Bab 13 : Mimpi Atau Realiti

Horror & Thriller Completed 71148

Mak cik cleaner yang dikenali sebagai Cik Jah hanya mendiamkan dirinya. Mukanya ditundukkan sedikit, seolah -olah ada sesuatu yang dia rahsiakan. Soalan Syafiq itu tidak dijawab malah dibiarkan begitu sahaja.

"Cik Jah, mana roomate saya? Saya tanya Cik Jah ni." Desak Syafiq apabila Cik Jah hanya mendiamkan dirinya.

"Cik Jah sebenarnyaaaa." Belum sempat Cik Jah menghabiskan kata-katanya, Syafiq yang sedang berbaring tiba-tiba bingkas duduk di atas katilnya.

"Aliffff." Jerit Syafiq tiba-tiba.

Cik Jah yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah Syafiq sedikit terkejut. Dia menoleh ke belakang saat melihat Syafiq seakan cuba bangun dari katilnya itu.

"Alif, kau pergi mana wei? Puas aku cari kau dari tadi. Aku tanya Cik Jah, dia diam je. Malam tadi kau rasa tak apa yang aku rasa?" Tanya Syafiq saat melihat roomatenya mula melangkah masuk ke dalam bilik mereka.

Alif seperti biasa. Hanya mendiamkan dirinya saat ditanya. Dia kemudiannya menoleh ke arah Cik Jah yang masih berada di atas kerusi itu. Dilihatnya Cik Jah mula mengerutkan muka, lalu berdiri dan menuju ke arah mereka.

"Mak Cik ada kerja ni, Mak Cik balik dulu ye. Kalau ada apa-apa yang boleh Mak Cik tolong, cari je Mak cik dekat tingkat 2 ye. Assalamualaikum." Kata Cik Jah lalu beransur pergi dari bilik mereka.

Syafiq yang sedikit pelik dengan tingkah laku Cik Jah hanya melihat kelibat nya itu berlalu pergi. Seusai kelibatnya itu hilang dari pandangan, matanya terus dialihkan tepat ke mata Alif.

"Tolong jangan cakap dekat aku yang malam tadi aku mimpi." Kata Syafiq ringkas.

"Apa maksud kau Syafiq?" Tanya Alif kembali.

"Weiiii. Kau tak kan dah lupa apa yang terjadi semalam. Kan kita nak keluar dari bilik ni, lepas tu pintu terkunci. Masa aku nak tendang pintu ni, tiba-tiba lampu terpadam. Aku sedar-sedar je kita dah ada dekat dalam hutan." Terang Syafiq bersungguh-sungguh.

"Apa kau merepek ni Syafiq? Semalam lepas kau tergesa-gesa nak balik, kan tiba-tiba lampu terpadam. Aku dengar kau meronta-ronta, lepas tu kau diam. Tak lama lepas tu lampu ada semula. Tapi aku tengok, dahi kau dah berdarah dah. Kau terhantuk dekat cermin sebelah dinding ni haaa." Jelas Alif sambil menundingkan jarinya ke arah bingkai cermin yang sudah retak.

Syafiq terdiam. Dirinya tergamam. Dia sangat yakin bahawa semalam itu bukan nya mimpi. Malah dia sangat yakin bahawa mereka memang diganggu oleh lembaga hitam itu malam tadi.

"Semalam kau memang lain Syafiq, kau macam hampir meracau. Aku cuba nak halang kau, tapi kau berkeras nak balik jugak. Mungkin masa lampu terpadam sekejap semalam kau jadi makin panik, itu yang sampai kau terlanggar cermin dekat dinding tu." Tambah Alif lagi.

Syafiq memandang pelik ke arah cermin itu. Dalam ketidak jelasan, dapat dilihatnya segulung kain sudah berbalut rapi di atas kepalanya. Diangkat tangan kanannya perlahan, lalu dia cuba memegang balutan itu.

"Tadi masa kau tak sedarkan diri, aku turun kejap ke bawah. Aku nak belikan roti dengan air mineral untuk kau. Risau kalau-kalau kau terjaga, itu yang aku mintak tolong Cik Jah tengok-tengok kan kau sekejap." Kata Alif saat melihat Syafiq mulai berjalan perlahan menuju ke arah katil nya.

"Tapi aku betul-betul yakin Alif, yang kejadian malam tadi betul-betul terjadi. Maksud aku yang aku dengan kau ada dekat dalam hutan tu." Tiba-tiba Syafiq bersuara saat dia mulai duduk di atas katilnya itu.

"Kalau betul lah kita ada dekat dalam hutan malam tadi, kenapa sekarang ni kau dengan aku ada dekat sini? Kau banyak sangat fikir ni Syafiq. Kau patut berehat dan cuba tenangkan diri. Dengan keadaan kau macam ni, semua benda nampak real." Balas Alif sambil meletakkan sebuah plastik yang berisi sebuku roti dan air mineral di dalamnya.

"Tapi Alif..." Belum sempat Syafiq menghabiskan kata-katanya, Alif mencelah.

"Sudah Syafiq, sudah. Kau berehat dulu. Fikiran kau tengah serabut ni. Nanti bila kau dah tenang sikit, kita bersembang ea." Kata Alif sambil menyuruh roomatenya itu baring di atas katilnya.

Syafiq terdia lalu menurut kata-kata roomatenya itu. Walaupun dapat dilihat dari riak wajahnya yang dia masih tidak berpuas hati, namun dia akur. Direbahkan badannya di atas katil lalu matanya tajam melihat syiling di dalam bilik mereka.

"Sudah-sudah lah tu Syafiq, jangan difikirkan lagi soal tu. Kau tidur lah, berehat secukupnya. Aku janji, lepas kau dah rehat nanti kita berbual ye. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau." Kata Alif lembut apabila melihat roomatenya itu masih termenung seakan memikirkan sesuatu.

Mendengar kata-kata itu, Syafiq memusingkan badannya ke arah dinding di sebelah katilnya. Dia yang masih tidak berpuas hati, tidak mampu untuk melelapkan matanya saat itu. Dia berpaling agar Alif tidak memarahinya lagi.

Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang kejadian semalam, akhirnya Syafiq terlena sendiri. Dalam keadaan mengiring, dia hanyut di dalam mimpinya dan membiarkan detik waktu berlalu pergi.

-0-0-0-0-

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 4 petang. Syafiq masih terlena di atas katilnya dan Alif kelihatan sibuk menulis sesuatu di atas mejanya. Tiba-tiba...

"Tidakkkk!"

Suasana sunyi di dalam bilik itu dipecahkan dengan jeritan Syafiq yang baru sahaja terlena dari mimpinya.

"Astagfirullahalazim. Subhanallah. Subhanallah." Beristigfar panjang Syafiq sambil mengusap perlahan dadanya.

"Syafiq, kau ok tak ni? Kau mimpi buruk lagi ke?" Tanya Alif saat dia mendekati Syafiq yang sudah terduduk di atas katilnya itu.

"Akuuuuu, akuuuuuu." Kata Syafiq terketar-ketar.

"Tak apa Syafiq, mimpi tu kan mainan tidur. Kau jangan risau lah." Kata Alif cuba menenangkan roomatenya itu.

"Aku mimpi.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience