Kemaafan Dendam Terindah(2)

Poetry Series 837

"You. I dah boleh discharged tau."

"Ouh bagus lah."

Selepas lebih kurang dua minggu, lelaki itu dibolehkan keluar dari hospital. Maknanya,tidak lama lagi Syafiqah perlu memberitahu perkara sebenar. Harap Haiqal dapat terima. Dia juga sudah memaafkan Haiqal jauh di dalam hati. Bak kata orang kemaafan ialah dendam yang terindah.

"Haiqal. I have something to tell you. Nanti kalau dah sampai rumah. I hope you can accept it."

Haiqal hanya mengangguk. Malas dia hendak fikir. "Nanti kita keluar jom. I lama tak keluar."

Syafiqah hanya mengangguk. Layan je lah. Bagus juga kalau aku pura-pura baik dengan dia nanti. Rambutnya diselitkan di belakang telinga dan dia terus mengemas barang Haiqal ke dalam beg yang dibawa oleh Datin Aina.

--
2 minggu kemudian,

Lengan Haiqal dipaut manja. Biar Haiqal hanyut dulu dengan dia. Senang sikit ajak kahwin. Eh! Haiqal hanya tersenyum melihat perangai Syafiqah yang manja sekali dengan dia. Pipi mulus dan gebu gadis itu dicuit. Dalam dua minggu ini, mereka berdua menjadi sangat akrab. Sudah seperti suami isteri.

"Hm. Beli aiskrim nak tak you? Dekat pantai macam ni best juga."

Syafiqah hanya mengangguk. Mana-mana je lah. Tiba-tiba dia teringat. Dia belum memberitahu perkara yang sebenar kepada Haiqal. Lagipun susah benar dia ingin menyorokkan perihal itu daripada Haiqal sendiri. Dia sudah membuat ujian DNA bagi langkah bersiap sedia.

"You, lepas ni kita duduk dekat situ ya?"

Jarinya dihalakan ke arah buaian yang menghadap ke arah air laut. Haiqal mengangguk setuju. Aiskrim vanilla untuk Haiqal manakala aiskrim perisa mint untuk Syafiqah.

Mereka duduk bersama di buaian yang disediakan. Usai sahaja mereka makan aiskrim, Syafiqah sudah bersedia membuka mulut.

"I nak you diam dan dengar elok-elok apa yang I nak cakap. I have something to tell you. Last year, right before you involved in the accident. I gave birth to my son or lebih tepat lagi, our son. Kita dah buat benda tak elok dalam 9 bulan sebelum awak accident. Awak accident masa tu sebab baru balik dari kelab malam. Sebab banyak sangat minum alkohol. Awak drive masa tu sebenarnya awak nak pergi hospital. Nak lawat saya bersalin. You were a good guy back then. Just kita yang salah jalan."

Haiqal terdiam seribu bahasa. Kepalanya sedikit sakit kerana sedaya-upaya ingin mengingati peristiwa tersebut namun hampa. "Do you have any proof?"

Syafiqah mengangguk dan tangannya menyeluk ke dalam beg tangan. Dokumen berkenai DNA anaknya dan Haiqal dikeluarkan. 99.9998% serupa.

Haiqal meraup wajahnya. Geram dengan perangai sendiri dahulu. "I nak bertanggungjawab. I put you in a huge burden. Kena caci, maki orang. I was so stupid."

"It's okay. Benda dah jadi. Forget it."

"No tak senang macam tu tau." pintas Haiqal. Syafiqah hanya diam.

"Marry me."

-THE END-

-sorry if hambar sbb cerita ni quite heavy and susah untuk short story so mcm ni la dia hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience