"Kakak!! Apa kau buat ni?".
Along tegak berdiri di antara pintu dan katil bercekak pinggang, cerlung merenung aku. Aku tau rupa aku dengan rambut sengogoi dan badan pun tak berbalut apa apa. Hanya selimut yang menutupi tubuh bogelku. Kemudian pandangan along beralih ke hujung katil. Kaftan aku dan boxer Arif berkumpul di situ. Bra dan seluar dalam aku tah di mana. Pasti along tau apa yang kami berdua telah lakukan.
Arif menutup pintu bilik bila ada beberapa pintu bilik lain terbuka dan tetamu tetamu tersebut menjenguk ke dalam bilik kami.
"Noh", panggil Arif.
Bulat mata along bila Arif besuara, mengetap bibir menahan marah.
Tangannya digenggam kuat. Dah terangkat angkat tangannya ke arah Arif. "Berani kau buat macam ni kat adik aku. Tak puas puas lagi kau rogol adik aku dulu? Sekarang kau ajak dia berzina pula. Banyak perempuan lain kat luar sana. Kenapa adik aku yang kau pilih?".
Berdesing telinga aku bila perkataan rogol terkeluar dari mulut along. Aku masih dara la di malam pertama tu. Aku ingat lagi macam mana rasa pedihnya pecah dara. Aku pasti Arif pun terluka dengan tuduhan itu.
"Kak. Kau dah lupa pesanan mak? Aku suruh kawin dengan Yusri, kau tak nak. Ni kerja kau ye?". Aku menelan tuduhan along walaupun pedih. Sesiapa pun akan kata begitu.
"Along, kami dah kawin". Kataku sambil cuba duduk, menarik selimut agar tak terjatuh. Dah lama aku tak berbogel depan along. Kali terakhir bila pun aku tak ingat.
"Mengarut. Arif, kau sengaja buat adik aku macam ni kan? Tak habis lagi nak malukan keluarga kami?", jerkah along memandang Arif dengan penuh kebencian.
"Noh, kami dah kawin. Dah dekat dua tahun", ujar Arif dengan penuh hemah walaupun along bersikap sebaliknya.
Arif menghulurkan kad nikah kami. Along terduduk seolah tak percaya. Berulang kali dibaca dan lihat muka kami. Dibelek depan belakang kad tersebut. Mungkin dia fikir itu kad palsu. Atau mungkin dia ingat kami bernikah di negara seberang.
"Siapa jadi wali kau kak?". Suara along lemah seketika kemudian. Aku tau dia kecewa kerana dia seharusnya menikahkan aku. Mata along pun sudah ada bulatan gelap. Pasti along tak tidur sepanjang malam mencari aku.
"Angah". Along tersandar sambil mata tertutup rapat dengan jawapan aku. Dadanya sedikit berombak.
Aku lihat kereta Seth masih berada di perkarangan rumah mak. Masih di tempat yang sama, tiada kesan tayar pada tanah yang basah dek hujan semalam. Nyata dia langsung tak berusaha untuk mencari aku. Atau sekurangnya menawarkan pertolongan pada mak untuk mencari aku bersama sama.
Pintu dapur terbuka menandakan mak berada di situ. Aku mengenggam tangan Arif kuat. Pasti Arif rasa peluh yang terhasil dek kerna perasaan gementar aku ini. Along telah pun keluar dari kereta, melangkah lesu ke pintu hadapan rumah. Disuakan kunci ke lubang pintu sebelum memusingkan ke kiri sekali dan membuka pintu.
"Jom", ajak Arif penuh yakin. Segak Arif pagi ni di mataku. Berbaju melayu warna seakan warna madu lengkap sepasang, kain pelikat petak hitam dan kelabu dijadikan kain samping. Manakala aku, memakai kaftan semalam yang dah berkeronyok. Jangan ditanya kenapa, hah!
Buntang mata Seth ketika aku menarik tangan Arif masuk ke rumah. Takde lagi istilah berahsia pagi ini di rumah mak. Arif menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Seth. Arif duduk di sofa bersebelahan Seth. Along dah pesan agar tidak terus menunjukkan Arif pada mak.
"Mak", panggilku. Mak memusingkan kepala mengikut arah suara. Raut wajahnya antara marah dan gembira. Allah, aku banyak dosa dengan mak. Adakah mak akan mengampuni aku kali ni?
"Ha.. kau dari mana, rupa tak siap. Dah pergi mandi. Siap siap kita nak sarapan. Kejap lagi Aunty Sally nak balik dah", arah mak mengeluarkan kuih muih yang along beli tadi dalam perjalanan ke sini. Wajah mak kusam, pasti malam tadi tak lena tidur mengenangkan aku.
Aku yang dah pun mandi di bilik hotel, tanpa lengah mengambil tuala di bilik serta pakaian. Baju kurung moden sama warna seperti baju melayu Arif, tersarung di tubuh sebelum aku keluar dari kamar mandi.
Aku lihat mak sedang membancuh kopi langsung aku memeluknya dari belakang dan kucium pipi mak, "kakak minta maaf mak".
Mak memegang tanganku yang berada di pinggangnya, "mak tak tau apa yang Seth dah buat. Tapi nampak dia menyesal sangat".
"Mak maafkan kakak tak? Kakak dah buat mak risau. Mak tak tidur kan semalam?", tanyaku berbisik dalam sebak. Aku tak berminat nak tau tentang Seth lagi.
"Tidur. Along dengan Kak Zah kata kakak selamat dengan mereka. Mak bimbang kakak drive malam malam, tu je. Kat sini, lampu jalan bukannya menyala. Buat hiasan je". Kata kata mak buat aku melopong seketika. Kak Zah dan along menipu pada mak? Patutlah along beriya iya mencari aku semalam. Kasihan along.
"Dah. Pergi bersiap, sikat rambut tu, pakai bedak. Kita nak minum ni". Aku berjalan ke bilik dan berselisih dengan Aunty Sally. Jelas kelihatan Aunty Sally rasa bersalah. Mungkin Seth dah ceritakan apa yang berlaku padanya.
Setelah siap berwangi wangian, aku pandang sekeliling bilik yang aku semburkan juga haruman yang aku sembur di tubuhku. Beg pakaian sudah kukemaskan. Hari ni aku akan pulang ke sarang. Tempoh beraya di kampung sudah tamat.
Aku ke ruang tamu mempelawa kesemua mereka ke dapur untuk menikmati sarapan. Arif berjalan di belakang aku. Pabila kami mendekati meja dapur, mak yang duduk di kepala meja tiba tiba bangun tatkala terlihat Arif.
"Buat apa kau datang sini? Berani kau masuk rumah aku", jerkah mak.
"Mak", panggilku yang baru menarik kerusi untuk duduk.
"Kau diam. Yam hantar kau untuk racun sapa kali ni? Aku ke Noh ke Nura ha?", tambah mak lagi dengan suara tinggi. Bingkas aku memeluk mak bila mak nak bergerak ke pintu. Aku bimbang jika mak dapat parang tu. Aku jeling juga ke belakang pintu, dah tiada parang tu. Mungkin along dah sorokkan awal awal tadi.
"Mak....".
"Aku nak libas budak ni. Dari kecil menyusahkan aku. Buat keturunan aku malu. Bawa lari anak aku. Mak dia bunuh mak bapak aku. Kau tepi kak". Mak cuba menolak aku kasar tapi aku lebih kuat dari dia. Along pun turut membantu aku menhalang mak. Seth dan Aunty Sally tercengang.
Tenaga along lebih kuat, mak berjaya didudukkan manakala aku terus memeluk mak sambil menangis. Arif menerpa pada mak, memegang tangan mak, "MakNdak, Yeh minta maaf. Yeh betul betul minta maaf atas perbuatan Yeh dulu. Yeh tak fikir akibat masa tu. Yeh cuma nak Nura ada dengan Yeh"
"Kecil kecil dah pandai bawa lari anak orang. Pandai betul Yam mengajar anak. Lagak bukan main lagi". Mak menolak tangan Arif.
"Mak. Sudah la. Cerita lama tu kan?", pujukku. Aku sedih melihat suami aku diperlakukan begitu.
"Mak akan ingat sampai mati kak", lafaz mak dan itu membuatkan bulu romaku merinding.
"MakNdak, maafkan Yeh. Ampun makNdak". Rayu Arif kali ini memegang tangan mak lagi sekali dan cuba mengucupnya tapi tak berjaya kerna mak lebih pantas menarik tangannya.
Mak tiba tiba menolak bahuku kuat, dipandangnya aku kemudian Arif berulang kali. Dadanya bergerak laju. Tangan mak tiba tiba menggenggam kuat lengan aku. Langsung dia berdiri. Arif turut bergerak jauh sedikit dari mak.
"Mak, sakit", kataku bila mak menolak aku ke sebelah Arif. Terhoyong hayang aku dibuatnya. Raut wajahnya berubah. Along segera mendekati mak.
"Mak. Sabar mak. Istighfar. Kita depan rezeki ni", bisik along.
"Peduli apa aku. Ni kenapa pakai baju sama warna? Kebetulan?", soal mak bercekak pinggang dengan nada suara yang tinggi. Paling tinggi aku pernah dengar.
"Mak, duduk dulu", pujuk along memegang bahu mak. Mak menurut. Segelas air kosong along beri pada mak. Namun mak hanya menyisip sahaja.
Arif memegang tanganku dan memberi isyarat agar kami melutut di depan mak. Aku nampak betapa besarnya mata mak terjegil melihat adegan itu. Tuala warna hijau yang selalu mak gunakan untuk mengelap tangan, mak balingkan pada kami berdua. Arif melepaskan tangan kami.
Melihat kami berdua sudah duduk di lantai dan mengesot kepada mak, along bersuara, "Mak, istighfar banyak banyak ye. Ingat Allah".
Aku memegang lutut mak, Arif pun sama.
"Mak, kakak minta maaf. Kakak selalu memgecewakan mak. Kakak dah banyak kali lukakan hati mak bila kakak menolak lamaran anak anak kawan mak. Sebenarnya mak, kakak dah kawin". Lafazku mengakhiri rahsia kami berdua.
"Dengan siapa?", tanya mak keras. Aku tahu mak sengaja tanya padahal dah terang lagi bersuluh.
"Dengan saya makndak", jawab Arif tenang.
"Apa? Kau memang kan? Takde adab". Pantas tangan mak memukul kepala Arif. Tapi Arif tak mengelak, seolah redha dengan apa yang mak lakukan.
"Maafkan Yeh sebab menikahi Nura tanpa izin MakNdak. Tak ikut cara sebenar. Sebab Yeh tau kami takkan boleh bersatu jika ikut cara tu".
"Haah. Memang aku takkan terima keturunan Yam dalam keluarga aku", kata mak kuat. Aku pasti maklang di rumah belakang boleh dengar.
"Mak, ampunkan kami mak. Restui kami", rayu aku dalam tangisan.
Mak menjeling tajam pada aku kemudian Arif.
"Aku rela kau jadi bini nombor empat Haji Rahmat kampung sebelah dari kau kawin dengan anak Yam", ujar mak tegas. Rasa terhina sungguh aku masa ni. Haji Rahmat lelaki tua yang memang kerjanya kawin cerai dari muda sampai sekarang dah tua ganyut. Masih lagi mencari isteri muda penyedap batangnya tatkala malam menjelma.
"Mak, jangan macam ni", ujar along keras sedikit agar mak sedar apa yang mak katakan.
"Masa bila korang kawin? Berani membelakangkan keluarga. Kau berdua memang suka memalukan keluarga". Kepala kami mak tunjal kasar tapi kami tak berganjak.
"Dah dua tahun mak", jawabku perlahan cuba menatap mata mak yang berapi. Aku mampu hanya seketika. Aku tak pernah nampak mak marah sebegini.
"Dah dua tahun kau tipu mak kak? Dua tahun kawin tak beranak? Adik kau dah ada anak sorang. Seth pun ada anak", kata mak sinis.
"Belum rezeki", jawabku perlahan.
"Memang takkan ada rezeki". Aku tau mak marah sangat hingga keluar kata kata begitu.
"Mak, ampunkan kami. Kakak sujud kat kaki mak". Terus aku lakukan dan kucium kaki mak. Namun mak menarik kakinya. Aku pasrah. Aku tegak semula. Tangan mak aku cuba raih. Namun mak mengepit di celah ketiak langsung berdiri.
"Maaf Sally. Kau terpaksa tengok perangai baik anak aku. Nasib baik kau tak jadi mentua dia, entah apa yang dibuat untuk memalukan keluarga kau pula. Seth, cari perempuan lain. Jangan kau cari Nura ni lagi. Lagi bagus kalau kau balik kat bini kau semula. Ni, anak tak sedar dek untung", ujar mak menguis aku dengan kakinya.
Aku tetap mengensot mendekati mak dalam tangisan. "Mak, maafkan kakak. Maafkan Yeh".
"Kau dah buat pilihan kan? Mak dah cakap kau tak nak dengar. Ikutkan sangat keras kepala tu", ujar mak perlahan dan mengeluh. Mak tetap tak memandang aku.
"Mak..."
"Pergilah kak. Masuklah dalam keluarga Yam tak payah nak datang sini lagi". Kata kata mak membuat aku makin sebak.
"Mak tetap mak kakak dunia akhirat", rayuku lagi.
"Anak mak tiga je".
Air mataku terhambur deras bila mak cakap begitu. Aku meraung kuat. Aku tak peduli apa yang berlaku di sekelilling. Aku cuma rasakan ada seseorang memeluk aku erat.
Share this novel
sedih. tpi hati mak mana nk lps anak sulung perempuan.. she will be fine as long as arif jaga elok2.
Perperangan baru sahaja bermula.. Ini baru sebelah sini, belum sebelah sana lagi.. Takpa, nampak je macam sakit tapi selagi tak ditoreh nanah tu, selagi tu ia semakin membarah..