15 tahun kemudian.
"Haura, kejap lagi ibu nak pergi kenduri rumah Datin Merissa, kamu cepat pergi siap."
Haura melihat jam didinding.
Uuaagghh!
"Haura tak ikut boleh tak ibu. Malas lah.."
"Kamu jangan nak merepek. Cepat pergi siap. Karang kan kalau tinggal kamu sorang, ada aje benda kamu nak buat.."
"Yer lah yer lah. Haura nak mandi lah ni.."
Arrgghhh!
Haura berjalan lambat-lambat ke tandas. Dia tahu kalau dia pergi majlis kenduri tu, pasti ada yang tidak sukakan kehadirannya disana.
Selepas 30 minit.
"Haura, dah siap ke belum? Apa yang kamu buat lama sangat tu?"
"Yer ibu, nak siap dah ni.."
Puan Maimunah berjalan menuju ke bilik Haura. Dia membuka pintu.
"Astaghfirullahalazim..Haura, kamu tak siap lagi! Dengan rambut tak bersikat lagi. Abah kamu dah tunggu kat bawah tu.."
"Haura tengah siap lah ni ibu.."
Puan Maimunah menggelengkan kepalanya dan berlalu ke kereta diluar rumah.
Haura cantik berpakaian baju batik moden berwarna hitam, rambut yang ikal mayang dibiarkan lepas dan bersolek nipis.
Haura berjalan lambat-lambat menuju ke pintu. Abahnya Encik Rostam sudah menunggu didalam kereta.
"Ha Haura, cepat masuk dalam kereta. Majlis dah mula dah tu.."
Setelah Haura masuk ke dalam perut kereta, Encik Rostam memecut laju ke rumah Datin Merissa.
Mereka tiba dirumah agam yang tersergam indah itu. Buat pertama kalinya pemilik rumah agam tersebut membuat majlis secara besar-besaran kerena telah berjaya mendapatkan projek mega dibandar.
Datuk Malik dan Datin Merissa berpindah ke kampung itu setelah mereka membeli sebuah rumah agam dihujung kampung. Rumah agam itu indah dihiasi bunga yang mekar. Datin Merissa sendiri yang menanam bunga-bunga tersebut kerana minatnya terhadap tanaman berbunga. Mereka dikurniakan seorang putera iaitu Hakeem yang merupakan seorang doktor dihospital swasta.
"Wahhh..ibu, tengok tu. Lawanya kan.."
"Datin Merissa ni memang rajin kan menanam. Lawa sangat taman dia. Pertama kali ibu masuk dalam rumah ni, lawanya.."
"Ni beza orang kaya dengan orang macam kita kan abang.."
"Takda bezanya, cuma jena rajin jer."
Encik Rostam melirik ke arah isterinya.
"Dah kenapa abang tengok saya? Saya ni rajin lah. Baju abang tu siapa yang basuh? Beras abang beli tu siapa yang masak? Saya kan?!"
Puan Maimunah menjeling ke arah suaminya.
"Yer lah, awak memang rajin pun.."
"Perli lah tu kan." Jelingan tajam diberikan kepada suaminya.
"Mana ada perli, isteri abang ni kan memang rajin."
Encik Rostam memaut tangan isterinya, mereka berjalan beriringan ke ruang tamu.
Haura berjalan disekitar rumah agam yang besar itu, dia menapak ke taman di luar rumah. Bunga cantik tersusun disudut yang menempatkan kolam renang. Dia teringat zaman dia kecil-kecil dahulu. Haura senyum sendiri.
"Ehem.."
"Opocot mak kau.."
Haura melatah kerana terkejut dengan suara yang datang tiba-tiba itu.
"Kau buat apa kat sini?"
Tegur lelaki itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dia melirik Haura dengan ekor matanya.
"Err err saya err.."
"Kau ni yang dulu pernah curi masuk dalam rumah ni kan?"
"Eh mana ada. Saya mana pernah masuk rumah ni, memandai jer nak tuduh-tuduh orang.."
"Yer lah tu. Kau ingat aku tak cam muka hodoh kau ke? Selekeh. Tak kemas. Pengotor. Busuk."
Hakeem memandang Haura daripada atas sampai ke bawah sambil memeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka.
"Kurang ajar. Eh awak ni dah kenapa tiba-tiba nak hina-hina saya. Saya tak kenal pun awak. Dah gila ek.."
Haura ingin melangkah pergi tetapi dihalang oleh Hakeem.
"Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi.."
Hakeem menggenggam tangan Haura. Haura terkejut dengan tindakan Hakeem terus menolaknya hingga mereka jatuh ke dalam kolam.
"Arrgghhh.."
Kedengaran suara orang menjerit. Majlis menjadi kacau bilau dengan suara teriakan.
Haura yang tidak pandai berenang tenggelam ke dalam kolam setelah menelan banyak air. Hakeem mencari kelibat Haura tetapi tidak kelihatan. Dia menyelam dan melihat Haura didasar kolam. Dia lantas menarik tangan Haura untuk naik ke atas.
Hakeem menarik Haura naik ke permukaan kolam. Kainnya yang terselak dibiarkan. Hakeem pantas melakukan bantuan pernafasan daripada mulut ke mulut(CPR). Orang kampung yang ramai itu menyaksikan apa yang dilakukan oleh Hakeem, mereka saling membisik.
Hakeem menepuk lembut pipi Haura tetapi tiada reaksi, lantas dia meneruskan lagi CPR.
"Haura..Haura.."
Kedengaran suara Puan Maimunah menjerit da menghampiri Haura. Encik Rostam berlari mendapatkan anaknya yang sedang terbaring.
"Haura. Kenapa ni?"
Encik Rostam memeluk tubuh isterinya. Puan Maimunah menangis dalam pelukan suaminya apabila melihat tubuh Haura yang kaku.
"Uhuk..uhuk..uhuk.."
Haura terbatuk kerana tersedak air kolam. Hakeem menarik nafas lega setelah Haura membuka matanya.
"Kau ok ke?"
"Uhuk..uhukk.."
Haura menggangguk perlahan.
"Kau buat apa kat anak aku huh?!"
Encik Rostam menolak badan Hakeem. Hakeem terpinga-pinga. Dia bangun membetulkan bajunya yang basah. Dia berlari masuk ke dalam rumah.
"Haura okay ke? Haura tak apa-apa?" Puan Maimunah merangkul tubuh Haura.
"Haura okay.." Balas Haura pendek.
Hakeem muncul dengan tuala ditangan. Dia menghulurkan tuala kepada Haura. Puan Maimunah merentap tuala daripada tangan Hakeem dan menutup peha Haura yang terdedah.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tadi mula berbisik-bisik.
"Tadi budak laki tu cium budak pempuan tu.." Suara bisikan salah seorang yang melihat kejadian tadi didengari Encik Rostam.
Datuk Malik dan Datin Merissa bergegas datang untuk melihat apa yang telah terjadi. Mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat.
"Haura, jom kita balik.."
Haura menggangguk dan terus berdiri sambil dipapah ibunya.
"Haura okay ke? Macam mana boleh jadi macam ni?"
Puan Merissa berdiri dihadapan Haura. Dia memegang bahu Haura yang basah kuyub.
"Datin tanya lah anak datin ni apa dia buat pada anak saya.."
Encik Rostam menjeling ke arah Hakeem.
"Mama, semua ni just salah faham. Hakeem tak buat apa-apa pun.."
"Kau jangan nak lepas tangan lepas apa kau dah buat. Aku nampak tadi kau cium anak dara aku. Kau sengaja nak ambik kesempatan kan?!"
Tengking Encik Rostam kepada Hakeem membuatkan semua orang kampung terdiam. Suasana sunyi seketika.
"Err pakcik, saya err cuma nak menolong dia, bukan nak ambik kesempatan.."
"Ahh!! Aku tak peduli. Kau tak boleh nak tipu mata aku. Semua orang kampung nampak apa kau dah buat. Kau jangan nak menipu!"
Herdik Encik Rostam.
"Sabar..sabar abang Rostam. Saya rasa semua ni cuma salah faham. Sekejap. Maafkan saya, semua sila masuk dalam dan enjoy dengan majlis okay. Boleh makan kat dalam yer.."
Datuk Malik segera menyuraikan orang kampung yang berhimpun.
"Abang Rostam, apa kata kita bincang perkara ni lain hari. Kami akan bayar ganti rugi. Hakeem, cepat mintak maaf.."
Hakeem yang berdiri membatu melihat Haura tersentak dengan panggilan papanya.
"Err pakcik Rostam, makcik maimunah, saya mintak maaf."
"Dua hari lagi kita bincang balik pasal ni. Kau jangan jangan harap boleh terlepas. Ingat tu!"
Encik Rostam menuding jari telunjuk ke arah Hakeem.
"Abahnya, dah la. Jom balik. Malu kat orang kampung.."
"Jom la abah. Haura okay jer ni.."
Haura memandang Hakeem sekilas, dia malu dengan sikap abahnya yang panas baran.
"Maaf yer akak Maimunah, abang Rostam."
Datin Merissa bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.
"Err sekejap.."
Hakeem memegang tangan Haura.
Share this novel