Rate

Bab 4

Romance Series 4237

Angin malam itu lembut menyentuhnya. Mangkuk plastik magginya dipegang rapat supaya tak jatuh. Tak pasal pasal bumbung rumah orang ni bersepah dengan maggi nanti.

Gadis itu selesa bersila di atas bumbung rumah yang berhadapan dengan ibubapa angkatnya. Entah mengapa dia ingin duduk menghadap rumah itu pada malam ini walaupun dia sudah menyuruh Amino mengawasinya. Hatinya tak sedap selepas menerima ‘pendatang asing’ pada malam semalam.

Berkat 5 tahun bersama agensinya, langkah kaki gadis itu tak kedengaran seperti toyol berjalan diatas bumbung. Baru sahaja dia ingin turun dari situ dan balik kerumah, sekumpulan kecil lelaki berpakaian hitam menarik perhatian dia.

Hatinya terus berdetak laju melihat mereka ingin merempuh masuk kerumah ibubapanya. Busurnya diambil cepat, anak panah yang telah dimasukkan terus dilepaskan.

“Arrgghh!! Bos!!” Lelaki yang digelar ketua itu memandang keatas dengan pistol yang diacu kesana. Das tembakannya langsung tak terkena Orked, malah 2 lagi anak buahnya ditembak dengan panah beracun itu.

“Turunlah pengecut!” mendengar kata kata itu, Orked meniti setiap tiang dan dinding sebelum selamat mendarat dalam posisi melutut. Gadis berkot hitam panjang itu ditiliknya, lelaki itu terdiam.

“Kau tak serik lagi Zen?...” Orked tersenyum memandang Zen.

“Kau..?!” senyuman manis Orked mula menyeringai. Kakinya melangkah laju kearah satu lagi konco Zen, tangan yang ingin mengunci pergerakannya itu dipotong dengan pisaunya. Badan yang semakin terkulai itu dihantuk kearah dinding.

Wajah Zen yang memucat dipandangnya lagi. Perlahan sahaja langkahnya diatur menghampiri lelaki itu.

“Sleep tight.”

***************************************************

“Aku dah beli tiket pesawat! Woohoooo.” Aqeef memandang Ariean seketika, lelaki itu hanya senyap sahaja. Ariean mendekati Aqeef.

“Kau datang bulan ke?” Wajah Ariean dipandang tajam.

“Aku busy nak kemas barang, yelah orang dah halau kan?” Ariean cepat cepat memeluk abang angkatnya itu sambil membuat muka sedih dengan gelengannya.

“Apa ni ngok, sejenis ke?”Aqeef menolak Ariean.

“Eleh, peluk peluk dengan awek okey pulak.” Ariean membuat muka ‘I know your secret bruh’.

“Aku tumbuk kau kang. Kau pergi club tu apa?”

“Kau pulak, dengan cik cashier pun nak menggatal.”

“Aku nampak kau menggatal dengan lelaki.” Ariean menumbuk belakang Aqeef bertubi tubi dengan teori si buaya karat tu.

“Dah, aku nak pergi minta cuti setahun setengah.” Aqeef mengerutkan keningnya.

“Kau nak buat apa setahun setengah?”

“Mencuri hati wanita wanita.” gurauan Ariean mendapat balingan kerepek kentang dari Aqeef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience