Bab 41

Short Story Series 55082

"Beritahu aku sekarang!" Tiba-tiba Haikal bertanya sambil tubuhnya disandarkan pada pintu agar tiada tempat untuk perempuan itu melarikan diri. Suara ketukan dan panggilan daripada luar tidak diendahkan oleh dirinya.

"Beritahu apa?" Rina memandang Haikal.

"Kau tak payah nak buat-buat bodoh pulak! Siapa kau sebenarnya? Shofwah isteri Aqil atau Rina Altafunisa?" Haikal menengking Rina yang masih cuba menyembunyikan dirinya.

Rina terdiam. Nampaknya Haikal sudah mengenali dirinya. Dia tahu rahsia yang disimpan itu lambat laun akan terbongkar juga tapi dia tidak menyangka secepat itu. Baru semalam lelaki itu melayaninya dengan baik kerana menganggap dirinya Shofwah. Kini sikap baran lelaki itu datang kembali apabila mengetahui bahawa dia adalah Rina Altafunisa.

"Dengar, saya tak berniat langsung nak menipu awak atau sesiapa. Tapi..." Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya Haikal berjalan ke arahnya dan menghentak dirinya ke dinding yang berada di belakangnya sehingga terasa sakit mencucuk di belakang badannya itu.

Purdah yang dipakai oleh Rina ditarik kuat sehingga terlepas dari ikatannya. Kini wajah Rina terdedah di hadapan wajah Haikal yang hanya sejengkal saja jauhnya itu. Haikal memandang raut wajah Rina yang masih dalam keadaan sama seperti tiga tahun lalu sewaktu dia meninggalkan perempuan itu di bilik hotel. Wajah Rina masih cantik malah semakin cantik mungkin disebabkan hormon yang telah berubah selepas perempuan itu melahirkan anak.

"Kenapa kau ada di sini?" Haikal bertanya serius tidak membentak seperti tadi tapi matanya masih memandang tajam mata Rina.

"Papa yang bawa saya ke sini." Rina menjawab sambil matanya ditutup rapat tidak mahu melihat wajah lelaki dihadapannya itu.

"Kau jangan nak membohong akulah! Kau datang ke sini dengan harapan kau nak rampas harta bapak aku lepas kau tak dapat rampas harta aku kan?" Sekali lagi badan Rina ditarik ke hadapan dan dihentak semula ke dinding dengan sama kuat seperti tadi sehingga terdengar suara Rina mengerang kecil akibat menahan kesakitan.

"Demi Allah, saya tak berbohong pada awak! Tolong lepaskan saya." Rina bersuara lemah. Sakit yang dirasakan dibelakang badannya itu seakan-akan seperti mahu patah tulang belakangnya dihentak begitu kuat oleh Haikal.

"Kau ingat aku nak percaya cakap perempuan murah macam kau ni! Anak diluar sana tu anak siapa?" Haikal bertanya lagi walaupun dia sudah tahu kemungkinan anak yang berada di luar itu adalah anaknya kerana wajah Qalifh amat mirip dengan wajahnya sewaktu dia masih kecil.

"Dia anak saya!" Rina masih tidak mahu membuka matanya memandang Haikal.

"Anak kau dengan siapa? Dengan jantan mana kau melacur sampai dapat anak itu?" Sengaja Haikal berkata-kata kesat seperti itu walaupun dia tahu Rina tak melakukan perkara itu. Dia sengaja mahu menyakitkan hati perempuan itu.
Mendengar kata-kata hinaan itu, Rina membuka matanya dan membalas pandangan mata Haikal dengan sama tajam. Dasar lelaki tak guna! Jerit hatinya.

"Kenapa? Kau marah? Kau nak pukul aku? Pukullah!" Haikal memang mahu menguji kesabaran wanita di hadapannya itu yang sudah berombak dadanya menahan amarah. Sengaja dia memperlihatkan wajah senyuman mengejek sambil menghalakan pipi kirinya yang sudah lebam akibat ditumbuk oleh Syahiran tadi pagi.

Pangg!!!

Satu tamparan kuat terkena tepat di pipi Haikal. Tubuh badan Rina menggeletar akibat dia baru saja menampar wajah suaminya itu. Sakit yang selama ini dia rasakan dilepaskan dengan satu tamparan. Matanya masih tajam merenung Haikal.

"Jangan lupa apa yang awak buat pada saya tiga tahun yang lalu. Awak rampas apa yang menjadi kebanggaan saya dan awak juga yang tanamkan benih pada rahim saya. Jangan samakan saya dengan pelacur! Kerana pelacur hanya berurusan dengan lelaki jahanam saja!" Rina berkata sinis walaupun nada suaranya masih cuba dikawal daripada membentak Haikal.

Sakit hati Haikal belum surut dengan tamparan keras daripada Rina ditambah lagi dengan kata-kata Rina itu. Rina menggelarkan dirinya 'jahanam'. Walaupun nadanya mendatar itu lebih terasa dirinya dihina. Egonya tercalar akibat diperlakukan seperti itu oleh wanita dihadapannya itu. Selama ini belum pernah pipinya itu ditampar oleh mana-mana wanita. Haikal yang memang panas baran itu mula mendidih darahnya sehingga terlupa bahawa wanita dihadapannya itu bukanlah lawannya.

"Berani kau tampar aku, perempuan sial!" Satu tamparan kuat tepat mengenai pipi Rina sehingga jatuh terjelupuk wanita itu dibuatnya.

"Dalam hidup aku belum pernah ada orang yang berani sentuh aku. Kau dengan kawan kampung kau yang nama Syahiran itu memang cari pasal dengan orang yang salah." Haikal menampar lagi pipi Rina sehingga pecah hujung bibir Rina dan mengalir cecair pekat bewarna merah.
Rina mengerang kesakitan. Sakit inilah yang dirasakan seperti tiga tahun yang lalu. Air matanya mengalir akibat tidak tertahan lagi sakitnya dan semakin mengalir apabila dia terbayangkan wajah Puan Mawar tiba-tiba. Kejadian tiga tahun yang lepas berulang lagi. Dia masih ingat wajah Puan Mawar yang menitiskan air mata disebabkan melihat keadaannya ketika dihantar pulang oleh kawan-kawannya dahulu.

"Kau memang perempuan murah yang tak sedar diri! Sepatutnya kau gugurkan saja anak itu sebab kau tak layak nak melahirkan zuriat aku atau mana-mana lelaki dalam dunia ni. Kau tu pelacur! Jadi kau layaknya dilayan seperti pelacur! Memang aku jahanam macam yang kau katakan tadi. Jadi sekarang lelaki jahanam ini akan membuat kau menyesal sebab kau berani datang ke sini mencari simpati!" Haikal tersenyum penuh misteri.

Tiba-tiba tangan Haikal menarik tudung litup yang dipakai Rina dengan kasar sehingga terlihat rambutnya yang disanggul rapi. Rina yang cuba mengesot melarikan diri ditarik kakinya sehingga terseret ke arah Haikal. Haikal menindih paha Rina dengan pahanya. Tangan Rina yang cuba memukulnya disambut dan ditekan ke atas dengan tangan kirinya. Jubah yang dipakai Rina ditarik ke atas sehingga memperlihatkan separuh tubuhnya.

"Allah!!!" Rina menjerit sekuat hatinya meminta pertolongan. Dia menjadi takut. Dia tidak rela perkara yang terjadi tiga tahun yang lalu berulang lagi.

YA ALLAH, TOLONG HAMBA!!!

Rina menjerit di dalam hatinya memohon perlindungan daripada Allah dengan air mata yang berlinangan. Wajah ibu dan neneknya kembali berlayar di dalam mindanya. Rina menguatkan dirinya dan masih sedaya upaya melepaskan diri daripada Haikal yang seperti kerasukan syaitan itu. Lelaki itu memang sudah gila!

"Robbi najjini minal qaumidz dzalimin." Rina membaca doa perlindungan daripada orang zalim apabila dia sudah tidak mampu membuat apa-apa kerana Haikal sudah mengunci semua pergerakannya. Rina membaca doa itu berkali-kali dengan penuh pengharapan agar Allah menyelamatkannya. Hanya Allah yang tahu betapa dia benar-benar merayu. Jika perlu ambil saja nyawanya ketika itu daripada dia harus melalui keadaan itu.

Haikal ketawa kerana tidak mengerti apa yang dibaca oleh Rina.

"Menjeritlah sekuat hati kau sebab tidak ada sesiapa yang akan membantu kau. Berdoalah semahu kau sebab Allah tidak akan memakbulkan doa kau kerana aku masih suami kau yang sah dan aku berhak ambil hak aku. Kau belajar agamakan pasti kau lebih pandai daripada aku, bodoh!" Haikal bercakap takbur sebelum menanggalkan pakaian yang dipakainya. Pipi Rina ditampar kuat sekali lagi apabila tangan perempuan itu mula memukulinya kembali apabila tangannya terlepas saat Haikal mahu membuka bajunya.

"Aqil!!!" Semakin kuat Rina menjerit apabila dia berasa jijik dengan sentuhan Haikal diseluruh tubuhnya itu. Dia tidak tahu mengapa dia menyebut nama Aqil tetapi wajah lelaki itu muncul di dalam benaknya tiba-tiba.

Haikal menghentikan kucupan dan perbuatannya itu apabila Rina menjerit kuat memanggil nama adik angkatnya itu. Tiba-tiba pintu bilik yang sudah dikunci itu terbuka luas akibat diterajang daripada luar dan kelihatan Aqil berdiri di hadapan pintu bilik itu dengan wajah yang bengis memandang Haikal yang berada di atas Rina di lantai.

"Allahuakhbar!" Rina menangis apabila melihat Aqil. Pertolongan daripada Allah sudah sampai untuk menyelamatkan dirinya.

"Haikal! Apa yang kau dah buat ni?" Aqil tidak menunggu lama dan menumbuk wajah Haikal sehingga lelaki itu terbaring di sebelah Rina. Aqil menarik gebar di atas katil sebelum menutup tubuh Rina dengan gebar itu di atas lantai dan memeluk gadis itu yang menangis hiba.

"Kau jangan campur urusan aku, Aqil! Dia isteri aku." Haikal bangun tidak puas hati. Kenapa hari ini begitu malang buat dirinya kerana sudah tiga orang yang memukuli wajahnya itu.

"Kalau betul kau anggap dia isteri kau sepatutnya kalau layan dia dengan baik Haikal bukan kau layan dia seperti binatang." Aqil menengking Haikal kembali. Ini pertama kali dia menggunakan nada yang tinggi terhadap Haikal.

"Kau adik aku jadi kau kena ikut kata aku. Kau jangan lupa Aqil, kalau bukan papa yang kutip kau, kau akan hidup melarat sekarang. Sedar diri kau tu sikit!" Haikal mula mengungkit tentang siapa diri Aqil yang sebenarnya yang selama ini tidak pernah diucapkan oleh dirinya.

"Disebabkan aku ingat jasa baik papa pada akulah, aku tak bunuh kau hari ini Haikal." Aqil berkata geram. Dia tidak membelasah Haikal ketika itu kerana dia hormatkan Tan Sri Mansur.

"Kau memang perempuan tak guna kan? Dikampung kau ada Syahiran disini kau ada Aqil. Berapa banyak lelaki kau nak layan? Memang serupa pelacur!" Haikal berkata sinis melihat Rina didalam pelukan Aqil dan itu membuatkan hatinya tiba-tiba berasa marah.

"Haikal!!!" Aqil menengking kuat dan mahu memukul Haikal tetapi ditahan oleh Rina.

"Tolong, bawa saya pergi dari sini. Saya mohon, Aqil." Rina menarik kolar baju Aqil dengan kuat memohon agar dia dibawa pergi daripada situ.
Aqil menggenggam tangan Rina yang berada di kolar bajunya dengan kuat. Lupa dia seketika pada batas diantara lelaki dan perempuan di dalam keadaan itu. Aqil membawa Rina keluar daripada bilik itu. Mak Sofi dan Ain segera mendekati Rina yang diselimuti gebar itu sebelum kedua-duanya turut mengalirkan air mata tidak mahu membayangkan apa yang terjadi di dalam bilik tadi. Qalifh yang sudah diam daripada menangis kembali menangis lagi apabila melihat keadaan ibunya dengan rambut yang kusut masai dan lebam di hujung bibirnya.
Rina mengambil Qalifh daripada tangan Mak Sofi dan memeluk anaknya itu erat. Anak beranak itu menangis bersama-sama sebelum Aqil memeluk kedua-duanya.

"Mak Sofi, Aqil bawa Rina dan Qalifh ke tempat yang lebih selamat dahulu." Aqil memberitahu Mak Sofi sebelum membawa Rina dan Qalifh keluar daripada situ.


Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Aqil masih mendengar tangisan Rina. Qalifh pula sudah tertidur akibat kepenatan kerana asyik menangis. Gebar tebal yang diberikan Aqil tadi masih menyelimuti seluruh tubuh Rina.

"Maafkan Aqil, Rina." Aqil meminta maaf atas kesalahan yang Haikal lakukan kepada wanita itu tetapi Rina tidak menjawabnya. Wanita itu sibuk melayan perasaan sehingga mereka sampai ke destinasi yang dituju.

Rina melihat rumah teres dua tingkat di sebelahnya dari dalam kereta. Rumah siapa ini? Mengapa Aqil membawa dia ke situ. Rina tidak sempat bertanya apabila Aqil keluar daripada kereta dan memberi salam di hadapan rumah itu. Aqil memberi salam berkali-kali dengan harapan orang di dalam rumah itu keluar. Dia mendapat alamat rumah itu daripada orang suruhannya. Sudah lama sebenarnya dia mahu membawa Rina ke situ sebagai kejutan buat wanita itu yang jarang keluar daripada rumah tetapi dia tidak menyangka kejutan yang mahu diberikan bertukar menjadi meminta pertolongan.

"Aqil? Macam mana kau tahu ini rumah aku?" Aqilah bertanya terkejut apabila melihat lelaki yang sudah lama tidak dilihatnya. Sewaktu majlis konvokesyen mereka, Aqil sama seperti Rina menghilang tanpa khabar berita. Anugerah yang dimenangi lelaki itu diambil oleh pengganti kehadirannya. Ramai diantara mereka tertanya-tanya ke mana hilangnya tokoh pelajar universiti mereka itu.

"Aqilah, sebenarnya Aqil nak minta tolong." Aqil diam sejenak dan memandang ke arah keretanya.

Aqilah turut sama menoleh ke arah kereta Aqil sebelum matanya membulat melihat wanita yang dicarinya selama ini. Aqilah terus berlari menuju ke pintu kereta dan membuka pintu kereta itu dengan tergesa-gesa. Rina keluar daripada kereta sambil mendukung Qalifh dengan linangan air mata yang membasahi wajahnya.

"Ya Allah, Rina! Kau betul sahabat aku Rina kan?" Aqilah terus memeluk Rina dengan sangat erat. Air matanya turut mengalir deras. Rina menangis teresak-esak di dalam pelukan Aqilah yang amat dirinduinya itu.

"Mana kau pergi, Rina? Puas aku cari kau merata-rata. Kau tahu tak aku risau? Kenapa kau larikan diri dari aku?" Aqilah bertanya dengan marah sambil memukul belakang Rina berkali-kali kerana begitu geram dengan sikap sahabatnya itu yang menjauhkan diri daripadanya. Tiga tahun dia mencari Rina selepas tamat latihan industrinya di Melaka tetapi dia mendapat khabar daripada Syahiran bahawa Rina diusir daripada kampung oleh penduduk kampung akibat mereka mengetahui Rina mengandung. Semuanya disebabkan oleh Syuhada dan itu membuatkan Aqilah semakin membenci tunang Syahiran yang kini sudah menjadi isteri lelaki itu.

"Ummi…" Qalifh merengek apabila tidurnya terganggu kerana tidak selesa dipeluk erat seperti itu sehingga membuatkan Aqilah baru tersedar bahawa ada anak kecil diantaranya dan Rina yang sedang berpelukan. Aqilah memandang Qalifh tidak percaya.

"MasyaAllah, anak kau?" Aqilah bertanya teruja dan menjerit kecil apabila melihat Rina mengangguk. Aqilah mengambil Qalifh daripada Rina dan mencium anak itu berkali-kali sehingga Qalifh berasa rimas dan hampir menangis diperlakukan seperti itu. Terkejut si anak masih belum habis lagi selepas melihat ibunya diperlakukan dengan kasar. Anak itu masih di dalam ketakutan.

"Kenapa dengan kau?" Sekali lagi Aqilah terkejut apabila dia baru perasan keadaan Rina yang diselimuti gebar menutupi seluruh tubuhnya. Wajah kawannya itu juga lebam. Rina memandang Aqil dengan tajam.

"Kenapa dengan Rina, Aqil?" Aqilah bertanya kasar kepada lelaki itu.

"Boleh kita cakap di dalam Aqilah? Aku tidak mahu ada orang yang melihat kami di sini." Aqil meminta keizinan untuk masuk ke dalam rumah Aqilah kerana dia tidak mahu tempat persembunyian Rina buat sementara waktu diketahui oleh Haikal atau sesiapa.
Aqilah mengangguk dan membawa Rina masuk ke dalam rumahnya. Apa yang terjadi kepada kawannya itu? Mengapa hidup Rina sering begini? Mengapa sahabatnya itu tidak boleh hidup bahagia seperti orang lain?

Share this novel

Anonymous
2021-05-12 00:19:38 

Narcissist.. Dia akan provoke kita dengan kata-kata dia. Kata-kata tu tentu je menyakitkan hati. Lagi kita sabar, lagi dia provoke. Lagi kita diam, lagi dia provoke. Because narcissist knows no boundaries! Lepas tu bila kita marah, dia akan keluar ayat, "Tak sangka mulut awak macam ni. Pakai je niqab, tapi maki hamun orang. Pakai je tudung labuh, tapi mulut macam ni.." Yes, ni la salah satu contoh gaslighting. They put the blame on us back. In the 1st place masa dia provok kita tu, dia tak salah. Dia tak rasa dia salah. Dia takkan rasa bersalah sikit pun. Dan kalau kita argue balik benda ni, kita ingatkan dia apa yang dia buat yang menyebabkan kita mengamuk, masa tu dia akan berlakon jadi malaikat. "Saya takde niat pun macam tu. Awak yang sensitif sangat, awak yang salah faham.." Nampak tak? Dia masih pusing kesalahan tu pada kita. Dia tetap tak salah kan. Takkan salah kan. Sebab dalam life dia, dia tak pernah ada rasa bersalah. Kalau kita ignore je, tu akan hit ego dorang pulak. Pun sama, dia akan agresif pada kita. Dia akan serang terang-terangan. "Berlagak, baru glemer sikit dah berlagak. Macam la bagus sangat! Perangai awak tu saya tau sangat!" Menyerang! Sebab ego dia tercabar. Narcissist tak suka direject. Tak suka penolakan. Mesti ikut cakap dia je, baru dia suka. Narcissist ni kaki buli! Dan bila kita meletup, kita dah feed their needs. So hati dia akan rasa puas sangat sebab dia rasa MENANG. Masa tu dia akan ketawakan kita. Narcissisit ni sentiasa suka bercakap tentang orang lain. Suka mengintai kehidupan orang lain. Setiap masa. Dan lepas tu menanti-nanti je orang tu buat silap, dan dia la yang tampil menghentam.

Anonymous
2021-04-24 05:10:53 

JAUHI MANUSIA YANG MEMPUNYAI SIFAT SEPERTI BABI... Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: ومن الناس من طبعه طبع خنزير، يمر بالطيبات فلا يلوي عليها، فإذا قام الإنسان عن رجيعه قمه، وهذا كثير من الناس يسمع منك ويرى من المحاسن أضعاف أضعاف المساوئ، فلا يحفظها ولا ينقلها ولا تناسبه، فإذا رأى سقطة أو كلمة عوراء وجد بغيته وما يناسبها، فجعلها فاكهته ونقله. "Sebahagian orang ada yang tabiatnya seperti tabiat babi, ketika melewati makanan-makanan yang baik, dia tidak tertarik. Namun, ketika seseorang selesai buang air besar, babi tersebut segera memakannya hingga habis. Sifat seperti ini banyak ditemui pada manusia. Ketika dia mendengar darimu berbagai kebaikan yang berkali ganda daripada keburukan, dia tidak mengingatinya, tidak menceritakannya. Semua itu tidak sesuai dengan seleranya. Namun, ketika dia melihat kegelinciran atau ucapanmu yang tersilap, dia merasa mendapatkan keinginannya dan yang sesuai dengan seleranya. Lalu dia menjadikannya sebagai buah hidangannya dan menceritakannya ke sana kemari." (Madarijus Salikin)

Zalikha Zikir
2021-01-01 03:19:55 


NovelPlus Premium

The best ads free experience