Bab 7

Romance Series 16573

Di sebuah cafe.. En Faizal sudah menunggu En Kamarul tentang perkara tempoh hari..

“Maaf lambat..dah order ke?” Soal En Kamarul yang masih berlagak biasa
“Tak apa..Faham orang busy projek besar sekarang..dah order, kau order lah” tersenyum sinis En Faizal
“Mana ada..ada ada sahaja kau ni..haa yelah” Setelah memesan En Kamarul terus fokus kearah Kawannya itu, yang dulu baik tetapi sekarang sudah renggang oleh kerana salah faham akan projek syarikat pada 3tahun lepas..
“Macam ni..anak kau Irsyad Rayqal tu dah kahwin ye?”
“Ye kenapa..haritu aku jemput kau sekeluarga tak datang pun..”
“Sibuk..masa tu..”
“Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan..ni tentang anak aku Tania..”
“Kenapa dengan Tania? Apa jadi?”
“Kau tahu kan..dari mula Irsyad kerja dia sudah tergilakan anak kau..jadinya aku rasa perkara ni takkan berlarutan..tapi dah 2tahun lebih dia masih mengejar Irsyad..sampailah semalam..dia hampir bunuh diri bila dapat tahu Irsyad dah kahwin..”
“Allahu..macam mana boleh jadi semua ni..maafkan aku Faizal..kami jodohkan Irsyad dengan Ellya sebab kau tahu kan dulu apa yang terjadi antara keluarga aku & keluarga Ellya tu..aku sebersalah Faizal..ni je cara aku nak tebus salah aku..”
“Tapi kau dah lupa anak aku yang disakiti..” Sayu En Faizal apabila teringatkan anaknya itu..
“Apa yang kau nak aku buat? Kahwinkan mereka? Irsyad takkan setuju Faizal..aku kenal benar anak aku tu..”
“Kalau kau boleh kahwinkan dia dengan perempuan yang dia tak cinta, kenapa tidak Tania?”
“Kau tak faham Faizal..”
Terasa bahang di ruangan cafe tersebut, sedangkan penghawa dingin di merata tempat..En Kamarul sudah tidak keruan. Apa yang perlu dijawab..apa yang perlu dilakukan..

“Apa yang aku tak faham Kamarul? Tak cukup lagi 3tahun lepas kau dah ragut kebahagiaan aku? Kini? Kau nak ragut anak kami pula?”
“Allah yang menentukan ajal..bukan aku..kau jangan salahkan aku tentang hal 3tahun lepas..itu hal kerja takda kena mengena dengan peribadi..”
“Jadi”
“Ye..aku akan cuba berbincang dengan Irsyad..tapi aku tak janji untuk kahwinkan mereka..tapi aku akan usaha..aku minta diri..apa apa aku call”
terasa kering di tekak..sempat En Kamarul meneguk airnya sebelum berlalu pergi..
En Faizal yang melihat En Kamarul itu mengharapkan lelaki itu mengotakan apa yang diberitahu sebentar tadi..

Apa yang terjadi pada keluarga Ellya sebenarnya? Apa yang cuba En Kamarul sembunyikan?

Irsyad yang sedang membelek gambar kahwinnya bersama Ellya..
‘Aku harap kita bahagia El..aku akan cuba bahagiakan kau walaupun hakikatnya kita memang tidak mempunyai fahaman yang sama’
Telefonnya berbunyi..

“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam ya pa..kenapa?”
“Syad harini balik rumah papa ya? Boleh?”
“Haa tengok dulu papa..sebab harini kerja tak banyak nanti Syad inform papa eh tapi kenapa papa ada apa-apa jadi ke pa?”
“Takda..kami semua okay..ni tentang kamu Syad..”
“Pasal Syad? Kenapa pa?”
“Jangan banyak soal..nanti papa bagitahu”
“Haa yelah pa..jumpa nanti”
Panggilan dimatikan..
‘Apa yang papa nak bincang tu.Macam serius je suara papa’ Irsyad berasa tidak sedap hati..

Pintu biliknya diketuk..

“Masuk!”
“En Irsyad saya nak bagitahu petang ni encik ada meeting dengan klien kita di Penang..bersama Puan Ellya”
“Baik..Terima kasih Puteri”
‘Bagus boleh aku cakap kat Ellya sekali..’ desisnya
Dia tidak dapat berjumpa isterinya ketika lunch tadi oleh kerana masing masing sibuk dengan kerja mereka..

Irsyad sedang menaip sesuatu di komputernya..sedang dia menaip dia terlanggar akan kertas kertas yang berada di meja nya..sempat dikerling kertas yang jatuh..
ditarik satu per satu kertas tersebut..
Tersenyum Irsyad melihat kerja kerja yang Ellya telah persembahkan di hadapannya..Gadis itu memang menarik perhatiannya kebelakangan ini..

Irsyad mempercepatkan langkahnya ke bilik mesyurat..dia seorang yang menepati masa.. klien belum sampai dia sudah tunggu 10 minit awal di bilik mersyuarat.. terlihat Ellya yang sibuk menyusun dokumen.. dibantu oleh Arif ditepinya..Sempat Irsyad memandang Arif tajam tanda Arif perlu menjauhkan diri dari isterinya itu..
Arif masih tersengih..sengaja dia membiarkan jelingan tajam Irsyad itu..

Semasa mesyuarat berlangsung Ellya sungguh berdedikasi menerangkan kepada klien tentang projek yang dihasilkan..klien nampaknya kagum dengan pembentangan Ellya itu.. Sempat juga klien memuji Ellya di depan Irsyad..

“Okay saya setuju dengan Puan Ellya punya penghasilan sangat kemas dan juga mudah dijadikan tarikan orang ramai. Terima Kasih yang Puan”
“Eh tak ada apa lah..dah memang kerja saya..”
“Okay baiklah..Terima kasih saya minta diri dulu ya..”

Selepas beberapa minit..

“El..saya nak cakap kejap” Panggil Irsyad yang melihat Ellya sudah habis bercakap dengan klien tersebut..
“Ye Encik sekejap ya..” Ellya pantas menyusun barang barangnya dan pergi ke Irsyad
“Kenapa?”
“Harini kita balik rumah mama eh?”
“Alaa baru nak main masak masak sama sama..” Ellya mencebik seakan budak kecil yang merajuk..
“Takpayah nak merajuk lah..esok lusa kita main masak masak..eh?”
“Baiklah..”
“Balik ni kita terus pergi tau..”
Ellya terlebih dahulu meninggalkan Irsyad di bilik mesyuarat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience