BAB 8

Humor Completed 25256

“Assalamualaikum semua. Ini saya perkenalkan Dian Marisa. Mulai hari ini, dia akan jadi pembantu saya dan anak saya menggantikan Jenny yang sudah pun berhenti kerja minggu lalu.”

Tuan Jamal memperkenalkan Dian kepada semua staf. Kamal yang turut berada di situ juga menyeringai tersenyum melihat Dian. Cantik orangnya. Patah lagi hari pertama dia bekerja dengan pakaian yang cukup kemas. Terserlah kecantikannya.

Rambut panjang disanggul rapi, solekan tipis dengan calitan gincu rona terang. Blaus ropol kecil warna merah jambu dengan skirt pendek paras lutut, memukau mana-mana lelaki yang melihatnya ketika itu.

Dek kerana bekerja di syarikat kawan abahnya, Dian Marisa berhabis membeli pakaian korporat yang sesuai. Dia tidak mahu memalukan abahnya apatah lagi kenalah jaga air muka abahnya di hadapan kawan. Kalau tak, habislah.

“Oh ya. Dian ni masih baru. Jadi saya hara panda semua jangan buli dia pula. Apa yang boleh bantu dan tunjuk ajar silakan.” Pesan Tuan Jamal sambal tersenyum kepada stafnya.
Dian menunduk malu. Dia tak tahu apa yang patut dilakukan.

“Dian ada nak cakap apa-apa?” Terhenti lamunan Dian seketika.

“Er… tak ada Tuan. Dian harap semua boleh beri tunjuk ajar je.”

‘Eh apa yang aku cakap ni? Betulke?’ Bisik dian dalam hati. Berdebar ali pertama berhadapan dengan semua staf di syarikat itu.

“Kalau macam tu, Dian boleh ambil tempat di sana dan berkenalan lah dengan semua orang ya. Nanti bawakan fail untuk projek di Johor tu ya. Tannya saja pada Kamal.”

“Baik tuan. Kejap lagi saya hantar.” Kat adian diiringi senyuman tapi dalam hati, menggelabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience