Bab 2: Senyuman

Romance Series 6632

Iffat tidak dapat bangun dari lantai itu. Dia yang dibawa Aman dan kawan-kawannya ke sebuah gudang terbiar merogol dan mencabul dirinya.

Sakit sangat-sangat di bahagian sulitnya. Namun, dia tetap bangun, mencapai baju dan seluarnya lalu memakainya. Aman dan kawan-kawannya sudahpun berlalu selepas melepaskan nafsu mereka kepada Iffat.

Iffat teringat lagi apa yang dikatakan oleh Aman. Ayat itu betul-betul menggelikannya.

' Bestlah buat dengan kau. Kita main lagi lain kali okay?'

Ayat itu yang membuatkan Iffat menyental kuat tubuhnya dengan tangannya. Luka di muka dan lengan begitu jelas kelihatan. Belum lihat lagi kesan merah di bahagian dadanya.

Masa itu pukul 3.00 petang. Iffat pulang ke rumah dulu kemudian baru dia ke 7-eleven kerana dia bekerja sambilan di situ. Luka diubat namun masih nampak lebam di bibirnya. Bahagian sulitnya juga masih berbekas sakitnya.

" Terima kasih, datang lagi." kata Iffat kepada pelanggan yang mengunjungi kedai serbaneka itu. Dia meneruskan kerjanya. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan dua orang wanita yang berumur 20-an datang. Pakaian mereka sangat menonjol. Salah seorang daripada mereka hanya memakai baju yang mampu menutupi separuh pinggangnya manakala seorang lagi memakai baju singlet bertube tali halus sahaja.

Mereka kemudiannya datang ke kaunter untuk membayar harga minuman bergas. Iffat sedar mereka memandang Iffat tetapi dia buat tak layan je. Pandang pun tidak.

Salah seorang wanita berdehem sambil menongkat tangan ke rahang untuk melihat wajah Iffat dari dekat. Iffat dah mula berasa tak selesa.

" I tak sangka kedai ni ada cashier yang sehandsome you. Baru masuk kerja ke?" tanya Wanita itu.

Iffat mengangguk sambil tersenyum manis.

" Ya, saya baru je masuk kerja semalam."

" Patutlah. I pelanggan tetap di sini. You ni handsomelah." kata seorang lagi wanita itu sambil menunjukkan aksi menggoda pada Iffat.

" I, Rina. " kata wanita itu sambil menghulurkan tangannya. Namun Iffat tidak membalas huluran itu tetapi dia tunduk.

" Nama you apa? "

" Iffat. "

" Ooo.. Iffat... " meleret ayat mereka.

" Iffat, you suka enjoy tak?kalau suka mehlah ikut kitaorang. Kitaorang ada sesuatu nak offer dekat you ni." kata Rina dengan penuh muslihat.

Iffat berasa gusar di hatinya. Ya Allah, selamatkanlah aku dari semua ini.

" Takpelah cik Rina. Saya ada banyak kerja ni.. "

" Alah, tinggal sekejap je. Nanti you datanglah balik... Kalau you nak datang sini semulalah.."

Iffat menarik nafas.

" Macamnilah, cik Rina, cik Sofea...saya bukan nak biadap, tapi kalau tiada apa-apa lagi, awak berdua boleh keluar sekarang. Saya sibuk ni.. " kata Iffat dengan sopan.

Kedua - dua wanita itu merengus tanda tidak puas hati. Tetapi mereka senyum balik dengan sinisnya.

" Okaylah kalau macamtu, I offer je. Mana tahu you melekat. Susah juga you ni, handsome? Daa.. " kata Rina sambil menghadiahkan flying kiss pada Iffat. Iffat kaku tidak berkutik.

*****

Suraya dan beberapa orang kawan-kawannya keluar dari kolej sekejap. Mereka ke 7-eleven berdekatan. Mereka sudah meminta kebenaran untuk keluar sementara kerana ada sesuatu yang mereka ingin beli.

Suraya dan kawan-kawannya memasuki 7-eleven itu. Tiba-tiba, pandangan mereka tertancap pada cashier di kaunter itu.

" Weyh, weyh! Cuba korang tengok cashier tu. Handsome gila!!" kata Fatihah. Matanya bersinar.

"Weyh, betullah. Cuma lebam tu je yang menyibuk. Kalau takde confirm muka dah macam mamat korea ni." kata Reen.

Suraya juga melihat ke arah cashier itu. Cashier itu cuma tunduk membaca buku . Ada kesan lebam di bibirnya. Kuat bergaduh ni...

Namun tiba-tiba, cashier itu memandang Suraya dan kawan-kawannya. Kawan-kawannya sudah menjerit kecil sambil berlari mengambil barang yang perlu. Sempat lagi mereka melihat cashier itu dari celah-celah makanan ringan yang tersusun di rak.

Suraya hanya statik berdiri di situ. Iffat juga memandangnya tanpa berkelip. Pandangan mereka bertaut dan berakhir dengan senyuman manis yang diberikan antara satu sama lain.

Suraya bergegas ke rak makanan ringan manakala Iffat pula menghadap bukunya semula.

Setelah selesai, mereka menuju ke kaunter. Reen mendahului untuk membayar. Katanya nak belanja kawan-kawan dia, jadi semua makanan letak dalam tu.

" Total semua RM 29.30, cik." kata Iffat. Reen mengeluarkan not 20 tetapi masih tidak cukup. Dia berbisik kepada Fatihah.

"Tihah, aku tak cukup duit ni." bisiknya. Tihah pula dah gelabah.

" Aku tak bawak duitlah. Kau yang kata nak belanja kan?"

Suraya hanya menggelengkan kepala melihat kerenah kawannya. Dia beransur ke depan kaunter dan mengeluarkan duit sebanyak RM 30 lalu diberikan kepada Iffat. Not 20 tadi dikembalikan kepada Reen.

" Terima kasih, datang lagi. "kata Iffat. Suraya hanya tersenyum. Ketika beg plastik bertukar tangan, jari mereka bersentuhan sedikit. Iffat dengan pantas melarikan jarinya ketika Suraya menyambut plastik itu.

" Sorry.. " ucap Suraya dan Iffat serentak. Mereka berpandangan. Kemudian masing-masing mengalihkan pandangan kerana malu, bertukar senyuman lalu keluar dari situ.

Iffat hanya memerhatikan sahaja gadis - gadis itu sehingga kelibat mereka hilang. Dia beralih ke depan kaunter untuk membersihkan sedikit kotoran dan di situ dia terjumpa satu kad pengenalan tercicir di atas lantai.

Iffat mengambil kad pengenalan tersebut dan melihat wajah si pemilik.

'Suraya Farhanah' desis hatinya. Dia memandang ke arah jalan di mana kelibat mereka hilang. Dia menyimpan kad pengenalan itu di dalam poket seluarnya.

*****

"Apalah kau ni Reen? Kata nak belanjalah, apalah, tup tup, Sue pula yang kena bayar. Nasib baik dia bawak purse, kalau tidak memang naya kita dekat situ. Buat malu je dekat cashier tu tadi.." Tihah mula membebel kepada Reen.

"Sorrylah, mana aku tahu aku bawak duit tak cukup. Lagipun, masa tu aku tak ingat yang aku belanja korang." kata Reen sambil tersengih.

" Sorry, Sue. Nanti aku bayar balik duit kau eh?" Reen memeluk lengan Suraya.

"Tak payah. Anggap jelah aku belanja korang . Lagipun, memang aku dah tahu perangai kau yang nyanyuk tu. Sebab tu aku bawak purse. Kau ingat aku boleh rasa selamat lagi lepas 'tragedi' dekat opera cina tu?" kata Suraya mengingatkan.

Masa itu, mereka bertiga mengunjungi opera cina yang telah dibuat berdekatan kolej. Reen kata dia yang belanja namun semasa membeli tiket, Reen terlupa bawak duit, hampir tergantung tak bertali mereka masa tu. Nasib baiklah ada seorang uncle cina ni sudi nak bayarkan tiket untuk diaorang.

Reen tersenyum sumbing. Mana mungkin dia lupa? Sentiasa segar di ingatan.

*****

Petang itu, Iffat keluar dari kedai sebentar untuk membuang sampah. Dia begitu sukakan kebersihan. Tidak kira di mana dia berada, dia pasti akan menjaga kebersihan di situ.

Ketika dia hendak berpatah balik masuk ke dalam kedai, dengan tiba-tiba kepalanya dipukul dengan kayu. Dia meringis kesakitan sebelum pengsan di situ.

*****

Sorry kalau rasa keterlaluan sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience