BAB 12

Mystery & Detective Completed 12501

"HUJAN turun pulak.."

"Mana ada hujan naik." Cantas Rayyana selamba badak. Mengajuk kata-kata Ainul Batrisyah.

Pelajar perempuan itu menoleh sekilas pandang Rayyana yang menyengeh. Boleh pulak Rayy ni main-main.

"Awak balik naik apa?" Soal Ainul Batrisyah kepada Rayyana yang tengah duduk di atas kerusi dekat dalam perpustakaan.

"Naik.. apa eak? Entah. Biasanya saya jalan kaki je. Tapi hari ni tak tahulah pulak kalau naik kenderaan lain selain berjalan kaki je." Jawab Rayyana penuh makna.

Tersembunyi senyumannya yang bermakna pada garis kata tadi tetapi dia hebat dalam menyembunyikan perasaan sebenar.

"Jalan kaki? Rumah awak kan jauh. Habis tu kalau ke sekolah pun jalan kaki juga ke?" Tanya Ainul Batrisyah risau.

Eh, sejak bila pula budak ni pandai nak risaukan orang ni?

"Tak lah. Kadang-kadang je. Kadang-kadang ayah saya yang hantar naik motor sebelum dia keluar kerja. Kadang-kadang pula saya naik bas kalau duit ada lebih. Dan kadang-kadang tu saya keluar awal dari biasa kalau jalan kaki." Cerita Rayyana yang penuh dengan kadang-kadangnya itu.

Ainul Batrisyah mendengar sahaja cerita dari Rayyana tanpa mencelah sepatah pun. Terkutik rasa sebak di dada namun terselit juga rasa bangga kerana kecekalan rakan sekelasnya untuk terus berjalan ke hadapan demi menimba ilmu. Tak jadikan kekurangan dan kepayahan sebagai penghalang serta alasan untuk berhenti mencari ilmu.

Lama keadaan kembali sunyi semula bila pengawas perpustakaan yang bertugas hari ini lalu lalang di sebelah sambil menusung troli buku ke arah rak bertentangan dengan kerusi mereka duduk tika ini.

"Mak ayah awak kerja apa?" Bisik Ainul Batrisyah perlahan. Tidak mahu kalau-kalau suaranya nanti menjadi perhatian sebelum dia di usir keluar dari ruangan bacaan ini.

"Kerja biasa-biasa je.. kerja kampung." Begitu juga dengan suara Rayyana yang di perlahankan nadanya, kepala dia di dekatkan dengan wajah Ainul Batriyah dan berbisik dengan mulut di selindungkan dengan telapak tangan kanan.

Ainul Batrisyah hanya menganggukkan kepalanya. Tidak pula dia bertanya lanjut. Dalam pengiraannya, lebih baik mereka senyap dulu. lepas keluar dari perpustakaan ni barulah mereka akan sambung berbual.

Sedar tak sedar, buku rujukan depan mata hanya di biar sepi tanpa terusik. Sejak tadi anak matanya meliar memandang setiap perbuatan pelajar perempuan itu dengan kawannya.

'Bercium ke apa..?'Soal hatinya gusar.

Sesekali kedua belah anak mata di kecilkan sedikit. Panas hati melihat adegan tak senonoh berlaku di depan mata. Ada ke patut. Anak yang di puji-puji, di sanjung tinggi rupanya simpan naluri songsang!

"Hoi! Kau ngendap apa?" Tanya Azim sambil menekup wajahnya ke cermin lut sinar perpustakaan bersama Shahil Fayyad.

"Kau pula apa hal terperanjatkan aku?" Soalan Azim tak di jawab, malah dia pula yang bertanya semula.

Kebetulan je Azim lalu dekat situ. Niatnya hendak memulangkan buku yang di pinjam. Tapi nampak pula si ketua geng Mr.Loba-loba ni tak jadi terus dia masuk ke dalam. Itu yang dia menyinggah sama dekat Shahril tu.

"Ni. aku nak masuk dalam pulangkan. Kau nak ikut aku ke sekali?" Buku yang di maksudkan oleh Azim di angkat setinggi wajah antara mereka berdua. Berkedut kulit wajah Shahril memandang buku yang dibaca oleh Azim.

"Biar betul kau ni?" Soal Shahril tak percaya dengan apa yang dia nampak.

Pantas tangan Azim yang memegang buku tadi di jatuhkan ke bawah. Dia menghela nafas halus. Dah agak reaksi yang di tunjukkan oleh jejaka ala-ala macho dekat sekolah ni.

Yelah. Orang akan nampak sedikit pelik kalau lelaki membaca novel. Tapi pada Azim pula, apa sahaja bahan bacaan termasuk novel yang popular di kalangan pelajar perempuan dan wanita abad ini, dia akan baca.

Novel bukan sekadar cerita rekaan yang di tulis oleh penulis itu sendiri. Boleh jadi bahan penulisan itu di reka oleh penulis berdasarkan fakta dan kejadian benar. Cuma yang di ubah plot cerita dan nama watak sebenar. Kebanyakannya begitulah seperti apa yang pernah dia stalk penulis-penulis yang baru mahupun yang dah memang ada nama di persada penulisan negara mahupun luar negara.

"Hingga Hujung Waktu. Apa yang kau peliknya?" Kali ini Azim pula menyoal Shahril.

"Sejak bila kau ni pandai baca novel hantu ni?" Persoalan di jawab dengan persoalan oleh kedua-dua pelajar lelaki ini.

"Hei.. kau ingat lelaki macam aku ni layan novel-novel cinta je ke? Ni novel dari penulis paling best yang menjadi kegemaran aku ni, novel ni dia yang dia yang ni, ni.. bukan hantu tapi kisah cinta yang sweet bergula-gula tahu." Saja Azim melencong fakta. Memang betul pun kisah ni cerita seram thriller dari penulis Saidee Nor Azam. Betul lah kata Shahril tu, saja nak menyakat..

"Eleh.. kau agak-agaklah nak membongak dengan aku. Macamlah aku tak layan cerita ni kan." Pap! Kantoi! Nampak tak..

Novel ni bukan saja di kalangan wanita yang layan, tetapi lelaki juga. Malahan novel juga bukan sekadar cerita cinta Romeo dan Juliet tetapi seramlicious juga ada.. Ha.. ha.. ha..

"Sejak bila pula kau pandai baca novel hantu ni?" Saja Azim pulangkan soalan Shahril tadi. Sengal!

"Herm.. kalau cerita genre macam ni sejak tahun lepas aku layan. Gara-gara budak cupcake tulah!" Jawab Shahril jujur gila!

Tersentak Azim mendengar jawapan paling win yang pernah di keluarkan oleh Shahril. Budak cupcake ea.. Azim senyum bermakna.

Sejarah tentang ketua kumpulan Mr.Loba-loba ni.. dengan budak cupcake ni bukanlah satu rahsia dekat Sekolah Menengah Seri Alam 2 ni. satu sekolah dah tahu sejarah mereka. Dan sampai sekarang ni dia orang memang tak boleh berjumpa. Kalau berjumpa, habis. Mesti nak bertegang urat.

Walaupun macam tu, satu perkara dia orang paling best, dia orang profesional gila. Kalau di perlukan mereka untuk berkerjasama dalam satu pasukan, tengoklah bertapa bagusnya dia orang. Tapi.. keluar je dari kepompong satu kumpulan, mereka tetap mereka. Yang sorang tak nak mengalah, yang sorang lagi degil!

"Al...lah, setakat novel seramlicious ni, cakap je dengan aku tajuk apa? Siap koleksi pun aku ada dekat rumah. Kau nak pinjam? Pun boleh.." Kening sebelah di angkat-angkat. Sengaja di gerakkan sebegitu. Bangga beb!

"Wah! Ye ke.." Penuh keterujaan Azim mendengar. Dalam kepala otak dah berkira-kira nak pinjam je novel-novel seram thriller ni dekat Shahril. Tak adalah nanti dia kena asyik amsuk perpustakaa je nak mecari novel yang dia sembunyikan dekat atas rak buku. Motif? Tak nak orang pinjamlah... lagi-lagi pelajar perempuan. Menyampah! Pinjam sampai berbulan-bulan. Tiba masa, hilang...

"Boleh! Tak ada masalah. Kalau kau nak baca novel dari penulis ni, aku ada. Marina, Manuscript, Magasatwa. Kalau campur.. aku ada projek seram Hotel, Amukan Jembalang Tanah.. er, apa lagi ea. Aku lupa lah pula. Hah, tapi tulah yang aku ingat."

Ternganga mulut Azim mendengar. Bukan calang-calang novel dari penulis best seller dia ada beb! A.Darwish! Fuh!

"Aa.. aku nak pinjam! Amukan Jembalang Tanah dengan Manuscript!" Laju mulut Azim meminjam.

"Hamboi.. tak meyempat-nyempat kau ni.." Bidas Shahril.

"He.. he.. he.. aku.. sebenarnya dah baca sikit bab cerita Amukan Jembalang Tanah tu. Tapi baca kat libraru jelah. Tahu jelah.. bila aku simpan, esok nak pinjam dah tak ada." Cerita Azim tanpa di pinta. Shahril hanya angguk kepala. Tak ada masalah pun nak bagi pinjam. Kawan satu sekolah kan. Lagipula, rumah mereka bukannya jauh sangat pun, selang beberapa buah je. Tak gitu Afiq Azim?

"Hai.."

Baru mereka hendak berganjak dari tempat ini, mereka berdua di sapa oleh seorang pelajar perempuan. Nampak macam pelajar baru dekat sini. Yelah, memang baru pun. Tengok jelah pakaian dia, semuanya serba baru. Muka pun muka baru.

Shahril dan Azim saling berpandangan sesama mereka sebelum merenung kembali pelajar perempuan yang menyapa mereka tadi. Wajah blur di tayang. Tak tahu nak buat ekpresi muka macam mana.

Nak kata terpukau tu.. erm.. pelajar ni tak adalah cantik pun. Manis tu.. erm.. taklah sampai bersemut-semut. Tapi.. macam iras seseorang yang familiar gila. Rasa dekat je wajah yang familiar tu. Tapi.. time-time ginilah dia lupa. Haish..

"Nama saya Ain. Abang-abang senior nama apa?" Lembut tutur katanya menyapa halwa pendengaran. Di hiasi pula dengan senyuman berhiaskan lesung pipit di kedua belah pipi.

'Chaiyoq eiihh hati laghu ni.Awat dia senyum-senyumlaghu tu..' Naluri jejaka itu mulai bergegar. Apasal hah?

RAYYANA memang peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin atau memang itu satu anugerah yang dia terima tanpa sedar. Kenyataan yang dia pendam, biarlah menjadi satu rahsia.

"Jom gerak. Kejap lagi lonceng mesti berbunyi punya." Ainul Batrsiyah sudah berganjak sedikit ke rak buku untuk menyusun semula buku rujukan yang di baca tadi.

Rayyana mengangguk. Di biarkan sahaja Ainul Batrisyah menyusun dulu buku rujukan tadi sedangkan lirikan matanya terarah pada satu kawasan. Dia menggeleng kepala tidak semena-mena. Mencurigai sesuatu yang sedari tadi berdiri tegak macam patung.

"Khayalan aku je." Katanya perlahan cuba menyedapkan hati yang kian kegusaran.

"Jom." Seraya dengan itu Rayyana berpaling pandangan kepada Ainul Batrisyah di depan mata.

Pantas pergerakan kaki Rayyana mendahului langlah Ainul Batrisyah di belakang beberapa langkah. Di dalam hati Rayyana, dia bersoal jawab tentang kehadiran anak patung perempuan yang tiba-tiba boleh ada dekat perpustakaan tadi. Memang sengaja ke dia orang ni letak anak patung dekat situ?

Mereka keluar dari perpustakaan kemudian berjalan ke sebelah kiri koridor tingkat tiga di mana terletaknya sebuah sisi anak tangga di pertengahan bangunan ini.

"Rayy, petang nanti awak balik dengan saya je lah. Mak su saya datang ambil hari ni. Dia tak kerja.." Selangkah demi selangkah anak tangga di turuni oleh mereka sambil berbual pendek.

"Ye ke! Wah! Kali pertama aku dapat tumpang kawan aku balik ke rumah." Ujar Rayyana gembira. Tersenyum bak model iklan gigi Ainul Batrisyah mendengarnya.

"Iye.. boleh je awak. Lagipun rumah kita bukannya jauh pun. Apa salahnya kalau kita balik sekali.." Kata Ainul Batrisyah senang.

"Ni.. aku nak pergi beli air gedegang jap. Kau nak pesan apa-apa ke?" Rayyana menoleh ke arah Ainul Batrisyah di belakang anak tangga.

Pelajar perempuan itu menggeleng. Tak terasa haus lagi nak beli minuman. Biarlah Rayyana je yang beli air dekat mesin tu. Airgedengang tu murah gila kut dekat sekolah. Mungkin orang yang letak tu menjual sambil bersedekah agaknya. Sebab tu air mesin tu semurah Rm 1.00 pun kita boleh beli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience