BAB 9

Mystery & Detective Completed 2119

Hajar mundar-mandir di ruang tamu. Yazid kini berada di surau untuk meminta tolong kepada tok imam dan orang kampung. Sehingga kini, Maisarah masih belum pulang-pulang.

“Maryam, solat dan mintalah petunjuk-Nya. Kalau kamu jalan tak tentu hala ni, bukannya dapat apa-apa faedah pun.” Lembut Tok Lepat menasihati anak perempuannya.

“Mak, Mar risaukan anak Mar lah. Salahkah? Mak tak risaukan cucu kesayangan mak ke?” bertalu-talu Hajar bertanya.

“Aku tahu apa yang sedang terjadi sekarang. Aku nak kau solat aje. Tak nak, tak apalah. Biar aku saja yang buat,” tutur Tok Lepat tegas. Dia sedang memikirkan, bagaimana mahu menyelamatkan Maisarah . Macam mana jika dia ikat Maisarah agar tidak usah pulang? Aduh! Masalah besar ni. Desis hati Tok Lepat .

“Hmmm… yalah mak…” akhirnya Hajar mengalah.

Aku menangis teresak-esak di bawah selimut. Nak balik!!!

“Maisarah ! Kau tak boleh senyap? Kenapa kau nak menangis pula?” tegur Balqis disebelahku. Walaupun Balqis berkasar, tetapi dia tetap juga mengambil berat mengenaiku.

“Kenapa aku tidak bisa pulang?” soalku pantas. Mataku terkebil-kebil memandang Balqis .

“Maisarah, yang sebenarnya kau …” Balqis tidak menyambung ayatnya malah membiarkan ia tidak terjawab.

“Aku kenapa Balqis ?” hatiku mulai dirundung gelisah.

“Kau cucu aku. Kau patut tinggal di sinilah!” Tok Lepat tiba-tiba muncul di bilik tersebut. Aku terpempam. Sungguh aku tak percaya. Kini aku sudah boleh berfikir agak waras.

“Tok Lepat ialah nenek saya. Bukan Nek Maembong ,” balasku berani untuk mempertahankan diri. Aku sudah tidak taku malah bersedia berhadapan dengan Nek Maembong yang sudah menyinga di hadapanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience