BAB 10

Romance Completed 11647

Sedar sedar aku sudah terbaring lena di atas katil di dalam bilikku. Selimut tebal persis baldu itu membaluti tubuhku yang hanya memakai kain batik yang membaluti bahagian pusat dan kebawah. Manakala bahagian dadaku terdedah.

Apabila difikirkan kembali tentang apa yang berlaku malam tadi, bibirku mengukir senyuman.

Aku yang sedang terlena dalam pelukan Hamka merengek manja apabila terasa pelukan dileraikan. Terasa seperti seseorang sedang mengendongku dan aku yakin orang itu adalah Hamka.

Hamka membawaku tidur di dalam biliknya yang mempunyai katil bersaiz queen. Aku yang sudah mengantuk tidak melawan perbuatan Hamka, malah hatiku berbunga riang kerana aku hampir berjaya menakluki Hamka.

Selepas membaringkan aku di atas katilnya yang dibaluti cadar bercorak segi empat berwarna coklat, dia menanggalkan baju t-shirt yang membaluti tubuhku serta mendedahkan mahkotaku yang sudah lama inginkan belaian Hamka.

Aku dapat melihat reaksi Hamka yang agak terkejut, mungkin kerana melihatkan saiz buah dadaku yang besar itu.

Dia terus menjilat dan menghisap mahkota kebanggaanku itu dengan lembut, seperti seorang bayi. Aku yang sudah lama mengantuk kerana penat selepas melayan Hamka, mudah saja terlena apabila menerima belaiannya yang manja itu.

Tanpa berlengah aku terus mandi. Solat Subuh yang ditinggalkan pagi tadi dibiarkan tidak diqada.

Aku turun ke bawah untuk mencari Hamka, namun hampa kerana kelibatnya pun aku tidak nampak. Mana perginya Hamka?

Semasa aku sedang menikmati sarapan pagi, terdengar loceng ditekan berulang kali.

Aku segera membasuh tangan dan mengintai melalui tingkap.

Hatiku menjadi hairan apabila aku melihat Lanny datang pada waktu begini. Dari jauh kulitnya yang putih nampak kemerahan,mungkin kerana menahan terik matahari yang semakin naik.

Aku menekan butang pada alat kawalan jauh. Sebelum dijemput masuk Lanny terlebih dahulu sudah menapak masuk ke rumah ini.

"Buat apa Lanny datang sini? Hamka takde." Kataku sambil memandangnya atas bawah. Menyampah betul aku dengan Lanny ni, lagak mengalahkan tuan rumah.

Lanny memandangku sambil menjeling. "Aku bukan datang sini nak cari Hamka, aku nak cari kau." Kata Lanny sambil jari telunjuknya menolak nolak dahiku.

"Apasal Lanny cari Rose?" Aku mula rasa terhina dengan layanan Lanny. Sabar Rose sabar.

Lanny, belum kenal siapa Rose ya? Sabar Lanny, kesabaran aku pun ada batasnya.

"Hey sundal, aku nak bagi kau amaran. Jangan berani nak dekati Hamka. Dia hak aku faham? Hak aku." Tengking Lanny kepadaku, suara lelaki tenggelam timbul dengan suara perempuan.

Darah mula menyirap ke mukaku. Ditahan juga amarah yang semakin menggunung. Ya, aku mengaku aku betina sundal, tapi tak perlu pun rasanya kau nak panggil aku dengan gelaran tu kan, pondan?

"Hey pondan. Kau dengar sini elok elok, aku dan Hamka takde apa apa. Kalau kau nak Hamka, ambillah." Aku terus menolaknya sehingga terjatuh. Apa aku kisah kalau kau jatuh, lagi aku suka.

"Be-be-berani kau tolak aku, sundal?" Jerit Lanny. Aku lihat mukanya sudah merah kerana marah.

Aku hanya tersenyum sinis memandangnya.

Malas hendak melayan Lanny, aku ke dapur untuk menyambung makan yang tertangguh. Bila dah marah macam ni, makin lapar dibuatnya.

Lanny tiba tiba meluru ke arahku dan mencurah air kopi yang baru sahaja dibancuhku. Rasa panas air mula menyengat kulit mukaku yang nipis.

Tiba tiba, kedengaran satu suara menyergah.

"Woi!"

Aku memandang ke arah satu sudut dari mana suara itu datang. Hamka sedang berdiri lengkap memakai uniform polis.

"Lanny, keluar." Jari telunjuk Hamka menunjukkan ke arah pintu masuk rumah.

Muka Lanny seperti hendak menangis. Akhirnya dia berlari keluar dari rumah, mungkin terluka saat buah hati pengarang jantungnya menghalau keluar.

Aku berasa bangga kerana Hamka berpihak kepadaku.

Hamka yang sedang berdiri datang ke arahku dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku terpinga pinga bila diperlakukan begitu. Namun, aku berasa selamat berada di dalam pelukan Hamka.

"Hamka, Rose nak tanya boleh?" Kataku selepas aku meleraikan pelukannya.

"Boleh. Tapi tunggu jap." Hamka berlalu ke ruang tamu dan datang semula dengan beberapa helai tisu di tangannya. Aku hanya mengerutkan dahi melihat kelakuannya. Tiba tiba dia mengelap mukaku menggunakan tisu itu.

Aku lupa mukaku disimbah air kopi oleh Rose. Mesti melekat habuk kopi di mukaku ini.

Selesai mengelap mukaku, Hamka menyuruh agar aku bertanya.

"Hamka ada hubungan ke dengan Lanny?" Tanyaku. Kali ini anak mataku pula yang memandang tepat ke dalam anak matanya, meminta kepastian.

Hamka hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Kenapa, Rose jealous?"

Sekali lagi soalan yang sama ditanyakan kepadaku.

Dan seperti kelmarin, hatiku meronta ronta ingin menjawab, 'Ya, Rose jealous."

Tapi mulutku hanya menafikan sangkaan Hamka. Biarkan Hamka dengan hidupnya, dia terlalu baik untuk seorang pelacur sepertiku.

Selepas itu, aku mengambil keputusan untuk menyucikan badan kerana sudah melekit akibat air kopi tadi.

Sewaktu keluar dari bilik air, aku terdengar seperti Hamka sedang bercakap dengan seseorang. Sepatutnya bilik kami kedap bunyi tapi oleh kerana pintu bilik Hamka sedikit terbuka, aku dapat mendengar butir butir suaranya.

Sebenarnya aku tidak berminat hendak mencuri dengar perbualan Hamka tapi yang menarik minat aku ialah apabila aku terdengar Hamka menyebut namaku.

Aku berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Tak, I dengan Rose takde apa apa. Betul ni, sayang. Tak, dia just tumpang rumah I dan takde apa pun berlaku antara dia dengan I. Biasalah duduk sebumbung, memang lah I ada nampak body dia tapi taklah sampai I nakkan dia. Please la, dia bukan taste I tau? Dah la Lanny, even I ni biseksual tapi you kena tahu orang yang I pilih bukan sembarangan. Betul, I takkan pilih betina macam dia. Alah, ayah I kutip tepi jalan je dia tu. Dah dah, jangan fikir lagi. Lanny? Lanny? Hello, Lanny?"

Aku terkedu mendengar perbualan Hamka.

Jadi sebelum ni, dia cuma ambil kesempatan ke atasku? Hamka langsung tidak mempunyai perasaan walau sedikit kepadaku?

Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir di pipi.

Aku tersentak apabila mendengar Hamka menjerit sebelum pintu biliknya dikuak.

Hamka ibarat terpaku di situ apabila melihat aku terduduk di lantai dengan linangan air mata. Entah mengapa aku amat lemah apabila melibatkan Hamka.

Hamka duduk di hadapanku lalu memelukku yang hanya berkemban.

Tidak lama selepas itu, dia menolakku kasar.

"Kenapa dengan kau sebenarnya betina? Kan aku dah cakap jangan pakai seksi macam ni depan aku. Kau saja nak goda aku kan? Puas kau tengok aku dan Lanny bergaduh? Puas ke pelacur? Puas?" Jerit Hamka kepadaku.

Pelacur? Jadi selama ini dia melayanku begitu cuma kerana aku seorang pelacur? Kerana aku cuma seorang gadia murahan yang menjadi pelayan lelaki? Itukah sebabnya Hamka?

Aku mencari kekuatan untuk bangun dan menuju ke dalam bilik yang tinggal beberapa langkah saja daripadaku.

Kali ini aku nekad, aku akan meninggalkan rumah ini.

Sudah banyak keluarga ini membantuku, kali ini aku tidak akan menyusahkan mereka lagi. Lagipun, Hamka sudah bencikan aku.

Aku mengemas beberapa barang yang perlu dibawa. Malam ini, aku akan berangkat ke tempat yang aku yakin akan membawa kebahagiaan kepadaku.

Raudhatus Sakinah.

Aku melangkah dengan yakin apabila teksi memberhentikan aku di hadapan pagar utama Radhatus Sakinah.

Radhatus Sakinah merupakan tempat yang menempatkan orang orang yang terpesong dari jalan yang benar. Ya, orang seperti aku. Rata rata penghuninya terdiri daripada perempuan yang mengandungkan anak luar nikah, bekas pelacur dan mereka semua ingin mencari redha Allah.

Aku yakin, aku boleh mencari diri aku yang sebenar di sini.

Sewaktu aku melangkah masuk, aku disapa oleh seorang perempuan. Daripada tag nama yang dipakainya, aku mengetahui namanya Aisyah.

"Assalamualaikum. Saya Aisyah, panggil saya Sis Aisyah. Selamat datang ke Radhatus Sakinah. Awak nama?" Kata perempuan yang memakai baju kurung Kedah dan tudung Nealofa itu.

"Saya Rose. Saya datang ni sebab nak cari diri saya yang sebenar." Balasku tanpa ragu ragu lagi.

Ya, aku yakin dengan keputusanku.

"Alhamdulillah. Mari sis bawa Rose berjumpa Ummi Yus. Dia pengarah kat sini, mesti dia gembira jumpa Rose." Ajak Sis Aisyah, aku senang dengan budi pekerti Sis Aisyah, lembut tutur bicaranya.

Aku diperkenalkan dengan Ummi Yus. Jujur aku katakan, aku berasa tenang selepas tiba di Radhatus Sakinah. Aku memceritakan segala yang terjadi termasuk kejadian di rumah bersama Hamka.

Kata Ummi, dulu aku tidak dapat lari kerana Allah taknak aku kembali kepada aku yang dulu, sebab tu Allah menemukan aku dan Hamka semula di tempat menunggu bas. Kali ini, aku dapat lari kerana Allah bersetuju dengan hasratku ingin ke Radhatus Sakinah.

Terima kasih, Ya Allah.

Ummi Yus memberikan aku sebuah bilik untuk aku menginap. Di sana aku mengenali beberapa orang kawan baru yang sebilik denganku iaitu Haura, Wani dan Farah.

Mereka bertiga langsung tidak bertanyakan tentang latar belakangku malah mereka melayan aku seperti kawan yang sudah lama mereka kenali.

Di sini, kami diajar beberapa kemahiran seperti memasak, menjahit dan menghias rumah. Semasa aku sedang kusyuk menjahit manik pada lengan baju kurung, Farah menyiku lenganku.

"Rose, tengoklah Brother Joe. Dari tadi aku perasan dia perhatikan kau." Kata Farah sambil dia memuncungkan mulutnya ke satu sudut.

Aku memandang ke arah yang ditunjukkan Farah. Memang benar, seorang lelaki yang tinggi lampai dan berkulit hitam manis sedang memandang ke arahku. Tatkala mata kami bertemu, dia mengukir senyuman ke arahku.

Aku terpana dengan senyuman yang diukir olehnya. Aku mengaku rupa dia sangat tampan, tapi tetap tidak boleh mengalahkan Hamka.

Ah, kenapa aku fikirkan Hamka? Biarlah dia dengan kehidupan dia. Aku selalu mendoakan dia agar dia berubah dan kembali ke jalan yang benar. Begitu juga dengan Lanny, rasa bersalah pula kerana menolaknya tempoh hari.

Aku melarikan pandangan daripada terus memandang lelaki yang dikenali dengan nama Brother Joe itu. Silap haribulan mungkin boleh angau aku dibuatnya.

Tiba tiba hatiku rasa berbunga bunga. Tanpa aku sedari, bibirku menguntum senyuman.

"Ha, happy la tu ada orang senyum kat dia." Usik Farah lagi.

Memang benar, timbul perasaan gembira kerana Brother Joe senyum kepadaku, namun tidak segembira saat aku bersama Hamka. Aku tidak mengerti kenapa Hamka masih bermain main di mindaku. Padahal aku selalu memanjatkan doa kepada Allah agar melupakan Hamka, namun tetap tidak beroleh hasilnya.

"Rose. Pandang Hamka." Ibu jarinya mengelap air mata yang mengalir laju di pipi. "Rose tahu apa yang Nabi Muhammad pesan semasa khutbah terakhir baginda?"

Aku mengeleng. Air mata mula berhenti. Dulu, ibu selalu menceritakan aku tentang insan yang agung dan mulia bergelar Muhammad s.a.w itu.

"Baginda pesan kepada kaum adam, agar menjaga kaum hawa. Jadi, Hamka rasa bertanggungjawab untuk jaga Rose."

"Tapi kenapa Hamka pilih Rose?"

"Sebab Hamka jumpa Rose. Mungkin Allah dah merancang sesuatu, cuma kita tak tahu."

"Mungkin Allah nak jodohkan Hamka dengan Rose." Ujarku separuh berbisik.

"Apa?" Hamka memandangku dengan muka berkerut.

"Takde apa pun." Malu mula menguasai diri. Hati mula menyumpah seranah pada diri sendiri kerana mengeluarkan kata kata bodoh itu.

"Rose ingat Hamka tak dengar?" Kata Hamka sambil tergelak kecil. "Insyaallah kalau ada jodoh." Sambung Hamka lagi.

"Haaa, mengelamun lagi." Usik Farah sambil tergelak kecil.

Aku hanya tersenyum. Malas hendak menjawab kenapa aku mengelamun, nanti panjang pula ceritanya kerana terpaksa menceritakan tentang Hamka.

Allah taknak bagi aku lupakan Hamka kerana aku ada jodoh dengan Hamka mungkin. Teringat pula kata kata Hamka suatu ketika dulu.

"Everything happen for a reason."

Aku berusaha untuk mencari maksud kata-kata Hamka menggunakan Kamus Oxford yang terdapat di rumahnya.

Atas usahaku, aku berjaya menemukan maksud kepada kata kata Hamka.

"Semua yang berlaku ada sebabnya." Tanpa aku sedar, aku menuturkan kata kata itu.

"Hah? Apa Rose?" Tanya Farah. Mungkin dia terdengar kata kataku sebentar tadi.

"Err takde apa apa. Rose bercakap sendiri." Kataku sambil meneruskan menjahit manik.

Farah hanya mengelengkan kepalanya sambil berkata, "Dah angau nampaknya budak ni sorang."

Aku tidak memberikan sebarang reaksi, malas pula nak melayan Farah. Makin dilayan, makin menjadi jadi pula nanti.

Apa yang pasti, aku angau bukan kerana Brother Joe tapi kerana Hamka. Cuma kerana Hamka.

'Ya Allah, kalau benar Hamka untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.' Doaku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience