Bab 13

Humor Series 9625

"Ok semua dah siap?"soal Cikgu Mugam.
Kami berpaling melihatnya.Muka Cikgu Mugam berubah.

"Apa ni?takkan lah sorang pun kat sini tak tahu make up?"ujarnya memarahi pasukan Theater yang dibimbingnya.

Kami semua diam dan memandang muka masing2.Ish terkejut beruk aku tengok muka sendiri.Serupa badut oii!

Cikgu Mugam menggelengkan kepala.Kejap lagi dah nak mula dah.Haish masalah betul mereka ni.

"Erkhem!"dehem seseorang di sebelah Cikgu Mugam yang ntah dari mana dia muncul.

Cikgu Mugam berpaling ke gadis di sebelahnya.
"Saya boleh bantu!"ujar Natalein sambil menjinjit beg makeupnya yang besar gedabak.

"Yeeeeeyyy!"semua di situ kembali bersorak.Baguslah takdelah aku tanggung malu sebab makeup macam badut dan dikelilingi oleh baduts nanti.

"Okay first..kita mula satu2 dulu okay"ujarnya.

Lalu satu persatu Pelakon di make over.
Akulah yang paling liat sekali nak kena touch up.

"Noo!tak nak!"tolak aku.
"Aipp ni supaya kulit kau glow2 gituhh.Nanti lagilah orang tertarik nak tengok Theater ni"ujar Natalien sambil meletakkan segala bahan makeup di muka aku.Haih reda jelah yang penting aku dah pesan kat dia jangan tebal sangat aku tak suka!

Rambut aku di luruskan.Woo dah lama tak straightkan rambut.Patu dia curlkan sedikit rambut aku di bahagian bawah.Kadang2 aku main2 dengan rambut sendiri sebab nampak macam spring pon hade.

Semua di situ sudah siap di make over.Tinggal aku jelah nak keluar dari bilik persalinan dengan gaun aku ni.Wah Hayla look so girly.

"Okay!Mana heroin kita ni?"Soal Cikgu Mugam
Di tangga lagi aku dah tergopoh2 naik keatas pentas.
"Ye saya!"ujar aku sambil memunculkan diri.

"Wwoooooooaaahhh!"laung semua orang disitu.

"Syabas Natalein,hasil yang sangat bagus!"puji Cikgu Mugam kepada gadis di sebelahnya.

"Ok semua dah get ready?"soal Cikgu Mugam.Kami membuat thumbs up makna dah ready lah ni.

"Okaayyy..action!"ujar Cikgu Mugam yang berada di tempat duduk penonton untuk melihat kami berlakon.

Satu persatu watak muncul.Setakat ini lakonan berjalan dengan amat lancar.

"Ouwh Rapunzel!Turunkanlah Rambutmu!"jerit Nazrul kepada papan yang telah di potong membentuk sebuah menara.

Lalu seseorang yang berada diatas menurunkan rambut panjang rampulzel.Nazrul bersedia untuk mendaki menara yang dibina dengan agak kukuh itu.

Hampir sahaja dia hendak masuk kedalam tingkap menara itu..muncul muka seorang nenek tua.

"Owh selama ni kau lah yang gagggu anak aku ha!Jaga kau!"Gunting yang berada di poket jubahnya dikeluarkan lalu memotong rambut tersebut.

Lalu jatuh lah Putera yang begitu kacak sekali menyembah bumi.

"Rapunzel!Rapunzel!"jerit Nazrul.
Maka aku yang berada di backstage berlari2 anak dan duduk bersimpuh diatas lantai.Kepala Nazrul diletakkan diatas ribaan aku.

"Kanda!Jangan tinggalkan adinda!"ujar aku.Dalam hati rasa macam nak muntah je sekarang ni.

"Kanda rasa..susah tiba masa..kanda sudah buta!Tiada harapan lagi mahu sembuh!"laung Nazrul seraya terbatuk2.Tiba2 dia membuat2 sudah mati.Apalagi aku pun titiskan eyedrop yang aku genggam sedari tadi keatas mata ku.

Kemudian air tersebut jatuh mengalir seakan aku sedang menangis meratapi pemergian putera kacak kesayangan aku tu dan air mata tu jatuh pula pada mata Nazrul.

"Kandaaaaa!"laung aku meratapi pemergianya.

Tiba2 mata Nazrul bergerak2 lantas dengan kadar perlahan dia membuka matanya dan bangun dari ribaan aku.

"Eh Adinda!mata kanda sudah boleh melihat semula!"ujarnya teruja.

"Wahhh!Syabas kanda!"ujar aku lantas memeluknya.Ah lantak lah aku dah lupa skrip lagipun dah habis cerita ni.

"Maka,putera dan puteri pun hidup bahagia ke akhirnya.Tamat.Sekian"ujar pencerita.

Cikgu Mugam menepuk tangan dengan kuat.Aku menoleh kearah penonton.

Hanya dua orang sahaja penonton yang hadir dan menepuk tangan sambil menunjukkan reaksi yang bosan.Lalu mereka berlalu pergi untuk pulang.Lagi sorang penonton pula telah selamat berlayar kealam mimpi.Apa bosan sangat ke Theater ni?

***
Aku masuk ke dalam bilik persalinan untuk mengambil barang aku.Kemudian diatas meja aku terlihat sebuah note dan sekuntum bunga tulip putih yang diletakkan diatas meja.

"Sang Rapunzel telah dapat bertemu dengan cinta hatinya,agaknya bila pula masa saya dapat bertemu dengan cinta awak?"dengan perlahan membaca nota tersebut dan tersenyum.Uiiishh sweetnya.Untuk aku ke ni?

Natalein masuk bersama Firash di dalam bilik persalinan.Wah lepas eksiden tu terus bukan main rapat eh korang ewahhh.

Aku tersenyum.
"Ekhem..bukan main rapat sekarang dah ada apa2 ke?"soal aku dengan hati berbunga2.

Natalein menggosok tengkuknya.Elehh malu2 pulakkk.
Firash tersengih tak tahu nak reaksi apa kot.

Dahlah kalau tiga2 jadi tunggul nanti susahlah pulak.Aku mengambil buku cara memikat hati serta handphone dan barang yang lain lalu memasukkanya di dalam beg sandang aku.

"Weh Natalien,aku rasa ada orang bagi bunga kat kau lah."ujar aku sambil memuncungkan mulut kearah bunga diatas meja.

Firash diam sambil melihat bunga tersebut.
"Err oh yeke.Thanks bagitahu"ujar Natalein.

"Okaylah aku chau dulu eh"ujar aku sambil tersenyum kepada mereka berdua.

Lalu aku berlalu pergi dari situ.
Meninggalkan kedua2 sang merpati yang mungkin tengah hangat bercinta?

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience