"Kenapa ni? Siapa call tadi?", soal Joy bila dia perasan mukaku mencuka. Masa telefonku berbunyi, dia baru bergerak ke tandas.
Aku mengelengkan kepala, "Arif".
"Korang gaduh?", soal Joy duduk di kerusi di depanku. Aku menghabiskan bihun goreng yang masih bersisa dalam bekas polisterin.
"Tak. Dia tanya aku ke mana", jawabku bersahaja, mengesat bibir kotor dengan tisu.
"La... kau tak bagitau dia ke? Korang ada masalah ke ni? Jangan la sebab aku, korang bergaduh". Joy nampak serba salah sangat.
Pasti dia rasa telah menyusahkan aku kerana menemani dia ke klinik untuk pemeriksaan berkala. Dia nak pergi sendiri tapi aku yang berkeras ingin menemaninya. Rasa belas aku terhadap dia sangat tinggi. Dulu aku sering lakukan pemeriksaan sendirian dan aku tahu bagaimana rasanya. Jadi aku tak mahu Joy merasai perasaan itu, dah la nasib Aedy entah bagaimana dan aku yakin impian Joy tak akan kesampaian.
Aku ke dapur membuang bekas polisterin dan mengambil air kemudian berkata, "Dia tidur lagi masa aku keluar. Malas aku nak kejutkan. Tu baru bangun la agaknya".
"Pergilah balik. Dia nak spend time dengan kau kot. Don't worry bout me", ujar Joy menyambung makan buah tembikai yang aku beli tadi.
"Takde maknanya spend time. Dia suruh aku balik sebab parents dia nak datang kejap lagi", keluhku.
"Ha... balik la. Masak, mak mentua nak datang", gesa Joy.
"Tak payah. Selalunya bonda siap bawa lauk dari kampung. Aku masak tak sedap Joy", aduku sambil menghabiskan air dalam gelas.
Joy mengerut dahi, "Eh.. sedap je kau masak".
"Tah la Joy. Lately ni, Arif tak makan apa yang aku masak kalau ada lauk yang bonda masak. Last last buang je apa yang aku masak. Buat rugi je", luahku sambil mencuci gelas yang aku gunakan tadi sebelum bergerak mencapai kunci kereta untuk pulang ke rumah.
"Puas dah menyundal kat luar?", tanya Arif bila aku membuka pintu.
"Abang ni dah kenapa? Asyik tuduh saya macam tu. Memang nak saya menyundal betul betul kat luar?", balasku dengan amarah.
Aku balik ni pun sebab hormatkan mak bapa dia nak datang sekejap lagi. Kalau setakat Arif, aku rela melepak dengan Joy. Membaca buku penjagaan bayi bersama sama, keluar shopping barang bayi. Itu lebih membahagiakan.
Aku berlalu tanpa menghiraukan Arif di ruang tamu. Setelah menghempas pintu, aku lemparkan tubuhku ke tengah katil dalam keadaan menangkup. Skirt kembang paras lututku tersingkap, kubiarkan. Mata kupejamkan. Aku letih jika setiap kali kami bertemu, pasti ada pertengkaran berlaku. Tak kira masa. Pertembungan emosi negatif membuatkan aku rasa semua tenaga disedut habis.
"Tukar baju tu. Kejap lagi ayah sampai. Nak goda ayah pulak? Tak cukup dengan jantan kat luar tu?"
Aku berpusing. Aku jeling pada Arif yang berdiri di muka pintu. Aku jadi benci pada Arif. Aku benci dengan apa yang keluar dari mulutnya. Aku benci dia memandang aku seburuk itu.
Pancuran air kubuka, aku biarkan Arif di pintu tanpa membalas. Aku ingin kelihatan segar di depan mentua. Kusarungkan baju kurung kain kapas ke tubuh. Biar sopan dan tak kelihatan seperti ingin menggoda bapa mentua. Rambut kuikat satu.
Tak lama selepas aku turun ke bawah, mentuaku sampai. Seperti yang kujangka, bonda membawa mangkuk tingkat berisi lauk. Beriya iya Arif menjamu selera. Seperti tak pernah makan masakan bonda. Padahal kebelakangan ini, pantang bonda telefon berdesup dia balik ke kampung. Tak seperti dulu, ada saja alasan diberikan agar dapat bersama aku.
Lengan baju kusinsing ke paras siku sebelum membasahkan tangan untuk membasuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Bonda datang duduk di kerusi meja pulau yang terletak di tengah dapur. Aku pelik selama ini tak pernah bonda buat begini. Namun ku tak endahkan.
"Ni Nura...."
"Ye bonda", jawabku memandang imejnya dari refleksi tingkap.
"Bonda nak cakap sikit ni. Bonda harap Nura faham keadaan Arif".
Hatiku mulai kurang enak bila bonda mengeluarkan kata kata itu. Bonda tau ke krisis kami?
"Keadaan macam mana tu?".
"Arif lelaki sempurna".
Pinggan yang aku pegang, aku letak semula. Aku takut terlepas. Hati aku dah dapat mengagak ke mana hala tuju perbualan kami.
"Dia mahukan zuriat sendiri. Bonda pun yakin Arif boleh dapatkan zuriat dari darah daging sendiri. Bukan anak angkat yang entah dari mana asal usulnya"
Hati aku sudah dibasahi titis tangisan. Mataku pun mulai panas.
"Jadi?", tanyaku dalam gementar dalam hati. Tapi aku cuba berlagak biasa.
"Bonda nak Nura izinkan Arif bernikah baru".
Luluhnya hatiku saat itu, hanya tuhan yang tahu. Mata kukerdip berkali kali agar tiada air bertakung.
Jika Arif yang meminta, boleh juga aku ungkit setiap janji janji manisnya dulu. Tapi ini bonda. Bonda minta dalam baik, niatnya untuk menyambung keturunan. Walau aku tahu bonda tak sukakan aku, dia tak membelakangi aku dalam hal ini. Dia masih hormat aku sebagai isteri Arif.
"Arif makin hari makin tua. Bonda dan ayah pun entah bila Allah akan jemput. Kasihan Arif, sepatutnya umur macam tu dah ada dua atau tiga anak. Anak ni pewaris keturunan kami, harta keluarga kami. Bonda tak mahulah Arif tiada langsung zuriat. Bonda harap Nura faham".
Aku mengangguk dan kembali menyambung cucian. Air yang keluar dari kepala paip sama deras dengan air mata dalam jiwa dan dadaku.
Malam itu pulang dari stesen tv, ayah dan Arif ada di ruang tamu berbual. Bonda aku tak tahu ke mana. Mungkin dah tidur.
Tadi selepas siap mencuci pinggan dan mengemas dapur, aku terus bersiap untuk ke stesen tv. Aku tak boleh lama berada di rumah. Hati aku sakit.
Aku mengubah haluan perjalanan bukan ke stesen tv tapi aku singgah di tasik, bertentangan dengan stesen tv. Lama aku di situ. Aku bermuhasabah diri. Aku akur dengan kekuranganku. Egoku hilang bersama kewanitaan yang aku tak lagi miliki.
Namun itu tak seharusnya menjadi alasan pada Arif untuk menduakan aku. Arif menggunakan bonda untuk meminta izin berpoligami. Dasar lelaki pengecut! Atau mungkin Arif tak mahu melukakan aku lebih parah kerana dia tahu aku sayangkannya.
Poligami? Mendengar perkataan itu saja sudah buat aku benci. Ianya umpama mimpi ngeri. Aku tak suka berkongsi. Berkongsi lelaki yang aku sayang. Salahkah aku memilih untuk menyayangi lelaki bernama Arif Fahmi? Mengapa Allah menguji aku dengan dugaan sebegini? Mungkinkah ini antara balasan atas segala dosa yang pernah aku lakukan dulu?
Borang dalam sampul bersaiz A4 yang bonda letakkan di atas meja tadi aku keluarkan. Aku baca satu persatu ruangan yang tercetak di situ.
Mungkin aku harus memilih untuk berpisah dengan Arif? Sungguhpun Arif bersikap menjengkelkan akhir akhir ini, aku tetap sayangkan dia. Apa yang berlaku adalah berpunca dari aku. Tubuh aku yang sakit. Salahnya berpunca dari aku. Aku yang tak pernah bersyukur dan menjaga tubuh ini dengan baik dari dulu. Aku rosakkan tubuh anugerah Allah ini dengan perbuatan aku sendiri.
Seandainya Arif melepaskan aku seperti yang aku pinta, akan adakah lelaki di luar sana sudi menerima aku sebagai seorang perempuan yang serba kekurangan? Mana ada lelaki berkahwin tapi tak mahukan anak. Mungkin ada, tapi desakan sekeliling boleh mengubah pendiriannya. Anak, penyeri rumahtangga.
Dalam linangan air mata, aku mengisi borang keizinan. Jika ini membahagiakan Arif dan keluarganya, aku rela berkorban. Demi cinta dan sayangku pada Arif. Mungkin aku akan bahagia dengan poligami ini. Mungkin ini jalan hidup aku seperti yang telah direncanakan oleh-Nya.
Aku mengetuk pintu bilik tetamu bersebelahan bilik bayi yang kini telah kosong, tiada jawapan. Mungkin bonda sudah lena tidur, kata hatiku. Lalu sampul tadi aku selitkan di bawah pintu. Aku masuk ke bilikku untuk membersihkan diri. Aku harap dengan adanya mentua, Arif menjaga tuturnya.
Malam itu sedang tidurku nyenyak, terasa ada tangan hangat menarik aku ke dalam dakapan. Rambutku dicium dan dihidu berulangkali. Aku rindu saat ini, air mataku mengalir di hujung mata.
Tangan Arif mula masuk ke dalam singletku sambil bibirnya singgah di bahu. Aku rindu belaian Arif. Dah lama aku nantikan sentuhan hangatnya.
"I want you", bisik Arif dengan tangan mula bergerak turun dari dada ke celah kelangkangku.
"I want you too", balasku mengusap kelakiannya yang keras menegang tanpa berlapik apa apa seolah sudah bersedia.
Hubungan badan yang sekian lama kunantikan akhirnya kukecapi. Aku tak pasti berapa lama, yang aku tahu kami sama sama menikmati setelah berhempas pulas memuaskan keinginan pasangan. Erangan nafsu serta desahan cinta saling berpadu. Kami sama sama terlantar kelelahan di hujung katil. Kaki terjuntaian manakala badan Arif menindih belakang tubuhku. Cuping telingaku digigit lembut.
Dalam hati aku tertanya mengapa walau aku puas mengharungi badai asmara bersama Arif. Adakah ini tanda penghargaan atas persetujuan aku mengizinkan dia bernikah baru? Hati aku dipagut pilu.
"Sayang....", bisiknya mengusap lenganku.
"Hurm...."
"Esok cuti?", tanya Arif.
Aku cuba berpaling memandangnya. Terus bibirku disambar rakus. Sama seperti dulu gayanya.
"Cuti. Kenapa?", jawabku setelah mendapat nafas semula.
"Ikut abang meeting untuk program baru. They want you to be there. And bawa baju untuk dua hari".
"Kenapa perlu bawa baju? Meeting kat mana?", soalku. Kali ini seluruh tubuhku berpusing, Arif masih menindihku. Ini Arif yang aku kenal dulu. Tak pernah menolak undanganku. Dan kesempatan ini aku rebut. Aku kembali menyentuh alat vitalnya. Rasa dahagaku masih belum hilang.
"Meeting kat sini je. Baju tu.... ada la", kata Arif mengenyit mata sebelum kembali mengomol aku seperti dulu. Suara nakal kami penuh nafsu kembali bergema di ruang kamar.
Pakaian, cadar dan selimut yang terlibat dalam aktiviti melampias nafsu kami, aku sumbat dalam bakul pakaian kotor dan aku letak di balik pintu bilik. Akan kubasuh sesudah kami pulang nanti. Ada juga pakaian kotor yang aku dan Arif pakai hari sebelumnya.
Kali ini, ayah dan bonda tidak pulang ke kampung seperti kebiasaan. Selalunya mereka hanya tidur untuk satu malam. Aku berat nak meninggalkan rumah dengan adanya tetamu di rumah tapi Arif berkeras. Katanya lebih baik kerana ada orang menjaga rumah kami ketika kami tiada.
Arif mengajak aku ke pejabat kami katanya ada dokumen tertinggal. Aku pun apalagi, teruja sangat dah lama tak bertemu dengan Naimah dan Man. Staff baru tu pun aku belum kenal.
Sebaik melangkah masuk, "Happy birthday!!!".
Aku tergamam. Sebiji kek dengan nyalaan lilin berbatang batang ditunjukkan ke depanku. Aku tersipu namun kutiup juga lilin tersebut. Sepotong kecil kek aku suapkan ke mulut Arif. Manakala kek selebihnya aku beri pada yang lain.
"Ni ke meetingnya?", kataku sambil mencubit pinggang Arif. Kami berada di dalam bilik belakang, tempat Arif menyimpan khazanah lamanya. Aku dirangkul erat dan ditolak ke dinding. Kedua tangan Arif di kiri kanan tubuhku seolah mengepung. Dahi kami bertemu. Pandangan kami bersatu.
"Erm.. boss". Kami tersedar dari dunia indah yang tak sempat bermula. Aku menoleh ke pintu. Seorang gadis bertudung gaya terkini berdiri di situ membalas pandanganku.
"Ada apa?", tanya Arif membetulkan rambutnya. Aku tertawa kecil. Pastinya Arif malu tertangkap dek pekerja sendiri.
"Ada dokumen dan cek nak di'sign'. Saya dah letak atas meja boss dari semalam". Mata gadis tadi masih memandangku.
"Ok. Nanti saya tengok", jawab Arif tanpa segan memeluk aku erat. Kemudian mengucup bibirku tanpa mempedulikan gadis tersebut di situ. Dan aku hairan mengapa dia tak beredar lagi. Aku menolak perlahan dada Arif, aku tak selesa adegan panas kami menjadi tontonan.
"Kenapa?", bisik Arif.
"She still there", balasku berbisik juga.
"Biarkan. Abang nak sayang". Aku ketawa dengan suara gersang Arif. Tangan gatalnya yang cuba meramas aset gebu dan pejalku, aku halang dari menyentuhnya.
Ha... padan muka hari tu jual mahal. Marah marah aku, kata aku sundal. Hari ini, sundal ni yang kau gilakan.
"No. Not here. Kita ada nak pergi mana mana ke? Sebab dah bawa baju tu". Aku ingatkan Arif. Aku lihat gadis tadi telah tiada.
"Ohh.. ya kan. Itu birthday present sayang. Full day body treatment kat hotel spa. Malam ni abang nak sayang pula buat treatment kat abang. Jom, abang nak tengok apa benda Meen letak atas meja tu".
Kami sama sama keluar dari situ, Arif masuk ke biliknya manakala aku ke meja lamaku, tempat Meen sekarang.
"Hai, saya Nura", kataku perkenalkan diri dan menghulurkan tangan.
"Saya tau. Saya kenal", balasnya acuh tak acuh. Huluran tanganku pun disambut tanpa ikhlas.
"Nama apa ya?", tanyaku sekadar mahu berbaik, malu juga dia nampak adegan mesra tadi.
"Jasmeen", jawabnya ringkas tak mempedulikan aku yang masih tercegat di situ. Naimah melambai padaku lalu aku bergerak ke meja Naimah. Kutarik kerusi Man lalu aku letak di hadapan meja Naimah. Banyak sangat cerita yang aku terlepas. Malangnya Man sudah keluar, jika tak mesti lagi meriah.
"Sayang... jom", panggil Arif. Dia sudah di pintu pejabat. Entah bila dia di situ.
"Kak, tu buah hati dah panggil. Nak pergi honeymoon kan?", usik Naimah. Aku menjelir lidah, malu la Arif panggil macam tu di pejabat. Dulu boleh je panggil nama.
Aku mengatur langkah, muka Jasmeen mencuka. Mungkin begitu raut wajahnya, aku tak perlu untuk berburuk sangka.
Aku nampak wajah Arif ceria berseri seri. Hatiku berbunga juga. Jika ini kegembiraan yang akan kukecapi bila berpoligami, apa salahnya.
Share this novel
kasarnya arif ni knp juga mcm tu kesian nura makin sedih pulak ceta ni
dugaan apa lagi nih..dirumah dan la ni dipejabat
dugaan apa lagi nih..dirumah dan la ni dipejabat