Saraa tekun dengan kalkulatornya di kaunter pembayaran. Iqbal memerhati Saraa sambil berpeluk tubuh.
'Tekunnya dia ni. Sampai aku perhati dia dari tadi pun dia tak perasan' ujarnya dalam hati.
Dia mendekati Saraa lalu menegurnya.
"Hoi!"
"Opocot mak kau!" Saraa melatah.
Melihat gelagat Saraa yang melatah itu, Iqbal terus ketawa terbahak-bahak.
"Lawaklah kau ni. Muda-muda lagi dah melatah," katanya sambil menahan perutnya.
Mukanya merah seperti orang yang kekurangan oksigen kerana tawanya yang tidak henti-henti. Mujur sahaja restoren itu tidak mempunyai pelanggan pada waktu itu.
"Ish, awak ni! Tak baik tau ketawakan orang. Nanti kena kat diri sendiri baru tau," marah Saraa yang geram dengan tindakan Iqbal itu.
"Salah kau la. Siapa suruh kau tekun sangat?" jawab Iqbal untuk mempertahankan dirinya.
"Aik? Salah saya pulak? Dah ni kerja saya, mestila saya kena tekun. Kalau tak, nanti saya kena pecat awak nak tanggung ke?" Saraa pelik dengan kata-kata Iqbal.
"Ala kau ni kan. Aku gurau je. Ye la aku salah. Tak payahla nak ceramah aku macam ni," Iqbal mengalah.
Saraa tersenyum mendengar pernyataan tersebut.
"Kau free tak petang ni?" ujar Iqbal.
"Kenapa tanya?" Saraa mengerutkan dahinya.
"Aku nak ajak kau keluar sekejap petang ni. Aku nak cakap sesuatu kat kau,"
"Sekejap je kan? Okeyla kalau macam tu nanti saya mesej Adam. Agak-agak dalam pukul 6 dia ambil saya sempat tak?,"
"Uish agak-agakla pukul 6. Masa kerja kau habis pun dah pukul 5,"
"Habistu?"
"Pukul 7 la,"
"Amm okey. Nanti saya bagitau Adam suruh dia ambil saya pukul 7,"
"Kau bagitau la kat Adam jangan ambil kau. Nanti aku hantarla kau balik,"
"Ish tak nakla,"
"Kenapa pulak?"
"Nanti dia cakap apa pulak. Tu baru dia. Nanti kalau ayah saya tanya kenapa bukan Adam yang hantar saya balik, saya nak jawab apa?" soal Saraa kebingungan.
"Kau jawabla Adam tak dapat nak ambil kau then aku yang suka rela hantar kau balik,"
"Tak nak. Saya tak nak menipu,"
"Ish ye la. Tapi ingat tau petang ni aku tunggu kau kat tempat letak kereta," kata Iqbal lalu pergi melayan pelanggan apabila melihat ada pelanggan yang masuk ke dalam restoren mereka.
"Ye," jawab Saraa ringkas.
Dia tersenyum apabila melihat gelagat Iqbal melayan pelanggan yang datang ke restoren.
'Untung Mak Na ada anak macam Iqbal. Walaupun dia anak bos, dia okey je layan pekerja dan pelanggan yang datang kat restoren ni dengan mesra. Untung betul siapa yang dapat dia ni' kata Saraa dalam hati.
Saraa mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar lalu menghantar mesej kepada Adam.
'Petang ni kau ambil aku pukul 7 tau.'
'Okey.'
"Hmm kenapala dia ajak aku keluar petang ni eh?" tanyanya kepada diri sendiri.
...
Tepat pukul 5 petang, Iqbal sudah menunggu Saraa di tempat letak kereta. Dia menunggu dengan penuh sabar sehingga Saraa datang menghampirinya.
"Awak nak cakap apa kat saya?" tanya Saraa.
"Jom,"
"Jom nak pergi mana?"
"Masukla dulu kat dalam kereta,"
"Kalau awak tak bagitau, saya tak nak masuk," Saraa berdegil.
"Ish mengada pulak dia ni. Aku nak bawak kau pergi kat taman bunga je la. Bukan nak bawak kau kat sempadan Thailand pun," jawab Adam.
"Oh taman bunga yang kat depan lorong sana tu ke? Hehe manala tau kan," Saraa tersengih-sengih.
Mereka masuk ke dalam perut kereta lalu menuju ke taman bunga yang dimaksudkan.
Setelah tiba di taman,mereka mencari tempat untuk duduk.
"Saraa, aku nak tanya kau beberapa soalan ni, boleh?" Iqbal memulakan bicara.
"Tanya je la,"
"Kau dengan Adam tu ada apa-apa ke?"
"Adam? Maksud awak? Kami bercinta?"
Iqbal mengangguk.
"Takde la. Kami kawan je. Dia la satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengan saya tau,"
"Oh," Iqbal mengangguk faham.
"Kau ada buah hati?" tanyanya lagi.
Saraa tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Tangannya mulai dingin.
"T..takde. Ke...kenapa awak tanya?" jawab Saraa tergagap-gagap.
"Kau ada suka kat siapa-siap tak?" tanya Iqbal lagi.
Saraa hanya mengangguk. Matanya tidak berkelip merenung wajah Iqbal.
"Kau suka aku?"
Saraa mengangguk lagi. Wajahnya merah menahan malu tetapi dia perlu berterus-terang mengenai perasaannya.
Iqbal tersenyum.
"Aku pun suka kat kau jugak," luah Iqbal secara drastik.
Saraa kaku. Lidahnya kelu. Dia terkejut dengan luahan drastik Iqbal.
"Kau sudi tak terima aku sebagai yang istimewa dalam hati kau?" tanya Iqbal sambil merenung wajah Saraa yang keliru dengan tindakannya.
'Dia ni memang sengaja nak main-mainkan perasaan aku ke ha?' soal Saraa dalam hati.
"Aku serius. Takde niat pun nak main-mainkan kau," ujar Iqbal bagai dapat meneka persoalan yang bermain-main di fikiran Saraa.
"Sa..saya tak tau na..nak jawab apa," jawab Saraa.
"Aku tau, kau mesti malu kan? Ye la tiba-tiba je kena serang dengan soalan tak masuk akal, kan?" Iqbal cuba untuk menenangkan hati Saraa.
"Okey, macam ni. Kalau kau terima, kau senyum kat aku. Kalau kau tolak, kau jeling aku," ujar Iqbal.
Saraa memandang wajah Iqbal lama tanpa reaksi. Kemudian perlahan-lahan dia mengukir senyuman yang sangat manis kepada Iqbal.
Iqbal yang memahami maksud senyuman itu membalas dengan senyumannya.
"Thanks," ucapnya.
...
"Kau kerja overtime ke Saraa sampai balik lewat macam ni?" tanya Adam sejurus Saraa masuk ke dalam keretanya.
Saraa hanya menggeleng. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
"Habis tu?"
"Iqbal ajak aku keluar tadi,"
"Kau ni kan Saraa. Berapa kali aku nak pesan? Jangan nak keluar dengan orang sembarangan. Kita tak tahu tau niat orang ni macam mana," bebel Adam.
"Kau rileklah. Iqbal je pun. Lagipun dia anak bos aku kot," Saraa mengenyit mata kepada Adam.
"Kau ni kan, menjawab je kerja,"
Keadaan senyap seketika sebelum...
"Adam, aku nak bagitau kau sesuatu ni, jangan cerita kat orang lain eh?" ujar Saraa.
"Ha ye la. Cakap je,"
"Kau tahu kan aku suka kat Iqbal? Tadi dia cakap kat aku yang dia pun suka kat aku. And now kitaorang dah in relationship," jelas Saraa tersenyum-senyum.
"Ya Allah Saraa. Kenapa kau ni lurus sangat?" kata Adam yang terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut Saraa.
"Kau ni dah kenapa nak mengata aku macam tu pulak? Kau ada masalah ke?" marah Saraa.
"Kau tak terfikir ke ha? Macam mana kalau dia hanya nak main-main kan perasaan kau je?"
"Aku tak rasa dia sanggup nak buat macam tu kat aku," katanya selamba.
"Semua ni berlaku secara tiba-tiba, kau tak hairan ke Saraa?" tanya Adam yang risau akan Saraa.
"Aku pandaila nak jaga diri. Aku cerita kat kau ni sbb aku anggap kau special tau. Tapi kalau dah macam ni jadinya, tak apalah. Aku diam je," jawab Saraa. Dia tidak berpuas hati dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Adam.
Adam hanya mampu mengeluh mendengar jawapan yang diberikan oleh Saraa.
...
"Assalamualaikum," ucap Saraa sebelum masuk ke dalam rumah.
"Waalaikusalam. Kenapa lewat balik harini, Saraa?" soal ayah.
"Saraa ada hal sikit tadi," jawab Saraa lalu bersalaman dengan ayahnya di ruang tamu.
"Ala dating dengan Adam la tu," sampuk Afrina yang juga berada di ruang tamu.
"Kau ni kan. Aku tahulah kau gila sangat kat Adam tapi tak payahla nak libatkan aku sekali," marah Saraa apabila dia tiba-tiba dituduh begitu.
Afrina hanya menjeling Saraa.
"Dah, dah. Jangan gaduh. Saraa pergi mandi, pergi solat," arah ayah untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Saraa hanya menurut sahaja perintah ayahnya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menampar muka Afrina. Tetapi dia tidak mahu berlaku lebih lagi perbalahan dalam keluarganya. Jadi dia hanya mendiamkan sahaja ketidakpuasan hatinya itu.
Share this novel