"Bie, jangan lah pandang sini. Kirah segan lah."
"Ala.. Nak segan buat apa. Laling kan isteri bie jugak."
"Tahu lah.. Tapi bie keluarlah dulu. Kirah segan sangat-sangat ni."
"Bie nak tengok Fatehah menyusu lah sayang. Bie geram sangat dengan dia. Pipi chubby sangat. Eeeee geram.."
Nurin hanya menunduk. Suaminya itu suka sangat mengusiknya. Dulu setiap usikan suaminya langsung tidak berbekas di hati. Namun kini, usikan demi usikan itu lah yang mewarnai hidupnya.
Mikael memerhati isterinya yang sedang menunduk. Senyuman terukir dibibirnya. Pipi Nurin jelas kemerah-merahan menahan malu. Sepantas kilat sebuah kucupan dihadiahkan di pipi mulus Nurin. Membulat mata Nurin. Mikael di hadapannya dipandang geram. Tidak semena-mena Mikael melabuhkan bibirnya ke bibir Nurin. Lama.
"Terima kasih, sayang." Ucap Mikael sebaik bibir Nurin dilepaskan. Nurin tertunduk malu.
"Laling, laling ni macam Dragon dalam movie Shrek tu tahu tak.. Ganas kemain lagi. Alih-alih bila dah tangkap cinta dengan bie, ganas tu buang ke laut eh?" Mikael mengusik Nurin.
"Ganas Kirah tak ke laut bie. Naga kan boleh terbang. Jadi Kirah dah bawa ganas tu terbang dan buang kat bulan sana. Kalau bie rindu ganas Kirah tu, bie duduk je lah kat luar tengah malam nanti. Tenung bulan tu. Lagi satu.. Kalau Kirah ni Dragon, bie pulak mestilah Donkey kan?" Ujar Nurin lantas tertawa riang. Hidung Nurin dicuit lembut.
"Amboii.. Nak biarkan bie jadi pungguk rindukan bulan ke apa dok tenung bulan tengah-tengah malam kat luar tu? Hah, ok apa Donkey tu. Kan perangai dia sebijik macam bie. Happy go lucky lah katakan." Mikael menjungkit-jungkitkan keningnya. Nurin tersenyum bahagia.
"Bie, thanks for being my lovely husband. I love you, Mr Edward Lee." Mikael senyum.
"Yang terindah ku pintakan di dalam doaku, yang terindah bila tercipta cinta padamu, setia di hatiku, setia di jiwaku, kaulah yang terindah."
"Mencintai laling adalah perkara paling terindah buat bie. Terima kasih kerana laling sudi terima bie apa adanya. You always my mine,Mrs Nurin Syakirah. Terima kasih kerana sudi mengandungkan zuriat buat bie. Naazneen Fatehah hadiah paling berharga dari laling untuk bie. Thanks for everything sweetheart and i swear that i will always love you my sweeties wife, Mrs Kirah Lee. Love you till Jannah, laling."
Nurin menitiskan airmata. Sungguh dia terharu mendengar luahan hati Mikael.
"Laling, nak tahu tak.. Bie tanpa laling umpama ambulans tanpa uwiw uwiw.." Nurin tertawa.
"Bie ni dah ada anak sorang tapi sengal tu tak berubah." Mikael tersengih.
"Sengal bie cuma untuk laling sorang je."
"Sumandak Sabah mana kau mau cari?? Original Sabahan gitu." Ujar Nurin sambil menjungkitkan kening. Mikael tetawa.
"Haih betul lah apa orang kata tu."
"Orang kata apa bie?"
"Love is unpredictible.."
Ya. Unpredictible. Seperti cinta Nurin buat Mikael. Siapa sangka dari benci menjadi cinta. Cinta yang disangka sudah basi namun berkat kesabaran dan kesungguhan Mikael, cinta yang dikejar bertahun-tahun lamanya menjadi miliknya mutlak. Always be a happily ever after..
Share this novel