Chapter 13

Drama Completed 9601

Petang itu, Tengku Amiera sedang membantu Tengku Haniez menyiapkan pelamin untuk hari perkahwinannya bersama Tengku Amir. Pelamin itu siap jam 5.15 petang.

" Wah! Cantiknya tempat duduk Aunty Miera dengan Uncle Amir ni! Aunty, Afief nak duduk kejap boleh tak? " Tengku Afief meminta izin.

" Boleh. Duduklah " Tengku Amiera memberi keizinan.

" Yeah! Terima kasih aunty! Mama, ambikkan gambar Afief " pinta Tengku Afief lagi. Tengku Haniez mengambil kameranya di atas meja dan mengambil gambar Tengku Afief. Tengku Afief membuat gaya piece dan dab.

" Yeah! Thank you mama! " ucap Tengku Afief.

" Err Amiera " panggil Nur Qistina.

" Ye saya " sahut Tengku Amiera.

" Aku nak dengan kau sekejap boleh tak? Kat luar " tanya Nur Qistina.

" Boleh. Jomlah " jawab Tengku Amiera. Mereka bergerak menuju ke meja yang berdekatan kolam renang.

" Ha Qis, kau nak cakap apa? " tanya Tengku Amiera.

" Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau. Aku selalu cari gaduh ngan kau dulu. Aku try bunuh akak kau, aku try culik akak kau. Aku minta maaf sangat sangat " ucap Nur Qistina.

" Alah kau ni. Kalau Haniez dah maafkan kau, siapa aku nak hukum kau. Memanglah dulu aku macam menyampah tengok kau, tapi sekarang dah tak dah. Aku buat biasa je. Takde function aku nak benci kau. Kalau aku benci kau, aku dapat apa? Cuba kau cakap " jawab Tengku Amiera.

" Yelah. Manalah tahu, kau tak suka aku. Dulu kan aku pernah buat kau dengan Amir bergaduh " terang Nur Qistina lagi.

" Alah kisah lama tak payah ungkit. Sekarang ni kita bukak buku baru. Aku dah anggap kau ni macam akak aku sendiri " ujar Tengku Amiera.

" Thanks Amiera. Kau dengan Afieqa memang kembar yang baik. Korang memiliki hati yang suci murni. Akhlak pun baik " ujar Nur Qistina pula.

" Hah? " soal Tengku Amiera.

" Yelah. Korang walaupun aku banyak kali porak perandakan korang tapi korang still maafkan aku. Korang still nak kawan dengan aku " terang Nur Qistina.

" Alah takde apelah " jawab Tengku Amiera.

" Korang memang baik " ujar Nur Qistina lagi.

" Memanglah kitaorang baik. Tapi, Haniez kalau dia marah, baiknya pergi mana? Kau cakap ngan aku. Kalau dia marah, baik dia pergi mana? " kata Tengku Amiera.

" Haahkan. Afieqa kalau marah, memang nahaslah. Ahahaha " jawab Nur Qistina.

" Dah dah. Kang dia dengar, habis kita. Jom masuk " kata Tengku Amiera.

" Jom jom " Nur Qistina mengikuti Tengku Amiera.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

3 HARI KEMUDIAN

" Ainnul, Izzat ada nampak Afiq tak? " tanya Tengku Haniez kepada Tengku Ainnul dan Tengku Izzat. Mereka berdua bersama Tengku Afiq dan Kapten Waiz baru sahaja mendarat selepas penerbangan ke Korea.

" Afiq tadi dia kata nak pergi office kejap. Kau carilah kat office " jawab Tengku Izzat.
" Ok. Thanks. Hati hati drive " pesan Tengku Haniez.

" Ok. Thank You. Hati hati jalan " pesan Tengku Ainnul pula.

" Ok. Bye " balas Tengku Haniez. Tengku Ainnul dan Tengku Izzat pun berjalan sambil menarik bagasi menuju ke tempat parking kereta.

" Eh! Aidan. Afiq ada kat dalam tak? " tanya Tengku Haniez kepada Kapten Aidan.

" Ada. Dia baru masuk "jawab Kapten Aidan.

" Ok. Thanks " ucap Tengku Haniez.

" Most welcome " jawab Kapten Aidan. Tengku Haniez menolak pintu pejabat dan

" Suprise! " tiba tiba belon berterbangan dan semua staff pilot yang berada di dalam office meraikan kedatangan Tengku Haniez. Termasuklah Tengku Ainnul dan Tengku Izzat. Kelihatan Tengku Afiq sedang memegang dulang kek. Di atas kek itu terdapat lilin yang menghiasi.

" Kejap kejap. Dari mana korang masuk ni? Aku tak nampak pun " tanya Tengku Haniez.

" Kitaorang masuk dari pintulah. Hahaha " jawab Tengku Izzat.

" Ish. Aku tanya betul betul kan? " marah Tengku Haniez.

" Ok ok. Tak tadi time kau jumpa kitaorang tu, sebenarnya kitaorang cover je. Pastu time kau cakap ngan Aidan, kitaorang pun cepat cepatlah masuk. Tu yang kau perasan Aidan sengaja cakap lambat lambat " jawab Tengku Ainnul.

" Ouh. Patutlah. Haishh korang ni " kata Tengku Haniez.

" Sayang, tiuplah lilin " pinta Tengku Afiq.

" Ok " jawab Tengku Haniez. Tengku Haniez pun meniup lilin dan mereka semua bertepuk tangan. Mereka semua pun menjamu selera dengan hidangan yang ditaja oleh Tengku Afiq.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Sayang, awak masih marahkan saya lagi ke? " tanya Tengku Afiq.

" Tak. Sebenarnya saya datang tadi nak minta maaf. Haritu sebab saya marah sangat, saya terbaling paper tu ke muka awak. Saya minta maaf sangat sangat " jawab Tengku Haniez.

" Takpe saya faham. Tapi saya pun nak minta maaf jugak. Saya dah buat awak kecik hati " kata Tengku Afiq.

" Tak. Saya tak ambik hati pun. Lagipun saya dah dengar penjelasan awak. Saya pun dah dapat bukti " jawab Tengku Haniez.

" Bukti? " soal Tengku Afiq kehairanan.

" Saya ada spy " jawab Tengku Haniez.

" Ouh. Ni Afief mana? " tanya Tengku Afiq.

" Afief, dia kata nak tidur rumah bonda malam ni. Dia kata nak tidur dengan paksu dengan Uncle Riz katanya. So dia kata dia tak nak ikut saya pergi ambik awak " jawab Tengku Haniez.

" So kita berdua jelah malam ni? " soal Tengku Afiq.

" Yelah " jawab Tengku Haniez.

" Ok. Ha lagi satu. Saya lupa nak tanya. Macam mana dengan keadaan anak saya lagi sorang ni? " tanya Tengku Afiq sambil mengusap perut Tengku Haniez yang masih kecil lagi.

" Doktor kata baby masih normal " jawab Tengku Haniez.

" Alhamdullilah " ucap Tengku Afiq.

Kring! Kring!

" Eh, ada orang call. Kejap eh " kata Tengku Haniez.

" Ok sayang " jawab Tengku Afiq

Tengku Haniez : Hello, assalamualaikum

Nafeesha : Waalaikumussalam. Afieqa, tolong aku

Tengku Haniez : Kenapa?

Nafeesha : Naim accident

Tengku Haniez : Hah? Teruk ke?

Nafeesha : Tak tahu lagi. Doktor tengah check kat dalam

Tengku Haniez : Sape teman kau kat hospital?

Nafeesha : Ainnul dengan Izzat je.T Tolong datang please

Tengku Haniez : Ok ok. Aku datang kejap lagi. Sabar ok. Tunggu aku datang

Nafeesha : Cepat sikit. Thank You

Tengku Haniez : Ha ok ok. Bye

Nafeesha : Bye

" Sayang! Jom pergi hospital " ajak Tengku Haniez.

" Kenapa? Siapa sakit? " tanya Afiq.

" Dr Naim accident. Nafeesha tengah risau tu. Ainnul dengan Izzat dah ada kat sana dah " jawab Tengku Haniez.

" Ouh. Ha jomlah " kata Tengku Afiq. Mereka masuk kedalam kereta. Tengku Afiq menghidupkan enjin kereta dan memakai seat belt. Dia memandu keluar dari perkarangan lapangan terbang dan menuju ke hospital.

*** Laki Aku Yang Kau Sibuk Pahal! ***

" Nafeesha. Macam mana dengan Naim? " tanya Tengku Haniez yang baru sampai bersama Tengku Afiq.

" Tak tahu. Amiera suruh aku tunggu kat luar. Dia tak bagi aku masuk " jawab Nafeesha.

" Yelah. Kau kan doktor bahagian berisiko rendah. Memanglah dia tak bagi masuk. Lagi satu ni hospital ada peraturan " balas Tengku Haniez.

" Hmm " keluh Nafeesha.

" Dah. Sekarang ni kau doa yang baik baik. Doakan Naim sihat " ujar Tengku Ainnul yang duduk di sebelah Tengku Izzat. Tengku Izzat yang ngantuk meletakkan kepalanya di atas bahu Tengku Ainnul.

" Alolo. Sweetnya " kata Tengku Afiq.

" Diamlah ko " kata Tengku Izzat.

" Eh? Sedar? Ingatkan dah landing kat bini, tak sedar apa dah " usik Tengku Afiq.

" Eh biasa " jawab Tengku Izzat. Tiba tiba Tengku Amiera keluar bersama Tengku Amir dari bilik rawatan.

" Maafkan kami Nafeesha. Dr Haikal Naim tidak boleh diselamatkan. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Harap awak bersabar " terang Tengku Amiera serba salah.

" Sabar eh Nafeesha. Semua dugaan yang Allah beri ada hikmahnya. " nasihat Tengku Haniez. Nafeesha menangis kesedihan. Dia berlari masuk ke dalam bilik rawatan Dr Naim. Dia menatap wajah Dr Naim yang pucat. Dia menyentuh wajah Dr Naim. Sejuk. Dia menarik selimut dan menutupi muka Dr Naim.

" Sabar ye Nafeesha. Semua ni ada hikmah " kata Tengku Ainnul.

" Takpelah. Terima kasih semua. Sebab dah beri semangat pada aku. Aku hargai sangat sangat. Terima kasih banyak banyak " ujar Nafeesha.

" Kau kena tawakal pada Allah. Relakan pemergian Naim. Allah lebih sayangkan dia. Yang penting sekarang ni, kau kena doakan dia supaya tergolong dalam golongan orang orang yang beriman " nasihat Tengku Izzat pula.

" Thanks Izzat. Korang semua kalau nak balik, baliklah. Dah pukul berapa ni. Korang mesti penat. Baru balik dari flight. Pergilah balik. Aku boleh handle sorang " ujar Nafeesha.

" Betul ni? " tanya Tengku Ainnul.

" Betul " jawab Nafeesha.

" Ok kalau macam tu jaga diri. Nanti aku hantarkan someone teman kau eh " cadang Tengku Ainnul.

" Thank you " ucap Nafeesha.

" No problem lah. Ok lah. Aku ngan Izzat balik dulu. Assalamualaikum " pamit Tengku Ainnul dan Tengku Izzat.

" Ok. Waalaikumussalam " jawab Nafeesha.

" Aku dengan Afiq pun nak balik ni. Nanti apa apa hal, call aku eh " pesan Tengku Haniez.

" Ok. Hati hati bawak kereta. " pesan Nafeesha semula.

" Bye . Assalamualaikum " ucap Tengku Haniez.

" Bye. Waalaikumussalam " jawab Nafeesha. Tengku Haniez dan Tengku Afiq pun berjalan menuju ke keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience