AKU MAKAN KAU

Horror & Thriller Completed 39857

Aidil gemar mengusik Dahlia. Biasalah nak lalui jugak zaman cinta monyet ni.. Biasanya Dahlia cuma merungut habis kuat dia akan cakap... "Kau ni.. aku makan jugak kang... " Tapi apa lah daya Dahlia nak makan Aidil. Lori lalu kat sebelah pun dia dah kalut cari tiang nak berpaut... Kerempeng.. Dahlia mempunyai seorang abang yang bekerja di bahagian forensik, dia sering menceritakan kepada abangnya tentang kenakalan Aidil. Tetapi jarang abangnya mengendahkan.

Lupa nak habaq kat hangpa semua, Dahlia ni anak yatim piatu, dia tinggal dengan abang dia. "Lia, mai sini jap aku nak tunjuk sesuatu kat hang.." kata Aidil sambil mengeluarkan sesutu dibalik mejanya. "Tak mau aku, hang main sorang-sorang, aku rimas lah," Kata Dahlia. Lalu Aidil pergi ke meja Dahlia dan memberikan Dahlia kotak, isi?? tak tau.

"Apa ni?" tanya Dahlia. "Hang bukak tengok." Kata Aidil. Dahlia terkejut apabila mendapati ada seekor lipas keluar dari kotak itu, dan tebang lalu masuk ke dalam kain Dahlia. "Arrrggghhhhh bodoh hang Aidil...hang siap... aku makan hang....kuang ajaq!!!" jerit Dahlia, lalu melondehkan kainnya di tengah-tengah kelas. Malunya jangan cakap.

Kejadian itu terus diberitahu kepada abangnya. "Cheq tak kira, geram lah, abang kena tibai gak si aidil ni." bentak Dahlia. Abangnya hanya diam meneliti kerjanya. Keessokan harinya Dahlia pergi ke sekolah, tetapi tidak kelihatan Aidil. Kata Seman, jiran Aidil, dia tidak sihat. "Ahh lantak pi dia lah.. kalau ada dok sakat aku." bisik hati Dahlia.

Pulang sahaja dari sekolah, Dahlia terkejut, kerana abangnya tidak kerja, dan sedang memasak. "Awat tak keja?"Soal Dahlia. "Saja, mayat takda" jawab abangnya selamba. "Ni Aidil ada usik hang lagi?"Soal Abangnya. "jebon tu tak mai sekolah pun, betui la kalau takda undang-undang, cheg dah lama makan Aidil, katanya sambil menyuapkan daging yang dimasak abangnya ke dalam mulutnya. "Apa nak kisah, hang tengah makan lah ni....sedap dak?" jawab abangnya sambil memotong daging di dalam pinggan Dahlia.

-End-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience