PPM 3-misi penyiasatan.

Drama Completed 67371

Adham mengambil keputusan untuk pulang ke rumah puan Anisah, hatinya merasa tidak senang hati dan oleh kerana jadual kerjanya lebih fleksibel Adham pulang seorang diri tetapi rumah itu sangat sunyi sepi, dimanakah ibu dan adik adik perempuannya. apakah sebenarnya yang berlaku di rumah itu mengingatkan kepada dua malam lepas saat ketiga tiga anak lelaki Anisah keluar dari rumah tanpa bersalaman dengan ibunya dan panggilan daripada Aini yang sengaja tidak diendahkan oleh ketiganya membuat Adham semakin bertambah risau.
Nombor Aini di dail
"apa apa Abang Am?"dingin soalan Aini.
"Kakak, adik dan ibu ada dimana?"soal Adham.
"Kenapa nak tahu?"balas Aini
"Kakak.... jangan kurang ajar dengan Abang Am"tegur Adham.
"Kakak dan adik menumpang di rumah orang ni, ibu masuk ward, ada anak doktor pun macam tak guna,kakak ingat lagi malam Ayah nazak dan sebelum ayah menghembuskan nafas dia,masa tu abang semua dah 4 tahun masa tu, tiga tiga berjanji dengan abah nak jaga ibu dan adik adik perempuan ni tapi bila dah berumur 25 tahun semua seperti sudah melupakan janji itu"ungkit Aini Haryati yang masih kesal dengan sikap tiga orang abangnya.
"Ibu ada di hospital mana, beritahu abang cepat, Abang akan bawa Ad dengan Dam pergi tengok ibu?"soal Adham.
"dan share lokasi rumah yang kakak dan adik menumpang tu abang pergi ambil, tak elok menumpang rumah orang"kata Adham.
"Sebab abang abang tak nak pedulikan Adik adik mereka yang comot ni"Aini berkata kesal.
Aini memberikan lokasi rumah Akram tanpa mendedahkan rumah siapa yang mereka tumpang. Adham tiba di lokasi yang dikongsi oleh Aini dan tergamam melihat rumah mewah itu.
Aini dan Aina, dihantar oleh Ibu Miza ke kereta Adham.
"Hensemnya cucu opah, bila bila senang Aini dan Aina datang rumah opah lagi ya, bawa semua abang Abang ok, lagipun kita bakal jadi keluarga"ujar Ibu Miza.
"Kat mana kenal opah tu, orang kaya ni kakak"soal Adham.l setelah mereka semua Masuk ke dalam kereta.

"Ini rumah abah baru kita la Abang Am"balas Aina,Aini menepuk dahinya tidak sangka Aina sudah mendedahkan rahsia tentang Akram. Adham tidak sangka rumah bakal suami Anisah sekaya ini, jadi apa alasan lelaki itu untuk mendekati Anisah.
"Jom kita pergi ke hospital dulu"ajak Adham.

Anisah sudah sedarkan diri. Pintu masuk ward ditolak dari luar, Anisah nampak tiga wajah kesayangannya.
"Kakak... adik...sini dekat ibu"panggil Anisah.
"Ibu Am datang melawat ibu"ujar Adham bila ibunya tidak memanggil namanya.
"Terima kasih sebab sudi singgah,kakak dan adik Ok tak tinggal di rumah opah?"soal Anisah.
"ibu tahu?"tanya Aini.
"Pakcik Akram dah datang jumpa ibu, bila ibu sedar pihak k hospital dah call pakcik Akram dulu"kata Anisah.
"jadi nama dia Akram"fikir Adham.

"Pergilah balik Am,ibu tak ada apa apa, penat bekerja saja kata doktor, esok dah boleh balik"kata Anisah, dia nampak anak ketiganya itu termenung jauh. Dari tiga orang anak lelakinya Adham lebih lembut hati, Adzrin tegas, Adam berjiwa kental dan Adham berhati lembut.
Anisah teringat pertemuan dengan doktor dan Akram sebaik sedar dari pengsan.
"Puan, dari hasil pemeriksaan mendapati sel cancer di bahagian Rahim puan sudah merebak hampir ke seluruh kawasan, tidak ada jalan lain kecuali pembedahan untuk membuang sel-sel kanser"ujar doktor Auni.
"Ram, You langsung tak terkejut?"soal Anisah, kehairanan kerana Akram terlihat tidak kisah dengan kenyataan bahawa dia menghidap kanser rahim.

"Anis sayang masa You pengsan di tempat kerja 5 tahun yang lalu I dah tahu You ada canser Rahim "ujar Akram.
"Tapi macam mana Ram, you baru masuk kerja tahun lepas?"soal Anisah kebingungan.
"Bagaimana I tahu tak penting untuk I jelaskan tapi sekarang ni I nak You bersetuju untuk pembedahan ni"pujuk Akram
"Tapi anak anak I Ram, the girls tak pandai nk uruskan diri mereka, sekarang ni pun I tak tahu apa jadi dengan mereka doktor boleh tak saya nak keluar sekarang "kata Anisah
"Anis, dengar sini, Kakak dan Adik ada di rumah my Stepmom, seronok ibu melayan your twins tu, siap panggil opah lagi "ujar Akram.
"Mereka dah susahkan You ke Ram?"Soal Anisah.
"Puan, tinggal satu malam lagi disini ya, kemudian puan dah boleh balik, encik mesti pujuk isteri untuk melakukan pembedahan itu dengan segera sebelum sel kanser merebak ke organ yang lain pula"nasihat doktor.
"See Anis, doktor pun fikir kita suami isteri tau, kita mesti cepat cepat buat majlis perkahwinan kita tu?"kata Akram.
"Ram You tak faham, the boys tak akan Setuju "balas Anisah.
"Let me do the talking, man to man"Akram yakin dapat memujuk kembar tiga yang degil itu.

"Am pergilah balik, biar ibu meninggal sendirian,
Tak perlu lagi Ad, Dam dan Am susah hati fikir tentang ibu..., adik adik ni ibu akan minta pakcik Akram hantar ke sekolah berasrama penuh. "rajuk Anisah.
"Am akan pujuk Ad dan Dam kalau itu boleh buat ibu gembira "pujuk Adham, dia sedar ibunya sudah terasa hati dengan sikap 3 anak sulungnya. Misi utama Adham ialah menyiasat tentang siapa Akram kemudian misi memujuk dua kembarnya untuk bersetuju dengan rancangan perkahwinan Anisah.
selepas seminggu Adham sudah dapat maklumat mengenai Akram .
"Akram Bin Tan Sri Akmal Hisham, seorang penyelia di pasaraya Tiara tempat Anisah bekerja. pasaraya Tiara adalah perniagaan milik Tan Sri Akmal Hisham, yang dibina sempena nama isteri pertama nya Puan Sri Tiara Amelina. setelah kematian Puan Sri Tiara Tan Sri Akmal Hisham berkahwin dengan Kasmiza Kassim."Adham membaca maklumat itu.

"jika dia anak seorang tan Sri kenapa mesti dia bekerja sebagai seorang penyelia di pasaraya itu coolsedangkan dia boleh memegang tampuk pemerintahan pasaraya sebagai managing director ataupun ketua Pegawai eksekutif.(CEO)."fikir Adham.
"mustahil juga lelaki yang kacak dan sekaya itu tidak mempunyai kekasih atau buah hati yang lebih muda daripada ibu"monolog Adham lagi.
Adham pergi ke rumah tan sri Akmal Hisham sekdli lagi untuk menjejaki Akram dan jika dia menjumpai bukti Akram curang dengan Anisah dia akan mengumpulkan bukti untuk di berikan kepada puan Anisah. Adham menyangka ibunya sekarang sedang mabuk cinta seperti remaja yang baru pertama kali bercinta.Akram terlihat gerak geri kereta yang mencurigakan di hadapan rumahnya dan meminta agar pengawal keselamatan menghalau kereta itu pergi.
"Encik, disini tak boleh parkir kereta, ini kawasan persendirian"kata pengawal keselamatan itu. Adham terdiam dan berfikir cara untuk melepaskan diri.
"Saya nk jumpa tuan rumah ni, adik saya tertinggal barang disini, saya nak ambil barang adik saya"tipu Adham
"Baiklah saya akan beritahu pada tuan Akram"Ujar pengawal tersebut.
"Ibu, ada barang Aini dan Aina yang tertinggal tak, diluar sana ada abang mereka nak datang ambil"soal Akram.
"Ya ada, tapi biar Ibu yang hantar "kata puan Kasmiza.
"barang apa tu ibu, Ram tak boleh bagi sendiri ya?"soal Akram.

semalam update lambat sebab cucu menantu datang melawat. hari ni dapat update awal sikit. terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah baca novel ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience