Episode 8

Adventure Series 25852

Episode 8 -eyka_aqua

Musim panas bermula. Di kelas latihan bagi kelas A001.

"Baiklah semua pelajar. Hari ni saya nak ajar macam mana nak hasilkan pentagram. pentagram yang paling senang adalah pentagram menghantar barang mengunakan demensi B dengan kelajuan bunyi." kata cikgu Bess.

"Korang semua perlu fokus pada benda yang korang nak hantar. Contohnya bunga ni. Saya akan hantar batang sakura yang saya petik tadi untuk dijadikan contoh." Sambil menunjuk batang sakura yang sudah tiada bunga kerana telah habis musim didalam pasu.

"Sebelum saya tunjukkan. Saya akan terangkan teorinya." sambil memetik jari.

Muncul papan putih terapung disisinya. Cikgu Bess menerangkan teori.

"Semasa penghantaran sesuatu objek. Kita memerlukan frekuansi yang betul nisbahnya. Frekuansi yang tepat akan menghantar objek yang kita mahu merentasi ruang demensi tanpa halang. Harus diingatkan disini. Objek yang dihantar perlulah berjisim. Jika tidak berjisim ia akan menganggu arus perjalanan antara dua demensi dan mencetuskan elektrik yang sangat berbahaya." Terangkan cikgu Bess sambil menunjuk lukisan di papan putih.

"Baiklah saya akan tunjukkan caranya. Saya akan buat dengan kadar perlahan. Kadar kelajuan kurang dari kadar kelajuan bunyi." Kata cikgu Bess sambil tersenyum. Cikgu Bess memetik jari dan keluar sebuah monitor besar dibelakangnya.

"Monitor ini akan menunjukkan demensi B. Bagaimana objek berjisim yang cikgu hantar melaluinya sebelum sampai ke sesuatu destinasi dituju. " Terang cikgu Bess.

Seluruh kelas mula menumpu perhatian penuh sebaik sahaja cikgu Bess mengfokuskan diri.

Muncul pentagram warna putih di bawah pasu bunga dan pasu bunga tadi mula terapung sekelip mata ia hilang dari pandangan.

Semua fokus kepada skrin monitor. Terlihat pasu bunga bergerak melalui demensi B. Kamera di skrin monitor bergerak mengikut pergerakkan pasu bunga dan pasu bunga hilang dari demensi B.

"Wah!" Seseorang menjerit teruja.

Semua mengalih pandangan ke arah gadis di meja 013. Pasu bunga berada di atas mejanya.

"Dengar!" Cikgu Bess menepuk tangannya. Semua pelajar menumpu perhatian kepada cikgu Bess.

"Semasa objek berjisim di demensi B kita boleh mengubah kedudukannya. Contohnya, kalau cikgu fokuskan pasu tadi untuk dihantar ke awak Sabrina pada mulanya tapi semasa objek tu di demensi B saya boleh ubah haluan ke Jie dengan serta - merta." Terang cikgu Bess. Baiklah pelajar, korang semua faham?" Tanya cikgu Bess.

Semua pelajar mengangguk kepala serentak.

"Kalau semua sudah faham, baiklah semua lakukannya. Semua pelajar ada pasangan masing-masingkan? " kata cikgu Bess sambil memetik jari.

"Ada!" Serentak pelajar kelas A001 menjawab.

Muncul batu sebesar ibu jari di setiap meja pelajar. Setiap pelajar duduk berdepan dengan pasangan masin-masing.

"Baiklah pelajar. Kamu dihendaki menghantar batu kamu ke pasangan kamu ya. Buat sampai berjaya!"

Disituasi Arsh dan Las.

"Baiklah. Arsh aku mula ya?"

"Ok. Jangan sampai lembam mata aku dahlah."

"Alah. Kali pertama biasalah tu."

Las memfokuskan pandangannya ke arah batu yang cikgu Bess berikan sebentar tadi. Muncul pentagram dibawah batu dan hilang dari pandangan. Dengan sekali percubaan sahaja batu yang Las hantar selamat sampai dihadapan Arsh.

"Baiklah aku pula." Ujar Arsh sambil tersenyum.

Sebaik sahaja Arsh fokus dalam penghantaran batu tersebut maka muncul pentagram dibawah batu tersebut. Percubaan Arsh juga berjaya.

Mereka bertukar-tukar batu berulangkali sambil ketawa. Mereka berdua tidak sedar hanya mereka berjaya membuat pentagram penghantaran tersebut.

"Jom buat lain dari lain?" Cadang Arsh.

"Lain dari lain?"

"Aku akan baling batu ke arah kau dan kau guna pentagram untuk menghalang batu tersebut sambil menghantarnya ke meja aku? Amacam?"

"Kerja gila!-"

"Tapi apa salahnya!" Sambung Las sambil senyum.

Arsh mengambil kedudukan jarak dan melontar batu dengan pantas ke arah Las. Las hanya memejam mata.

Batu dengan laju bergerak ke arah Las. Sebaik sahaja Las membuka mata muncul pentagram di wajahnya. Batu tersebut berhenti dan memasuki pentagram milik Las dengan perlahan-lahan dan muncul dihadapan meja Arsh.

"Baiklah! Giliran aku pula!"

Arsh menghulur batu tersebut ke Las.

Las melambung-lambung batu tersebut dan tiba-tiba muncul pentagram dan batu tersebut hilang dengan pantas. Arsh terkejut.

Arsh dapat rasa batu tersebut dihantar melalui demensi B untuk menyerangnya. Arsh bersedia.

Muncul batu dengan kelajuan bunyi menyerang Arsh. Arsh terus mengaktifkan pentagram sebaik sahaja batu tersebut hampir menyentuh dadanya.

Sebaik sahaja batu yang dilontar tadi terbelah kepada lima bahagian. Walaupun terperanjat dengan cekap Arsh mengaktifkan pentagram disekeliling batu yang hampir mengena badannya. Arsh berjaya menghalang serangan yang dilancarkan oleh Las.

Batu yang pecah kepada lima bahagian tadi bertaburan di meja Las.

"Heh~" Arsh menghadiahkan senyuman kemenangan pada Las.

Mereka ketawa terbahak-bahak.

"Wooooo. Cayalah!" Mereka terkejut sebaik sahaja mendengar sorakkan rakan sekelas mereka.

"Hebat betul! Kita orang sendiri pun belum lepas buat penghantaran ni. Kau orang dah siap buat main." Puji rakan sekelas mereka.

Dalam hati cikgu Bess.

"Mereka memang hebat." Kata Cikgu Bess sambil tersenyum kecil sambil menyilang tangannya dan bersandar di mejanya.

"Arsh. Sampai sekarang kau tidak tahu kau pengguna element apakan? Aku akan beritahu kau nanti." Bisik Cikgu Bess perlahan.

"Berusahalah Arsh. Aku akan terus perhatikan kau." Sambungnya.

"Las.. tolong jaga Arsh. Korang akan sentiasa bersama."

Cikgu Bess memerhati gelagat mereka berdua.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience