"Sejuknya.....!"Hazel mengumam sendiri.
Hazel meringkukkan badannya kesejukan.Terasa ada sesuatu yang janggal membuatkan Hazel membuka matanya.Dia tercari-cari kelibat Tengku Que Iskandar yang tiada disampingnya.Tidurnya yang sentiasa ditemani oleh pelukan dan haruman maskulin tubuh lelaki itu menyebabkan dia rasa kehilangan sesuatu.
"Abang marah sangat ke dekat Hazel?"
"Sampai hati abang tak nak teman Hazel tidur!.."
Tubir matanya mula bergayutan dengan airmata.Puas menghamburkan tangisan,Hazel mengangkat matanya memandang sekeliling.
"Deng!!!!"......
Jantungnya tergolek jatuh ke lantai bila menyedari keberadaanya.Bilik kaca yang tidak ingin lagi dia jejakkan kakinya malahan sekarang dia dibiarkan tidur sendirian di sini.Sampai hati Tengku Que Iskandar menderanya sebegini .Hazel segera bangkit berdiri.Matanya liar memandang ke setiap ceruk bilik mengesan sebarang ancaman.
Tiba-tiba ruang di hadapan glass room disimbah dengan cahaya terang sama seperti kejadian sebelum ini.Automatik Mata Hazel melihat ke depan.Kali ini bukan sekadar jantungnya tergolek,mulutnya juga sudah jadi bisu hingga sudah lupa macam mana mahu menjerit.
Mulutnya melopong dengan mata yang bulat membesar kerana terkejut.Kakinya melembik seperti jeli.Badannya mengigil seperti orang terkena penyakit Parkinson.Dia hanya mampu menelan suara tangisannya bersama ketakutan yang menggila.Jika petang tadi Hazel sudah rasa takut melihat buaya,sekarang ketakutannya lebih berganda-ganda.
Di depannya muncul makhluk yang sangat-sangat dia takut dalam hidupnya.Spesis binatang yang sangat menakutkan dan menggelikan tidak kira dalam apa size sekalipun.Terasa seperti mahu pengsan bila makhluk yang bersaiz besar seperti movie Anaconda muncul secara nyata di depan matanya.Lidah bercabang yang terjulur keluar sangat mengerikan,ditambah dengan bunyi mendesir kuat menaikkan bulu romanya.Tubuh kecil Hazel kelihatan seperti tenggiling kerana menyembunyikan kepalanya di dalam pelukan sendiri.
Tengku Que Iskandar hanya melihat figura isterinya yang terduduk di lantai kerana ketakutan dari balik cermin kaca hitam biliknya,hanya terletak di sebelah glass room .'Dark room' merupakan bilik kaca yang kalis imej yang tidak mampu dilihat dari luarnya,hanya orang didalam yang boleh melihat.Tengku Que Iskandar sengaja membuka mikrofon dan speaker untuk membolehkan Hazel mahupun dirinya mendengar segala bunyi diruangan mereka.Jari Que mengetuk-ngetuk meja,tabiat yang sebati dalam hidupnya untuk meredakan gelisah atau amarahnya.Kalau ikutkan hati sememangnya dia tak sanggup mendera isterinya sebegini,namun sikap degil dan melawan Hazel sangat mencabarnya.Jadi Tengku Que Iskandar akan meyerang secara psikologi sebagai bentuk hukuman supaya wanita itu menjaga tingkah lakunya.
"Bummmm..."
""Tolong.....Tolong aku......!"hukuman bermula.
Bunyi dentuman pintu yang kuat dan jeritan yang kuat menyebabkan Hazel mengangkat kepalanya dari persembunyiannya.Matanya dikecilkan untuk mengenalpasti imej di depan matanya kerana matanya sedikit kabur dengan airmata.
Anak matanya mengembang dan badannya secara reflek terbangun dan berdiri kaku melihat ke depan.Lelaki itu juga saling berpandangan ke arah Hazel.Nyata dia juga terkejut demi melihatkan Hazel.
"Le...lelaki berparut...!"
Bibirnya mengigil apatah lagi badannya yang menggeletar.Melihat lelaki berparut ini di depan matanya semakin bertambah-tambah ketakutannya.
"Tolong aku...maafkan aku....maafkan aku....!!!"
Lelaki berparut itu menjerit dan memukul kuat cermin kaca yang diduduki oleh Hazel.Bunyi bising dari tindakan lelaki itu memancing perhatian makhluk sebesar anaconda itu menyusur perlahan dan berdesir semakin kuat.
Mata Hazel masih melekat pada figura lelaki disebalik cermin yang masih agresif menumbuk cermin hingga berdarah tangannya.Mata Hazel kembali membulat bila bayang-bayang makhluk itu yang sudah menaikkan tinggi kepalanya hingga ke syiling muncul kembali.Matanya yang bersinar kekuningan memandang tajam ke arah mereka dengan lidahnya yang bercabang dua bagaikan sedang bersedia menyambar mangsanya.
Sekelip mata kepala lelaki itu disambar dengan kelajuan yang sangat pantas.Tubuh itu kelihatan menggeletek sebelum ditelan keseluruhannya.Hazel bagaikan sedang menonton cerita anaconda secara live.
"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!"
"Abang!......Abang.....!...Hazel takut"
Hazel menjerit sambil menutup rapat mata dan telinganya enggan melihat atau mendengar apa-apa lagi.Hari ini emosinya sudah terkoyak rabak dengan haiwan belaan Tengku Que Iskandar.
Tengku Que Iskandar juga tidak sanggup melihat keadaan Hazel.Tangannya digenggam kuat menahan gigilan.Perasaan bercampur baur antara mahu terus mengurung isterinya atau menghentikan hukuman ini.Rahangnya diketap kuat dan matanya dipejam rapat bila isterinya menjerit memanggilnya.
"Ok we're done!"
Keputusan sudah di ambil,Tengku Que Iskandar bingkas bangun dengan langkah besar menuju ke arah glass room untuk mendapatkan isterinya.
Saat pintu terbuka,Hazel terus berlari laju masuk ke dalam pelukan Tengku Que Iskandar.Pelukannya sangat kuat hingga badannya betul-betul menempel dibadan suaminya.Tengku Que Iskandar mengangkat tubuh isterinya,kaki Hazel dibuka melingkar ke pinggangnya.Tangan Hazel laju naik memeluk erat leher suaminya.Wajahnya yang lencun dengan airmata disembamkan ke ceruk leher Que.Tubuhnya masih menggeletar ketakutan.
"Nak langgar perintah abang lagi tak?"bisik Tengku Que Iskandar sambil menepuk punggung isterinya sedikit kuat.
"Tak nak.....!"Hazel merengek takut.
Hazel mengeleng-geleng kepalanya dibalik leher Tengku Que Iskandar.Dia tidak mungkin berani melawan seorang Tengku Que Iskandar yang umpama Iblis yang menjelma menjadi manusia yang sangat tampan tetapi menakutkan.
Share this novel