BAB 22

Humor Completed 78146

"KAK Aisyah!"terkocoh-kocoh Najiha masuk ke dalam rumah.Dekat enam kali dia telefon Aisyah tapi tak berjawab.Jadi dia ambil keputusan untuk pergi ke rumah Aisyah sahaja.Nasib rumah mereka tidak berapa jauh.

Aisyah yang terdengar nama nya di laung terus turun ke tingkat bawah.Hairan dia melihat Najiha tercungap-cungap seperti tidak cukup nafas.

"Jiha kenapa ni?"tanya Aisyah cemas.Di tarik tangan adik sepupunya dan duduk di kerusi panjang.

Najiha menghembus nafas sambil menyedut beberapa kali.Dia kena bertenang dulu.

"Kenapa ni Jiha?akak risau ni.."

"Akak.Jiha nak bagitau yang abang Adam ada dekat sini."

"Ha!Apa Jiha cakap.Adam dekat sini.Mana dia?"Aisyah pula naik gelabah.Mata tercari-cari kelibat Adam.Mana tahu Adam ada di luar pintu.Nak lari pun tak sempat ni.

"Dekat rumah.Tengah sembang dengan abi."

"Buat apa dia datang sini?"

Tadi umi yang menyuruh Najiha bagitahu Aisyah.Jadi cepat-cepat Najiha datang bagitahu. Aisyah.Aisyah dah berpesan agar tidak memberitahu sesiapa pun yang dia ada di sini.Dia tak mengharap pun Adam yang akan mencarinya.Dia ingatkan Dato Rais.

"Umi bagitahu abang Adam cari akak.Tapi umi dengan abi tak bagitahu pun akak dekat sini.Kan akak dah pesan.Tu umi suruh bagitahu akak."

"Ish!buat apa cari akak?akak tak nak jumpa dia."

"Jiha dengar abi cakap abang Adam nak tinggal dekat sini.Dia nak tunggu akak."

Macam nak tersembul mata Aisyah.Adam ni dah kenapa.Rasa sukar nak percaya pula.Nak buat apa cari dia.Bukan Adam dah nak kahwin dengan Cik Julia ker.

"Susah la macam tu.Akak tak nak jumpa dia.Malas dah la menghadap orang macam tu.Tapi betul ker dia datang sini cari akak.Ntah-ntah pasal hal syarikat dia dengan Darul Sakinah kot."Aisyah meneka.Bersangka baik mungkin atas urusan lain.

Tapi kalau betul Adam nak tinggal kat sini.Susah lah Aisyah.Takut terserempak pulak nanti.

"Lagi satu abi pesan.Suruh akak tinggal dekat rumah abi."

"Hah?nak buat apa.Jiha tolong akak.Akak tak nak jumpa dia.Macam mana ni?"gusar dibuatnya.

Kasihan Najiha lihat muka kakak sepupunya yang mula bertukar muram.Sejak mula Aisyah balik sini muka dah tak ceria.Mendung semacam.Puas abi dan umi tanya baru kakak sepupunya ceritakan hal sebenar.Tapi yang Jiha tak faham kenapa bakal bekas suami kakak Aisyah datang sini cari kak Aisyah.Kata nak berpisah.Pelik juga kan.

"Jiha ada satu idea.Akak pakai niqab.Mesti abang Adam tak akan perasan akak punya."Najiha angkat kening sambil senyum segaris.

Aisyah tersenyum.Bernas juga idea Jiha.Mesti Adam tak kenal punya.Terus Aisyah naik ke bilik memakai niqab.Hanya dua biji mata dia saja yang nampak.Baju pun Aisyah tukar pakai jubah labuh.Biar Adam tak perasan akan dia.

Aisyah ikut naik kereta Jiha.Honda Jazz biru dia tidak bawa.Siap masukkan dalam garaj dan selimutkan lagi.Takut Adam perasan.

Dari jauh Aisyah dah nampak kereta Adam yang terpakir elok depan rumah Pak Ngah Daud.Dadanya berdebar.Tu belum nampak tuan kereta lagi.

Aisyah masuk ikut pintu belakang.Terperanjat umi.
Nasib Najiha ikut belakang Aisyah.Menenangkan Mak Ngah Shahida yang sedikit terperanjat

"Aisyah..terperanjat umi."Umi mengurut dada.

"Maaf umi."Aisyah buat isyarat tangan tanda maaf supaya tidak bising.

"Kenapa pakai macam ni?"

"Kak Aisyah undercover,umi.."Jiha terkekek-kekek ketawa.

"La bertuah punya budak."

"Umi tolonglah..Aisyah tak nak jumpa dia.Abi cakap ker Aisyah ada dekat sini."

"Abi tak cakap pun.Tapi Adam nak tinggal kat sini.Dia nak tunggu Aisyah.Abi izinkan.Tapi abi dan umi rasa bersalah pulak bila tengok muka Adam.Kesian, datang semata-mata nak jumpa Aisyah.Mana tahu mungkin dia ada nak bagitahu sesuatu agaknya pada Aisyah."

Masa mula tadi Adam muncul memang umi ada rasa terkilan rasa geram tapi disabarkan hati.Melihat suaminya yang tenang melayan Adam,dia pun ikut tenang.Adam dengan wajah keruh dan sesal meminta maaf pada mereka berdua.Nampak keikhlasan Adam di situ.Merayu mahukan Aisyah kembali padanya.

"Jangan lah umi.Aisyah tak nak jumpa dia.Umi dengan abi tak kesian dekat Aisyah ker.Aisyah tak boleh lah nak berdepan dengan dia.Ntah-ntah dia dah kahwin pun.Aisyah redha jodoh kami setakat ni saja."

"Umi dan abi sayang Aisyah.Tapi abi nak Aisyah cakap sendiri dengan dia.Supaya nanti apa-apa keputusan Aisyah dan Adam dapat berbincang bersama.Bukan dengar dari mulut orang lain."

Aisyah muram kembali.Walau mukanya dilindungi niqab tapi umi tahu Aisyah tengah bersedih.Mata Aisyah tak boleh menipu.

"Tapi umi..Aisyah belum bersedia nak jumpa dia.Masa Aisyah depan mata,dia buat tak tahu saja.Sekarang kenapa nak cari."

"Aisyah..umi bukan nak sebelahkan sesiapa.Tapi Aisyah kena faham juga.Aisyah dengan Adam nikah tanpa rasa cinta.Jadi memang ambil masa untuk Adam sayangkan Aisyah.Tapi tadi Adam mengaku yang dia sayangkan Aisyah.Sebab tu abi suruh Aisyah sendiri cakap dengan Adam."

Mata Aisyah yang sekejap-kejap berkelip itu umi dah dapat baca.

"Biarlah dia nak tinggal sini berapa lama pun.Tapi umi dengan abi jangan bagitahu Aisyah ada dekat sini.Umi kena panggil Aisyah,Maira..jangan panggil Aisyah.Nanti dia tahu.Aisyah nak tengok berapa lama dia sanggup tunggu."

"Akak nak menyamar lah ni.Okay!nanti Jiha tolong cover."Najiha tunjuk isyarat jari OK.

"Sekarang ni kalau Aisyah..opss...Maira nak tahu Adam ikhlas atau tak.Nah tolong hidangkan nasi kat meja.Abi ajak Adam makan sama."

Aisyah terlopong.Tugasan pertama dari umi harap Adam tak perasan akan dirinya.

Penuh berhati-hati Aisyah hidangkan makan atas meja.Adam kelihatan bersahaja malah tersenyum manis di sebalik air muka yang keruh.Aisyah pula yang gelabah di sebalik niqab.Nasib tak tersasul tadi.

Abi pula memberi pandangan pelik.Najiha kat tepi siap bagi isyarat supaya abi tak terleoas cakap.Tadi abi masuk dapur,umi dah terangkan.Tak pasal abi pun terlibat sama dalam rancangan Aisyah ni.Tapi abi tak janji lama mana dia mampu sorok.Kesian tengok Adam katanya.

Abi suruh Aisyah duduk rumah abi selama Adam ada di sini.Lagi pun tak manis nak biarkan Adam tinggal di sini sebab Najiha masih belum berkahwin.Sekurangnya bila Aisyah ada,abi dan umi tak risau sangat.Adam dan Aisyah masih lagi suami isteri.Menurut abi Adam tak failkan pun surat penceraian.Tapi kenapa?Aisyah tertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience