Episode 25

Adventure Series 25852

Episode 25

Di Pasaraya Mega Pavi, di kawasan tandas.
Arsh sedang mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Tiba-tiba muncul sepasang tangan cuba menyentuh bahu Arsh semasa dia sedang membasuh muka telah menyebabkan Arsh melompat jauh dari dia dengan serta-merta.

Mata Arsh tajam bagaikan berhati-hati dengan sepasang tangan telah menjadi lembut apabila kenal siapa dia.

"Pantas betul tindakkan kau." Puji Las.

"Aku ingat siapalah tadi." Kata Arsh membetulkan kedudukannya.

"Ha? Kenapa?" Tanya Arsh sambil mengeringkan tangannya dengan tisu lembut yang disediakan di dalam tandas.

"Masak weh! Masak weh!" Kata Las sambil mengoyangkan badan Arsh. Arsh pun turut bergoyang.

"Ha?? Masak apa pula?"

"Senior Zulian dengan Sabrina bertembung!"

"Dah tu apa yang nak masaknya?" Jawab dengan penuh ketenangan.

"Eh? Kejap? Apa kau kata Sabrina?"

"Aah."

"Macam mana Sabrina ada dekat sini?" Arsh menjeling tajam ke arah Las.

"Hehehe.. Aku yang ajak tadi."

"Kau memang nak cari gaduh dengan aku kan?" Kata Arsh geram.

"Itu sebenarnya niat aku." Las tersenyum sinis.

"Kau ni sejak bile belajar jadi busuk hati?" Tanya Arsh aambil bergerak keluar dari tandas.

"Sejak dengki kau dapat hati Sabrina." Jawab Las bersahaja.

"Hati Sabrina? Sejak bile?" Tanya Arsh pelik.

"Lahai.. Lupa pula kau ni terlebih naif pasal benda ni."

"Sekarang macam mana nak selesaikan masalah?"

"Kenapa?"

"Sabrina ingat kau dengan senior Zulian bercinta!" Kata-kata Las menyebabkan Arsh berhenti.

"Ha?!"

Las mengangguk apabila muka Arsh menunjukkan wajah terkejut.

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Senior Zulian cakap dia keluar dengan 'dia' dan 'dia' yang tolong balut luka dekat tangan. Si Sabrina dah silap. Dia tak kenal 'dia' tu kau! Masak kalau dia ingat kau tengah bercinta dengan senior Zulian."

"..."

"..."

"..."

Arsh bergerak meninggalkan Las. Las bergerak pantas mengejar pergerakkan Arsh. Dia tahu Arsh memikirkan sesuatu.

"Selamat menyambut Hari Perayaan. Kami ada menjual risalah manisan yang menjadi ikutan masa kini. Jika mahu sila tekan butang pembayaran. Berikan manisan yang sedap dan indah kepada mereka yang tersayang."

Arsh berhenti begitu juga Las. Mereka berdua memandang iklan pada papan kenyataan LED.

Arsh tersenyum manakala Las hanya memerhati tindakkan Arsh yang membeli risalah di mesin automatik.

"Nah ambil ni." Arsh menghulur.

Las menyambut dan dia bagaikan tahu rancangan Arsh. Mereka berdua bergerak semula ke kafe Kururu.

Di kafe Kururu,
Dari jauh lagi mereka berdua nampak Zulian dengan Sabrina tengah rancak berbual.

"Perempuan memang hebat bab sembang. Bagi tiga jam belum tentu habis." Kata Arsh dengan Las serentak.

Mereka berdua memandang satu sama lain dan ketawa dengan kenyataan mereka.

Mereka bergerak ke arah Sabrina dan Zulian. Sabrina dan Zulian menyedari kehadiran Arsh dan Las.

"Arsh?!" Bisik hati Sabrina dengan terkejut.

"Tak akanlah! 'Dia' yang kitaorang sembangkan tadi tu Arsh?" Jerit hati Sabrina sambil menjeling seketika raut wajah Zulian.

"Hai, Sabrina!" Sapa Arsh dengan gembira.

"Awak dah buat pesanan ke?" Tanya Arsh pada Zulian. Zulian mengangguk.

Las duduk di hadapan Sabrina diikuti Arsh duduk di hadapan Zulian. Arsh tahu Sabrina memandangnya.

"Nah! Ambil risalah ni." Arsh mengagih risalah yang dibelinya.

Semua mengambil kecuali Las kerana dia sudah dapat. Dia hanya mengeluarkan risalah tersebut dari poket seluar.

"Kita semua dekat sini sebab masing-masing nak beli bahan untuk buat manisankan?" Teka Arsh.

Semua mengangguk tanda setuju.

"Jadi semua. Jom kita sambut sekali. Setiap sorang mesti bawak manisan masa perjumpaan tu."

"Dekat mana nak buat perjumpaan tu?" Tanya Zulian.

"Dekat rumah Arsh!" Las bersuara.

"Hoi! Pasal apa pulak dekat rumah aku?!" Arsh menarik telinga Las.

"Aduh! Aduh! Maafkan kekanda wahai adinda! Mohon jangan tarik telinga kekanda mahu jadi capang macam gajah." Seloroh Las.

"Lagi capang lagi dinda sayang." Jawab Arsh dengan suara lembut.

Sabrina dengan Zulian ketawa dengan telatah mereka berdua.

Las dengan Arsh menjeling satu sama lain sebelum tersenyum kecil.

"Jadi nak buat dekat mana?" Tanya Arsh kembali.

"Tapi bukan rumah aku!" Jeling Arsh pada Las.

"Hehehe. Kau simpan apa ha dekat rumah?" Tanya Las sambil mengangkat keningnya.

"Aku malas nak kemas." Jawab Arsh tenang.

"Apakata buat dekat taman?" Cadang Sabrina.

"Bagus jugak tu." Zulian bersetuju.

"Ok set dekat taman. Kejap taman mana satu?" Tanya Las.

"Taman.." Semua berkerut dahi.

"Taman sakura biru?" Cadang Zulian.

"Bukan tiap-tiap tahun penuh ke?" Kata Sabrina.

"Betul juga tu.. Taman yang ada tasik tu?"

"Tu pun penuh." Sangkal Sabrina.

"Tak akan semua penuh?" Sabrina dengan Zulian mengeluh serentak.

Arsh dengan Las hanya merenung mereka berdua sambil menghirup air kopi moka.

"Perempuan memang semangat kalau bab-bab ni." Ujar Las sambil memasukkan penkek coklat limpah ke dalam mulut.

"Sedap." Puji Las perlahan.

"Setuju. Kita serah sahaja dekat mereka. Biar mereka puas. Kang tak puas panjang merajuk dia." Arsh bersetuju sambil memasukkan satu biji roti skon yang dicicah strawberi jem.

"Manis...." Kata Arsh dalam hati sambil menahan rasa.

"Korang berdua! Bagilah cadangan!" Kata Sabrina dengan Zulian serentak.

Arsh dan Las hanya berhenti memasukkan makanan ke dalam mulut seketika sebelum menyambung semula aktiviti mengunyah mereka.

"Kalau susah-susah sangat kita buat jelah dekat padang sekolah. Kan sunyi~" jawab Arsh tenang.

Mereka semua memandang Arsh serentak.

"Apa?"

"Idea bernas!" Jawab Las.

"Eh kejap! Las macam mana kau makan?" Tanya Arsh tiba-tiba.

"Huh?" Semua memandang Las apabila Arsh berkata begitu.

"Aah! Macam mana kau buat? Tanpa bukak penutup mulut kau?!" Tanya Sabrina pula.

"Err.. Kau aktifkan sihir makan."

"Sihir makan? Nak makan pun kena guna sihir? Kenapa tak bukak ja penutup mulut?" Ujar Zulian.

"Sihir makan? Maksud kau sihir Juti ke?" Tanya Sabrina tiba-tiba.

"Pandai kau."

"Sihir Juti?" Zulian dan Arsh mengerut dahi kerana kali pertama mendengar.

"Sihir juti adalah sihir yang membolehkan makanan memasuki mulut atau perut dengan serta-merta. Sihir ni sangat diperlukan semasa menjadi penyihir ubat-ubatan. Sihir ni membolehkan pesakit koma untuk mendapat khasiat untuk sembuh. Sihir ni pernah digunakan semasa peperangan." Terang Sabrina.

Las hanya menyua makanan tersebut ke mulut dan muncul pentagram putih sebelum makanan tersebut hilang.

"Hebat! Banyak benda kau tahu ya Sabrina." Puji Arsh. Sabrina terpisu-pisu malu dengan pujian Arsh.

"Saya kan anak keluarga Kolershid." Kata Sabrina dengan gembira.

"Oh! Nama keluarga kau Kolershid? Keluarga yang cukup mahir dengan perubatan tu?!" Ujar Zulian teruja.

"Err.. Hehehe.." Sabrina mengaru rambutnya yang tidak gatal.

"Senang betul mereka bergaul." Puji Arsh kembali memasukkan sebuku roti skon ke dalam mulutnya.

"Ya.." Kata Las sambil membuka sedikit penutup muka dan menghirup air kopi moka. Sebelum menutup semula penutupnya. Tiada siapa perasan raut wajah Las ketika itu.

Di bilik persatuan pelajar,

"Woi! Buatlah kerja elok-elok!" Jerit Caren.

"Bisinglah kau ni Caren." Balas Cashen sambil membaringkan kepalanya ke meja persatuan pelajar yang berwarna ungu.

"Mana tak bising! Kerja berlambak kau buat main malas-malas pulak." Marah Caren sekali.

"Macam mana aku nak buat dia ni diam kejap. Aku dah letih sangat ni." Cashen bermonolog perlahan.

"Kau dengar tak ni!!!" Kata Caren sambil menggoncang tubuh Cashen yang tidak mahu bergerak.

Tiba-tiba Cashen menarik lengan Caren lalu mengucup bibir Caren. Caren terkejut dengan tindakkan Cashen. Jantungnya berdegup laju, wajahnya bagaikan terbakar dan dia kehilangan tenaga untuk berdiri.

Tubuh Caren disambut oleh Cashen tetapi tidak melepaskan bibir Caren. Caren memejam mata kerana terlalu malu manakala Cashen membuka mata seketika dan tersenyum kecil sebelum menutup semula matanya.

Ciuman mesra diberi oleh Cashen membuatkan tubuh Caren menggeletar.

"Seronok?" Suara Cashen kedengaran telah menyebabkan Caren membuka mata dengan serta-merta. Muka mereka sangat dekat telah menyebabkan muka Caren merah padam nak tolak tubuh Cashen tidak mampu kerana dia sudah kehilangan tenaga.

Cashen tahu ciuman mampu membuat tubuh caren kehilangan tenaga.

"Dia sengaja!" Marah Caren dalam hati tetapi tidak terkeluar dari mulutnya kerana dia melihat senyuman nakal milim Cashen.

"Dah lamakan kita tak mesra macam ni?" Bisik lembut ke telinga Caren menyebabkan Caren memeluk Cashen dengan lebih erat.

"Kita sentiasa sibuk dengan urusan. Jadi sekali sekala aku nak juga tengok wajah comel kau tadi." Cashen sambung berbisik.

"Grrr.. Jangan nak mengada.." Suara halus Caren kedengaran.

Cashen ketawa dalam hati kerana dia tahu Caren tak mampu menolaknya kerana kehilangan tenaga.

"Sesekali apa kata kau senyum?" Kata Cashen sambil menolak lembut bahu Caren yang sudah terduduk di pehanya.

"Ini tidak. Asyik marah-marah ja."

"Jangan merepek."

"Kau sukakan layanan aku bagi sekarang. Betul tak?" Kata Cashen sambil merapat bibirnya ke telinga Caren.

Jantung Caren bagaikan mahu meletop.

"Ma...ma...mana ada!"

"Sungguh tak jujur." Cashen merapatkan bibirnya ke bibir Caren semula.

Ciuman lembut yang Caren harapkan dari Cashen selepas sekian lama tidak bermesra sebegini.

Tiada siapa tahu yang mereka berdua bercinta. Hal ini disebabkan, Caren yang mahu menyembunyikan hubungan mereka dari diketahui umum. Cashen hanya turuti kerana semasa Caren menyatakan hasratnya, wajah Caren sedang menahan malu dan sangat manja dari pandangan Cashen kerana itu dia bersetuju.

Lagipun Cashen memang tak mahu menunjukkan sifat comel dalam jiwa Caren pada lelaki lain.

Baginya biarlah orang kenal Caren sebagai orang yang garang, tegas dan baik hati sahaja. Dia tak mahu orang lain kenal dengan sifat manja dan muka malu Caren.

"Nak lagi?" Cashen mengusik.

Caren hanya mencebik.

"Kau tak nak cakap. Aku tak nak buat." Cashen sengaja mendera jiwa Caren.

Caren kelam kabut kerana tidak tahu mahu menjawab apa. Akhir sekali dia mengalah. Dia mengangguk perlahan sambil memandang Cashen yang wajahnya lebih tinggi dari Caren.

"Arghhh!! Comel!!" Hati Cashen meronta.

Cashen mengucup bibir Caren dengan lembut sebelum bertukar sedikit agresif.

"Kau..kau nak... apa untuk...perayaan manisan kali ni? Tanya Caren selepas berjaya menolak tubuh Cashen dari terus menciumnya. Nafasnya turun naik.

"Oh? Dah dekat ke perayaan tu?"

Caren mengangguk.

"Aku nak benda yang berunsur pisang. Tahu lepas aku dapat bahan dari epel."

Wajah Caren merah apabila Cashen mengatakan hak itu. Tahun lepas adalah tahun di mana dia meluahkan perasaannya pada Cashen.

"Pastikan sedap." Cashen mengarah.

"Mestilah sedap!" Caren melawan. Dia adalah pemegang anugerah 3 tahun berturut-turut dalam akedemi ilmu memasak dan menjahit.

Cashen mengangguk sambil memeluk mesra tubuh Caren.

Kemesraan mereka hanya diperhatikan oleh bulan.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience