Kasut tinggi yang dikenakan pada sepasang kakinya menyukarkan dia melarikan diri dari orang yang mengejarnya. Dia atlet lari pecut di sekolah dahulu. Namun kerana perasaan yang gentar ini menyukarkan dia berlari dengan laju.
Dian betul-betul panik. Dia dikejar oleh 2 orang lelaki yang menganggunya sebentar tadi. Entah kenapa, mungkin silap dia juga. Tersalah jalan dan termasuk pula ke lorong yang sunyi.
Tiba sahaja di kawasan parkir kereta di kawasan itu, dia bergegas berlari ke arah kereta BMW miliknya. "Ya Allah, selamatkan lah aku." gumamnya. Tiba-tiba dia bertembung dengan seseorang.
"Dian. Apa awak buat dekat sini?"
"Awak. Saya kena kejar dengan dua orang lelaki tu." ujar Dian sambil jarinya menunding ke arah dua orang lelaki yang semakin mendekati mereka berdua.
"Korang nak apa dengan dia? Dia buat apa?" soal Dinzly menyembunyikan gentarnya. Takut pula dia tengok badan sasa dua lelaki tersebut. Nasib dia mahir berlawan.
"Lu sapa? Suami dia?"
Dinzly terdiam. "Er. Ya. Aku suami dia. Ada masalah ke dengan isteri aku?!" ujarnya tinggi sengaja menakutkan dua orang jejaka itu. "Lu punya bini dah masuk kawasan gua. Lagipun nampak lawa jadi gua kejar lah! Macam best."
Dinzly sudah berasap. Gadis di belakangnya mula ketakutan. Tangannya dilayangkan pada muka seorang jejaka lalu dia telentang ke belakang. Seorang lagi cuba menumbuk Dinzly namun Dinzly lebih pantas menyepak paha lelaki tersebut. Selepas 4 minit bergelut, dua orang lelaki tadi bertempiaran lari.
"Apa awak buat dekat situ?! Imagine kalau saya takda tadi! Apa dah jadi dekat awak?!" tengking Dinzly. Dia risau dengan gadis yang sudah bertakhta di hatinya sejak hari pertama dia menjaga gadis itu dan bergelar bodyguard.
"Saya..sesat tadi. " balas Dian dengan nada yang ketakutan. Sungguh, dia trauma. Dinzly meraup mukanya dan memaksa Dian memandang dirinya.
"Look, sorry okay tengking tadi. But lain kali jaga-jaga. Pakai baju yang lebih sopan okay?"
Dian menggeleng. "Kalau lelaki dah jalang, pakai baju apapun diorang tetap akan ganggu. Stop blaming woman kalau kena ganggu macam ni. Kenapa lelaki tak behave diri mereka? Kalau kena rompak, yang salah perompak kan. Kenapa kalau kes macamni mangsa pula yang salah? Guna otak please. Saya masih takut ni." ujar Dian dengan nada yang rendah.
Dinzly terdiam. Ada betul kata Dian. Bahu gadis itu diusap bagi menenangkan. "Apa awak buat dekat sini?" soal Dian kepada Dinzly. Dinzly tersenyum dan mulutnya dimuncungkan ke arah kedai burger berhampiran. "Tu. Kedai saya dan kawan saya, Daniel. Saya buat kedai tu bermodalkan gaji saya kerja dengan bapa awak." jelas Dinzly. Timbul rasa bersalah di hati Dian.
"Hm. Awak nak ke jadi bodyguard saya balik?"
Pertanyaan Dian mengejutkan Dinzly. "Bukan awak tak suka ke? Are you sure?" soalnya untuk kepastian. Dian mengangguk. "Saya takut." Dinzly hanya mengangguk faham.
"Okay then."
-
Sudah 5 bulan berlalu. Dinzly masih setia menjadi bodyguard kepada Dian sekaligus menjadi teman gadis itu. Segala memori pahit dan manis mereka lalui bersama. Hanya berstatus bodyguard kepada Dian namun sudah seperti suami isteri di mata orang lain. Hari ini, Dinzly merasakan malam ini masa yang sesuai untuknya meluah perasaan kepada Dian. Perasaannya terhadap Dian selama ini.
Telefon dicapai dan nombor Dian didail. "Hello. Jumpa dekat restoran biasa nanti. Boleh?" soalnya kepada Dian di corong telefon. Dian di hujung panggilan hanya mengiyakan. Meskipun Dinzly merupakan bodyguard Dian, Dato' Osman tidak membenarkan Dinzly tinggal serumah dengan mereka. Takut berlaku benda yang tidak diingini. Jadi, Dato' Osman menyewakan satu condominium yang berdekatan untuk Dinzly tinggal.
-
Tiba sahaja di restoran, sepasang mata hazel Dian memerhatikan setiap pelusuk restoran besar itu. Kelihatan susuk tubuh Dinzly yang berada di hujung restoran.
"Hello. Ada apa awak nak jumpa?" soal Dian sebaik sahaja dia duduk di hadapan lelaki tersebut. Panggilan dari 'I' dan 'You' bertukar menjadi 'Awak' dan 'Saya' dek keakraban mereka. Dinzly tersenyum. "Sabar okay. Kita makan dulu. Waiter!" jeritnya dan seorang pekerja berjalan ke arah meja mereka.
"I nak butter milk chicken with a plate of rice and apple juice please." pesan Dian dan Dinzly serentak. Chemistry yang kuat? Mungkin.
Usai makan, Dian terus bertanya kepada Dinzly. Entah kenapa tidak sabar dia ingin tahu. "Apa dia yang awak nak cakap?" soalnya. Dinzly tersenyum kecil. Tangan kecil milik Dian dicapai dan digenggam.
"Let me go to the main point here. I..I like you. I meant, I love you Dian. Since the first day we met. Saya dah jatuh hati. Entah apa yang ada dekat anak Dato' Osman ni pun saya tak tahu. But awak betul-betul tarik perhatian saya. Degil awak tu buat saya happy. So..would you be my girlfriend."
Luahan Dinzly membuatkan air mata Dian menitis akibat sebak yang menyerang hatinya. Tangan sebelah lagi menutup mulutnya. Terharu.
"Yes."
-THE END-
Share this novel