Bab 39

Romance Series 80702

RESTORAN McDonald's...

"Aduhai...kau ni slow la Jihan. berbuih-buih mulut aku ni duk bagi hint dekat kau yang Dr. Haider tu memang ada hati dekat kau. Pada waktu dia cakap nk jaga kau sebab mak Eton tu kira dia melamar kau la. Kau ingat apa? dia kesiankan kau je ke semata-mata?."
Bebel Hawa kepada Nurjihan dan di sertakan anggukan daripada Pia.

"Haah aku pikir macam tu la yang dia tu cuma kesiankan aku. Tak tahu pulak betul-betul suka." Nurjihan menongkat dagu.

"Kepala otak, kesian je sampai nak kahwin? Orang macam Dr.Haider yang bijak sana bijak sini tu pikir panjang la sebelum nak buat apa-apa keputusan. Kalau dah bagi hint ajak kahwin tu bukan kesian tau, tu dah jatuh hati."

Bijak sana, bijak sini eh? ish.. terlampau bijak tu. Pia menggeleng kepalanya membayangkan gambaran Dr.Haider.

"Aku semak betul la bila dia ambil alih tempat Megat Rusydi. Lepas ni selalu tau aku kena hadap dia. Kau bayangkan la tadi dia cakap suara aku sama macam Karlisa. Cuak gila beb. Lepas tu malam nanti ni aku taktau la macam mana pulak." Nurjihan mengurut dadanya mengenangkan saat perjumpaan mereka tadi.

"Haah la, suara mana boleh ubah..tak apa, Kau buat relaks je. Fokus ! jangan gelabah. Aku yakin dia tak tahu lagi tu kalau stakat suara je sama."
Kata Hawa menenangkan keadaan Nurjihan sambil matanya di lirikkan pada Pia dan dia menggeleng.

Pia ni kalau makan.... macam bela saka !

"LISA okay kan kalau bekerjasama dengan Haider lepas ni? and uncle akan bantu juga kalau ada apa-apa masalah yang lain just tell me".
Kata Megat Rusydi kepada Karlisa yang berada di meja makan itu.

"Lisa okay je uncle, tak ada masalah." Tersenyum Karlisa membalas pertanyaan Megat Rusydi itu.

Okay la sangat ! huh....

"I dengar yang Syed Iqwal dah balik semula ke office kan?". Tanya Puteri Qisha.

Karlisa mengganguk. "Ye betul. Dia dah start kerja last week."
Balas Karlisa mencuri pandang ke arah Megat Hanif yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

" I see..." Jelas kelihatan ada segaris senyuman di wajah Puteri Qisha.

"Lisa dah ada someone ke? Sorry i tanya pasal status you. i curious nak tahu." Soalan dari Datin Halida itu mengejutkan semua orang yang berada di meja makan tersebut.

Karlisa menggeleng dan tersenyum.
"I belum berpunya."

"Seriously? you cantik, takkan la tak ada vvip yang nak dekat you?". Datin Halida cuba mencucuk jarum.

"No Datin. I tak terfikir lagi ke arah tu. I busy dengan kerja."

"Mummy, you ni dah-dah la tanya Lisa soalan macam tu. Apa la mummy ni sibuk je nak tahu." Tegur Puteri Qisha.

Bagi Datin Halida dia cukup menilai gadis di hadapannya itu adalah sempurna. Kaya, cantik dan bergaya. Begitu teringin dia bermenantukan Karlisa ini. Tidak kisah la untuk Megat Haider atau Megat Hanif. Yang pasti dia akan mencuba.

"HATI-HATI balik okay Lisa? . Kalau you senang nanti datang la lagi. Rumah ni sentiasa terbuka untuk you."
Kata Datin Halida seraya memeluk Karlisa yang sudah ingin pulang.

"Inshallah Datin. Thank you layan i. You masak sedap sangat." Balas Karlisa tersenyum.

Karlisa berjalan menuju ke muka pintu dan langkahnya terhenti bila melihat Megat Hanif bersandar di pagar rumah menantinya.

"You balik dengan apa ni? jom i hantar?". Tanya Megat Hanif yang kembali berdiri tegak.

Sungguh dia merasakan sesuatu dengan pandangan dari Megat Hanif itu. Dia tidak selesa sejak dari waktu mereka berada di meja makan itu lagi.

"Eh tak apa.. i dah call driver untuk pick up i". Balas Karlisa lembut.

Megat Hanif tidak memperdulikan jawapan penolakkan dari Karlisa itu. lalu dia menarik lengan Karlisa lembut untuk mengekorinya ke arah kereta.

"Tak payah la. I hantar you balik je. Come."

"Eh..eh.. tak apa...." Karlisa cuba menyekat langkahnya untuk bergerak lagi.

Tap !

Bunyi telapak tangan Megat Haider yang memegang lengan Megat Hanif untuk menghalang mereka mendekat dengan kereta milik Megat Hanif.

"What?" Tanya Megat Hanif hairan ke arah adik lelakinya dan memandang ke arah tangan yang di pegang itu.

"Lisa cakap tak payah kan? Biar je driver Lisa ni datang ambil dia." Jawab Megat Haider dingin.

Keadaan mereka bertiga di situ kaku. Pegangan tangan mereka bertiga yang bersilang antara satu sama lain berbentuk segi tiga.

Parah ! korang adik beradik kalau nak gaduh jangan libatkan aku ye...desis hatinya melihat keadaan tegang antara lelaki-lelaki di hadapannya itu.

Megat Hanif mengalah. Dia melepaskan tangannya yang memegang Karlisa dan yang di pegang oleh Megat Haider.

"Okay-okay..fine, kita tunggu sampai driver you datang. Sorry Lisa."

Karlisa mengganguk. Mujurlah Megat Hanif ini tidak degil dan ya, dia patut berterima kasih dengan kehadiran Megat Haider di situ.

Dia mengerling ke arah Megat Haider sekilas. Ada penampakkan urat tegang di leher lelaki itu dan cepat-cepat Kalisa memandang ke arah lain bila matanya bertembung dengan sepasang mata Megat Haider.

SEDARI tadi matanya tidak lekang dari menatap syiling bilik itu. Tiada apa yang di lihat, hanya pandangan yang kosong. Teringat peristiwa aneh bersama Megat Haider itu cukup membuatkan dadanya sesak.

Nurjihan menggeleng laju. Tidak..tidak sama sekali dia perlu takut dengan Megat Haider. Mungkin kekalutan dalam dirinya melebihi sikap berani.

Sikit lagi Jihan...sikit je lagi..kau kena berani !

Jangan overthinking. Jika Megat Haider menjadi salah satu penghalang dalam menjatuhkan MR Holdings ? tak apa, kerana dia bukan sendirian.

NURJIHAN menunduk ke bawah bila tersedar bahawa ikatan tali kasutnya di sebelah kiri terbuka, lalu dia bergerak ke tepi untuk mengikat semula tali kasutnya itu supaya tidak menghalang laluan orang lain untuk berjalan.

"Haish..orang dah ikat ketat-katat pun...kau suka sangat nak terbuka ek?" Bebel Nurjihan ke kepada tali kasutnya itu lalu dia berdiri semula.

Alangkah terkejutnya dia bila terlihat seseorang yang tidak di alu-alukan hatta bayang-bayang sekalipun boleh wujud di hadapannya. Sungguh dia jelak dan benci !

Zabidi tersenyum sinis ke arahnya.

"Seronok kan jadi orang kaya? nak shopping setiap jam pun tak hal. Duit berlambak-lambak kan?".

Nurjihan mengetap giginya menahan baran di hati. Kalau bukan kerana mereka berada di tempat awam di Mid Valley itu, sudah lama dia tikam-tikam lelaki keparat di hadapannya itu.

"Kau nak apa lagi ni?" Tanya Nurjihan bernada keras.

"Wahai anak tiri kesayanganku...aku nak duit la baby...nak apa lagi?". Zabidi cuba mencuit dagu Nurjihan lalu tangannya di tepis kuat.

"Tak serik-serik kau ni kan? Tak tahu malu ke? hutang along berkali-kali kami bayar untuk kau.. hidup kami merempat dengan along sebab kau... tak cukup dengan tu, kau bunuh mak aku..Kau ni memang iblis la sial !".
Nurjihan menumbuk dada Zabidi sehingga dia tergerak ke belakang sedikit.

"Hahah, mak kau tu isteri tak guna. Suami minta duit tak bagi. Derhaka kan ? elok matilah, dari buat dosa lawan cakap suami kan?". Zabidi terus menyimbah minyak di dalam api yang marak dalam kemarahan Nurjihan itu.

"Kau dengar sini eh...kau jangan ingat aku nak diam je bila kau bunuh mak aku. Aku akan cari bukti biar kau meringkuk dalam penjara tak pun mati ke tali gantung tu layak la untuk kau !". Herdik Nurjihan.

Mendengarkan kata-kata Nurjihan itu lantas menaikkan kemarahan Zabidi dan tangannya laju ingin menampar pipi Nurjihan.

Argh !! Nurjihan terjerit kecil menutup matanya melihatkan hayunan tamparan Zabidi yang hampir mengena ke mukanya.

"Jangan berani sentuh isteri aku ! "

Suara itu menggamit mata Nurjihan untuk di buka semula. Dia melihat Tuan Syed Iqwal yang sedang mencekik leher dan menahan tangan Zabidi dari terkena pada wajahnya.

"Ahh aduh!" Zabidi mengerang kesakitan bila tangannya di pulas kuat oleh Tuan Syed Iqwal.

"Isteri kau? bila masa kau kahwin dengan budak ni?". Tanya Zabidi bagai tidak percaya.

"Bila masa itu bukan urusan kau. Sekali lagi kalau aku nampak kau cuba cari masalah dengan Jihan, patah tulang-tulang kau aku kerjakan. Berambus !".
Marah Tuan Syed Iqwal hingga menyebabkan Zabidi berlari ketakutan.

Nurjihan kematian kata melihat renungan tajam dari Tuan Syed Iqwal. Apa pun dia bersyukur yang lelaki ini hadir tepat pada waktunya.

"Jom balik." Tangan isterinya di tarik untuk mengikutinya.

Sewaktu mereka berada di dalam kereta..

"Kenapa keluar tak bagitahu saya?".

Kepalanya di halakan ke arah sebelah kanannya melihat wajah serius Tuan Syed Iqwal.

"Saya tak mahu ganggu Tuan Syed masa tengah meeting tadi. Saya ingatkan nak keluar sekejap je. Saya dah bagitahu Kak Syifa."
Nurjihan menunduk, dia rasa bersalah kerana keluar dari rumah tanpa izin suami.

"Kalau nak keluar kena bagitahu saya bukan Syifa. Siapa lagi penting? Syifa tu suami awak atau saya ni suami awak?. Selamatlah hati saya ni terdetik nak ikut awak. Kalau tak tadi, Zabidi tu boleh buat macam-macam lagi dekat awak."

Nurjihan masih menunduk. " Ye, saya minta maaf. Saya yang pandai-pandai keluar tak minta izin."

"Lepas ni jangan keluar dah."

Hah ?! Terus dia memandang si suami.

"Janganlah macam tu Tuan Syed. Takkan la tak boleh keluar langsung.."
Nurjihan pantas menggoyangkan lengan Tuan Syed Iqwal. Tidak rela dia terkurung.

Tuan Syed Iqwal hanya diam. Tidak beriak dengan alasan protest Nurjihan itu. Matanya fokus ke arah jalan raya sedang memandu.

"Saya janji lepas ni saya tak akan suka hati keluar tanpa izin Tuan Syed. Jangan la tak bagi saya keluar langsung Tuan Syed..." Jihan cuba merayu lagi.

Diam. Tiada respond dari Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan buntu.. Tuan Syed Iqwal tidak memperdulikannya, lalu dia memeluk lelaki itu dari arah tepi.

"I'm sorry..."
Pujuk Nurjihan lembut dan pelukan di kemaskan kepalanya elok terlentok di dada Tuan Syed Iqwal.

Tuan Syed Iqwal tergamam dan dengan serta merta dia memberhentikan kereta ke tepi jalan dan membuka signal kiri.

Terkejut Nurjihan bila melihat tingkah Tuan Syed Iqwal memberhentikan kereta di bahu jalan itu secara tiba-tiba.

"Kenapa ni ?!"

Tuan Syed Iqwal segera membuka tali pinggang kaledarnya dan membalas pelukan Nurjihan.
Wajahnya di benamkan ke leher Nurjihan.

"Awak tahu tak apa kelemahan saya?." Tanya Tuan Syed Iqwal yang memandang wajah terkejut Nurjihan.

Nurjihan menggeleng laju. Jelas dia terkejut bila Tuan Syed Iqwal bertindak sebegitu.

"Kelemahan saya bila awak cuba goda saya. I'm addicted to you."

Hah ? aku tak goda kau la. Aku peluk je nak surutkan kemarahan kau !! apa ni.....

"Tak..tak...saya bukan nak goda Tuan Syed. Saya... "

"Shuhhhh." Bibir Nurjihan di tekapkan dengan jari telunjuk Tuan Syed Iqwal.

Bibir mereka hampir bertaut. Dan...Tuan Syed Iqwal berhenti sejenak sebelum terkena bibir Nurjihan.

"Just sit there and behave."
Lalu dia menjarakkan wajahnya dari wajah Nurjihan yang terkedip-kedip memandangnya dan memakai semula tali pinggang kaledarnya lalu meneruskan pemanduan. Jiwanya hampir goyah di peluk si isteri.

Nurjihan mengela nafas lega. Hampir saja di curi ciuman ketiganya itu tadi. Gila betul ! Tuan Syed ini boleh tahan juga dia punya acah-acah. menggeletar lutut Nurjihan di buatnya.

CORETAN laman blog Senorita r di baca lagi. Jarinya laju menari-nari di skrin tablet itu untuk membaca postingan nukilan yang lama. Dia menunggu postingan terbaru dari empunya penulis blog. Sungguh dia rindu dengan nukilan kata-kata bermakna dari si penulis.

"Kok hari ini ngak ada updatenya ya? Masa sih lama banget nyepi..kangen gue ih."
Bellinda mengomel sendiri menanti update terbaru dari Senorita r itu.

Dalam keadaan yang terkurung ibarat mangsa perculikkan itu dirinya hanya di hiburkan dengan membaca isi motivasi dari blog. Dari dulu sampai sekarang dia tidak pernah terlepas dari menegur di ruangan komen penulis itu. Dia menyimpan impian besar untuk berjumpa dengan Senorita r itu suatu hari nanti. Sungguh dia kagum dan jatuh hati dengan penulisan penuh makna ibarat memahami dirinya di dalam setiap nukilan yang di tulis.

Seketika, dia terdengar bunyi pintu rumah yang di buka kasar oleh seseorang yang sememangnya dia tahu akan keadaan si kaki mabuk dan panas baran itu yang pastinya sedang berjalan terhuyung-hayang melanggar barang-barang di dalam rumah itu. Semua bunyi itu sudah di hafal olehnya.

Cepat-cepat dia mematikan cahaya di tabletnya dan di sembunyi rapi di bawah bantal lalu dia berpura-pura tidur untuk tidak di ganggu oleh Aditya. Bellinda pasrah.

p/s : Jawapan kepada soalan haritu tentang siapa White Jasmine.. adalah Bellinda...Thank you pada yang sudi teka. Korang terbaik !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience