Bab 17

Romance Completed 21373

"Iz sayang... dah kenyang ke? Alololo dia.. dah ngantuk. Jom tidur jom." Iris mengambil Izhan dari tangan Puan Sri Hadina. "Dya nak pergi bilik tau, ibu. Si comel ni ngantuk pula." mertuanya itu hanya menyambut dengan anggukan dan senyuman.
Masuk sahaja di dalam bilik, matanya melihat Rayyan yang sudah terlentang di atas katil. Nyenyak sangat tidurnya. "Papa tu pun macam Iz. Nampak sangat macam anak beranak. Bapa borek, anak rintik." Iris berbisik sendiri. Dia meletakkan Rayyan di dalam baby coat. Anaknya itu sudah lelap.
Dia perlahan-lahan menghampiri Rayyan. Sebenarnya, dia juga ingin baring, tetapimelihat tubuh Rayyan menguasai katil bersaiz king itu membuatkan tiada ruan yang membolehkan dia melabuhkan badan.
Dia mengalihkan tangan Rayyan secara berhati-hati. Lalu kaki Rayyan dirapatkan. Barulah dia merebahkan badan. Baru sebentar dia berbaring, telifonnya berbunyi. Cepat sahaja dijawabnya takut menganggu tidur suami dan anaknya.
"Hello."
"Iris, tolonglah benarkan aku jadi isteri Rayyan. Kau tak kesiankan aku ke? Aku sangat cintakan dia. Aku tak boleh lupakan dia. Kalau kau tak bagi juga, aku bunuh diri. Pastikan Rayyan datang jumpa aku esok, pukul 9 dekat Pizza Hut." suara Tania sangat nyaring dihujung talian dan perempuan itu meletakkan telifon sebelum sempat Iris berkata apa-apa.
"Ya Allah! Apa kau buat ni, Nia? Janganlah buat aku macam ni, kita dah tak macam dulu lagi." Iris berbisik perlahan. Dia menekup mukanya ke permukaan meja solek itu. Rasa macam nak nangis pula.
"Kenapa awak tak tidur lagi? Bercakap sorang-sorang.. ish, your look was scary just now." Rayyan menegur dalam mamai. Dia menggosok matanya lalu mencapai telifonnya. Pukul 12:34 a.m.
"Rayyan." Iris mendekati katil lalu duduk bersila di situ. "Ya." Rayyan tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Iris mengeluh. "Nia nak ajak awak keluar. Esok, pukul 9, Pizza Hut. And saya dah kata yang awak akan pergi. Awak pergi ya?" dia mengenggam tangan Rayyan.
Terus mati senyuman di wajah Rayyan. "Sayang, saya dah kata saya tak cintakan dia. Tolonglah jangan paksa saya. Saya nak awak dan Iz je." dia cuba membuatkan isterinya itu faham keadaannya.

Iris menggetap bibir. Dia pun tidak sanggup membenarkan perkara itu berlaku, tetapi Tania sudah menggugut mahu membunuh diri. Dan dia takkan biarkan perkara sebegitu berlaku.

"Rayyan, saya faham. Saya terpaksa, awak tahu tak, Nia akan buat perkara yang memberbahayakan nyawa dia kalau dia tak dapat awak. Awak pergi ya?" Iris memeluk suaminya itu. Cuba memujuk Rayyan tetapi hatinya sendiri tidak terpujuk.
*********************
"Hi, awak." ujar Tania ceria apabila melihat Rayyan yang segak dengan t-shirt polo bewarna biru. Topi dia atas kepala dibetulkan. Mukanya masam.

"Jangan kacau family saya lagi. Atau awak nak saya ambil tindakan?" kata Rayyan serius. Tania terpana. "Apa ni, Rayyan? Saya ni cinta pertama awak tau." dengan tidak tahu malu dia memaut lengan Rayyan. Mereka menjadi tumpuan ramai.
"No. My first love is my wife, Iris Lidya. Awak tentu faham, masa sekolah mesti ada cinta monyet. Sorry, saya takde niat nak bagi awak harapan, but memang I don't love you. Assalamualaikum." dia berjalan keluar dari restoran itu.

Tania menghubungi ibunya. Biar Iris rasa padahnya.
*********************
Puan Salmi masuk ke dalam rumah Tan Sri Razlan. Dia memang tidak kenal erti malu ketika itu, dia pernah menyerang rumah keluarga Iris, tetapi tadi dia melihat Iris tiada di rumah keluarganya tetapi dirumah keluarga suaminya. Kali ini dia bukan mahu bertindak kasar kerana dia mahu berbesan dengan keluarga tan sri ini. Dia ada agendanya yang tersendiri.

"Assalamualaikum Tan Sri, Puan Sri." penuh keayuan suaranya. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan caranya ke rumah Haji Iman dan Hajah Laila.

Pintu dibuka dari dalam. Terpacul wajah Puan Sri Hadina. Keluarga ini memang tiada pembantu rumah. Yang ada hanya pemandu peribadi. Jadi kerja rumah semua diambil alih oleh Puan Sri Hadina.
"Waalaikumsalam. Nak apa ya, Sal?" tanya Puan Sri Hadina acuh tak acuh. Dia sudah tahu tentang Puan Salmi menyerang menantunya, mahu saja disaman perempuan itu. Kalaulah jadi apa-apa pada cucu dan menantunya, memang nahas dikerjakan Puan Salmi.
"Taknak bagi saya masuk ke, kak?" tanpa rasa segan dia masuk ke dalam rumah itu. Makin beranginlah Puan Sri Hadina jadinya. Lantas dia menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan.
********************
Rayyan mengeluarkan telifonnya dari dalam kocek seluarnya. Matanya yang tadi tertumpu pada tasik dihadapnnya terus menghala ke arah skrin itu.

Ibu: Balik now! Klau nk keselamatan Iz dgn Dya terjaga. Salmi ada kat sini."
Bergegas Rayyan masuk ke dalam kereta dan menekan pedal minyak. Kepalanya risau apabila memikirkan apa yang bakal berlaku, mindanya juga asyik mengulang tayang waktu Puan Salmi memukul Iris. 'Ya Allah, janganlah terjadi apa-apa.'

Apabila sampai di rumah dia terus mendekati Iris lalu Izhan yang berada di atas sofa dikendong. Geram Puan Salmi melihatnya. "Saya nak tanya ni kak. Bila lagi nak tqngguh majlis tu? Lama sangat ni."

Puan Sri Hadina dan Rayhan terpinga-pinga. Hanya Iris yang faham apa yang cuba disampaikan oleh Puan Salmi.
"Apa yang aunty cakap ni? Majlis apa?" Rayyan mendekati Iris. "Majlis nikah Rayyan dan Nia." lancar sahaja jawapan Puan salmi.
Iris hanya menahan perasaan. Dia ingin bangun, tetapi Rayyan lebih pantas mengenggam tanggannya.
"Sal, akak rasa tak perlulah kot. Rayyan dah kata dia tiada perasaan pada Tania, kenapa kita nak paksa. Sekarang ni kan Rayyan dah ada family sendiri." Puan sri Hadina memujuk secara baik.
"Kak, lelaki kan ada empat kuota. Bukannya Rayyan tak mampu. Lebih dari mampu. Iris pun tentu setuju, kan?" dia memandang Iris. Irs menundukkan kepalanya. Sebak bertandang di hati.
"Saya takkan menduakan isteri saya. Saya rasa tiada apa lagi nak cakap. Sayang, jom ikut saya naik atas." dia menarik tangan Iris. Nasib baik isterinya itu hanya menurut. Puan Sri Hadina perasaan jelingan penuh kebencian yang dihadiahkan oleh Puan Salmi untuk Iris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience