BAB 22

Romance Completed 13565

Tengku Emran baru sahaja dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai memeriksa dan memantau lokasi tapak pembinaan bangunan itu sendirian. Lokasi tapak pembinaan yang dirasakan agak berjauhan dari lokasi sebelum ini memakan masa 1jamsetengah untuk tiba. Jam dalam keretanya sudah menunjukkan hampir pukul 8.30malam.
Bahu yang dirasakan lenguh, dipicit perlahan sambil fokus memandu.

° ° ° °

Sudah hampir setengah jam Hakim memandu. Aqisha sudah mulai kebosanan. Dari tadi mereka berdua hanya mendengar radio tanpa berkomunikasi sepatah kata. Melihatkan keadaan jalan yang agak gelap dan hanya beberapa buah kereta yang lalu-lalang mulai membuat Aqisha gusar.

"Hakim.. You pasti ke ni jalan yang betul?"

Hakim tidak menjawap. Dia hanya fokus memandu.
Aqisha meneguk liur. Pandangan dihalakan ke luar jendela. Tiba-tiba kereta diberhentikan di seberang jalan.
Aqisha yang kebingungan mulai panik disebabkan tindakan Hakim yang tiba-tiba berhenti.

"Kita dah sampai.."

Suara Hakim didengar agak janggal kali ini. Lelaki itu sekali lagi memandang Aqisha dari atas sampai bawah. Hakim mulai menghampiri Aqisha. Aqisha yang merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku cuba membuka pintu kereta tapi pantas ditahan oleh Hakim.

"hakim... Tolong jangan macam-macam.."

Suara Aqisha separuh merayu apabila Hakim sudah mulai menindihnya. Dada lelaki itu ditolak kuat tapi lantas kedua lengannya ditahan dengan kedua-dua tangan sasa Hakim. Aqisha cuba menendang tapi apakan daya kudrat nya sebagai wanita tidak boleh menandingi lelaki yang sedang duduk di atas ribanya itu.

"I nak you malam ni.. Jangan cuba untuk menjerit kerana tiada siapa yang akan dengar you... My precious..."
Hakim berbisik di telinga Aqisha. Aqisha dapat merasakan dengusan ghairah Hakim pada ketika itu. Hakim merapatkan bibirnya ke arah bibir Aqisha namun pantas Aqisha melarikan wajahnya. Melihatkan Aqisha yang enggan melayannya, Hakim bertindak kasar dengan mengoyakkan blouse milik Aqisha. Bahagian dada Aqisha agak terdedah akibat tarikan kuat Hakim. Pandangan Hakim jatuh akan bahagian terdedah itu dan secara tiba-tiba nafsu lelaki durjananya bertambah kuat. Malam ini gadis di hadapannya ini harus menjadi miliknya!
Aqisha meronta-ronta dan cuba menolak Hakim sekuat mungkin namun masih gagal apabila bibir lelaki itu mulai menjamah lehernya dengan ghairah.

"Ya Allah hakim.. Istighfar Hakim istighfar... I mohon jangan buat i macam ni.. Ingat Allah Hakim ingat Allah.."

Airmata di pipi sudah mengalir deras. Lelaki yang berada di hadapannya bukan lagi lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Hakim sudah semakin galak menjamah bahagian leher kemudian turun perlahan ke bahagian dada dengan bibir yang cukup dirasakan dirinya akan ternoda malam itu juga.
Dengan lafaz bismillah Aqisha cuba menolak sekuat mungkin Hakim apabila merasakan dirinya diberikan kekuatan ketika itu. Tolakan kuat Aqisha menyebabkan Hakim jatuh terduduk ke tempat duduk pemandu. Peluang ini diambil Aqisha untuk membuka pintu kereta dan segera melarikan diri ke arah jalan yang bertentangan. Teriakan Hakim yang memanggilnya tidak diendahkan. Kaki Aqisha laju membuka langkah seribu. Airmata masih bercucuran jatuh dari sepasang mata gadis itu. Ketika itu, tiada satu pun kereta yang lalu lalang namun Aqisha gagahkan jua kakinya berlari menyelamatkan diri. Blouse yang mendedahkan bahagian dada dilindung dengan tangan. Cahaya samar kereta di hadapannya membuat langkah Aqisha terhenti. Dia rela mati daripada maruahnya tergadai.

° ° ° ° °
Tengku Emran yang sedang leka menjawap panggilan Matt sambil memandu, terkejut melihat lembaga yang hampir dengan keretanya. Tengku Emran brek mengejut, sipi-sipi melanggar lembaga di hadapannya. Panggilan dimatikan dan dia mendengus kasar lantas keluar dari kereta. Lembaga yang sebenarnya manusia itu tadi membelakanginya.

"Hey! Awak buat ape main di tengah jalan ni hah! Tepi-tepi saya nak lalu."

Tengku Emran mengenggam erat lengan wanita dari belakang kerana wanita itu masih membelakanginya. Wanita itu ditolaknya ke tepi. Seorang lelaki yang baru tiba dengan nafas tercungap dipandang hairan.

"Aqisha Riana! Balik dengan i cepat.! Jangan cuba larikan diri.."

Tangan Aqisha direntap kasar dari gengaman Tengku Emran yang terpinga-pinga menyaksikan adegan itu.

"lepaskan i la! I hate you!! I rela mati dari diperkosa dengan jantan tak guna macam you!"

Aqisha meronta cuba melepaskan tangan dari digenggam Hakim. Sekali lagi blousenya terlorot mendedahkan bahagian dada.

"Go with me, or i..."

Bushhh! Satu tumbukan singgah di pipi kanannya. Hakim terduduk di atas jalan dan mengaduh sakit. Lelaki yang menghadiahkan nya penumbuk dihadapannya direnung kasar. Hakim bangkit dan cuba membalas pukulan lelaki itu namun segera ditepis. Satu lagi tumbukan kuat di perut menyebabkannya rebah mencium jalan.

"Don't ever mess with this girl again atau kau akan berurusan dengan aku! Aku boleh kerjakan kau lebih teruk dari ni! Bare in mind! Lelaki jenis apa kau ni?! Setann!"

Tengku Emran meraih lengan Aqisha lantas menarik Aqisha masuk ke dalam keretanya. Bahagian dada Aqisha yang masih agak terdedah walaupun gadis itu sudah melindunginya dengan tangan menjadi tatapan nya untuk seketika. Lantas Tengku Emran beristighfar dan melarikan pandangan.
Mereka berdua kini sudah berada di dalam kereta.
Hon dibunyikan bagi menyuruh lelaki yang masih menahan sakit di hadapan keretanya untuk berkalih ke tepi. Setelah Hakim memberi ruang, maka Tengku Emran memecut laju meninggalkan kawasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience