Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 2

Humor Completed 61915

2016

SMK Tunas Bakti

Dewan Serba guna Tunas Bakti

"Cepat beratur memanjang depan cikgu!,"
Arah seorang Cikgu lelaki pada para pelajar yang sedang bermain di tengah dewan

Mendengar sahaja arahan dari Cikgu itu para pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sukan bergegas beratur di hadapan cikgu lelaki itu hanya beberapa pelajar lelaki saja yang bersikap acuh tak acuh

"Baik, hari nie kita main dodgeball,"

"Horee,"
Sahut beberapa orang pelajar kelihatan begitu gembira

"Semua dah tahukan macam mana main?,"

"Tahu Cikgu,"
Serentak para pelajar menjawab

"Macam biasa yang paling hujung belah kiri kira 1, 2, 1, 2 sampailah hujung belah kanan, nombor 1 datang depan, nombor 2 pergi belakang,"
Arah Cikgu lelaki itu

"Ingat kalau aku dapat bola, kau jangan elak, kalau kau elak siap kau,"

Awaisha Laila hanya mengangguk ketakutan, dia tidak berani memandang ke arah pelajar lelaki berdiri di sebelahnya bahkan dia sendiri tidak pernah bermain permainan itu

Para pelajar tingkatan tiga bermain sambil tergelak tawa bila bola di baling rakan sebelah mengenai badan mereka namun ada beberapa pelajar lelaki kelihatan bermain begitu serius membaling bola begitu kuat sehingga ada beberapa orang pelajar menjerit kesakitan bila bola mengenai badan dan kepala mereka dengan kuat

Awaisha Laila menunduk kepala, tidak tahu harus bagaimana dia perlu bergerak, permainan yang sedang di mainkan sangat menakutkan, hanya mendengar bunyi bola mengenai badan rakan sekelas membuatkan tubuhnya mengigil

"Woi budak foreigner pandang sini!,"
Jerit seorang pelajar lelaki di gelanggang sebelah

Awaisha Laila mengankat mukanya

"PUKK!!,"

Awaisha Laila jatuh terlentang di lantai tidak lagi sedarkan diri setelah bola di baling Farid Husin tepat mengenai mukanya sehingga darah merah mengalir dari hidung mancungnya

Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2

Awaisha Laila kelihatan sedang duduk di salah satu kerusi berhampiran dengan pintu masuk dan keluar Terminal 2, dia menarik nafas panjang, mengingat kembali kenangan lama sudah cukup membuatkan jantungnya berdetak laju, sudah lima tahun dia tinggalkan Malaysia dan tidak pernah mempunyai niat untuk kembali semula namun setelah di pujuk seorang lelaki yang banyak membantunya akhirnya dia bersetuju

"Dah lama tunggu?,"

Tersentak Awaisha Laila dari lamunan sebaik sahaja mendengar suara lelaki menegurnya

"Pakcik Said,"

Awaisha Laila terus bangun dari kerusi menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lelaki tua berpakaian kemas di depannya, dengan penuh hormat, tangan lelaki itu di cium, tanpa jasa lelaki itu tak mungkin dia boleh menjadi seorang peguam

Said Bohkari tersenyum, sejuk hatinya bila memandang Awaisha Laila, muka wanita itu putih bersih dengan bentuk hidung yang mancung jika di lihat tidak seperti wanita melayu tetapi mirip seperti wanita bengali kerana mempunyai darah campuran

"Apa kabar Awaisha, semuanya okay,"
Tanya Said bohkari lembut peguam bagi syarikat Teguh holding

Awaisha Laila mengangguk lemah, tiada perasaan gembira dari raut wajahnya

"Saya takut pakcik,"
Jawab Awaisha Laila, lemah

Said bohkari melepaskan nafas berat

"Tak usah takut Awaisha, Farid dah banyak berubah selepas berkahwin, yelah siapa sangka seorang cleaner boleh mengubah sikap Farid tu, pakcik yakin dia dah lupakan kamu,"

"Tapi macam mana kalau dia masih berdendam dengan saya pakcik,"

"Awaisha, sampai bila kamu nak bersembunyi, kamu tak kesihan ke dengan anak kamu?,"

Awaisha Laila meraup wajahnya, memikirkan satu-satunya anak lelaki yang terpaksa dia tinggalkan pada makciknya setelah mengalami gangguan mental selepas bersalin,

"Awaisha, pakcik tak tahu berapa lama pakcik akan hidup, selama nie pakcik memegang satu amanah dari arwah nenek Farid untuk satukan kamu, tapi pakcik sedar semua tu mustahil, tapi sekurang-kurangnya pakcik nak lihat kamu dengan farid berbaik semula,"

Awaisha Laila serba salah dengan kemahuan Said bohkari, dia sedar jika dia tersilap langkah, hidupnya akan kembali sengsara namun lelaki yang berdiri di depannya mencurahkan terlalu banyak jasa padanya, jika tidak kerana lelaki itu dia dengan anaknya tidak akan hidup sehingga sekarang

"Insyaallah pakcik, saya akan cuba,"

**

Teguh holding

Jari Farid Husin mengetuk-ngetuk meja, sudah beberapa kali lelaki Tampan itu mengeleng kepala melayan seorang client wanita berpakaian seksi anak perempuan Tan seri Omar dari tadi melirik senyuman mengoda padanya

"You tahukan Papa i buka satu lagi cawangan baru dekat Seremban 2, so i fikir hanya syarikat you je yang layak buat advertising untuk cawangan baru Papa i tu,"
Kata wanita itu dengan nada mengoda

Farid Husin mengangguk,

"Okay, nanti aku hantar staf aku ke sana tengok apa yang nak di iklankan,"

"Kenapa bukan you yang pergi, kalau you yang pergi, kita boleh pergi bersama,"
Kata wanita itu sambil jari telujuk mengosok-gosok lurah dadanya yang terdedah

"Buat apa aku nak pergi, aku kan bos kat sini,"
Balas Farid Husin mengerut keningnya

"Kalau you tak nak pergi, i tak nak bagi projek tu,"
Balas pula Wanita itu, memeluk tubuhnya

"Suka hati kaulah, kau ingat aku nak sangat projek murah tu,"

"Hey Farid!,"
Wanita itu serta merta berdiri
"Jaga sikit dengan mulut you,"

"Suka hati akulah, kau ada masalah ke dengan mulut aku?,"

Wanita itu mengerut sebelah mukanya

"Setakat jadi bos dekat small office nie tak payahlah nak belagak,"

Farid Husin tergelak

"Office aku nie memang kecik, tapi dalam bangunan bapak aku, bukan bangunan ba..pak! kau,"

Wanita itu mengetap giginya merasa geram dengan Farid Husin namun tiba-tiba tersenyum

"Ah sudahlah, buang masa i je layan lelaki macam you, kahwin pun dengan cleaner,"

"Syukur aku kahwin dengan cleaner, daripada aku kahwin dengan pelacur macam kau tu,"

"What did you say?,"

"Pelacur,"
Selamba farid Husin menjawab semula

"Farid!! you dah melampau tau tak!,"

"So what,"

"Hey, i nie anak Tan seri Omarlah, you tu cuma anak Datuk je, jangan sampai i saman mulut you,"

"Samanlah, kau ingat aku takut, buat malu bapak kau je nanti, ada anak pun dah macam perempuan lorong,"

"F**k youlah farid!!, i akan saman you sebab hina i,"
pekik wanita itu sambil menunjuk jari tengah

Farid Husin tergelak
"Berapa puluh sen satu malam,"

"Arghh......!!,"
Wanita itu menjerit geram

"Jaga you Farid!!,"
Wanita itu terus melangkah laju ke arah pintu, selepas dia keluar, dia sempat menghempas daun pintu dengan kuat

Farid Husin terus tergelak dengan kerenah wanita itu

"Bodoh punya perempuan,"

**

Ampang Jaya

"Laa, Zura tak tahu pulak kalau Mak nak datang dengan Makcik Dibah,"

"Kenapa, Nasi tak cukup ke?,"
Tanya Datin Hadibah sayu wajahnya

"Hisy, taklah makcik, Nasi lemak dengan sambal ayam cukup sangat, cuma kalau Zura tahu makcik nak datang Zura buatkan mee bandung johor sekali,"

"Apa?,"

Datin Hadibah terus mengalih pandangannya memandang Datin sri Sahara

"Semua nie salah youlah Sara, lain kali beritahulah pada Zura i nak datang, sekarang nie i dah kempunan nak rasa mee Bandung,"

Datin sri Sahara tersengih awalnya memang dia tiada niat nak datang dengan Datin Hadibah ke rumah Farid Husin, tapi ketika dia dalam perjalanan ke rumah anaknya itu, Datin Hadibah menghubunginya di situlah alasan dia mengajak sekali kawan baiknya itu

"Makcik jangan risau, malam minggu nanti, Abang farid nak buat makan-makan, Makcik dibah datanglah bawa keluarga makcik sekali,"

"Zura masak apa?,"

"Nasi minyak dengan Mee Bandung,"

"Wow marvelous zura, marvelous, Kalau boleh makcik nak petik jarinya, supaya malam nie jadi malam minggu,"

"Kau ni Dibah,"

Datin Sri Sahara dengan Fazura tergelak dengan seloroh Datin Hadibah

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Datin Sri Sahara, Fazura dan Datin Hadibah

"Kak Farah,"

Farah melambai pada Fazura

"Auntie Dibah pun ada,"

"Yaa.. Makcik nak rasa nasi lemak sambal ayam dari Mersing"
Jawab Datin Hadibah bersahaja

Farah tersenyum

"Masuklah, Zura dah siap hidang kat atas meja,"

"Terbaik Zura,"
Balas Datin Hadibah lalu masuk ke dalam rumah bersama Farah

"Mak Zura mana?,"
Tanya Datin sri Sahara

"Ada kat atas mak, mak makanlah dulu biar Zura pergi kejut Mak zura,"

"Eh tak payahlah, kesihan mak Zura tu, mesti dia penat sangat,"

Fazura menjadi serba salah bimbang pula kalau mak dia kecil hati kalau dia tak kejutkan waktu Ibu Farid datang ke rumah

"Zura takut nanti, Mak zura kecik hati, kalau Zura tak kejutkan dia,"

Datin sri Sahara mengangguk

"Yelah, tapi kalau Zura dah kejutkan mak zura sampai dua kali jangan kejut lagi, itu maksudnya Mak zura tu letih sangat,"

Fazura mengangguk
"Baik mak,"

**

Teguh holding

"Ha, you nak saman i omar, tapi kenapa?,"
Terkejut Dato sri Hassan kamarudin ketika bercakap di Telefon dengan Tan Sri Omar

"Anak lelaki you dah hina anak i,"
Balas Tan seri Omar hujung talian

"Aduh Omar, tak akanlah hal kecil pun nak saman,"

"Hey kamarudin, ini soal maruah anak i tahu, siapa yang berani hina anak i, umpama dia hina i sekali tahu tak,"

Dato sri Hassan kamarudin mengaru-garu rambutnya

"Apa kata kita berbincang dulu, janganlah terus saman,"

"Bincang ya?,"
Tan seri Omar diam seketika di talian
"Okay, nanti jam 5 jumpa tempat biasa,"

"Ha.. Macam tulah,"

Selepas sahaja Dato sri Hassan kamarudin meletak ganggang telefon

"FARID!!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience