H28

Crime Series 45700

"Rahsia apa yang abang tak tahu ni?"

Langkah Ezhar perlahan menghampiri Dafika.

Lelaki yang merapati isterinya tadi mula mengundur lantas kepala di tunduk memandang lantai.


Lidah Dafika kelu, tekak terasa perit bila liur berlumba-lumba untuk turun melalui usus.

"Siapa mamat ni Fika?"

Soal Ezhar kembali, mata menoleh kepada Naim. Lelaki itu terus kecut tubuh.

"Fika.. abang tanya ni.. siapa mamat ni? Apa dia buat dalam kedai? Dia kacau Fika ke?"

Sekali lagi Ezhar bertanya, kali ni suaranya ditekan sedikit. Geram bila isteri masih mendiamkan diri.


Tidak mahu menunggu, akhirnya Ezhar melangkah panjang menghampiri Naim, Kolar baju lelaki itu ditarik hingga memaksa Naim mendongak memandang Ezhar.

"Bangsat! Kau buat apa kat sini?!"

Maki Ezhar saat matanya terpana melihat wajah Naim dengan jelas.

Dia masih ingat. Jantan ini lah yang menuduhnya memukul beliau sewaktu didalam penjara.

"Har! aku mintak maaf Har! Aku mintak maaf."

Naim merayu bila sedar Ezhar mula mengenalinya. Nampaknya hari ini dia takkan terlepas dari lelaki itu.

"Maaf cibai kau! Tahu jugak kau cari aku balik kan? Kenapa? Takut aku siat otak kau hah?!"

Baran Ezhar mula menjelma, teringat bagaimana di pukul oleh warden penjara dalam keadaan terlanjang bulat kerana dituduh memukul jantan dihadapannya sekarang ini.

"Har.. aku mintak maaf..."

Rayuan Naim bagaikan lagu untuk Ezhar melunaskan dendamnya lagi.


Dengan amarah yang semakin tinggi, Kolar baju Naim ditarik lagi oleh Ezhar hingga badan lelaki itu terapung sedikit dan dengan pantas tubuh Naim dilempar ketepi.


Bagai kain buruk, badan Naim melayang hingga menimpa sebiji meja platik sebelum ianya patah dan menyebabkan tubuh lelaki itu terjelupuk ke lantai.

"Maaf kau dah tamat! 5 bulan aku bagi masa untuk kau jumpa aku. Tapi kau lari terus kan?!"

Suara garau Ezhar terus bergema menghiasi ruang kedai. Kakinya diderap menghampiri Naim yang sedang terkial-kial untuk bangun bila sebahagian tubuhnya sudah dihempap meja plastik yang telah patah.


Dafika yang berada ditepi, hanya mampu melihat. Dia perasan Ezhar sudah berubah seperti 7 tahun yang lalu. Dimana tiada siapa yang berani menghampiri, jika lelaki itu sedang marah.

Dafika sendiri takut untuk menghalang.


Ketika Ezhar kembali merapati Naim, rambut lelaki itu dicekak dan ditarik kuat sehingga Naim dipaksa untuk berdiri.

Makin kuat lelaki itu merayu minta dilepaskan, Naim tahu dia bukan tandingan Ezhar.

"Ooo baru sekarang kau nak merayu kat aku, bangsat! 2 tahun lepas aku ingat lagi kau tersengih kat aku bila aku kena pukul dengan warden. Kau nak rasa macam mana rasa kena pukul dengan 5 orang warden dalam masa seminit?"

Sinis soalan Ezhar memaksa Naim cuba lagi untuk merayu.

"Maafkan aku Har, aku tahu aku salah Har. Tapi aku tak bermaksud nak game kan kau. Aku dipaksa Har."

"Paksa bapak kau!! Kalau kau kena paksa, kau takkan hidup senang sekarang. Kau ingat aku bodoh tak tahu yang kau dibayar untuk game aku?! Kau memang sial lah!"

Rayuan Naim tidak Ezhar perduli, Kali ni syaitan mula berselubung di setiap organ tubuhnya. Sehingga kaki dan tangan naik menghinggap di segenap tubuh Naim.


Naim pula terus merayu walaupun darah sudah mengalir dibanyak tempat tubuhnya. Tumbukan, sepakan dan terajang dari Ezhar bagai dirinya sebiji bola yang kempis. Langsung tiada peluang untuk melarikan diri.


Dafika yang melihat aksi gila Ezhar meluru mendapatkan suaminya. Tubuh lelaki itu cuba ditarik, namun Ezhar tak perduli, buku limanya berkali-kali hinggap di pipi Naim. Masih tak puas, kakinya pula menendang serta memijak seluruh tubuh Naim tanpa sedikit pun perasaan mahu berhenti.

Mimpi hitam sewaktu Ezhar dipenjara menjadi dendam yang sukar untuk dia lupakan.

"Bang.. sudah bang.. henti kan.."

Dafika masih menarik tubuh suaminya, mulut tak henti-henti merayu Ezhar untuk berhenti dari terus memukul Naim.

"Aku akan bunuh kau bangsat! Seksa aku dalam penjara, hanya aku yang tahu!"

Ezhar terus memaki tanpa memperduli tangisan Dafika yang sudah berselang dengan rayuan terhadapnya.

"Har... . Ka.. Kalau.. aa.. aku mati.. Ka.. kau takkan tahu siapa yang nak ke.. kenakan kau selama ini."

Bibir Naim masih mahu menutur kata, walaupun tergagap-gagap. Dia perlu hentikan aksi Ezhar dari memukulnya.


Dan nampaknya tindakan Naim adalah betul, Ezhar menghentikan lagak ngerinya serta merta.

"Kau ingat kalau aku bunuh kau, aku tak boleh cari siapa master mind kau?"

Ezhar masih terus berlagak, Dia bukan bodoh nak percaya kata-kata mamat yang dah lembik dihadapanya kini.

"Sekurang-kurangnya kau tak perlu mencari siapa dalang untuk semua ni"

Ugut Naim kembali, masih lagi tergagap.

"Eh! Celaka! kau ingat aku akan percaya cakap kau?! Selagi aku tak bunuh kau, selagi tu aku takkan puas!"

Kata-kata Ezhar terus bergema menakutkan Naim dan juga Dafika.

Kolar baju Naim sekali ditarik tinggi. Hingga tubuh lelaki itu yang terbaring terasa terangkat.


Buku lima Ezhar diangkat tinggi melebihi kepalanya. Sesaat sebelum menyentuh wajah Naim, lelaki itu bersuara.

"Kau mungkin tak percaya kata-kata aku, tapi takkan kau nafikan kata-kata bini kau?"

Bukk!
Tumbukan Ezhar terlepas jugak di sisi rahang Naim sehingga lelaki itu mengelepar kesakitan

Dia ingatkan bila menyebut berkenaan Dafika, Ezhar akan berhenti memukul. Namun makin kuat terasa tumbukan lelaki itu sehingga bibir Naim pecah dan berdarah.

"Ini pasal kita berdua je sial! Yang kau nak babitkan bini aku apehal?!"


Dafika diam lagi, jantung sudah kecut memikirkan kesudahan yang akan berlaku.

"Har! Bini kau terbabit sama. Kau faham tak!"

Akhirnya Naim membuka rahsia. Bibir merengus menahan kesakitan yang bertimpa!

"Fika telibat?"

Kolar baju Naim, Ezhar lepaskan seraya menoleh kearah isterinyan yang tergamam dibelakang tubuhnya.

"Apa maksud semua ni?"

Perlahan Ezhar bertanya kepada isterinya.

"Bang.. Fika tak tahu apa lelaki ni cakap kan. Fika tak terlibat apa-apa."

Ujar Dafika membela diri, walaupun sebenarnya badan sudah mengigil ketakutan.

"Fika kau nak sorok sebab kau takut Har tahu Arsyad tu bukan anak dia kan?!"

Sedar akan kemungkinan dia boleh melepaskan diri dari Ezhar, akhirnya Naim bersuara sambil tepat memandang Dafika.


Masing-masing bungkam.
Mata Dafika tepat memandang renungan Ezhar terhadap dirinya.

"Apa maksud mamat ni Fika?"

Mendatar suara Ezhar walaupun sebenarnya dia ingin jawapan jujur dari isterinya.


Bibir Dafika terus bergetar namun masih tak mampu untuk menjawab pertanyaan Ezhar. Mata lelaki itu dititip.

"Fika.. Kau jangan nak tipu laki kau sendiri, baik kau cerita kan hal sebenar. Siapa jantan tu?!"

Laung Naim sekali lagi. Dia mahu Dafika membuka mulut sebab Naim sendiri nak tahu siapa sebenarnya dalang yang ingin mengenakan dia.


Baran Ezhar makin tinggi, Apa lagi ketika dia mendengar jerkahan dari Naim. Kaki kembali merapati lelaki itu. Lengan Naim yang terkulai dilantai dijijak hingga lelaki itu meraung kesakitan.

"Aku tak tanya kau sial! Aku tanya bini aku sendiri. Sekali lagi kau bersuara, mandul kau aku kerja kan!"

Ugut Ezhar berterusan sambil mencerla kearah Naim yang sudah lembik.

"Bang... Cukup lah.. jangan buat dia macam tu."

Dafika kembali menghampiri, bibir terus merayu.

"Fika.. jawab dulu soalan abang tadi."

Pertanyaan Ezhar masih lembut, dia tak mahu menuduh, namun hatinya berbalam bila Dafika terus diam.


Mata Dafika melirik kearah Naim yang termengah-mengah mencari oksigen. Kerana kini tapak kaki Ezhar sudah melekap ke tengah leher lelaki itu. Jika dibiarkan Naim tentu akan mati.

"Bang. Sudah lah!"

Rayu Dafika lagi.

"Arrrghh! Dafika Awanis! Aku nak kau jawab soalan aku tadi! Faham tak?!!"

Ezhar menjerit tiba-tiba, rambutnya diserabutkan . Naim masih tidak dilepaskan

"Ye! Arsyad bukan anak abang! Arsyad anak Fika dengan lelaki lain! Abang tak pernah rogol Fika, Abang tak pernah sentuh Fika sebelum ni."


Perlahan Ezhar melarikan tapak kakinya pada urat nyawa Naim. Dan lelaki itu terkial-kial untuk menjarakan diri walaupun sudah longlai.

"Sayang.. sayang tipu abang... Arsyad anak abang kan.."

Kendur suara Ezhar menafikan bicara Dafika sebentar tadi. Tubuh wanita itu dihampiri, kedua bahu isterinya dikejap erat.

"Fika mintak maaf sebab tipu abang selama ni. Fika tahu Fika berdosa pada abang. Arsyad takde kena mengena dengan abang, dia bukan darah daging abang."

"Kau tipu kan Fika?"

Sekali lagi Ezhar menyusul tanya. Dan perlahan Dafika menggelengkan kepala.

"Aarrgghh!!"

Jeritan Ezhar berselang dengan tindakannya yang mencapai sebiji kerusi plastik dan dilempar ke dinding hingga patah.

Dafika menerkup kedua telinga sambil tertunduk. Dia benar-benar takut dengan keadaan Ezhar yang sudah hilang kawalan.


Melihat reaksi Ezhar, terketar-ketar Naim bangun dan melarikan diri. Takut jika Ezhar Sekali lagi melepaskan amarah kepadanya.

"Kenapa kau tipu aku Fika?! Apa salah aku pada kau?!"

Ezhar masih menarik rambut dikepalanya. Perasaan berbalam, jantung semakin laju mengepam darah keseluruh badan. Jika Dafika bukan isterinya, tentu wanita itu juga akan lembik dikerjakan seperti dia membantai Naim tadi.

"Maaf kan Fika bang.."


Maaf?!
Nafas Ezhar hela panjang, rahang petaknya bergerak menahan amarah. Kata-kata Dafika masih ingin dinafikan. Ezhar harus lakukan sesuatu.


Tanpa berpaling kepada Dafika, dia meluru keluar dari kedai dan berjalan laju ke rumah mereka.


Terkoncoh-koncoh Dafika mengekor sambil melaung-laung memujuk suaminya.


Ezhar tidak peduli, sampai je dihadapan pintu nama Karsyad dijerit kasar.
"Arsyad! Keluar sekarang!"

"Apa yang kecoh-kecoh ni?!"

Hajah Salhah menghampiri muka pintu, Karsyad turut berdiri disebelahnya. Tangan anak lelaki itu memegang lengan Hajah Salhah. Ketakutan ketika melihat wajah bengis Ezhar yang menatapnya.

"Arsyad ikut papa sekarang!"

Jerkah Ezhar lagi lantas menarik lengan Karsyad hingga anak itu terandah ke hadapan.

"Apa ni Har! Cakap elok-elok tak boleh ke? kenapa nak berkasar dengan Arsyad?!"

Hajah Salhah yang tidak mengerti apa-apa cuba menarik kembali Karsyad namun dengan pantas Ezhar mendukung anak itu.

Tanpa menjawab soalan neneknya. Ezhar kembali menuruni tangga membawa Karsyad bersama.

"Abang nak bawa Arsyad kemana?"

Dafika yang sedia berada dibawah tangga cuba mencapai tubuh Ezhar namun lelaki itu menepis kuat hingga dirinya terduduk di lantai.


Hajah Salhah yang memerhati dari atas bekejar turun mendapatkan Dafika.

"Abang.. bagi balik Arsyad.. Dia tak salah bang.."

Rayu Dafika lagi, seluruh abdomennya terasa perit saat ini. Sesekali ari-ari bagai ditarik keluar dari tubuh.

Dafika cuba bertahan, tubuh dibangun ketika melihat anak lelakinya dicampak masuk kedalam kereta toyota Vios sebelum Ezhar turut meloboskan diri kedalam.


Hajah Salhah tidak berkata, Tubuh Dafika dibantu untuk bangun, Seraya wanita itu menghampiri kereta dan mengetuk-ngetuk cermin yang bertutup rapat.


Ezhar didalam tidak perduli akan rayuan isterinya. Telefon pintar diambil dari dalam poket. Nombor Ezreen didail. Sesaat adiknya menjawab panggilan terus Ezhar bersuara.


"Reen, carikan abang lab kat bandar. Abang nak buat DNA untuk Arsyad sekarang jugak."


Setelah berbicara dengan adiknya, Ezhar mencampak telefon bimbit ketepi. Karsyad yang sudah meraung di belakang dibiarkan. Enjin Toyota dihidupkan sebelum kenderaan itu menderu pergi meninggalkan Dafika yang masih melambai-lambai mengejarnya.

Hati Ezhar parah! Ibarat harapan nya untuk bahagia kembali pudar..

"Abang.. jangan tinggalkan Fika.."

Dafika masih meraung. Sebelah tangannya memegang bawah perut. Bagai terasa sesuatu yang ingin keluar dari tubuhnya. Namun dia tidak perduli, Tangisan masih bersembur hiba ketika melihat Toyota Vios hilang dari pandangan.

"Sudah Fika, kita masuk rumah dulu. Cerita kan dengan Wan apa sebenarnya berlaku."

Hajah Salhah yang berada disisi cucu menantunya cuba memujuk.


Tangisan Dafika terus mendodoi, bermacam perkara bermain dibenaknya kini. Sesaat kemudian pandangan sedikit kabur, badan terasa ringan.


Hajah Salhah semakin kalut ketika menatap wajah pucat Dafika. Tubuh tuanya cuba menampung wanita itu untuk berjalan kembali hingga ke rumah.

"Kenapa ni?"

Haji Bohari yang baru pulang dari surau turut menghampiri isterinya dan membantu Dafika menaik tangga.

"Saya tak tahu bang.. Fika ni bergaduh dengan Har sampai Har bawa lari Karsyad."

"Bawak lari? bawak lari kemana?"

Bicara isterinya disoal kembali oleh Haji Bohari.

"Wan... Fika rasa perut Fika sakit."

Belum sempat Hajah Salhah menjawab soalan suaminya. Dafika tergagap bersuara sambil memegang perutnya yang semakin senak.


Segera Hajah Salhah memandang abdomen Dafika yang bertutup dengan kain kurung sebelum melirik ke celah kelengkang wanita itu yang masih bebaring di beranda rumah.

"Darah!"

Jeritan Hajah Salhah menyebabkan Haji Bohari turut memandang, Kelihatan kain yang dipakai Dafika sudah basah dengan darah berwarna merah.


Dafika mengandung ke? atau mungkin dia keguguran. Pelbagai soalan timbul dibenak fikiran Hajah Salhah.

"Wan... eer..."

Dafika memanggil Hajah Salhah ketika pandangannya terus kabur dan akhirnya kelam semuanya.

"Fika!"

Jerit Hajah Salhah sambil mengocang tubuh Dafika yang tidak bergerak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience