BAB 2 : Gila Punya Bos!

Romance Completed 48899

PENGAMBARAN pada pagi itu tamat dengan jayanya. Abang Badrul sebagai pengarah amat berpuas hati membuatkan mood lelaki itu sangat baik. Bagaimanapun sebaliknya pula pada Raef. Sememangnya babak yang dia lakonkan pada hari itu mengharuskan dia bersikap kasar dan marah, jadi amat sesuailah dengan situasinya. Maka tak hairanlah apabila lelaki itu dapat menjiwai wataknya dengan baik.

         Rafal yang menahan kantuk daripada tadi cuba untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Skrip babak yang seterusnya diserahkan kepada Raef. Lelaki itu menyambut tanpa sebarang kata. Air sirap yang sejuk sudah siap tersedia hidang di atas meja rehat yang disediakan khas untuknya. Rafal pula pantas menghalakan kipas mini kepada Raef untuk mengurangkan kepanasan yang mungkin dialami majikannya.

         “Raf, aku nak betulkan make-up bos kau ni. Tak apa ke?” tegur Kak Saleha yang bertindak sebagai make-up artis. Rafal awal-awal sudah memberi amaran kepada krew-krew lain berkenaan bad mood yang dialami Raef maka mereka pun cukup peka.

         Rafal memberikan isyarat tunggu kepada Kak Saleha sebelum dia bertanyakan dulu kepada Raef. 

          “Bos, Kak Leha nak make-up. Okey?”

         “Hmmm…” hanya itu jawapan Raef. Rafal senyum lantas memberi isyarat kepada Kak Saleha.

         “Cepat sikit!” sempat lagi Rafal berbisik pada Kak Saleha sebaik wanita itu melaluinya bersama beg alat soleknya. Wanita itu sekadar menggangguk faham.

         Selesai touch-up yang patut, Kak Saleha segera berlalu sambil mengucapkan terima kasih pada Rafal. Raef pula meneruskan pembacaan skripnya. Pada ketika itulah isyarat nada dering telefon bimbit milik Raef berbunyi. Cepat-cepat Rafal mengangkat panggilan itu sebaik matanya terpandangkan nama ‘LIAR’, tahulah siapa gerangan si pemanggil kalau bukan Laila.

         “Hello?” jawab Rafal perlahan. Dia menjauhkan dirinya daripada Raef, khuatir lelaki itu akan terganggu dengan panggilan dan suaranya.

         “Rafal, I nak cakap dengan Raef. Pass telefon ni kat dia,” arah Laila tegas. Rafal meluat. Perempuan ni tak tahu malu ke? Sudah berkali-kali dia memberitahu yang Raef sedang sibuk dengan pengambaran tetapi wanita itu tetap degil!

         “Sorry Cik Laila, Raef tengah baca skrip.  Dia tak suka diganggu buat masa ni,” beritahu Rafal untuk berapa kali pun dia tidak pasti.

         “I don’t care, Rafal! Usually pun macam ni juga tapi dia tak pernah reject call I so please pass it to him, now!” arah Laila dengan lebih tegas lagi. Dia benar-benar mahu berbicara dengan kekasihnya. Dia mahu memberikan penjelasan.

         “Minta maaf sangat-sangat Cik Laila, saya tak boleh. Cik telefonlah lepas dia habis shooting jam dua petang nanti ya?” pujuk Rafal.

         “You all shooting kat mana?” tanya Laila. Rafal menggigit bibir bawahnya. Karang aku bagitau dia datang buat kecoh kat sini pulak, tak pasal-pasal aku yang kena. Fikir Rafal.

         “Sorry Cik Laila, saya nak letak telefon sekarang. Bos dah nak start shooting tu. Okay, bye!” Pap! Talian diputuskan malah cepat-cepat Rafal menukarkannya ke mod senyap. Rafal puas hati. Vibrate lah sampai kau habis bateri confirm tak siapa dengar!

         “Rafal!” panggil Raef seketika kemudian. Terkocoh-kocoh Rafal mendapatkan majikannya.

         “Yes, bos?”

         “Phone aku mana?” soal Raef sambil memandang Rafal dibalik kaca mata gelapnya. Rafal mengetap gigi. Perlahan-lahan dia menyua Blackberry Torch itu di hadapan muka Raef. Kebetulan pula nama ‘LIAR’ sekali lagi terpampang di skrin telefon itu tapi kali ini tanpa bunyi. Bagaimanapun Raef tidak menyambut telefon itu malah dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

         “Phone kau mana?” soal Raef lagi. Rafal terjeda namun cepat-cepat dia menyuakan telefon bimbit Blackberry Curve casing Doremon pada Raef. Raef mengambil telefon itu. Rafal tertanya-tanya apa mahu majikannya pada satu-satunya telefon miliknya itu?

         “Penipu tu ada nombor kau?” tanya Raef sambil tangannya memeriksa isi telefon Rafal.

         Rafal menggeleng. Dia tidak pernah menghubungi Laila hanya melalui BBM sahaja.    

       “BBM adalah, kenapa bos? Bos nak buat apa dengan telefon saya?” tanya Rafal bernada pelik.

         “Aku nak guna telefon kau. Sementara ni kau pakai phone aku. Nanti aku block BBPin si penipu tu!” beritahu Raef bersahaja. Rafal membulatkan biji matanya. What????

         “Tapi bos…” Rafal ingin membantah tetapi Raef tiba-tiba menanggalkan kaca mata gelapnya lantas merenung tajam pada Rafal, gadis itu diam menekur tanah. Terpaksalah dia akur. Nasib nasib…

         NASI campur lauk ayam masak lemak cili padi bersama sayur kangkung goreng sambal belacan amat membuka selera Rafal. Lauk itu membuatkan dia teringat pada emaknya yang berada di kampung. Dia rindukan masakan emaknya itu. Penuh berselera Rafal menikmati hidangan pilihannya. Restoran itu merupakan antara restoran masakan Melayu kegemarannya. Dia pasti akan mengunjungi restoran itu pada setiap waktu tengah hari tidak kiralah andainya restoran itu dipenuhi orang dia sanggup membungkusnya dan makan di atas skuternya atau di set pengambaran.

         “Kau ni macam tak makan setahun aku tengok. Raef tak bagi kau makan ke apa?” tempelak Hamid ketika dia menemani gadis itu makan tengah hari. Krew lain yang menyertai mereka sekadar sengih kerana masing-masing tahu perangai majikan Rafal.

         “Lantaklah korang nak kata apa. Hari ni Mak Cik Odah masak lauk favourite aku, so aku nak enjoy!” jawab Rafal dengan mulut yang penuh dengan nasi. Tak senonoh betul budak ni. Geleng Hamid.

         “Lepas ni shooting babak jiwang pulak, aku harap bos kau dah okay mood dia tu. Tapi aku was-was jugak dengan si Jane tu, dia menggedik lain macam dengan Raef tak pasal jadi real scene nanti.” Luah Zakaria yang menjadi penolong pengarah. Dia sudah masak benar dengan situasi sebegitu maka sebaik mungkin dia mahu elakkan. Dia tidak mahu keadaan kacau menjejaskan perjalanan set.

         “Yang tu serah kat aku, pandailah aku sound perempuan tu nanti. Raef pun sebenarnya dah meluat sangat dengan si gedik tu, yelah, kes Laila cemburu punya pasal.” Rafal yang baru menghabiskan kunyahannya mencelah. Kini dia meneguk pula ais limau sirapnya hingga separuh.

         “Tu kes dia still dengan Laila… Sekarang ni dah jadi kes lain, Raf.” Sampuk Kasturi, krew props.

         “Tak kisahlah, Kas. Janji aku dah warning Jane, kalau benda jadi lain itu lain hal punya cerita. Janji aku dah jalankan tugas aku, at least Jane alert so tak adalah kes kecik hati ke apa. Eh, aku nak solat jap. Nanti aku gerak pergi set sendiri,” Rafal lantas meminta diri. Sempat dia menghabiskan minumannya sebelum berlalu ke skuter miliknya yang diparkir di luar restoran. Dalam pada sibuk bekerja, benda yang wajib ditunaikan tak sepatutnya diabaikan. Begitulah pesan Puan Farida padanya yang sentiasa dia ingati.

         “GILA punya bos! Frust dengan Laila, Jane pulak kau layan. Ahh, lantak kaulah bos janji tak menyusahkan hidup aku!” gumam Rafal perlahan menahan geram dengan perangai Raef. Sangkanya Raef akan mengelak daripada Jane tetapi dia salah, lelaki itu seperti merelakan saja dia dirapati si gedik Jane.

         Sudahlah dia pakai telefon aku, sedap-sedap pulak dia bagi nombor telefon aku kat Jane. Nanti kalau telefon dah bertukar tangan, siapa nak layan Jane? Aku?! Habis yang si Laila asyik kacau telefon dia ni, aku jugaklah nak kena layan?! Arghhhh!!! Tekanan betullah dengan mamat frust menonggeng ni! Ikut sedap tekak dia aje! Dengus Rafal dalam hati. Dia betul-betul tertekan dengan layanan Raef padanya sejak akhir-akhir ini. Makin menjadi-jadi pulak penderaan mental yang dia alami. Sungguh memenatkan otak dan badannya.

         Rafal menekup mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hatinya. Tidak puas dengan itu dia meniarap lalu menonggeng pula dan berguling-guling dia atas katil kecil itu. Puas melepaskan perasaan, disepahkan pula bantal, kain cadar katilnya. Tak cukup dengan itu katil Syuhaila pula yang jadi mangsa. Habis berselerak bilik tidur mereka.

         Dengan keadaannya yang serabut, Rafal duduk mencangkung di atas katilnya. Lama dia begitu sebelum dia membetulkan kusut rambutnya. Dia memerhatikan sekeliling bilik yang seperti baru di geledah perompak. Jam menunjukkan ke angka 6.30 petang.

         “Alamak! Kejap lagi Syu nak balik! Mampus aku!” cepat-cepat Rafal turun dari katilnya lantas mengemas katil Syuhaila terlebih dahulu. Katilnya dia biarkan saja. Tak apa biar katil aku jangan katil dia. Rafal gigit bibir. Haih, tekanan mental aku hari ni. Keluh Rafal.

         SYUHAILA sekadar memandang tingkah laku Nur Rafal Zafiirah yang syok menyelongkar isi telefon barunya. Entah bila pula perempuan ni beli telefon baru, dah gaji ke? Pilih telefon pun tak nak kalah, BB Torch kot! 

           Syuhaila duduk di sisi Rafal yang masih leka menekan sesuatu pada telefonnya. Matanya sesekali dilirik dan dijeling mahu melihat apa yang sedang dilakukan oleh rakannya itu.

         “Phone baru ke tu?” perli Syuhaila sebagai mukadimah. Dia menghirup Horlick panas yang baru dibancuhnya tadi sambil menonton rancangan Smallville. Tom Welling sentiasa cute!

         “Bos aku punya!” jawab Rafal dengan nada yang ditekan dan perlahan. Matanya masih tidak lepas dari skrin telefon. Tegak badan Syuhaila mendengar jawapan Rafal itu.

         “Phone kau mana?” soal Syuhaila pelik.

         “Dia pinjam sementara…” gumam rakannya itu juga perlahan.

         “Apa kes tukar-tukar telefon? Korang ni couple ke apa?” serkap Syuhaila. Air minuman dia letakkan di atas meja malah Tom Welling juga sudah tidak mendapat perhatiannya kerana cerita Rafal lebih menarik rasa ingin tahunya.

         “Bukanlah. Ni semua sebab…” Rafal ingin meneruskan percakapannya tetapi bunyi panggilan telefon mengganggu.

         “Hah, sebab nilah!” Rafal menunjukkan nama si pemanggil. Panjang umur betul perempuan curang ni. Syuhaila kurang mengerti namun dia diam saja sebaik Rafal menjawab panggilan itu.

         “Sorry, Cik Laila. Bos tengah sibuk,” bohong Rafal. Matanya menjuling ke atas. Bosan!

         “Cik Laila call lainkali ajelah ye, sorry sangat.”

         “Hah?! Dengan Jane?” seketika Rafal menunjukkan reaksi terkejut. Bos dengan Jane? Kat mana pulak? Bos tak bagitau aku pun?

         “Saya tak pastilah Cik Laila, saya tak ambil tahu hal peribadi bos. Tu Cik Laila kena tanya bos sendiri,” Rafal meletakkan tangannya di dada tanda lega. Ingatkan si Laila ni nampak bos tengah dating dengan Jane rupanya ada khabar angin yang sampai di telinganya. Hai, padanlah dengan kau Laila. Dua-dua pun perangai sama aje, sama menyusahkan aku!

         “Okay, bye!” talian diputuskan. Rafal mendengus kasar. Tension!

         “Hah, cerita kat aku. Kenapa korang tukar telefon ni?” giliran Syuhaila pula mahu mendapatkan maklumat. Rafal mencebir. Tak sabar-sabarlah perempuan ni. Tak bagi aku ruang bernafas langsung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience