Chapter 48

Romance Completed 35261

“Abang oh abang ku sayang!” laung Sofia Amelia sambil mencari kelibat suaminya di sekitar rumah.

Sofia Amelia mencari Iskandar Faiz dari atas sampailah ke dapur. Namun batang hidung suami tidak nampak pun di rumahnya.

“Hish, manalah pergi dia ni? Penat aku cari satu rumah. Dia keluar ke? Tapi dia tak cakap pun dia keluar.” bisik Sofia Amelia.

Tangan ambil gelas. Air dari mesin Coway diisi ke dalam gelas. Matanya melihat di luar rumahnya. Tiba-tiba mata Sofia Amelia tertancap susuk badan yang sedang duduk di pondok yang terletak di halaman rumah.

“Kat sini pula dia ni.” kakinya menghampiri Iskandar Faiz yang tengah sibuk menguruskan hal kerjanya.

“Abang.”

“Sayang, kenapa ni? Jerit-jerit. Nasib baik abang tak ada sakit jantung.” Iskandar Faiz terkejut mendengar jeritan isterinya. Tangannya mengurut dadanya.

“Lebih-lebihlah abang ni. Puas saya cari abang tahu tak?” mencebik Sofia Amelia.

Iskandar Faiz kerutkan dahinya. Fikirkan mengapa isterinya mencari dirinya? Kenapa dia tak dengar panggilan isterinya? Pengelangan tangan Sofia Amelia ditarik lembut. Sofia Amelia duduk di peha Iskandar Faiz tanpa membantah.

“Sayang panggil abang ke? Maaf sayang. Abang busy dengan kerja ni. Nasib baik ada Tar. Dia dapat coverlah kerja abang sementara abang tak ada. I have to settle this work before we go on our honeymoon.” jelas nada risau dalam suara Iskandar Faiz.

Sejujurnya, kawan baiknya, Tarshan yang menguruskan segala kerja selama ini. Disebabkan Iskandar Faiz berkahwin secara tiba-tiba dan masalah peribadi, Iskandar Faiz tidak mampu fokuskan kerjayanya. Nasib baik Tarshan memahami situasi Iskandar Faiz. Kalau tiada Tarshan, memang susah untuk Iskandar Faiz uruskan semuanya seorang diri.

“It’s okay. Saya cari seluruh rumah. Tak jumpa abang pun. Saya nak bagitahu abang hal penting ni.” beritahu Sofia Amelia dengan penuh ceria.

“Apa? Hal penting? Muka sayang pun nampak happy semacam. Sayang mengandung ke?” tanpa berfikir Iskandar Faiz menanyakan soalan yang tidak masuk akal itu.

Sofia Amelia menepuk pipi suaminya apabila mendengar soalan itu. Dia sendiri naik geram dengan soalan suaminya.

“Abang ni memang top student kan? Pelajar pandai kan?” tanya Sofia Amelia.

“Iya kenapa? Abang dekan semua semester okay.” menjawab Iskandar Faiz dengan penuh yakin.

“Tapi kesian. There is no value pun abang.” balas Sofia Amelia sambil menggelengkan kepalanya.

“No value? Kesian? Apa maksud sayang? Abang tak faham.” soal Iskandar Faiz.

“Ada ke mana-mana wanita mengandung sehari selepas buat itu?”

Soalan Sofia Amelia menyentakkan Iskandar Faiz. Dia malu dengan diri sendiri.

“Sorry sayang. I did not think about that.” senggih Iskandar Faiz. Pinggang isteri dipeluk kemas.

“Saya tahu abang nak kan baby. Tapi macam saya cakap semalam, can we wait until I finish my degree first?” meminta Sofia Amelia. Bukan sengaja dia tak nak anak sekarang, tetapi memikirkan diri sendirinya yang masih lagi belajar itu membimbangkan Sofia Amelia. Sekiranya sudah ada anak, mampukah dia membesarkan anaknya sambil belajar? Bagi Sofia Amelia, ia adalah sesuatu yang mustahil. Dia tidak yakin dia boleh bahagikan masa antara belajar dan menjaga anak. Jadi, demi kebaikan dia mengambil keputusan untuk menghabiskan belajar sebelum ada anak.

“Abang tak kisah sayang. Abang ikut kehendak sayang. Tapi, macam mana kalau sayang mengandung? Sayang tahukan abang tak pakai protection semalam.” tanya Iskandar Faiz dengan berhati-hati. Adakah isterinya akan tetap dengan keputusannya walaupun sudah hamil? Adakah isterinya akan gugurkan kandungannya sekiranya hamil sebelum tamatkan pengajian? Iskandar Faiz takut sekiranya Sofia Amelia mengambil keputusan seperti itu.

“Kita tengok dulu macam mana nanti. Baru first time we had sex abang. Tak akan lah sudah mengandung. Abang janganlah fikir banyak-banyak.” jawab Sofia Amelia tenang. Namun, dia sendiri takut sekiranya ada isi nanti.

“Sayang, kita tak tahu apa yang berlaku in future. Anak rezeki Allah, sayang. Abang cuma…” belum Iskandar Faiz habiskan pertuturan, jari telunjuk Sofia Amelia diletak di bibir Iskandar Faiz.

“Abang, sudah. Don’t think about something yang kita sendiri tak pasti sama ada itu berlaku ke tak. We just go with the flow.”

Balasan Sofia Amelia mendiamkan Iskandar Faiz. Tidak jadi Iskandar Faiz untuk meneruskan luahkan apa yang dia fikirnya.

“Senangnya dia cakap. Kenapa hati aku kuat mengata Sofi akan mengandung kali ini?” Iskandar Faiz mengumam dalam hatinya. Perasaan risau makin menyelubungi diri. Harap-haraplah Sofia Amelia terima kandungannya sekiranya disahkan hamil.

“Abang, tadi uncle Othman call. Harini ada makan malam kat rumah dia. Dia jemput kita. Dinner after maghrib. Kita pergi boleh?”

Iskandar Faiz sedar dari menggelamun apabila bahunya digoncang. Muka isterinya dipandang.

“Abang ni dah kenapa? Day dreaming ke?”

“Bu...bukan.. Abang fikir pasal kerja.” bohong Iskandar Faiz. Dia tak nak mood isterinya berubah.

“Can we go for dinner at uncle Othman’s house tonight?”

“Boleh. What time?”

“Lepas maghrib.”

“Baiklah. Abang try to habiskan kerja sebelum maghrib. Sayang, bila new semester mula?”

“Next month abang. Kenapa?”

“Baiklah, abang tanya je.” balas Iskandar Faiz dan mencium bibir isterinya.

**********************

“Linda, boleh buatkan saya air kopi?” minta Dato’Johari. Kebetulan Dato’Johari masuk ke dalam pantri untuk buatkan kopi sendiri. Apabila nampak keberadaan Linda di situ, maka Dato’Johari meminta Linda untuk membuatkan air kopinya.

“Dato’ bila sampai?” gelabah Linda. Langsung tidak menyedari kedatangan Dato’Johari di situ. Fikirannya hanya memikirkan mengenai anak daranya, Wahidah Tiara.

“Baru sahaja. Boleh buatkan saya air kopi?” ulang Dato’Johari lagi sekali. Dato’Johari tahu Linda tengah memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang membimbangkan Linda.

“Boleh Dato’. Sekejap ye.” balas Linda dan bangun dari kerusinya.

Dato’Johari mengangguk dan duduk di kerusi. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kot dan menyemak WhatsApps.

“Dato’ ini air kopi. Jemputlah minum.” Linda menghulurkan cawan kepada Dato’Johari.

“Terima kasih. Duduk sekejap Linda. Saya nak cakap sikit.” arah Dato’Johari.

Linda akur pada arahan majikannya. Tanpa banyak menyoal, kerusi hadapannya ditarik dan duduk.

“Macam mana Tiara?” Dato’Johari memulakan perbicarannya.

“Alhamdulillah sihat Dato’.” jawab Linda.

“Dia buat apa sekarang?” soal Dato’Johari lagi.

“Dia tak buat apa-apa Dato’. Dia cuma duduk di rumah sahaja.”

“Linda, macam ni. Saya tahu apa yang telah berlaku kebelakangan ini memang menyakitkan hati Tiara. Tiara pun mangsa juga. Tapi kita tak boleh salahkan Is ataupun Sofi. Pada masa yang sama, saya bukan nak berpihak sesiapa. Apa yang telah berlaku adalah takdir. Kita semua tidak sangka perkara ini berlaku. Saya tahu Tiara tidak puas hati. Dia masih cintakan Is dan bencikan Sofi.” berhenti seketika Dato’Johari. Nafasnya ditarik dalam.

“Saya tahu perasaan kehilangan seseorang yang kita sayang dalam hidup kita. Saya pernah melaluinya. Jadi saya tak salahkan Tiara. Memang susah untuk Tiara move on. Tapi, tidak ada cara lain selain Tiara lupakan Is. Awak tahukan Is suami Sofi. Saya harap awak faham. Tolong nasihatkan Tiara. Saya turut rasa sayu dengan Tiara, tapi ini semua rancangan Allah. Kita sebagai manusia biasa, tidak boleh mengubah apa yang sudah berlaku. Ini semua ujian Allah kepada kita.” panjang lebar Dato’Johari bercakap.

Linda tahu mengapa Dato’Johari cakap sebegitu. Ini semua kerana Wahidah Tiara. Kekecohan yang berlaku di pejabat baru Iskandar Faiz. Disebabkan itulah Dato’Johari berkata sebegini.

“Saya faham Dato’. Saya akan nasihatkan Tiara. Saya janji Tiara tidak akan mengacau Is ataupun cik Sofi.” janji Linda.

“Kalau ada masalah, jangan malu untuk minta tolong. Saya akan tolong apa yang saya mampu.” ujar Dato’Johari dan keluar dari pantri.


***************************

“Jemput makan semua. Jangan malu-malu. Pengantin baru kenalah makan banyak-banyak. Mesti akan guna banyak tenaga kan.” usik Dato’Othman semasa semua berada di meja makan untuk menjamah selera.

Semua bergelak mendengar usikkan Dato’Othman. Muka Sofia Amelia merah disebabkan malu. Iskandar Faiz pula hanya selamba seperti tiada apa pun yang terjadi.

“Hish, apa abang ni. Cakap bukan-bukan depan anak pula tu.” tegur Datin Rafidah.

“Abi, kami masih single,okay?” balas Mazlan.

“Not kami, only you!” Amir betulkan kata Mazlan.

“Apa maksud Amir? Bila Amir ada buah hati? Kami tak tahu pun.” soal Datin Rafidah.

“Sekejap lagi dia sampai. Katanya ada kerja. Sebab itu dia lambat sampai. Nantilah Amir kenalkan kepada semua.” beritahu Amir.

“We will wait bro.” kata Mazlan. Hatinya gembira sebab tidak lama lagi akan ada ahli keluarga baru.

“Marilah semua makan. Sejuk nanti tak sedap.” kata Datin Rafidah. Dato’Othman membaca doa sebelum menjamu selera.


********************

“Tiara, Tiara”

“Mak, akak sudah keluar.” beritahu Razim kepada Linda.

“Keluar? Pergi mana? Sudah malam pula.” risau Linda.

“Tak tahu mak. Tadi along tanya. Tapi akak marah. Dia kata saya tak nak sibukkan hal dia.” jawab Razim tanpa berselindung.

“Makin hari, makin teruk perangai budak ni. Mak kena tegas dengan akak kamu tu. Kalau saya diam, dia akan pijak kepala saya ni!” marah Linda.

“Mak, sabar mak. Along tak tahu kenapa akak jadi macam tu.” ujar Razim sedih. Wahidah Tiara seorang yang lemah-lembut, bersopan-santun. Tetapi sekarang dia sudah berubah jadi agresif. Sikit-sikit marah.

“Sebab abang Is.” jawab Linda perlahan. Linda bukan nak salahkan Iskandar Faiz. Tetapi disebabkan cinta, Wahidah Tiara berubah.

“Mak, along faham. Tapi akak kena terima kenyataan. Bukan jodoh dengan abang Is. Kenapalah akak tak nak terima takdir? Along tak fahamlah mak.”

“Mak pun tak faham. Apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Kita percayakan Allah.” jawab Linda sebak.


*****************

“Assalamualaikkum.”

“Waalaikumsalam.” jawab salam semua dan memandang ke arah pemilik suara.

“Wina.” bisik Sofia Amelia.

“Wina, masuklah. Kenapa berdiri di situ?” ajak Datin Rafidah.

Wina masuk ke dalam rumah Dato’Othman dengan sedikit gementar. Sofia Amelia yang melihat muka Wina gelak. Dia sudah tahu siapa calon Amir. Tak lama lagi dapatlah makan nasi minyak.

“Apa gelak-gelak?” rungut Wina.

“So, bila kahwin? Ingatkan tak jadi hari itu.”

“Baru je couple kot.” balas Wina.

“Tak best lah couple lama. Cepatlah kahwin. Aku tak sabar nak makan nasi minyak.” usik Sofia Amelia.

“Nak nasi minyak? Tak payahlah tunggu sampai majlis kahwin aku. Aku boleh masak untuk kau bila-bila masa je lah. Cakap je bila kau nak.” balas Wina geram.

“Alah, aku tahu lah kau pandai bab masak. Tapi rasa nasi minyak masa majlis kahwin tu lain tau.”

“Jangan merepek lah kau ni. Ni, kau happy tak?” Wina tukar topik. Tak nak sepupunya usik diri lagi.

“Aku happy lah. Sangat happy.” jawab Sofia Amelia jujur. Matanya melirik suaminya yang tengah bersembang dengan Amir sambil panggang ayamnya.

“Aku happy bila dengar kau happy dari mulut kau. Ingat Sofi, aku ada bersama dengan kau selama-lamanya. Aku yakin Is akan jaga kau sebaik mungkin.” kata Wina.

“Thank you Wina. Selepas daddy, Is lah lelaki yang sayang aku sepenuh hatinya. Walaupun kami disatukan tanpa cinta, tanpa rela, semakin lama kami faham satu sama lain. Perasaan cinta dan sayang tak tahu macam mana nak ungkapkan. Aku betul-betul happy dengan dia. Padahal dulu aku tak suka pun dia. Bagi aku dia seorang lelaki yang miskin. Sumpah aku tak tahu dia seorang yang kuat bekerja. Dia sendiri cari duit tanpa menyusahkan ayah dia. Sehinggalah sekarang buka agency baru. Kadang-kadang aku kagum juga dengan dia. Aku rasa aku yang untung memiliki dia. Bukannya Is untuk jadikan aku sebagai isteri. Aku banyak kekurangan.” balas Sofia Amelia. Air matanya gugur perlahan.

“Abang tak kisah pun sayang banyak kekurangan. Bagi abang sayang adalah anugerah daripada Allah.”

Sofia Amelia dan Wina terkedu mendengar suara garau di belakang mereka. Tanpa membuang masa, mereka menoleh ke belakang. Iskandar Faiz hanya senyum dan melihat kedua-dua wanita di hadapannya.

“Abang, bila datang sini?”

“Abang kat sini masa sayang cakap sayang happy dengan abang.” jawab Iskandar Faiz. Maknanya, Iskandar Faiz berada di situ dari mula perbualan Wina dan Sofi mengenai Iskandar Faiz.

“Err… saya pergi jumpa Amir dulu.” Wina meminta dirinya. Tidak mahu kacau orang baru kahwin.

“Abang, saya…”

“Sayang, abang pun ada banyak kekurangan. Allah ciptakan teman hidup untuk mengisi kekurangan kita. No one is perfect in this world sayang. Abang syukur dapat Sofia Amelia cantik macam bidadari jadi suri hati Iskandar Faiz yang nampak macam sardin ni.”

“Abang nampak macam sardin?” Sofia Amelia tanya sambil menahan tawa. Mana ada suaminya nampak macam sardin? Dia bukannya kurus sangat.

“Betul kan. Abang bukan macam Amir. Fit, ada six packs pula tu. Abang kurus je.”

“Tapi Sofia Amelia cintakan Iskandar Faiz yang kurus ni. Bukan lah kurus sangat. Nampak maskulin je lah suami Sofi.” balas Sofia Amelia.

“Maafkan uncle sebab ganggu semua.” Dato’Johari mula bercakap di depannya.

“Ada apa daddy nak cakap ni?” gumam Sofia Amelia dalam hati.

Dato’Johari menghampiri Dato’Othman. Fail hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting diletak di tapak tangan Dato’Othman. Yang lainnya hanya memandang Dato’Othman dan Dato’Johari.

“Apa ni Johari?” soal Dato’Othman pelik.

“Ini pesanan terakhir arwah Liza. Liza suruh saya serahkan dokumen-dokumen peninggalan arwah ayah awak kepada awak. Ini semua sudah ditukar nama dari nama Liza kepada nama awak dari dulu lagi.” beritahu Dato’Johari dengan tenang.

“Ini semua harta ayah saya?” soal Dato’Othman. Dirinya tidak boleh percaya.

“Ye Othman. Ini semua harta arwah ayah awak. Dulu harta ini semua di atas nama Liza. Sebelum Liza meninggal dunia, dia sudah menukar hak pemilik ke atas nama awak.” terang Dato’Johari.

“Ya Allah, mulianya hati kamu Liza. Saya gagal untuk fahamkan Liza. Dulu memang saya bencikan Liza hanya sebab dia bukan adik kandung saya. Arwah ayah dan ibu saya lebih manjakan Liza. Saya cemburu. Sebab itu saya balas dendam. Saya malu dengan diri sendiri. Walaupun saya layan Liza teruk, dia anggap saya sebagai abang dia. Maafkan saya Liza. Maafkan saya.” menyesal Dato’Othman atas perbuatannya dulu. Semua yang berada di situ turut berasa sebak.

“Calm down Othman. Awak jangan risau. Liza sudah maafkan awak. Sekarang dia mesti bahagia melihat kita semua sudah bersama seperti keluarga lain di luar sana.” pujuk Dato’Johari.

“Johari, saya nak lawat kubur arwah adik saya esok, boleh? Boleh tak awak ikut sekali?”

“Boleh insya Allah.” setuju Dato’Johari.

“Papa, boleh tak kami berdua ikut sekali?” bersuara Iskandar Faiz. Sejak dia bergelar sebagai menantu, dia masih belum menziarah kubur mak mentua.

“Betul ke abang?” soal Sofia Amelia menginginkan kepastian. Kali terakhir Sofia Amelia pergi ke kubur ibunya pun masa hari jadi ke-23.

“Kalau papa izinkanlah.” jawab Iskandar Faiz.

“Pastilah boleh Is.” setuju Dato’Johari.

“Kalau macam itu, semua pergi lawat kubur arwah Liza.” bersuara Datin Rafidah. Dia juga teringin untuk melawati sahabat dan juga arwah kakak iparnya.

“Maz, Amir, Wina macam mana?” tanya Dato’Othman.

“Kami juga nak ikut.” ketiga-tiga bersuara serentak.

“Baiklah. Semua pergi sekali pagi esok.” kata putus Dato’Johari.

“Abang, dah lama saya tak jumpa mummy. Baru tiba waktunya untuk jumpa. Last time I was miss. Now I am visiting her with the salution of Mrs. Bersama dengan suami kacak saya.” bisik Sofia Amelia perlahan. Bimbang orang lain dengar. Malu nanti!

“Muka dia comel bila dia happy. Abang janji sayang, abang tak akan sedihkan sayang. Abang akan cuba membahagiakan sayang sehingga akhir nafas abang. Ini janji abang pada diri sendiri!”

Hai semua. Maaf lambat update. Enjoy reading. Jgn lupa komen dan rate, okay :) You guys boleh juga follow Kikki dalam IG ---> miz.kikki_novelplus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience