Chapter 10

Romance Completed 71888

Shafidah hanya mengelamun , nak kata suka hafiz tak jugak . Nak kata benci tu tak jugak , Lahai hati nya berkecamuk. Asyikin pulak hanya memerhati , Dilihatnya pida. Kesian jugak , Haaa haaa tula jual mahal.

"Shafidah " panggil lembut syikin.

"Apa ? " kata pida.

"Kau tak suka en si hafiz tu tinggalkan kau." Kata syikin.

"Entah , " Pida meneruskan kerjanya nya. Banyak lagi perlu dibuatnya , Bukan mengelamun sahaja.

"Weh tu zarif kan ?" Kata syikin , dia cuba tarik perhatian syikin. Pida hanya memandang nya . Naik balik semangat dia , uissh tetap jugak sayang zarif.

"Zarifff ! Tunggu laaa , Saya nak cakap ni ." Kata shafidah.

"Apa lagi ni ? Nak kata saya suka awak ? Gituu ? Aku nak cakap sikit eh , Aku tak suka kau ! Berapa kali aku nak cakap ?! Tak sukaaaa !" Jerit zarif. Ramai melihatnya , Shafidah hanya tinggal menurunkan air mata , Malu , Hari ni hafiz meninggalkannya , Hari ni jugak zarif bagi malu dia.

"Sampai hati awak kan zarif , sampai hati ! " kata pida sambil berlalu dari situ, Malu nyaa bukan alang alang , Dia mengambil basikal dan ingin lari jauh dari semua orang , asyikin memanggilnya tak diendahkan .

Baru sahaja melintas menaiki basikal , Kereta terlanggar badan shafidah . Habis berlumuran darah badannya. Asyikin memangku shafidah. Dipanggilnya berkali-kali.

"Shafidah ! Shafidah ! Bangun la weh , jangan tinggalkan aku. Siapa nak kawankan aku lagi ? Kata sahabat dunia akhirat , janji tak tinggalkn aku . Shafidah ! " Teresak esak asyikin memanggilnya. Pandangn shafidah akhirnya kelam.

*********
Sudah 4tahun peristiwa tu berlaku , Sampai sekarang ingatannya belum pulih sepenuhnya , yang dia ingat Asyikin , Mak , Ayah . Hanya itu sahaja dia ingat.

"Shafidah , kau tolong ambil oder dekat meja 18 " kata Asyikin , Kini Asyikin membuka restoran , Shafidah pun bigboss jugak disini. Dipendekin cerita , diorang rakan kongsi.

"Okey dear ." Pida membetulkan shawl labuhnya yang berwarna pink , dan jubahnya jugak warna pink. Wahh serba pink , ala ala hello kitty , hahahaha. Yela. Nak hadap pelanggan nu kena bersih , kalau tak lari la pelanggan tu.

"Ya ? Nak pesan apa ? " kata pida sambil memengang pen dengan buku kecil.

"Bagi saya nestum panas " kata pemuda tu.

"Nestum panas , lagi ? " kata shafidah.

"Tu saja , Kalau boleh cepat ya ." Kata pemuda tu lagi.

"Suara angkuh betul mamat ni." Bisik hati pida.

"Baik encik. " kata shafidah dia pun berlalu dari situ. Malas nak layan , kang dikata gedik.

Setelah siap air nestum yang dibuatnya , shafidah menghantar air nestum tersebut.

"Nah encik." Kata shafidah.

Pemuda tersebut membuka kaca mata hitamnya , Dia mendongak untuk melihat air nestumnya , dah memang kesukaannya minum nestum.

"Shafidah ." Panggil pemuda tu.

"Eh ? Encik tau nama saya ?" Tanya shafidah.

"Aku la zarif , pidaa kau boleh duduk ? Dah lama aku tak jumpa kau." Kata zarif .

"Eh ? Encik siapa ? Kalau suka cakap suka , takyah la nak berkias-kias macam kenal bagai ." Kata pidaa.

"Boleh tahan laser jugak mulut shafidah ni." Bisik hati zarif..

"Takpa la , saya salah orang. Maaf." Kata zarif , lebih baik dia diam dulu. Tapi yang pastinya dia tahu tu shafidah .

Shafidah hanya memandang zarif , pelik jugak dia. Tapi yang pentingnya hatinya berdebar-debar. Dia terus berjalan dari situ , malas dia. Kang dibuatnya jantung pidaa keluar , haa tak ke naya. Dia pun beredar dari situ dan meneruskan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience