BAB 16

Humor Completed 9296

“Oh Pearl ada nampak abang ke? Yelah tu agaknya sebab waktu tu plan asal nak jumpa Pearl dan terangkan perkara sebenar tapi dapat urgent call dari kawan abang, dia minta tolong. Kawan yang dah tolong abang masa dekat lif tu, takkanlah abang tak tolong dia balik. Hehe. Pearl tak syak apa-apa ke masa awal-awal?”

“Nak syak apanya bang. Kad kahwin kita pun Iman cuma tengok muka depan je. Iman dan Izzat. Semua orang panggil abang, Izzat. Masa akad nikah baru Iman dengar nama penuh abang. Masa tu Iman tak rasa apa-apa sebab mungkin kebetulan nama sama. Kan ramai orang nama Aidil. Tapi masa batalkan air sembayang tadi Iman memang terkejut sebab muka abang sama sangat dengan Aidil yang Iman kenal. Disebabkan Iman dah mati-mati percaya Aidil tu dah meninggal so dalam kepala Iman ada satu benda je, abang ni kembar Aidil.”

“Oh, macam tu ke. Sebenarnya memang orang lain panggil abang, Izzat. Dekat my Pearl ni je abang perkenalkan diri sebagai Aidil.”

“Abang, kenapa petang tadi abang buat muka berkerut-kerut bila Iman sebut pasal Aidil? Buat orang gelabah je.” kata Iman Soraya dengan nada tidak puas hati.

“Hehe. Saja je berlakon sayang. Asah skill lakonan dulu nak tengok power lagi ke tidak. Lagipun my Pearl abang ni bila gelabah jadi lagi terlajakkkk comel.” Izzat Aidil sudah tersengih-sengih.

“Abang, may I ask you one more question?” tanya Iman Soraya.

“Yes, you may, my Pearl. Tak perlu minta izin nak tanya, tanya je.”

“Kenapa dari dulu abang panggil Iman ‘Pearl’? Bukan ke Iman dalam Bahasa Inggeris ‘Faith’?”

“Alah, ‘Faith’ is too mainstreamlah sayang. ‘Pearl’ baru rare. My Pearl pernah dengar lagu Raihan?” tanya Izzat Aidil kepada isterinya seraya memandang ke arah Iman Soraya.

“Lagu Raihan banyaklah abang. Yang mana satu?” tanya Iman Soraya kembali sambil mendongak sedikit memandang si suami.

“Alah, lagu Raihan yang awal-awal dulu tu. Abang suka lagu tu. Lagu Iman Mutiara. Iman adalah mutiara. Di dalam hati manusia. Yang meyakini Allah. Maha Esa Maha Kuasa.” Izzat Aidil menjawab pertanyaan Iman Soraya sambil turut menyanyikan serangkap lagu yang dimaksudkannya.

“Amboi! Sedapnya suara cik abang kita. Pernah dengar lagu tu tapi kenapa dengan lagu tu bang?” tanya Iman Soraya kembali kerana masih tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh suaminya.

“Lah, tak dapat tangkap lagi ke? Kan dalam lagu tu sebut ‘Iman adalah mutiara’. So, mutiara tu dalam Bahasa Inggeris ‘Pearl’. There goes how my Pearl got her name. My one and only Pearl.” Iman Soraya malu dan terharu dalam masa yang sama. Dia membenamkan muka pada suaminya sehingga dapat mendengar degup jantung suaminya itu. Izzat Aidil melingkari tangan pada bahu isterinya. Masing-masing sudah tersenyum lebar.
BAB 17
Iman Soraya kembali duduk semula. Tangan kanannya disuakan kepada Izzat Aidil. Izzat Aidil memegang tangan isterinya yang disuakan di hadapannya itu.

“Kali ni kita dah nikah, dah boleh pegang.” Ujar Izzat Aidil dengan nada bangga bersama sengihan. Iman Soraya menarik balik tangannya.

“Bukan inilah abang.” Kata Iman Soraya.

“Habis tu, apa dia?” tanya Izzat Aidil kembali.

“Iman nak claim balik duit yang Iman guna untuk derma dekat tabung masjid universiti dulu. Sebenarnya kan bang, Iman dah halalkan dah. Tapi ada orang tu cakap akan datang kalau jumpa lagi claim lah, so Iman rasa serba salah pula kalau tak claim since orang tu dah pesan suruh claim.” Kata Iman Soraya sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya. Izzat Aidil sudah tergelak dengan gelagat isterinya. Fahamlah dia apa yang isterinya itu maksudkan sebentar tadi.

“Okey, my Pearl pejam mata then tadah tangan.” Iman Soraya melakukan seperti yang suaminya katakan. Izzat Aidil kemudiannya memegang kedua-dua belah tangan isterinya. Perlahan-lahan dia mengucup tangan isterinya dan kemudian dihadiahkan kucupan pada dahi isterinya pula. Setelah itu dikucup pipi kiri dan kanan isterinya dan dengan lembut dia memeluk si isteri. Iman Soraya masih memejamkan mata. Ini kalau Izzat Aidil suruh buka mata pun belum tentu dia akan buka. Segan sebenarnya.

Huargh!! Abang, kenapa manis sangat ni?! Love you sumpah atas nama Allah, abang. Ya Allah, rahmatilah dan berkatilah perkahwinan kami sehingga ke syurga yang abadi. Aamiin. Actually, what you said previously is true, abang. Saya tak baik mana, tapi Allah sayang pada saya,DIA hantarkan abang pada saya untuk membimbing saya ke jalannya, semoga kita sentiasa menjadi pasangan yang manis di mata Allah SWT sehingga ke Jannah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience