Bab 1 PERBINCANGAN

Thriller Series 2495

Suasana pagi pada hari itu sangat kelam. Angin bertiup kencang. Pokok-pokok bergoyang seperti mengikut rentak angin. Dedaun berguguran jatuh menyembah bumi. Awan mendung kelihatan berarak ke sana ke sini. Gelap. Sangat gelap.

Plastik-plastik berterbangan di atas jalan raya. Ada yang tersangkut di pagar rumah, di tiang elektrik dan terjatuh ke dalam parit. Bunga-bunga di halaman rumah tetap mekar dengan harum meskipun tanpa kehadiran sang suria. Kelihatan juga burung-burung menjadi pelesit di udara, bergegas pulang ke sarang masing-masing.

Siapa sangka cuaca hari itu yang mulanya panas terik, tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran awan mendung yang melabuhkan butir-butir hujan ke bumi seperti peluru. Bunyinya memecah kesunyian pagi di kawasan perumahan Damansara. Jalan raya mula dibasahi hujan dan menyebabkan keadaannya menjadi licin. Air parit juga menjadi deras, mula menenggelamkan plastik-plastik yang tadinya tersangkut di dalam parit itu.

Kelihatan penduduk kawasan perumahan tersebut bergegas mengangkat jemuran mereka di luar rumah. Anak-anak mereka pula ada yang membawa kucing masuk ke dalam rumah dan ada pula yang memindahkan motosikal mereka ke tempat yang lebih terlindung.

Rumah Ana sahaja yang kelihatan kosong, sunyi seperti tiada penghuni. Bercakap tentang Ana, Ana ni anak tunggal Encik Salleh, seorang pegawai bomba dan Puan Rohaya, suri rumah sepenuh masa. Satu bulan lepas, genap dah umur dia 20 tahun. Tinggi dia pulak lebih kurang 165 cm dan berat badan dia agak-agak 60 kg. Rambutnya pendek, blonde dan lepas bahu je. Dia ni budak lepasan STPM dan keputusan peperiksaan dia hari tu sangat bagus. Ana dapat 4A dan itu sangat membanggakan hati ayah dan ibunya..

Ana cadang nak jumpa Elly pukul 8 pagi hari ni, kawan baik dia dari sekolah rendah lagi. Mereka berdua nak bincang pasal nak sambung belajar. Tapi tu lah. Si Ana ni masih berselimut. Berapa kali dah Puan Rohaya berteriak memanggil anak daranya itu supaya turun sarapan, tapi dia endah tak endah sahaja. Nasib baik pintu Ana berkunci, kalau tak memang kenalah dia dengan Puan Rohaya.

“Kringgggg!!!...” (bunyi alarm)

“Bam!!!” (bunyi hentakan)

“Bising ar alarm ni. Tak guna…” Ana bingkas bangun daripada tilam. Di bawah katilnya terdapat sebuah jam loceng yang sudah pecah akibat dibalingnya ke bawah dengan kuat. Disepaknya serpihan-serpihan tersebut ke bawah meja, takut nanti Puan Rohaya tahu. Ini merupakan jam loceng yang keempat dibalingnya.

“Ish…menyesal aku baling tadi. Kalau mak tau, habis aku dilumat-lumat. Jadi cekodok aku nanti” Cepat-cepat dia ambil penyapu dan menyapu serpihan halus yang tertinggal ke bawah katilnya lagi. Sejurus selepas itu, Ana mengambil telefon bimbitnya di atas meja solek sebelah katil.

“9?!!! Mampus aku!” Ana terus meletakkan telefonnya kembali atas meja dan berlari ke arah belakang pintu. Tuala yang berwarna biru diambil dengan cepat dan terus meluru masuk ke bilik mandi.

20 minit kemudian..

Ana mengambil begnya yang berada di atas kerusi dan terus keluar daripada bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan dan dikunci. Dia bergegas turun ke tingkat bawah dan berjalan ke arah dapur. Matanya terbeliak apabila melihat seorang gadis yang berambut panjang sedang duduk di atas kerusi dapur mereka.

“Elly!” Ana terkejut. Elly hanya senyum sinis. “Aku tahu kau memang bangun awal punye. Macamlah aku tak kenal kau.” Elly sempat lagi bagi sindiran dan ketawa terahak-bahak.

“Amboi…kenyang kau makan nasi goreng mak aku? Sedap? Dah habis? Ha..jom ar pegi rumah kau” Ana turut menyakat Elly yang masih terkumat-kamit mulut dia mengunyah nasi goreng. Puan Rohaya hanya melihat sahaja gelagat dua orang dara tu. Tersenyum-senyum Puan Rohaya dibuatnya.

“Ok. Tunggu aku minum dulu. Relakla beb. Rumah aku tak jauh, tak lari punye. Haha..” Jus Oren diminum dengan perlahan. Selepas habis, diletakknya gelas kaca tersebut ke dalam sinki. “Terima kasih aunty” Senyuman lebar terpahat di bibir Elly. Elly sempat bersalaman dengan Puan Rohaya dan sejurus selepas itu dia pun pergi ke arah ruang tamu.

“Arghh!!” kedengaran suara Ana bergema di ruang tamu. “Kau memang tak puas hati lah dengan aku Ly!” Ana yang kemudiannya berlari mengejar Elly yang berada di hadapan pagar rumah.

“Ok sorry beb. Haha! Tak sengaje kejutkan kau dari belakang. Relak…hahahaha…” Elly ketawa melihat Ana yang tercungap-cungap mengejarnya dari belakang.

“Dah..masa main dah tamat. Jom er gerak. Banyak lagi hal nak bincang ni. Kang serabut kepale, ha..mase tu baru nak pikir” pantas dua orang sahabat itu berjalan ke arah kereta Bezza yang berwarna biru di hadapan rumah Ana. Tanpa membuang waktu, kereta tersebut dipandu laju oleh Elly, nak cepat katakan.

Lebih kurang dalam masa 15 minit, mereka berdua sampai ke rumah Elly. Bilik Elly sentiasa menjadi tempat mesyuarat mereka. Elly memang tak kisah kalau Ana selalu datang rumah sebab Elly pun anak tunggal juga, taklah dia sunyi sangat kalau si Ana ni datang.

“So…camne? Kau dah pilih Universiti yang kau nak? Aku memang pilih USM. Tak tahu kau pulak” Elly terus menyoal Ana yang baru melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Ala…same je dengan kau. Lagipun pilihan kos pun same. Kite same pilih bidang pendidikan kan?” Ana duduk selamba, Elly hanya mengangguk sahaja apa yang Ana katakan. Lantas, Elly mengambil sekeping nota yang di atasnya seperti tertulis alamat dan nombor telefon.

“Ape tu Ly? Semacam je aku tengok” Ana yang penuh tanda tanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Ni? Aku dapat daripada kakak kawan aku yang menetap di Pulau Pinang. Ini alamat apartment yang aku cadang nak sewa, siap ada nombor telefon lagi”

“Oh…aku baru ingat. Kira jadilah ni sewa luar?”

“Yup…malas nak duduk kat hostel, semak sangat”

“Aku ikut je. Jangan tinggal bawah jambatan je” Ana senyum kambing mendengar kata-katanya sendiri. Bingkas dia bangun daripada kerusi dan duduk di atas lantai.

“Tapi apartment ni…er…” tiba-tiba Elly mengeluarkan kata-kata yang meragukan. Elly bangun daripada katilnya dan terus duduk di atas kerusi.

“Kenape dengan apartment tu?” Ana turut ragu-ragu. Dia melihat Elly yang cuba mengalihkan pandangan.

“Er…sekarang bulan lapan kan? Er… tak lame lagi masuk U kan?” Elly cepat-cepat menukar topik mereka, takut nanti Ana semakin banyak soal.

“Elly? Kau ok ke tak?

“Eh kau tunggu sini jap. Aku nak call pemilik apartment ni. Kang lambat nanti, tak de vacancy room pulak” Elly terus meninggalkan Ana bersendirian di dalam bilik. Elly bergegas mengambil telefonnya dan turun ke tingkat bawah, berlari seperti ada sesuatu yang mengejar.

“Kenape dengan budak Elly ni…tak sedap hati aku dibuatnye…” Ana yang terkebil-kebil matanya bercakap sendirian. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh temannya itu. Tapi dia tak nak berfikir sangat. Tak nak mengusutkan otakknya yang memang sudah kusut. Dia tetap di situ. Duduk di atas lantai sambil bermain Sahiba sementara menunggu Elly datang.

10 minit kemudian…

“Ha.. aku dah call dah pemilik apartment tu. Dia cakap masih banyak lagi bilik dan aku dah tempah satu bilik untuk kite” Elly memaklumkan maklumat tersebut kepada Ana yang berbaring santai di atas lantai sambil menonton televisyen.

“Oh ye ke…ok set. So get ready je lah?” sahut Ana yang tengah syok menonton tv.

“Yup. Eh bukan ke tadi kau main Sahiba?

“Lame tunggu kau, tak syok main sorang”

“Haha. Tau tak pe”

“Jom hantar aku balik. Aku rasa macam penat je. Bahu aku ni rase sakit lah” Ana terus bangun daripada lantai dan menggeliat. Bahunya dipicit-picit. Rambutnya yang berserabai terus disikat dan diikat kemas. Lantas dia mengambil begnya dan berdiri di tepi tingkap. Dia merenung ke arah langit yang sepertinya hendak melabuhkan hujan semula.

“Ha jom er. Aku hantar kau balik. Tak payah tengok langit tu. Confirm hujan punye” Elly bergegas mengambil kunci keretanya di atas katil dan memaut tangan Ana. Ana yang tadinya layap merenung ke luar tingkap terkebil kebil apabila tangannya tiba-tiba dipaut. Kedua-dua sahabat itu pantas menuruni anak tangga dan menuju ke arah ruang tamu.

Mereka keluar rumah dengan tertib. Pintu ditutup perlahan dan dikunci. Kemudian Ana dan Elly masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu perlahan semasa keluar daripada gate rumah. Destinasi mereka yang seterusnya adalah rumah Ana dan Elly bercadang selepas menghantar Ana pulang, dia langsung ke rumahnya sendiri untuk istirehat.

Tidak ada sedikit pun di fikirannya untuk singgah di mana mana kerana hatinya masih tak keruan. Dia bimbang Ana akan bertanya soalan yang sama kepadanya hari esok. Jadi dia cuba mencari akal untuk mengelak hal seperti itu berlaku supaya tidak menimbulkan perasaan sangsi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience