BAB 1

Romance Completed 9613

Masuk ni entah berapa kali Aku menguap, jam di tangan ku telek berkali-kali, entah sudah berapa lama aku di sini menantikan makhluk bernama Sany. Sedari tadi kelibat Sany masih lagi belum muncul.

Sweater yang tersalut di tubuh aku tarik rapat ke dada menahan sejuk yang mula mencengkam. Aku boleh beku kalau duduk lama-lama kat sini. Dahlah sejuk, sakit hati pulak tu. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Maknanya dah dua jam aku tunggu Sany macam orang bodoh kat perpustakaan ni!

Aku meliarkan pandangan ke sekitar perpustakaan. Student tak berapa ramai sangat. Memang jarang yang datang ke perpustakaan pada waktu malam. Hanya aku yang terlebih rajin dan bermurah hati menjengukkan diri ke perpustakaan pada malam ini dan kesudahannya aku tercongok macam tunggul kayu. Batang hidung Sany langsung tak kelihatan!

Akhirnya aku buat keputusan untuk balik saja. Esok kalau aku jumpa Sany kat kelas tahulah aku nak buat apa kat dia. Beria-ia suruh aku ajar Tax tapi buat perangai macam ni pulak. Kalau macam ni la ceritanya lebih baik aku duduk rumah tengok Running Man kat lappy.

Buang masa aku aje. Buku teks Tax yang tebal tu aku angkat, tak lupa juga nota yang aku sudah siapkan, nak bagi Sany faham. Huh, elok juga kalau aku hempuk buku tebal ni kat kepala Sany, biar kurang sikit sakit hati aku sebab dia biarkan aku tunggu lama kat sini.

Baru aku berpusing aku terkejut bila tiba-tiba ada orang menyergah aku dari belakang. Aku hampir terduduk kerana terkejut. Bergema ketawa Sany kerana berjaya mengejutkan aku. Dengan selambanya dia duduk kat kerusi yang aku duduk tadi.

Gelaknya masih belum berhenti. Kalau datang setakat nak sakitkan hati aku baik tak payah datang. Aku ketap gigi geram. Tanpa menghiraukan gelaknya yang masih bersisa aku terus meninggalkannya.

“ Linda!” panggil Sany dari belakang. Aku melajukan langkah. Malas nak tengok muka tak bersalah lelaki tu. Dahlah tak reti nak minta maaf sebab datang lambat, disergahnya aku pulak. Macamlah tak tahu yang aku ni mudah terkejut.

Sany tarik hujung tudungku membuatkan langkahku terhenti. Mahu lucut tudung ni kalau aku jalan jugak. Sekelip mata Sany dah ada kat depan mata aku. Senyuman tersungging di bibirnya.

“ Kau nak apa?” aku tanya kasar. Tak ada mood nak cakap baik-baik sekarang ni. Angin puting beliung aku dah datang.

“ Aku nak kau. Boleh?” ujar Sany loyar buruk.

Aku mencebik geram. Main-main!

“ Sebelum buku ni melayang kat muka kau baik kau ke tepi. Aku nak balik. Lepas ni jangan cari aku lagi kalau kau nak apa-apa. Aku dah tak nak berurusan dengan orang yang tak pandai nak tepati waktu.” Aku ingin melangkah tapi langkahku tersekat bila Sany berdiri di depanku.

“ I’m so sorry… Aku bukan sengaja datang lambat. Kereta aku kena langgar tadi. So, aku hantar pergi bengkel kejap. Aku nak inform kat kau pun tak boleh sebab aku lupa nak bawa handphone. Aku tahan budak mana entah tadi, minta tolong dia hantar aku ke sini sebab aku tahu yang kau mesti tunggu aku.”

Penjelasan Sany membuatkan aku sedikit tersentak. Sany kemalangan? Ya Allah, nasib baik dia selamat.

“ Sorry, aku tak tahu.” Perlahan aku bersuara. Rasa bersalah kerana mengutuk dia dari tadi sedangkan aku tidak tahu kejadian sebenar yang menimpanya. Itulah Linda, lain kali dengar dulu apa yang orang nak cakap. Jangan main tuduh melulu saja.

Sany mengarahkan aku duduk. Aku menurut.

“ Relaxlah. Bukan salah kau pun. Salah orang yang langgar aku tadi. Letak mata kat mana entah. Lampu isyarat merah dia bantai jalan juga, tak sempat aku nak elak dah kena langgar dengan dia.” bebel Sany. Mukanya sedikit keruh. Pasti Sany sedikit ralat bila kereta kesayangannya berada di bengkel sekarang ini.

“ Habis tu kau biar dia terlepas macam tu aje ke? Takkan tak minta ganti rugi?” sedikit geram aku bertanya. Geram kepada orang yang melanggar Sany sebenarnya. Kalaulah orang tersebut ada di hadapannya sekarang ini, sudah pasti dia sudah sembur habis-habisan!

“ Dah… bil repair kereta nanti aku bagi kat budak tu. Dialah yang kena bayar nanti.”

“ Nasib baik kau tak apa-apa.” Sedikit sebanyak aku lega bila Sany tak ada cedera di mana-mana. Buatnya dia cedera parah, tak ke naya dan mujur juga umur Sany masih panjang, kalau tak… hilang kawan baik aku sejak diploma ni…

“ Kau tak nak tanya sama ada aku ada sakit kat mana-mana ke?” Sany buat muka sedih. Macam teruk sangat je sakitnya.

“ Nak kena tanya ke?” Aku buat muka pelik

“ Tanyalah…” desak Sany.

“ Kau ada sakit kat mana-mana ke?” aku layankan jugalah angin Sany yang nak mengada.

“ Hati aku sakit…” Sany buat muka sakit sambil pegang dada.

“ Apa kena mengena dengan hati pulak?” aku kerut dahi. Aku tengok dia macam okay je… tak ada injured kat mana-mana.

“ Hati aku sakit bila aku fikir kalaulah aku tak selamat tadi, tak sempat aku nak jumpa kau.” jiwang Sany tiba-tiba. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

“ Sengal punya jawapan.” aku mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience