Bab 13

Horror & Thriller Completed 790

Rizal menunggu adik kesayangannya yang tidak kunjung tiba. Dia cuba untuk menghubungi Rania, tetapi tidak dijawab.

"Manalah budak pendek ni? Mentang-mentang dah dapat balik kereta dia,terus senyap." omel Rizal.

Dari jauh kelihatan Rania berlari menuju kearah Rizal.

"Sorry lambat. Ada hal tadi."

"Hmm, yalah. Orang dah dapat kereta dia semula, mana nak ingat kita dah." perli Rizal.

Jarak umur Rizal dan Rania lebih kurang lima tahun. Tetapi mereka sangat rapat.

"Mana kawan kau tu?" soal Rizal.

"Ada dalam kereta. Eh, sekejap. Mana abang tau?" soal Rania.

"Dah terang-terang semalam aku nampak ada perempuan belakang kau." jelas Rizal.

"Oh,begitu. Sekarang ni tuan hamba mahu kemana?" soal Rania.

"Hamba mahu pulang ke teratak hamba. Hamba akan memandu buat kali ini." balas Rizal.

Rania membuat tanda setuju lalu berkata, "Baiklah kalau tuan hamba berkata sedemikian."

Mereka berdua tergelak dengan perwatakan sebentar tadi.

"Adik, kenapa dengan kereta ni?Dengan calarnya, kemik, lampu signal kiri pecah. Kau buat apa Rania?" tegur Rizal.

"Balik rumah kita bincang,okey?" dalih Rania sambil menunjukkan isyarat Raihana ada dibelakang.

Rizal akur lalu meneruskan perjalanan.

************

Dari jauh kelihatan Mawar ayu berbaju kurung menunggu Munir ditepi sungai. Kelibat Munir masih lagi tidak kelihatan. Melihat situasi itu, Jamilah mendapat satu akal.

"Aku akan pastikan kau tidak akan memiliki Abang Munir." gumam Jamilah.

Jamilah pergi ke arah belakang Mawar lalu menolak Mawar jatuh. Kepala Mawar terhantuk pada batu yang berada disitu. Mawar pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience