Telah seminggu Hazel dan Hezree bergelar suami isteri. Tempoh cuti telah pun habis, Hezree membawa Hazel ke rumah baru mereka yang terletak berdekatan dengan pejabatnya. Kediaman rumah mereka sungguh cantik dan damai sekali dengan pokok-pokok yang ada dihalaman rumah mereka.
Sudah puas Hazel menggeliling rumah mereka, Hezree mengangkat barangan mereka keluar dari bonet kereta lalu membawa masuk ke dalam rumah. Hezree membawa Hazel menuju ke kamar mereka. Walaupun Hezree masih lagi tidak melupakan kisah silamnya, namun dia tidak mahu berpisah dari Hazel.
Asyik penat menyelesaikan kerja rumah. Hazel masuk ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk memasak, akan tetapi belum ada apa-apa barang untuk memasak. Tidak lama kemudian Hezree masuk ke dapur lalu mengajak Hazel untuk ke pasaraya membeli barangan dapur.
30 minit membeli barang dapur, mereka pulang. Hazel ke dapur untuk makan malam. Di meja makan mereka hanya berdiam diri saja, sampaikan Hazel tidak selesa dengan suasana sebegitu. Lama masing-masing berdiam diri, Hezree mula bersuara eengan mengatakan "Esok aku dah mula masuk kerja, aky nak kau bersiap awal-awal!".
Hazel hanya mampu mengangguk kepala saja. Selesai je makan, Hazel membersihkan apa yang patut. Lalu dia menuju ke kamarnya untuk tidur. Hazel mengambil bantal dah selimut lalu dia tidur di atas sofa berdekatan dengan katil Hezree.
Hazel lena saja. Hezree pergi menuju ke sofa yang Hazel tidur, dia melihat wajah Hazel penuh rindu. Sungguh dia rindu dekat Hazel walaupun mereka pernah berpisah. Hezree juga tidak menafikan yang dia masih sayangkan Hazel, namun dia juga tidak dapat mengawal egonya dekat Hazel.
Share this novel