BAB 12

Romance Series 68161

Mak yam baru selesai kemas di ruang tamu dan sekarang masa untuk dia sediakan makan tengah hari pula , "Sofea buat apa dekat sini? nak makan apa apa ke? bgitahu mak yam , mak yam boleh buat kan" soal mak yam pada sofea..

"Sofea nak tempoyak ya?"

Sofea mengangguk perlahan , "Sini ada jual nak mak yam belikan?" tanya mak yam lalu duduk di sebelah sofea...

"Tak apa la mak yam , susah kan mak yam je"

"Dekat mana tu? biar danisya dengan sofea je pergi" sampuk danisya yang masuk ke dapur bersama handbagnya...

Mak yam memberitahu tentang kedai yang di sebut oleh mak yam dan danisya meminta pertolongan pak kasim untuk membawa mereka ke sana , "Pergi la siap aku tunggu dalam kereta" ujar danisya dan terus keluar...

"Pergi la , danisya tu baik je sebenarnya cuma dia tak biasa lagi dengan kamu nanti lama lama okey la tu" ucap mak yam lalu sofea terus bersiap.....

Fiona memberitahu tentang meeting yang perlu danish hadir untuk minggu ini , danish tidak memberi tumpuan pada bercakapan fiona dan itu membuatkan fiona berhenti lalu bertanya pada danish...

"Tuan , tuan okey ke? tuan?" panggil fiona tapi tidak di jawab oleh danish...

"Danish kita kena pergi sekrang" kata taufiq yang redah bilik danish , danish agak tersentap bila taufiq meredah biliknya...

"Kau boleh ketuk dulu tak ? terkejut aku la" marah danish dan taufiq hanya tersengih , "Jom kita kena tengok tempat lambat nanti jem"

"Fiona apa tadi awak cakap ? saya tak dengar" tanya danish dan fiona menerangkan semula , "Tuan termenung tadi kenapa? office kita ada masalah ke?" soal fiona apabila dia selesai menjelaskan semuanya pada danish...

"Dia rindukan isteri dia sebab tu dia termenung macam tu , weh awal lagi kau nak rindu baru pukul 1.00 kot" sampuk taufiq...

"Mana ada , dah jom la nanti lambat pula" ajak danish dan terus keluar dari biliknya , "Dia rindu tapi malu nak cakap , okey bye fiona" ujar taufiq pada fiona...

Fiona memerhatikan bilik danish dan ternampak gambar danish bersama irdina , fiona mengelengkan kepalanya lalu pergi ke laci meja kerja danish...

"Ha ni baru betul" kata fiona , fiona mengalihkan gambar irdina dan letak gambar berkahwinan danish bersama sofea di atas meja kerja danish...


*******************************


"Terima kasih , nanti saya ganti duit awak" kata sofea dan memandang tempoyak itu dengan senyuman , "Tak payah la nanti aku minta abang je bayar , dia kan suami kau so tanggungjawab dia la"

"Eh jangan la macam tu , saya boleh bayar" ujar sofea dan danisya tetap menolak..

"Kau kakak ipar aku dan sekrang kau tengah mengandung itu anak buah aku juga so no hal la , murah je tempoyak tu" ucap danisya...

Sofea tersenyum , "Pergi dulu dekat kereta aku nak ke sana kejap" arah danisya pada sofea....

Danisya masuk ke kedai baby dan sofea pula pergi ke arah pak kasim , sofea memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas setelah yakin sofea pun mula melangkah ke arah pak kasim tetapi secara tiba tiba kereta vios berwarna putih meluncur laju ke arah sofea...

"Sofeaa" jerit pak kasim lalu dengan cepat pak kasim menarik sofea dan mereka sama sama jatuh , "Oi gila ke?" jerit pak kasim dan memandang no plat tersebut...

"Sofea okey tak?" soal pak kasim , "Argh" rintih sofea yang kesakitan bahagian perutnya....Danisya melihat pak kasim dan sofea yang duduk di jalan dan itu membuatkan danisya berkerut dahi..

"Tak apa simpan je" kata danisya pada cashier dan terus berlari ke arah mereka , "Kenapa ni? apa jadi ni? pak kasim kenapa?"

"Argh sakit" rintih sofea sekali lagi , "Pak kasim bawak ke hospital cepat" arah danisya dan mereka memapah sofea bersama sama....

"Shit kau terlepas target , kau ni reti buat kerja ke tak?" marah irdina...

"Kau nampak kan tadi ada pak cik tu tolong dia , kalau tak dah kena langgar dah dia tu" lawan farhan....."Kalau kena tadi dia dah gugur dah" ucap irdina dan terus memandang ke luar tingkap...

"Kau ni kenapa? sekejap ke sana , sekejap ke sini diam diam la tengok tengok tapak ni" kata taufiq dan menarik danish rapat dengan nya...

"Aku rasa tk sedap hati la , asal ek aku macam ni?"

Taufiq menoleh ke arah danish , "Call ada phone call , itu pun nk kena ajar kee danish"

Danish terus ambil phonenya yang berada di poket seluarnya , danish terus hubungi irdina dan tak lama irdina menjawabnya...

"Sayang are you okey?" soal danish , "Yeah i okey , why? suara you nampak macam cemas je ni b"

"I tak thu tpi i rasa tak sedap hati so i call you" ujar danish dan tak lama danisya pula hubunginya , "Sayang kejap ya ada panggilan lain masuk i call you later"

"Okey b , miss you" jawab irdina lalu menamatkan panggilan itu , "Hello ha danisya kenapa?" tanya danish...

"Sofea masuk hospital dia , dia bleeding"

"Ha , kenapa boleh jadi macam tu? share location now" tegas danish dan terus mengajak taufiq ke hospital , "Asal? asal ? siapa masuk hospital?" soal taufiq...

"Weh elok sikit drive , sabar la hospital tu tak lari mana pun la" ucap taufiq , taufiq terus memegang tempat pemegang..

Sampai sahaja di hospital dia terus pergi ke tempat danisya yang menunggu di luar bilik pemeriksaan , "Kenapa sofea bleeding? apa yang jadi dekat rumah tu?" soal danish yang kelihatan cemas..

"Sofea? sofea bleeding" sampuk taufiq , "Danisya I asked please answer" tegas danish sambil memegang bahu adiknya...

"I don't know , adik masuk kedai baby sofea pula balik ke kereta dan adik tak thu apa yang berlaku pada sofea , yang ada dekat dengan sofea pak kasim"

"Mana pak kasim , mana dia? I want to know what happened to my wife"

"Pak kasim pergi beli makan" jawab danisya , "Kenapa keluar bawak dia? kenapa tak tnya pada abang? kalau apa apa terjadi pada sofea and my baby , You have to be prepared to be punished"

Danisya diam dan tidak melawan abangnya , ini kali pertama danisya melihat abangnya cemas tentang sofea dan itu membuatkan danisya risau tentang sofea...

*********************************

Farhan menghantar irdina ke rumah datin rahila sebelum irdina keluar dari kereta farhan menahan irdina , "Ni pil duphaston , pil untuk gugurkan kandungan" kata farhan dan irdina terus mengambilnya...

"Datin , cik irdina datang" kata mak yam pada datin yang berada di ruang tamunya , "Hi auntie" tegur irdina...

"Mak yam boleh buat kan saya juice orange?" mak yam mengangguk dan terus pergi ke dapur , "Auntie nak sofea gugur?"

"Mesti la nak tapi nanti danish marah besar kalau pula dengan auntie" jawab datin rahilla..

Irdina menguhulukan pil duphaston kepada datin dan datin pun mengambil lalu memandang wajah irdina , "Kalau dia gugur akan mudahkan kerja untuk diorang bercerai" ucap irdina..

"Tapi kalau danish tahu macam mana? auntie tak nak dia marahkan auntie"

"Auntie cakap dengan irdina ni pil vitamin untuk kandungan dia , kalau dia ambik doktor akan tahu penyebabnya dan doktor akan bagithu pada danisy yang sofea tu ambil pil pecah darah untuk gugurkan kandungan dia" terang irdina dan datin pun terfikir sejenap...

"Boleh juga tu , nanti auntie bagi dia macam plan kamu tu ya" Irdina tersenyum senang lalu memeluk datin rahila....

Keluar sahaja doktor dari bilik pemeriksa danish terus pergi ke arahnya , "Macam mana doktor?"

"He is fine, thankfully there is no severe bleeding and the contents are in good condition but I want to order you to take good care of him, make sure this does not happen again if it happens again it is possible that you will lose your baby" kata doktor dan meminta diri...

"Semua ni salah kau" ujar danish pada danisya , danish masuk ke bilik sofea melihat sofea yang tengh baring , sofea memandang ke arah danish...

"Kenapa kau keluar tak bagitahu aku? kau lupa ke aku siapa? aku suami kau jadi kau kena minta izin aku sebelum kau keluar"

"Selama ni awak tak pernah ambik tahu pasal saya , kenapa baru sekrang? ouh saya lupa , awak hanya pentingkan baby bukan saya" jawab sofea..

"Sofea aku tak nak bergaduh , aku tak nak kau tetekan"

"Saya dah cukup tertekan dengan awak , kalau awak tak nak saya tertekan awak hantar saya ke rumah keluarga saya , dekat sana saya happy"

Danish mengeluh perlahan , danish dapat merasakan yang sofea agak berbeza selepas bergaduhan mereka tentang dna test dan sekrang sofea tidak berdiam lagi dia akan melawan sekuat mungkin demi anaknya....

"Saya nak berehat , awak boleh keluar" arah sofea dan membelakangkan danish...

"Aku teman kau"

"Tak payah , saya bukan budak kecik yang awak kena teman saya tak perlukan awak , mulai sekrang saya akan belajar berdikari sebab lepasni saya akan hidup bersama anak saya sahaja"

Mendengar jawapan sofea membuatkan hati danish rasa sakit entah kenapa dia rasa sebegitu tetapi yang penting dia tak nak lepaskan sofea dan anaknya , "Selagi aku tak lafaz kan apa apa pada kau , kau tetap ister aku , hak aku" ucap danish dan terus keluar...

"Macam mana? sofea okey tak?" tanya taufiq , "Danisya kau jaga dia dekat sini , taufiq kita kena cepat siasat tentang kejadian yang berlaku" kata nya...

"Danish , pak kasim minta maaf ya sebab tak jaga sofea dengan baik , semua ni salah pak kasim maafkan pak cik ya" sampuk pak kasim yang turut ada di situ...

"Bukan salah pak kasim , saya tak salahkan pak kasim pun sebah pak kasim dah buat kerja dengan baik"

Danish menepuk bahu pak kasim dan terus pergi dari situ meninggalkan mereka bertiga , "Kenapa pula tu? danisya diorang gaduh ke?" soal taufiq dan danisya hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu...

danisya memandang ke arah danish yang menuju ke pintu keluar hospital , hilang sahaja kelibat abangnya dia pun masuk ke bilik sofea...

"Gaduh lagi ke? sampai bila nak macam ni?"

"Sampai dia lepaskan saya"

Danisya terkejut , "Lepas? means cerai?"

Sofea mengangguk perlahan dan cuba untuk duduk , "Gila ke nak cerai? kau tu mengandung tau mana boleh cerai dengan keadaan macam ni"

"Saya tak boleh dengan dia , saya dah tak kuat nk hadapa semua nya" ujar sofea....Danisya duduk di katil sofea lalu dengan perlahan danisya menarik sofea ke pelukkannnya...

"Kau kena tahan sikit je lagi , lepas semuanya terbongkar kau akan hidup bahagia , aku yakin yang danish sayangkan kau cuma dia tak pasti dengan perasaan dia sendiri" pujuk danisya sambil mengusap belakang sofea...

"Kuat demi anak kau" bisiknya lagi dan terus air mata sofea mengalir dengan deras.....

"Apa? sofea pendarahan? kenapa boleh jadi macam ni danish?" soal mak sal , danish memberitahu kepada keluarga sofea kerana dia tahu yang sofea perlukan adalah keluarganya...

"Mak sal siap la , nanti saya suruh pak kasim ambik mak sal sekeluarga sebab sofea perlukan mak sal"

"Ha yela , danish jaga sofea baik baik ya , mak sal percaya kan kamu" pesan mak sal sebelum menamatkan panggilan...

"Insha allah saya cuba" jawab nya , Tamat sahaja berbualan mereka danish meminta taufiq bawak mereka ke hotel yang dia di tangkap khalwat...

sampai sahaja di sana , staff tidak memberi kerjasama yang baik pada danish dan mereka juga tidak di benarkan memberi maklumat tentang apa apa yang berlaku pada tempoh hari...

Tetapi staff yang memberitahu kepada danisya merasa kesian dengan danish , "Kejap kejap" panggil staff perempuan itu yang mengejar danish..

"Kenapa?" soal taufiq , "Saya dah beritahu pada adik tuan tapi tak sepenuhnya saya cerita pada dia , saya rasa kesian dengan tuan dan puan sofea"

"Awak tahu banyak ke?" soal danish yang mula tertarik , "Saya tahu tapi pihak hotel tak benarkan saya buka mulut kalau tak saya akan di pecat"

"Saya tk boleh bagitahu dekat sini" tambahnya lagi , "Bagi numbor awak pada dia , nanti kita jumpa dekat luar dan saya perlukan awak untuk cerita segalanya pada saya" kata so danish...

Taufiq mengambil nombor phone staff itu yang bernama maya , "Sherry bahaya ada orang nak buka mulut" teks liya yang kebetulan ada disitu...

"Jumpa nanti" kata taufiq dan mereka pun terus beredar dari hotel tersebut....

Taufiq memandang ke arah danish yang fokus memandu lalu dia memecahkan kesunyian itu , "Ada benda aku nak cakap dengan kau , tapi aku tak thu la nak bgitahu ke tak"

"Aku tak pasti ini betul ke tak tapi danisya sendiri bagitahu aku yang dia nampak irdina dengan lelaki lain , tepat nya 8 bulan yang lepas"

Danish tergelak kecil , "Kau percaya dengan apa yang danisya cakap tu? tak payah la percaya dia tu tak betul la"

"Dia adik kau kot , mesti la aku percaya lagipun danisya tu tak pandai menipu macam mana kalau irdina memang betul ada lelaki lain belakang kau" ujar taufiq dan danish hanya mengeleng kan kepalanya...

"Tak akan , aku tahu dia sayangkan aku lagipun hubungan kami dah lama aku tak rasa dia akan buat macam tu , dah la sekrang ni fokus pada kes ni je aku nak cepat selesai"

"Sebab kau nak lepaskan dia kan?"

"Tak , aku tak akan lepaskan dia lagipun dia mengandung mana boleh berpisah , lepas dia bersalin pun aku tak akan lepaskan dia" jawab danish...

"Habis tu kau nak irdina bermadu dengan sofea? kau rasa dia nak ke? kalau macam ni lebih baik kau pilih salah seorang je , jangan buat sofea bergantung tak bertali lepasni" ucap taufiq dan danish pun diam...

Danish masih memikirkan tentang perasaan dia terhadap sofea , kalau dia sayangkan sofea bermakna dia perlu lepaskan irdina dan kalau dia sayang kan irdina dia akan lepaskan sofea dan anaknya....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-01 14:37:47 

X sabar tggu..update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience