"Hai, I'm Suzanne"
Sapa seorang wanita cantuk berkulit cerah, berambut panjang dengan gaun yang menawan
"I don't care and please do not disturb me"
Balas Farid Husin selamba membuatkan wanita cantik itu terpinga-pinga
Farid Husin bersuit biru dengan wajah sombongnya namun terlihat segak dan tampan, berjalan-jalan di ruang galeri kakaknya sambil melihat lukisan-lukisan tergantung di dinding malah setiap kali dia melewati tetamu-tetamu wanita yang hadir, para tetamu pasti akan menoleh melihatnya dengan teruja
"Wow, this painting is very beautiful"
"yes, it's really beautiful"
kelihatan beberapa orang tetamu berdiri di depan sebuah lukisan begitu asyik memuji-muji kecantikan lukisan itu
"Lukisan hodoh macam tu pun you all boleh kata cantik, buta ke apa,"
Kata Farid husin bersahaja dengan senyuman senget bila mendengar pujian dari tetamu-tetamu itu, dia berdiri seketika memerhati lukisan itu
"even a little boy can draw more beautifully than this"
Katanya lagi sebelum melangkah pergi
wajah-wajah tetamu yang berdiri di depan lukisan itu hanya melopong seakan tidak pecaya bila mendengar kritikan Farid husin
"who is that?,"
"I don't know"
Farid husin dengan lagak bersahajanya terus menerus mengkritik setiap lukisan yang dia lihat, lansung tidak mempedulikan tetamu-tetamu yang hadir sedang memperhatikan gelagatnya malah ada yang mengekorinya namun jika dia memuji sebuah lukisan tetamu-tetamu yang hadir akan berebut-rebut membeli lukisan itu
"Wow!!!"
jerit Farid husin dengan tiba-tiba membuatkan para tetamu di dalam galeri menjadi terkejut
"This is called real painting!"
Ucap Farid Husin dengan wajah teruja sambil mendepakan kedua tangan, memandang sebuah lukisan besar tergantung di dinding pameran
Ucapan dari Farid husin membuatkan Para tetamu di dalam galeri bergegas mengayun langkah ke arahnya sehingga ada dari kalangan tetamu-tetamu wanita berebut-rebut untuk berdiri di sampingnya
Selepas tamat sahaja acara jualan lukisan di galeri itu, seorang wanita cantik bertudung Shawl cotton kelihatan berjalan di ruangan galeri menghampiri Farid Husin sedang duduk di bangku sambil menyilang kaki
"Good job Farid"
Ucap wanita itu kemudian duduk di sebelah Farid Husin
Farid Husin tersenyum tipis sambil memerhati sebuah lukisan di dinding
"Kak jangan lupa bayar"
"Of courselah kak akan bayar"
Balas wanita itu dengan kerut di dahinya
"Farid betul-betul perlukan duit nie, kalau kak tak bayar naya Farid"
Wanita itu mengeluh perlahan
"Terima jelah tawaran ayah, tak payahlah nak keras kepala sangat"
Kata wanita wanita itu lalu menoleh memandang Farid Husin
"Ha.. satu lagi, cubalah kalau bercakap tu jangan biadap sangat"
"Biadap?,"
Farid Husin lantas menoleh memandang kakaknya
"Kak.. Farid tak biadap, Farid cuma cakap jujur je"
"Farid, masalahnya jujur kau tu, buatkan orang marah, buatkan orang kecik hati, buatkan orang menangis, itu bukan jujur, itu biadap namanya
Kata Wanita itu, tergeleng-geleng
"Jujur pun salah, tak jujur pun salah, Hmm.. dunia sekarang nie penuh dengan kepura-puraan"
"Suka hati kaulah Farid"
Kata wanita itu kemudian mengalih pandangan ke arah lukisan di dinding
"Kak jangan lupa bayar Farid tau, kalau kak tak bayar jaga-jaga"
Wanita itu mengalih kembali memandang Farid Husin dengan wajah berang
"Hey kau nie Farid, akak bayarlah kau nanti"
"Farid bagi ingat je, kalau kak tak bayar, farid rembat barang-barang kemas kak nanti, Farid jual kat pasar gelap,"
Balas Farid Husin sengaja membulatkan matanya
"Rembatlah kalau kau berani"
Share this novel
btullah tu zmn la ni xleh jujur sgt ... xsmua org bole trima kata2 mcam.farid tu .. kasaq naw