Rate

Bab 2

Romance Series 4982

Masihku segar di ingatan, sewaktu hembusan nafas terakhir arwah ayah.

"Sara kawin dengan irfan anak tok ketua tu ye nak" ayah berkata dengan ada lembut.

Aku memadang sedalam-dalamnya wajah ayah, meminta simpati pun iya. Masakan umur masih muda aku nak kawin.

"Saraaa jan janjii denn dengann Aaa yah" Ayah berkata dengan sukarnya

Aku tahu ayah tak ada peluang nak hidup lagi. Pergilah ayah sudah sekian lama ayah menanggung derita ayah akibat barah otak.

"Baikklah ayah. Sara janji" ujurku lantas mengengam tangan ayah dan cium semahu-mahunya

Air mata jatuh berguguran. Bukan sedih kerana wasiat tapi keadaan ayah terlalu tenat.

Tiba-tiba terasa longar gengaman tangan. Aku angkat wajah dan memandang ayah sudah memejamkan mata buat selama-lamanya. Gelap gelita seketika.

"Ayahhhhhh" teriakku sekuat hati

Pak su yang duduk berhampiran kami berlari ke arah ayah. Mengesan nadi di leher ayah lalu mengeleng kepalanya. Lepas itu aku tak ingat apa-apa lagi. Kini tinggal aku sendiri. Arwah ibu sudah pergi ketika aku kecil akibat kemalangan kini ayah.

"Hoi! Dah masak?" Tegur irfan dengan suara yang lantang.

Ishh laki aku ni, sergah aku macam ni. Bagilah salam ke. Adoii

"Sejak bila ko pekak" tegur irfan sambil menepuk meja makan.

"Belum lagi bang. Sara baru siang-siang barang" kataku takut-takut

"Berangan jantan memanglah!" Herdik irfan

Amboi melampau ni. Aku menjeling sambil menundukkan wajah. Tak berani sebenarnya.

"Cepat sikit masak, aku lapar! Tak akan isyak baru nak siap masak" Arah irfan sambil berlalu pergi

Segera aku masak sepantas yang boleh. Nasiblah aku ni memang minat masak. Aku jadi penganti arwah mak. Masakkan arwah ayah setiap hari masa arwah ayah ada. 'Humm ayah rindunya. Esok sara ziarah ayah dan mak' kataku dalam hati.

Siap sudah menu ringkas makan malam. Paprik campur dan telur dadar. Siap menghidangkan diatas meja aku memangil suamiku untuk menjamah.

"Berambus" kata irfan sambil menyenduk nasinya sendiri.

Aku berlalu pergi. Dah biasa. Macam selalu bila suamiku makan, aku kena pergin jauh-jauh kalau tak kenalah maki hamun. Bila irfan sudah siap makan baru aku akan makan

'Humm benci aku pun tetap makan apa aku masak. Siap arah nak makn itu ini. Aku bagi nasi kangkang baru tahu'. Haha bisik hatiku

Ya ALLAH apa aku melalut ni. Humm baik settelkan pinggang makan kat singki tu. Tak apalah aku dapat pahala masak untuk suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience