39

Romance Completed 95763

“Abang.” Anggun Dahlia menggoyang lembut lengan Ikram Benjamin. Lelaki itu sedang membalas e-mel dari Louis. Jarinya juga sibuk menari diatas skrin tablet. Meneliti setiap model kereta yang bakal dibawa masuk ke Malaysia awal bulan ini.

“Hm, ya sayang.” Ikram Benjamin meletakkan tablet disisi. Kini perhatiannya terarah sepenuhnya pada Anggun Dahlia.

Rambut yang terjuntai diselitkan ke telinga. Haruman shampoo dari rambut itu menggetarkan jiwa lelakinya. Ish, tak sudah-sudah! Nafas ditarik dalam mengawal rentak jantungnya.

“Siapa perempuan yang abang dengan Jimmy cerita siang tadi?” Dia merapatkan dirinya ke rangkulan Ikram Benjamin. Dia mendongak menunggu jawapan darinya. Ubun-ubunnya diusap lembut.

“Hmm…adalah.” Ikram Benjamin menyimpul senyum. Saja mahu berteka-teki dengan bidadarinya. Rindu mahu bergurau seperti selalu. Rindu mahu membuat perempuan itu cemberut merajuk. Rindu mahu memujuk rajuknya. Pokoknya, dia rindukan semuanya!

“Abang….” Anggun Dahlia segera menjarakkan dirinya. Rangkulan Ikram Benjamin dipinggangnya turut dileraikan. Matanya mencerun tajam menikam ke arah lelaki itu.

“Ya.” Dia masih menunggu bicara perempuan itu. Jika dilihat dari segi renungannya seperti ada yang tidak kena. Dia terkebil-kebil sendiri.

“Ke…perempuan yang abang dengan Jimmy sibuk bercerita tu…scandal lama abang? Abang dengan Jimmy pernah buat benda tak elok ke dekat dia?” Rentak suaranya berubah tegang. Keningnya terjungkit naik.

“Hah?” Ternganga Ikram Benjamin dibuatnya. Otaknya cuba mencerna definisi ayat yang baru terlontar itu.

“Hahahahaha.” Gelaknya pecah jua. Tidak menjangka bahawa Anggun Dahlia mempunyai fikiran seperti itu. Ingat ini versi drama bersiri ke?

“Kenapa gelak? Maksudnya betullah tu.” Anggun Dahlia semakin menjauh. Riak mukanya berubah mendung.

“Sampai hati abang. Kenapa buat benda tak elok dekat perempuan lain?” Matanya mula memerah. Berjuraian air matanya turun membasahi pipi.

“Ab…abang tahu tak kesian dekat perempuan tu nanti. Macam mana dia nak kahwin kalau…kalau…dia dah hilang maruah diri? Abang. Dah…dahlia tak kisah kalau masa silam abang dulu jahat macam mana sekalipun. Tapi janganlah merosakkan maruah perempuan lain.” Dia mula teresak-esak menangis. Pedih jiwanya ketika mendapat tahu bahawa lelaki yang disayanginya pernah menghancurkan hidup perempuan lain. Tergamaknya dia! Kejam! Tak berhati perut sungguh!

“Syyy! Syyy! Hey…apa ni sayang? Tsk! Itulah. Banyak sangat tengok drama Thai dia tu. Fikiran pun dah tak betul. Hahaha.” Geli hatinya melihat Anggun Dahlia teresak-esak menahan tangisan.

“Apa? Abang dah buat salah dengan Jimmy tapi masih tak nak mengaku? Lepas tu, boleh gelak-gelak pula? Abang...kesian tahu tak perempuan tu. Dia…” Belum sempat dia menghabiskan butir bicaranya, daging bibirnya menjadi santapan Ikram Benjamin.

Satu kucupan hangat melekat pada bibir lembutnya. Serta-merta suasana menjadi sunyi. Matanya terkebil-kebil dengan perlakuan ikram Benjamin. Sudahlah berbuat salah. Salah besar pula tu! Ada hati mahu mencuri ciumannya! Lelaki memang jahat! Suka menggunakan perempuan sebagai tempat melepaskan nafsu!

Nafas mereka menjadi satu. Bibir bawah dilumat lembut. Dalam diam, ikram Benjamin tersenyum menang. Ah, senang saja mahu membuat bidadarinya itu terdiam. Itulah, tadi bukan main lagi dia mengeluarkan segala hujah dan tuduhan tanpa membenarkan dia membuka mulut. Ini belum lagi jika perempuan itu menyelitkan segala akta dan kanun bagi pihak tertuduh. Mahu sampai Raya Haji tahun depan belum habis drama air matanya. Perempuan oh perempuan!

Tangannya mengusap lembut rahang dagu Anggun Dahlia. Dia mahu bidadarinya hanyut dalam rangkulannya sekarang. Puas hatinya.

Kasihan zuriat dalam kandungan itu. Belum keluar melihat dunia sudah mendengar leteran dan tomahan dari ibunya. Harap-harap nanti zuriat yang bakal keluar tidak mewarisi sikap kuat berleter seperti ibunya. Kalau tidak, pening juga dia mahu melayan kerenah mereka.

Dia menggigit lembut bibir bawah Anggun Dahlia. Kemudian, ciumannya turun ke dagu. Disitu juga dihadiahkan gigitan kecil.

Mereka bertatapan mata. Dia cuba mengawal tempo nafasnya yang kian menggila. Ah, sudah! Jangan terlajak pula. Ikram Benjamin mendaratkan ciumannya ke puncak hidung Anggun Dahlia.

Setelah puas dengan perlakuannya, dia memandang redup anak mata bidadarinya. Tiada lagi pandangan garang dan tajam. Mahu saja dia ketawa ketika itu. Mudah sangat cair.

“Kenapa senyap ni? Hm? Tak nak sambung marah-marah abang lagi? Macam tadi.” Suaranya berbisik disebelah telinga Anggun Dahlia. Membuatkan dia memejamkan mata seketika.

“Tsk! Ishhh, abang!” Satu tumbukan kecil sedikit lagi mahu mengenai bahu Ikram Benjamin.

Tetapi, dia terlebih dahulu menangkap tangan itu dan dibawa ke ciumannya. Lama tangan itu dikucup. Dia memandang lembut bidadarinya. Kemudian, pipi itu dielus sayang.

“Sayang. Abang tak pernah ada apa-apa pun dengan perempuan dalam cerita Jimmy tu. Perempuan tu pun kami tak tahu namanya. Tapi, dia cinta pertama Jimmy. Kali pertama dan terakhir dia nampak perempuan tu masa 13 tahun lepas waktu dekat Malaysia. Kalau tak silap, umur dia masa tu 17 tahun Itupun secara tak sengaja lepas dia balik dari ziarah kubur mama papa dia.” Terangnya kepada Anggun Dahlia.

“Tipu!” Anggun Dahlia mengetap gigi geram.

“Hahaha. Ya sayang. Buat apa abang nak tipu. Apatah lagi nak buat benda tak senonoh dekat anak orang. Abang cuma…” Dia berjeda seketika. Ikram Benjamin tersengih memandang Anggun Dahlia ke atas dan ke bawah.

“Tsk! Cuma apa? Cepatlah habiskan cerita.” Tegang mukanya menahan sabar.

“Abang cuma buat tak senonoh dekat sayang aje. Cuba tengok sayang. Sampai mengandung. Hahahahaha.” Tawanya terlepas kuat. Memenuhi bilik hotel itu. Sukanya dia dapat mengenakan Anggun Dahlia. Sukanya dia dapat melihat perempuan itu cemberut menahan marah. Segala-gala tentang perempuan itu dia suka.

“Eiiii! Abangggg!” Tangannya mahu mencubit peha Ikram Benjamin. Tetapi cepat saja dia mengelak sambil diselangi gelak tawa.

“Sayang kena minta maaf tau dengan abang. Sudahlah menuduh abang yang bukan-bukan. Berdosa tahu tak?” Dia tersengih nakal. Belum habis lagi dia mahu menyakat bidadarinya.

“Err…yalah. Yalah. Dahlia minta maaf sebab Dahlia tuduh abang yang bukan-bukan.” Dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ikram Benjamin. Hulurannya disambut. Tangan itu dicium lama.

“Okey, abang maafkan. Tapi rasanya maaf aje tak cukup.” Keningnya terjungkit sedikit. Bibirnya menarik sengihan nakal.

“Habis tu?” Terkebil-kebil Anggun Dahlia. Dia merenung Ikram Benjamin menanti jawapan.
Cup!

Satu ciuman melekat pada bibirnya. Terpana seketika anggun dahlia dengan tindakan spontan itu. semakin lama bibirnya dilumat lembut. Tubuhnya ditarik ke dalam rangkulan Ikram Benjamin. Ciuman itu dileraikan. Kemudian, satu gigitan kecil hinggap pada batang lehernya.

“A…abang. Err…” dia menolak lembut tubuh ikram benjamin. Kelihatannya dia tersenyum puas.
“Itu denda untuk sayang.” Dia tersenyum memandang bekas gigitannya. Ibu jarinya mengelus lembut bibir Anggun Dahlia. Serta-merta mukanya berubah kemerahan.

“Sayang malu.” Sengihannya melebar. Dia suka melihat bidadarinya malu apabila diusiknya. Ah, dunia! Bahagianya rasa. Biarlah hari ini akan tetap menjadi memori terindah dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience