bab9

Romance Series 14769

"Hurmmmm, macam yang korang dengar. Kita kena tunggu. Mungkin lebih lama dari yang dirancang".
kata Naim.

"Tapi ni bukan silap Man Im. Ini masaalah dunia. Tak dapat nak dielakkan".
balas Khairul.

"Aku tengok berita, dah ramai yang meninggal diluar negera tu. Sedih pula aku tengok. Bersusun orang meninggal. Negara kita pun dah meninggkat orang yang kena. Langkah berjaga jaga, PM terpakasa buat macam ni. Dari keadaan menjadi lebih teruk lagi".
Kata khairul lagi.

"So kita tunggu je lah. Tak payah nak kejar kejar".
Kata Fais lagi.

Fais terus bangun untuk membuat sarapa pagi.

"Korang aku buatkan roti bakarlah ye!" Jerit Fais dari dapur.

"Hurmmmm ok boleh", jawap Naim.

"Hantar dekat awek tu sekali Is".
kata Naim lagi.

"Ok", balas Fais.
Setengah jalam berlalu.

"Oiii siap dah sarapan. Cepat sini makan! roti bakarnya dah menunggu, untuk masuk dalam perut!" Jerit Fais dari dapur.
Masing masing bangun dan terus kedapur...

"Jemunya kalau hari hari makan roti bakar je beb". Kata Khairul.

"Cubalah kau masak nasi lemak ke?
Mee goreng ke? barulah aku berselera nak makan!"
kata Khairul lagi.

'Kau inggat aku masuk kolej hari tu, ambil bahagian masak memasak ke? Bengong punya orang. Ni pun dah bersyukur aku nak bakokan".
Balas Fais lagi. Masing masing terseyum melihat Fais. Fais memakai mask, untuk menghantar makan kepada Feena.

"Hati hati bawa makan itu ye Bik. Talau tumpah, ambil mop ye Bik. Lepas ni, masak makan tengahari boleh ye Bik. Hahahhahaha".
kata Kharul kepada Fais.
Mengekak khairul dan Naim ketawa dimeja makan.

"Cilaka betullah korang ni. Lawak bodoh tuuuu".
Kata Fais sambil ketawa Juga.

"Fais membuka pintu bilik dan terus masuk menghantar makan. Kelihatan Feena masih tidur lagi. Fais meletakan makan diatas meja tulis dan terus keluar dari bilik, menuju kemeja makan.

"Dia tengah buat apa?"
Tanya Naim.

"Tengah tidur lagi". jawap Fais.

"Nanti tengahri kau keluar ye Im,
beli makan. Aku malas nak nak keluar!" Kata Khairul.

"Hurmmmm ok lah". balas Naim.

Tengah mereka bertiga makan, tiba tiba pintu bilik Naim yang diduduk oleh Feena dibuka. Terperanjat mereka bertiga bila Feena ada berdiri didepan pintu bilik dan memandang tepat ke mereka bertiga yang tengah makan, tanpa memaki penutup mulut. Berdiri mereka bertiga dari meja makan.

"Woiiii Is, kenapa kau tak kunci balik pintu".
marah Naim.

"Bodoh lah kau ni Is".

"Maaflah korang, aku tak perasan.
Aku keluar hantar makan, terus je aku duduk dengan korang. Sorry lahhh". kata Fais yang serba salah.
Kerana dia Feena dah kenal muka mereka bertiga.

"Hurmmmm, Sudah jangan nak marah marah. Benda dah nak jadi".
kata khairul.

"Kenapa Cik? Cik nak apa?"
Tanya Khairul, dalam keadaan tenang dan lembut. Feena hanya tercegat didepan pintu bilik.

"Mereka bertiga handsemnya bila tak memakai mask. Tak sesuai untuk jadi seorang penculik".
Bisik hati Feena, sambil berkerut dahinya.

"Cik nak apa?"
Tanya Khairul lagi. Tersedar Feena dari lamunan.

"Ehhhh, i nak berus gigi!".
kata Feena.

"Baru nak ketuk pintu bilik ni. Tengok macam terbuka. Itu yang i terus buka. Maaf kalau saya menyusahkan dan buat u bertiga bergaduh".

"Ehhh tak apa Cik".
Balas Khairul.

"U mesti khairul kan?"
Tanya Feena lagi.
Feena dapat kenal khirul, melalui percakapan Khairul. Khairul sahaja yang memanggilnya dengan pangilan Cik.

"Ye, betul tu.
Saya Khairul".

"U pula Fais, betul ke?"
Sambil menunjuk jari kepada Fais.

"Yup, betul tu Feena. Saya Faiz".
Balas Fais dan tersenyumm

"Dan U pula Naim! Betulkan".

Nami bangun dari tempat duduknya dan terus menarik tangan Feena, masuk kedalam bilik.

"Ini bukan masa nak bersuai kenal". kata Naim.

"Kau ni tak boleh duduk diam diam dalam bilik ni? Kau ni nak merayap je apasal ye?"
Jerit Naim. Feena terperanjat dan mula menagis.

'I am sorry Naim. I didn't mean to make you angry. I bosan terkurung macam ni. Apa perasaan u, kalau u pula kena kurung macam ni".
kata Feena kepada Naim. Naim menarik nafas panjang.

"Hurmmmmmm"Sambil Naim duduk diatas katil bersama Feena.

"Maafkan aku... Dah jangan nangis.
Aku tak suka tengok perempuan menangis". pujuk Naim.

"Maafkan aku, sebab menengking kau".

Feena berhenti menangis dan memandang tepat kemata Naim. Naim mengelap air mata Feena dengan jarinya.

"Aku minta maaf". kata Naim lagi.
lalu banggun dari katil dan cuba mengelak dari direnung oleh Feena.
Hati Naim jadi berdebar, bila dipandang begitu oleh Feena. Feena sempat menarik tanggan Naim.

"Kenapa dalam ramai ramai, u macam tak suka i. U selalu marah marah i. Kenapa? i tak ok ke?"
Tanya Feena.

"Aku suka kau bodohhh! gila ke, kalau tak suka gadis cantik macam kau. Tapi aku takut kau tak suka aku. Lagi pun siapa lah aku ni.
bukan orang kaya, macam kau".
bisik hati Naim

"Kau makanlah dulu".
kata Naim dan terus keluar dari biliknya tanpa mengunci pintu bilik. Nak buat apa kunci. Dia dah kenal muka muka yang ada dalam rumah ni. Naim terus kedapur dan duduk bersama Fais dan Khairul.

"Sorry bro, aku memang tak perasan tadi".
kata Fais.

"Tak pe lah Is. Dah kau tak perasan nak buat macam mana! lagi pun, kesian aku tengok dia terkurung dalam bilik tu. Kalau kita pun, terkurung boleh jadi gila".
Balas Naim. Khairul dan Fais tersenyum memandang Naim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience