BAB 2 : Selagi bergelar hamba, selayaknya diuji.

Short Story Series 5979

Muhammad Nuh menghempas surat khabar yang dibelinya tadi. Benarlah apa yang disampaikan oleh pemandu peribadinya bahawa ceritanya telah tular keseluruh negeri. Bukan saja surat khabar, alam siber yang semakin canggih juga terpapar tajuk dan wajahnya. 'WARIS EMPIRE HOLDINGS MANDUL".

Nuh semakin marah apabila ada juga video yang dimuat naik di akaun facnya. Bekas ibu mertuanya menjelaskan punca penceraian Nuh dan bekas isterinya Haida adalah kerana Nuh mandul. Tanpa melihat video itu lebih lanjut terus Nuh mematikan video tersebut.

"Bodoh, apalagi fitnah dia nak buat dekat aku Man?" Soal Nuh pada pemandu peribadinya merangkap kawan rapatnya.

"Tuan, Tuan harus bersabar dan tenang. Kita berdua tahu punca penceraian adalah kerana Haida yang curang. Biarlah berita ini reda dengan sendirinya. Jadikan ia seperti angin yang lalu." Pujuk Arman pada Nuh yang sedang berdiri menghadap cermin yang melantunkan pemandangan bandar besar Kuala Lumpur.

Tiba-tiba pintu biliknya diserbu. Sudah dijangka oleh Nuh, pasti ayahnya juga dapat tahu berita ini.

"Nuh, selesaikan masalah ini. Berbincang dengan Haida. Jangan sampai ayah yang selesaikan." Ujar Datuk Ibrahim tegas dan terus berlalu pergi.

Nuh berpandangan dengan Arman. "Apa aku kena buat Man? ini fitnah yang melampau. Jomlah ikut aku pergi hospital. Aku nak buat ujian kesihatan aku." Nuh berdiri tapi dihalang oleh Arman.

"Tuan ingat, dengan keputusan kesihatan Tuan, janda dan mak mertua Tuan akan terus berdiam diri?" Soal Arman.

"Habistu? apa lagi yang aku boleh buat?"Soal Nuh buntu.

"Tuan kahwin lagi sekali dengan perempuan lain. Buktikan bukan Tuan yang mandul tapi dia. Sudah 5 tahun Tuan berkahwin dengan dia. 5 tahun juga Tuan dan saya bersabar dengan kecurangan dia." Arman memberi pendapat.

Dalam keadaan serius ini tiba-tiba Nuh ketawa terbahak-bahak. Dia merasakan Arman membuat gurauan.

"Kenapa gelak?" Soal Arman pelik.

"Kau lah.. kahwin? kalau tak mengandung juga macam mana Man? kau nak aku betul-betul malu ke?" soal Nuh kembali serius.

"Betul ke Tuan mandul?" soal Arman serius.

"Mestilah tak. Aku sihat.." jawab Nuh yakin.

"Then, buktikanlah Tuan." Cabar Arman lagi.

"Pandai kau ya. Dah lah, aku dah lapar.. pagi tak sempat sarapan, tengahari pun dah lewat nak makan." Ujar Nuh sambil berdiri.

****************************************************

Maryam melihat tubuhnya di dalam cermin.

"Tak nak lah kak, segan saya nak pakai pakaian macam ni." Luah Maryam dengan suara sayu.

"Kau jangan nak mengada-ngada Mar. Akak dah bawa dari rumah siap gosokkan lagi. Tup tup tak jadi pakai. Kau pakai je lah. Akak bawa banyak lagi ha.. dalam kereta pun ada lagi. Akak dah tak muat dah. Kau tu kan nak interview jadi PA Tuan Hadi esok. Kau kena belajar dari sekarang, biar tak kekok esok. Sampai bila kau nak jadi kerani, setakat gaji dua ribu setengah bukan cukup sayang oii. Tuan Hadi tu, kalau nampak awek cantik confirm terus terima jadi PA dia. Kau juga tanya akak ada tak kerja kosong, dah ada peluang kau tolak pula." Ujar Lily.

"Apa akak ni.. Mar bukan cakap tak nak kerja. Tapi, tak nak pakai baju yang macam ni." Ujar Maryam. Dia melihat pakaiannya. Baju kemeja berlengan panjang berwarna kuning air dan skirt hitam paras lutut dan kasut tumit tinggi berwarna sama dengan warna bajunya. Rambutnya yang panjang berwarna hitam diikat satu.

"Sudah... akak tengok kamu tu dah cantik sangat dah. Silap-silap Tuan Hadi tu bukan setuju jadikan kamu PA mahu jadi isteri nombor 2 dia sekali." Lily ketawa gembira dengan lawaknya sendiri.

"Dah lah akak ni. By the way thanks kak sebab sponsor baju ni semua." Ujar Mar sambil memeluk tubuh Lily.

"Yalah..."

"Waktu makan tengahari dah tinggal 50 minit je ni kak. Rugi 10 minit. Jom makan kak, Mar belanja.." Ajak Mar pada kakak angkatnya.

"Tak laratlah akak nak turun naik. Kamu pergi belikan lah..." Tolak Lily lembut sambil mengusap perutnya yang besar kerana sudah sarat mengandung.

"Ok...."

"Sebelum akak lupa. Belajar senyum.. jangan buat muka toya saja. Nanti Tuan Hadi tak terima pula." Tegur Lily ikhlas pada adik angkatnya.

"Baiklah akak..." Maryam berpura-pura tersengih dan kemudian kembali semula dengan muka tanpa beriak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience