aku tak nak aiskrim yang buat kau happy tapi aku." tutur Adi Ashraf cuba meluahkan perasaan. Dia mahu isterinya tahu betapa dia mengambil berat tentang dirinya.
"Boleh. Jadi baik kau cepat belikan aku aiskrim. Aku lapar." pinta Ariana Atilia. Dia tahu maksud disebalik kata-kata suaminya cuma dia sekadar mengendahkannyaa. Andai Adi Ashraf tahu apa yang dia sembunyikan, adakah suaminya masih akan melayannya dengan sama?
"Kau ni, fikir makan je. Jahat, tak berhati perut betul." balas Adi Ashraf geram. Dia memberikan jelingan tajam. Tetapi dibalas dengan senyuman mengejek daripada isterinya.
"Ya ya ya. Aku tahu. Yang tak berhati perut ni jugaklah isteri kau. Kata nak aku happy kan tadi?" usik Ariana Atilia sambil menyiku lengan suaminya. Dia menayang sebaris giginya yang putih.
"Haah. Tapi sekarang aku menyesal." balas Adi Ashraf perlahan. Tak mahu didengari oleh isterinya. Ariana Atilia tersenyum kemenangan.
Tak lama kemudian, Adi Ashraf menghentikan kereta di hadapan sebuah kedai serbaneka. Tangannya mencapai dompetnya yang terletak di dalam dashboard kereta. Kad kredit kepunyaannya dikeluarkan dari dompet tersebut. Lalu, diserahkan kepada isterinya.
"Nah, pergi cepat beli apa yang kau nak. Nak borong satu kedai pun aku tak kisah." tutur Adi Ashraf malas-malas. Bersinar-sinar mata Ariana Atilia apabila mendengar kata suaminya.
"Thank you Ash!" ucap Ariana Atilia penuh gembira. Tanpa membuang masa, isterinya telah pun keluar dari kereta. Meninggalkan Adi Ashraf bersendirian. Dia menyilangkan tangan ke dada. Ekor matanya mengikut kelibat isterinya dalam diam.
Namun tindakannya terganggu apabila telefon pintarnya mula berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Nama pemanggil yang terpapar di skrin telefon dikerling sekilas.
Dia memberikan pandangan terakhir ke arah isterinya yang masih sibuk mencari makanan sebelum menjawab panggilan.
"Assalamualaikum, Izz." ucap Adi Ashraf terlebih dahulu. Tak lama kemudian, kedengaran suara Izz Faris dari corong telefon menjawab salamnya.
"Adi, kau busy ke sekarang ni?" soal Izz Faris ingin tahu. Risau sekiranya dia menganggu sahabatnya secara tak sengaja.
"Eh tak. Aku free sekarang ni. Aku ambil cuti. Aku ada dengan Riana, kalau kau cari aku dekat office memang aku tak adalah. Kau ada call ke semalam? Sorry aku terlupa nak call kau balik." ucap Adi Ashraf serba salah.
"Tak apalah, aku faham. Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal tengah cuti sekarang ni. Kalau tak dah lama aku tak kacau kau tau. Aku memang cadang nak jumpa kau tapi tak apalah." jelas Izz Faris. Baru saja dia ingat mahu melepak dengan sahabatnya itu.
"Mana ada kau kacau. Aku memang nak bagitahu kau juga sebenarnya. Tapi itulah aku terlupa jugak. Nasib baik kau call. Kalau tak dah balik nanti agaknya aku teringat." ucap Adi Ashraf sambil menepuk dahi. Macam manalah dia boleh jadi pelupa?
"Kau memang. Bila ada Ariana mulalah lupakan aku kan? Ha ni apa cerita tiba-tiba bercuti dengan Ariana sekali ni. Kau orang berdua dah berbaik dah ke apa. Baik kau cerita dekat aku sekarang. Jangan nak buat-buat lupa pulak eh." gesa Izz Faris mahukan jawapan. Dia semakin tertanya-tanya. Adi Ashraf mengeleng kepala sambil tersenyum senget.
"Aku dah jelaskan segala-galanya dekat Riana. Pasal Mawar apa semua. Aku teringat apa yang kau cakap. Jadi aku rasa ada betulnya jugak. Bila aku terangkan dekat Riana pasal Mawar, aku rasa tenang sangat. Rasa macam akhirnya aku rasa gembira sebab dah tak ada rahsia yang aku sorokkan lagi daripada dia." cerita Adi Ashraf sungguh lega. Mujurlah dia mendengar nasihat daripada Izz Faris.
"Alhamdulilah, baguslah kalau macam itu. Aku dah kata dah Adi. Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak kena jujur antara satu sama lain. Tengok sekarang, aku harap selepas ni kau orang berdua boleh bahagia." ucap Izz Faris penuh gembira apabila mendengar khabar berita sahabatnya.
"Amin. Aku harapkan perkara yang sama jugak. Cuma Ariana. Dia... Kau ingatkan dulu aku pernah cerita dekat kau ada sesuatu tentang dia yang aku tak tahu. Sekarang aku sedar yang sesuatu tu betul-betul buat dia takut, Izz. Aku betul-betul nak tolong dia. Tapi dia macam..." kata-kata Adi Ashraf tergantung. Tak tahu untuk menyambung dengan mana-mana perkataan yang sesuai untuk dia gambarkan.
"Adi, sekurangnya kau dah usaha kan? Mungkin dia perlukan masa lagi. Sabar. Ingat balik masa kau tak nak bagitahu dia tentang Mawar. Mungkin dia rasa apa yang kau rasa." ucap Izz Faris cuba memberikan semangat kepada sahabatnya.
Adi Ashraf mengangguk tanda faham. Tubuhnya disandarkan di kerusi kereta. Matanya mengerling keluar tingkap. Figura isterinya yang sedang menjinjit plastik berisikan makanan dipandang lama.
"Thanks Izz. Aku tak tahu nak buat apa kalau kau tak ada. Kau nak apa-apa ke sebagai balasan?" ucap Adi Ashraf akhirnya. Kedengaran tawa halus dari hujung panggilan.
"Tak payahlah Adi. Kau ni. Tapi nanti boleh tak kau bagi nombor Ariana. Senang sikit kalau tak dapat call kau, aku call dia." balas Izz Faris selepas sisa tawanya reda. Dia sedikit teragak- agak untuk menyuarakan permintaannya itu. Risau sekiranya sahabatnya memikirkan yang bukan-bukan.
Namun sangkaannya salah sama sekali apabila Adi Ashraf terus bersetuju. Mereka berdua menamatkan panggilan. Tak lama kemudian, nombor telefon Ariana Atilia telah pun dihantar kepada dirinya. Sebaris nombor itu dilihat sekilas. Hatinya tak henti berdoa.
Semoga apa yang dia bakal temui nanti bukan seperti apa yang dia fikirkan.
••???••?????••???••
"Dah dapat dah aiskrim?" soal Adi Ashraf sebaik isterinya kembali dari membeli di kedai serbaneka tersebut. Ariana Atilia tersenyum lebar sambil menunjukkan sebuah beg plastik yang berisikan aiskrim kegemarannya.
"Ha bagus. Makan diam-diam. Jangan tumpahkan dalam kereta aku." tutur Adi Ashraf memberikan amaran. Dia paling pantang kalau orang makan di dalam keretanya. Tapi disebabkan sekarang ini orang tersebut ialah Ariana Atilia, dia membuat pengecualian.
Awww... Eh ehem.
"Sedapnya. Lagi-lagi bila orang belanja. Fuh, bertambah sedap." ucap Ariana Atilia sambil menikmati aiskrim Magnum keluaran terbaru itu. Saja nak pau duit suami dia dalam diam. Punya lama dia mencari aiskrim yang mempunyai harga yang paling mahal tadi. Phew!
"Kad aku kat mana? Buat harta eh?" ucap Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya. Matanya dikecilkan.
"Mana ada. Ei kedekut. Baru guna sikit. Nah." rungut Ariana Atilia. Kad kredit milik suaminya diserahkan kembali. Tetapi ditolak oleh Adi Ashraf.
"Ambiklah. Simpan. Buat harta. Aku kan kedekut." balas Adi Ashraf dengan nada memerli. Dia kembali menumpukan perhatian untuk memandu.
Ariana Atilia mendecit. Eleh, merajuk konon. Aku simpan betul-betul nanti baru tahu. Lalu, kad kredit tersebut diletakkan kembali di dalam dompet suaminya. Adi Ashraf menyembunyikan senyuman.
"Aku gurau je, Ash. Nah rasalah sikit aiskrim aku. Sedap." pujuk Ariana Atilia. Dia menyuakan sebatang aiskrim tersebut kepada suaminya. Tanpa amaran, Adi Ashraf mengigit aiskrim tersebut hampir separuh. Ariana Atilia membulatkan mata.
Jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Namun dibalas dengan riak muka tak serba salah daripada Adi Ashraf. Ariana menyilangkan tangan ke dada tanda protes.
"Dah dah lah tu. Jom makan. Aku lapar. Kau dah makan aiskrim kan tadi." tegur Adi Ashraf mahu keluar dari kereta. Jam tangannya dikerling sekilas. Ariana Atilia menjulingkan mata ke atas.
"Yelah. Cepat, jom." ucap Ariana Atilia yang telah keluar dari kereta. Dia menarik tangan suaminya. Adi Ashraf melihat tangan mereka berdua.
"Nak makan apa?" soal seorang pekerja pelayan disitu sebaik mereka berdua duduk di tempat yang disediakan. Menu yang terletak di meja mereka berdua diselak oleh Adi Ashraf.
"Kau tak nak makan?" soal Adi Ashraf kepada isterinya. Ariana Atilia mengeleng kepala. Dia tak ada selera. Akhirnya dia memesan ais kosong sahaja.
Tak lama kemudian, makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka berdua telah sampai. Ariana Atilia segera menghirup air minumannya untuk menghilangkan rasa dahaga.
"Kenapa tak nak makan, Riana?" soal Adi Ashraf ingin tahu. Ariana Atilia yang sedang sibuk menghirup air menoleh ke arah suaminya.
"Aku tak ada selera." ringkas Ariana membalas. Dia mengacau air minumannya dengan straw. Tiba-tiba, dia dikejutkan apabila sesudu nasi goreng kepunyaan suaminya disuakan ke arahnya.
"Aku tahu kau merajuk. Nganga biar aku suap." ucap Adi Ashraf sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Mana ada-"
Sebaik mulutnya dibuka, Adi Ashraf segera menyuapkan sesudu nasi tersebut ke dalam mulut isterinya. Bibir isterinya yang comot dilap menggunakan tisu. Ariana Atilia mula malu.
"Mana aku merajuk. Aku boleh makan sendiri lah." balas Ariana Atilia perlahan. Dia mengunyah makanan tersebut sambil melarikan pandangan daripada suaminya.
"Tak kisahlah. Sini makan lagi. Nanti kau sakit." balas Adi Ashraf lembut. Ariana Atilia menurut kata suaminya. Dia membuka mulut apabila melihat sesudu lagi disuakan ke arahnya.
"Kenapa kau kisah sangat pasal aku, Ash? Padahal kau tahu yang aku reti jaga diri sendiri." soal Ariana Atilia tertanya-tanya.
Dia menghirup sedikit air minumannya.
Adi Ashraf menikmati makanannya sebelum menjawab persoalan isterinya. Dia mengangkat bahu tanda tak tahu sebelum memberikan jawapannya.
"I just care for what's mine."
••???••?????••???••
Kata-kata itu berlegar-legar di dalam fikiran Ariana Atilia sejak dari tadi. Dia langsung tak menjangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut suaminya. Kenapa? Kenapa suami dia penuh dengan kejutan? Nasib tak pengsan saja dia tadi di situ.
"Hei, Riana. Riana!" panggil Adi Ashraf sedikit kuat. Entah apa yang dilihat oleh isterinya di luar tingkap sehingga menjadi sebegitu. Dia cuba mencuri lihat apa-apa yang menarik di luar tetapi tiada satu pun yang menarik perhatian.
"Oh, Ash. Kenapa?" balas Ariana Atilia cuba menutup malu. Dia cuba mengawal riak mukanya sebaik mungkin.
"Kau tengok apa dekat luar tu sampai tak dengar aku panggil? Fikir apa hah." tanya Adi Ashraf mula curiga.
"Tak ada apalah. Sibuk je." balas Ariana Atilia cepat-cepat. Dia membuang pandangan ke luar tingkap sekali lagi. Entah kenapa pemandangan di luar lebih menarik secara tiba-tiba.
"Kau fikir aku eh?" usik Adi Ashraf. Dia tersengih. Riak wajah isterinya yang mula memerah mengiyakan kata-katanya.
"Ash!" marah Ariana Atilia menahan malu. Lengan suaminya ditepuk kuat. Tiada belas kasihan diberikan. Padan muka!
"Auch," luah Adi Ashraf mendesis kesakitan. Namun bibirnya masih mengukir senyuman senget.
"Jangan merepek. Cepat bawak kereta tu." tambah Ariana Atilia lagi sambil mencekak pinggang. Pipinya yang memerah dibiarkan. Nak disorok pun tak boleh.
"Fine, kau fikir aku tapi tak nak mengaku. Okay faham." ucap Adi Ashraf selamba. Tak serik lagi walaupun sudah dipukul oleh isterinya. Seronok sangat mengusik Ariana.
Ariana Atilia meraup muka. Apa dia nak buat dengan suami dia pun dia tak tahu. Dia menjeling ke arah Adi Ashraf.
"Kenapa kau panggil aku tadi? Nak apa?" ucap Ariana Atilia cuba mengubah topik. Dia sudah tak kisah dengan rona warna di pipinya. Lantaklah warna apa pun.
"Feri kita sejam lagi. Nak singgah mana-mana lagi ke?" balas Adi Ashraf tidak lagi bermain-main. Mahu terlepas feri mereka nanti. Tak dapatlah berjumpa dengan Tok Wan.
"Oh feri." balas Ariana Atilia tak kisah. Dia membetulkan awning tudungnya pada cermin kereta. Feri. Perkataan itu mula bermain-main di mindanya. Tanpa dia sedari, bibirnya menuturkan perkataan tersebut dengan kuat.
"Feri!" ucap Ariana Atilia tanda tak percaya. Wajahnya sudah mula berubah apabila terbayangkan kenderaan yang bakal digunakan oleh mereka berdua nanti.
"Ya, Riana. F. E. R. I. Kau kenapa? Dah pekak ke macam mana? Nak aku tunjuk gambar feri baru ingat macam mana rupa dia?" bebel Adi Ashraf disebelah. Siap diejanya lagi perkataan feri itu untuk isterinya. Dah buang tebiat ke apa?
"Kenapa tak ambik flight? Kan lagi cepat. Boleh cepat sampai. Kenapa kena ambik feri jugak, Ash? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?" bidas Ariana Atilia bertubi-tubi. Dia mula panik. Macam mana ni.
"Riana, relakslah. Kau kenapa? Aku ambik feri sebab aku nak luangkan masa dengan kau lama. Itupun salah ke?" balas Adi Ashraf yang tak faham dengan reaksi isterinya yang berlebihan. Bukan dia suruh mereka berdua berenang ke Langkawi ke apa.
Ariana Atilia tersentuh dengan kata-kata suaminya. Namun malangnya pada masa yang salah. Jantungnya berdegup laju bukan kerana Adi Ashraf tetapi terhadap perkataan feri tersebut.
"Ash, singgah kejap mana-mana kedai. Aku kena beli something." pinta Ariana Atilia. Otaknya ligat memikirkan barang-barang yang perlu dibeli.
Adi Ashraf yang berasa hairan hanya menurut kata isterinya. Dah kenapa pun dia tak tahu. Kalau dia tanya nanti mahu esok pun mereka masih tak sampai di rumah Tok Wan lagi.
"Kau nak apa-apa ke? Alang-alang dah sampai sini." soal Ariana Atilia sebelum keluar dari kereta. Dia cuba berlagak tenang.
"Nak kau selamat pun dah cukup." balas Adi Ashraf. Serta-merta menerima pukulan di pahanya daripada Ariana Atilia. Isterinya sempat menghadiahkan jelingan tajam sebelum beredar pergi.
"Mengada!" laung Ariana Atilia dari luar kereta. Padahal di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Dia cuba mengingat kembali tujuan dia ke kedai tersebut untuk mengalihkan perhatiannya sebentar daripada Adi Ashraf.
"Untuk kau je!"
Sekali lagi balasan daripada suaminya mampu mengugurkan jantungnya yang sudah sedia lemah akibat daripada feri tadi. Alahai.
Kuatkan jantung aku, ya Allah.
?:••:?:••:?:•???•:?:••:?:••:?:
"Ah leganya. Kau mesti tak sabar kan nak jumpa Tok Wan?" tegur Adi Ashraf setelah selesai menyimpan beg pakaian mereka di tempat yang disediakan.
Ariana Atilia hanya mengangguk. Matanya dipejam rapat cuba memaksa dirinya untuk tidur. Kepalanya yang mula pusing dihiraukan sepenuhnya.
"Kau beli apa untuk Tok Wan dekat kedai tadi?" tanya Adi Ashraf mahu memulakan perbualan. Mahu menghilangkan rasa bosan yang mula menyelubungi diri.
"Ha? Untuk Tok Wan? Bila pulak aku beli untuk Tok Wan? Itu untuk aku lah." balas Ariana Atilia sedaya upaya. Rasa loya di tekak membuatkan dia tak senang duduk. Plastik di tangan dipegang kemas.
Apabila mendengar jawapan daripada isterinya, Adi Ashraf segera mengambil plastik yang berisikan ubat-ubatan yang dibeli oleh isterinya sebentar tadi. Minyak angin aroma terapi turut dibeli oleh Ariana Atilia. Adi Ashraf mengerutkan dahi.
"Riana, kau kenapa ni? Tak sihat ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh pergi klinik." ucap Adi Ashraf penuh prihatin. Kenapa dia tak perasan keadaan isterinya sebentar tadi?
"Tak aku sihat je. Aku cuma-" ucap Ariana Atilia tetapi terhenti apabila rasa loyanya semakin kuat. Dia menutup mulutnya dengan tangan.
"Cuma apa?" soal Adi Ashraf tak faham. Ariana Atilia segera berdiri, mencari mana-mana tandas yang berdekatan. Adi Ashraf mengikuti langkahnya dari belakang.
"nAk mUntAh." ucap Ariana Atilia dengan mulut yang tertutup. Malangnya sukar difahami oleh Adi Ashraf.
Sebaik dia menemukan tandas, dia memuntahkan segalanya. Adi Ashraf turut menemani isterinya memandangkan tandas tersebut tidak digunakan oleh sesiapa selain mereka berdua. Belakang badan isterinya diusap lembut. Kini barulah dia faham.
"Kau mabuk laut?" soal Adi Ashraf setelah isterinya selesai. Ariana Atilia mengangguk sebagai balasan. Wajahnya dibilas mahu menyegarkan diri. Mulutnya dikumur.
Mereka berdua kembali duduk di tempat mereka sebentar tadi. Adi Ashraf menghulurkan sebotol air mineral kepada isterinya. Botol tersebut bertukar tangan.
"Thanks, Ash." ucap Ariana Atilia perlahan. Dia mengambil gula-gula pudina yang dibelinya tadi. Lantas, dimakan bersama air mineral yang diberikan oleh Adi Ashraf. Mahu menyegarkan mulut dan menghilangkan rasa loya yang masih tersisa.
"Sini." panggil Adi Ashraf, mengajak isterinya untuk duduk lebih dekat lagi dengan dirinya. Ariana Atilia mengeleng kepala tanda tak mahu.
"Tak naklah Ash. Tak malu ke orang tengok nanti." bisik Ariana Atilia. Adi Ashraf menyilangkan tangan. Dia berdecit. Tubuh isterinya ditarik.
"Ash!" marah Ariana Atilia separuh malu. Ada mata-mata yang memerhatikan mereka berdua. Dia melemparkan senyuman kekok.
"Diamlah. Ada nampak aku kisah?" balas Adi Ashraf selamba. Minyak aromaterapi tadi disapu pada pelipis kepala isterinya. Mahu menenangkan isterinya.
Ariana Atilia diam tak membalas. Wajah suaminya dipandang lama. Tanpa dia sedari, dia berada di dalam dakapan suaminya sepanjang perjalanan.
"Asalkan kau aku punya, aku tak kisah apa orang kata."
Yeah, updated!
Chapter paling panjang setakat ni ??
Apa pun, enjoy reading!
Next chapter coming soon...
Don't forget to vote?
Leave comment too??
Share this novel