BAB 2

Mystery & Detective Completed 973

“Hehehehe! Apa lah aku ni! Bukan-bukan je difikirkan,” pintas
Wati sambil ketawa keseorangan.

Selang 10 minit. Wati menyemak sama ada mesejnya telah pun
dibaca. Masih belum diterima. Masih tiada respon. Hampa.

7.30 malam

Azan maghrib kedengaran di ruang legar rumah kampung Wati.
Sumbernya dari kaca televisyen. Wati ketika itu baru saja selesai mandi.
Letih berulang-alik dari Tanjung Malim ke Subang Jaya. Saban hari, itu
rutin hariannya, seawal pagi subuh lagi Wati sudah pun tegak berdiri di
platform stesen komuter Seremban. Perjalanan Tanjung Malim - Subang Jaya
amat panjang. Letih. Pergi dan baliknya kerja Wati tanpa melihat sinar
mentari. Namun digagahkan juga semangatnya, bagi mencari sumber rezeki
yang halal. Sebab itu lah dia terlalu tekun menelaah iklan-iklan bilik
untuk disewa. Dan yang penting, harus lah murah.

Bzztttttt! Bzztttttt!

Gegaran telefon bimbitnya kedengaran. Wati menggapai
telefonnya yang diletakkan di atas meja solek, sambil mengelap rambutnya
dengan tuala. Dilihatnya sekali imbas, ada makluman penerimaan mesej.
Mesej dari empunya iklan itu! Tergelincat kegirangan seketika. Wati
mengabaikan buat sementara, setelah mengenakan pakaian ringkas dan
posisi yang selesa diambil, dia kembali membelek skrin telefonnya.
Mesejnya terbalas:

-Hello Wati, ye bilik masih available. Berminat ke? - Izzah-

Wati terus berdiri keseronokan. Dia meloncat-loncat anak
setempat. Senyum? Bukan lagi. Sengih? Ya. Berkali-kali dia membaca mesej
itu untuk mengesahkannya.

“Izzah- Agaknya itu nama tuan empunya iklan. Izzah ye?”
Ngomelnya di dalam hati. Tangannya terus ligat menaip sesuatu, untuk
membalas mesej itu.

-Ye Izzah, saya berminat. Boleh saya datang tengok rumah esok?
Kalau semuanya OK, saya terus bayar deposit. Deposit sebulan je kan?-

Tidak sampai seminit, telefonnya bergegar buat kali kedua.

-Ok. Tapi saya tiada di rumah esok. Kalau Wati nak tengok
bilik, saya boleh tinggalkan kunci rumah di bawah pelapik pasu bunga
depan rumah. Ya, deposit sebulan, jadi total RM 200 sahaja. Seratus
deposit, seratus lagi untuk sewa untuk bulan ni. Untuk pas sekuriti,
Kalau Wati ada kenderaan, kena selesaikan sendiri dengan pihak
pengurusan. Sebulan 5 ringgit je untuk motosikal. Kalau bawa kereta 15
ringgit je.-

Hairan.

“Berani betul perempuan ni nak tinggal kunci rumah macam tu je
senang-senang? Aku ni totally strangerkot? Ahhhh! Lantak lah! Janji
aku dah dapat bilik sewa. Murah pula tu! Hehehehe…”

-Wah. Ok. Saya datang selepas habis waktu pejabat boleh?-

-Ok. Blok A, no. A-5-11. Tahu kan apartmen ni kat mana?-

-Ye saya tahu. Yang cat warna kuning tu kan? Depan kilang mee
segera tu?-

-Betul. Esok kalau setuju nak sewa bilik ni, whatsapp saya.-

-Baiklah! Terima kasih Izzah!-

Ketika itu, senyuman kegembiraan langsung tidak lekang dari
bibir Wati. Dia terus berlari-lari anak dengan langkah yang berirama,
seakan-akan kawad kaki irama bujang lapok, sambil bersiul menuju ke
dapur. Berita gembira ini harus disampaikan kepada ibunya secepat mungkin.

“Alhamdulillah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience