bab 1 ; Bidadari Felisa

Fantasy Series 1383

Sayapnya mengembang, berbulu putih perkasa, dengan cahaya dari dalam badannya bergerlipan terang bak bintang. Felisa. Ya, Felisa, seorang bidadari merentasi awan putih dengan dirinya terjatuh dari kayangan beristana tinggi penuh taman mekar berbunga-bunga. Felisa kekal di udara, bebas merentasi awan sehingga sayapnya dididik menjadi sayap burung yang gagah, lalu terbang di udara bebas itu yang menyerlahkan kekuatannya dan keindahannya.
Ketika itu bumi sudah senja dan Felisa mendarat dengan selamat di halaman rumah manusia, dan cahaya daripada badannya serta sayap menerangi lorong-lorong sunyi dan gelap. Setelah melihat cincin emas pada jarinya, mempunyai nombor-nombor bergerak, tahulah dia misi pertamanya akan bermula dari saat itu.
Cincin itu bagaikan kayu sakti baginya, dan apa-apa permintaan dibuat olehnya akan dikabulkan oleh cincin dengan syarat tidak membinasakan diri dan mestilah hasil yang memberansangkan.
Misi.
Misi pertama, benar.
Dia, Felisa akan menjalani misi yang diberi oleh kerajaan kayangan dalam mencari sebuah tongkat sakti bernama Delima Bulan. Ianya milik dewi Susanna, tetapi dicuri oleh manusia ketika tongkat itu terjatuh ke bumi. Tongkat itu berkuasa memusnahkan jiwa seseorang jika jatuh ke tangan orang jahat dan berniat menjahanamkan manusia lainnya.
Felisa diarahkan mencari tongkat itu, sambil-sambil dia ingin berkenalan dan mendalami hidup seorang manusia apalagi, dia tidak pernah turun ke bumi semasa membesar di kayangan. Tetapi masa di kayangan dan bumi amat berbeda. Sehari di bumi bagaikan setahun di kayangan. Sungguh berbeda.
Sebab itu, dalam masa yang cepat, dirinya sudah menjadi dewasa cukup layak untuk mengembara tanpa pertolongan bidadari lain di kayangan. Felisa melihat ke kiri dan kanan, malam itu menjadi suatu keseronokan baginya mengembara dan dia mencuba mengucap beberapa ayat bagi cincin itu membantu menghilangkan sayapnya menjadi halimunan agar manusia tidak terkejut melihat dirinya seorang bidadari yang turun ke bumi itu.
Sesaat kemudian, sayapnya sudah menjadi halimunan dan pakaiannya menjadi manusia moden iaitu gaun labuh bercorak bunga dan pelangi, sesuai bagi umurnya yang remaja di bumi itu.
Dia berjalan di lorong itu, entah hendak ke mana, tetapi dia hanya suka mencuci mata melihat setiap rumah kayu dan banglo di kediaman bernama Shooting Star itu. Namun ada sesuatu berlaku. Cincin emasnya bercahaya terang dan Felisa tidak tahu apa yang berlaku.
“Hei, mari kejar dia,”Kata suatu suara di hujung lorong. Felisa melihat dua gadis remaja, mengejar seorang gadis bertongkat kerana sebelah kakinya dibalut kain putih, masih berada dalam keadaan tidak baik.
Gadis cedera kaki itu tidak dapat melarikan diri daripada dua gadis menghampirinya. Lalu dua gadis itu menjatuhkan tongkat dan gadis dengan kaki yang cedera jatuh ke tanah.
Felisa mengambil tindakan menyelamatkan gadis yang jatuh itu. Felisa menolak dua orang gadis itu dan musuh itu terhempap ke dinding pagar.
“Auccc!”kata salah seorang gadis pembuli.
“Kamu okay?”Kata Felisa, mendapatkan gadis yang terjatuh ke tanah.
“Saya okay,”Kata gadis.
“Siapa kamu?”katanya lagi.
“Felisa,”Kata Felisa tersenyum, lalu berdiri gadis itu mengambil tongkatnya dan berjalan menghampiri Felisa bagi menyalam tangan Felisa.
“Roses,”Kata gadis itu tersenyum lebar. Mereka bersalaman dan Felisa, merasakan ada sesuatu aura gelap berada dalam diri Roses. Felisa boleh merasakannya itu dengan hanya melihat mata coklat Roses yang tidak menyala bak api. Bagai segalanya kosong dan sepi.
“Kamu dari mana?”Kata Roses, mulai ingin berkawan dengan Felisa sambil meninggalkan lorong kediaman itu.
“Hmm…”Felisa tidak tahu dia patut bercakap apa lagi, tetapi dia mengingati nama kediaman yang bernama Shooting Star di sebuah papan tanda jalan.
“Shooting star?”Kata Felisa, mengaru kepala.
“Ohhh samalah! Mana rumah kamu?”kata Roses riang, membuatkan Felisa ragu-ragu untuk berjalan lagi dan dalam hati Felisa, dia berharapkan cincin emas saktinya akan membantunya.
“Err,, rumah saya jauh,”Kata Felisa mengaru kepala.
“Ohh di mana?”
Felisa menunjukkan sebuah rumah kecil di sebelah kanan mereka, lalu cincin emas Felisa bercahaya dengan Felisa memasukkan tangan kanannya ke dalam poket gaun agar cahaya cincin disembunyikan daripada Roses.
“Ohh kita berjiran!”kata Roses, menunjukkan sebuah rumah banglo di sebelah rumah dikatakan Felisa merupakan rumahnya itu.
“Ohhh tak sangka,”Kata Felisa, tersenyum.
“Okay jumpa esok, kamu sekolah di mana?”Kata Roses dan semakinlah Felisa bingung, tetapi dia mengharapkan ada jawapan ditemuinya pada cincinnya itu.
“Hmm kamu?”Kata Felisa.
“Hmm Daylight School?”kata Roses.
“Yaa, sekolah tu!”kata Felisa.
“Sama!”kata Roses, melompat riang.
“Dapatlah kita berjalan bersama-sama ke sekolah dan kembali ke kediaman yang sama!”kata Roses lagi.
“Begitulah!”kata Felisa, mengigit bibirnya, sambil cincin emasnya bersinar terang di poketnya.
“Okay jumpa jam 6 esok pagi!”kata Roses, lalu masuk ke dalam rumah banglo itu, dengan Felisa melambai tangannya, lalu mendekati rumah kayu kecil dikatakan rumah dirinya itu.
“Okey cincin sakti, harap rumah ni rumah saya,”kata Felisa, memandang keadaan halaman berbunga mawar, dan bunga matahari, lalu Felisa masuk ke dalam rumah tidak berkunci itu, dan mendapati tiada sesiapa di dalamnya. Cincin itu benar-benar membantunya!
Felisa melihat-lihat keadaan rumah, sehingga ada bilik kecil sesuai untuknya di situ, lalu dia membaringkan diri.
“Ohh rupanya inilah rumah manusia,”Kata Felisa, dengan riang.
Felisa keluar dari rumah, dan melintasi rumah Roses, lalu berdiri di halaman rumahnya. Penuh bunga berwarna-warni, tumbuh subur, lalu Felisa memegang setiap bunga yang tertutup kelopaknya, dan tiba-tiba, cahaya cincinnya menyinari taman itu, dan semua bunga mekar tumbuh meninggi ke arah cahaya mentari yang hadir di bumi itu.
“Siapa tu?”kata seorang wanita berumur 30-an.
Felisa terkejut dan tersentap, lalu mengaru kepalanya.
“Saya kawan Roses,”Kata Felisa
Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki datang ke arah Felisa, dan ketawa kecil. Felisa melihat skirt gaunnya terselak kerana angin kuat ingin meniupkan dirinya itu. Kumpulan remaja lelaki itu ketawa, dan sungguh gatal melihat Felisa.
Felisa geram, dan melihat cincin emas, berharap cincin sakti itu membantunya, lalu secara tidak sedar, seluar lelaki itu tertanggal, dan terlihatlah seluar dalam mereka semua. Apalagi, Felisa ketawa terbahak-bahak, dan tidak sedar, seseorang mengintai keadaan mereka dari jendela rumah.
Kumpulan remaja itu berlarian meninggalkan Felisa dengan perasaan malu mereka. Felisa berterima kasih dengan cincin emasnya, dan terkejut melihat Roses datang dari pintu rumah, membawa dua gelas susu segar.
“Roses!”Kata Felisa.
“Mereka menganggu kamukah?”
“Yaa, mereka ketawakan skirt gaun saya yang terselak, gatal betul!”
“Itu kawan sekelas saya, Doni, mereka memang remaja nakal,”Kata Roses, memberikan minuman itu kepada Felisa.
“Waa apa ni?”Kata Felisa, melihat susu itu bagai tidak pernah melihatnya. Sesungguhnya dia memang tidak pernah kenal pun susu itu sejenis minuman manusia.
“Hahah susu, cubalah,”
Felisa meminum susu itu, dan bulat matanya terus. Dia melompat-lompat, dan menghabiskan susu segar dalam gelas dipegangnya.
“Minta lagi,”Kata Felisa obses.
“Hahhaa naah ambil saja saya punya ni,”Kata Roses memberikan gelas berisi minuman susu itu kepada Felisa.

Hanyalah cerita fantasi Biasa2! enjoyyy!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience