Bab 11

Drama Completed 5973

Ring! Ring!

"Assalamualaikum, hello?"

"Waalaikumsalam, Saraa. Petang ni aku jemput kau balik kerja macam biasa tau,"

"Betul ke ni?" tanya Saraa untuk meminta kepastian.

"Betulla. Buat apa aku nak tipu kau pulak. Ayah aku dah discharge dah,"

"Ohh okeyla," jawab Saraa dengan nada yang sedikit kecewa.

"Kenapa ni? Macam tak happy je," tanya Adam hairan.

"Eeii mana ada. Suka hati je kau ni," Saraa menidakkan.

"Aaaa kalau macam tu, baikla. Tunggu aku tau petang nanti,"

"Yeee dahla aku nak sambung kerja ni. Bye,"

Panggilan diputuskan.

Saraa mengeluh.

"Kau ni dah kenapa? Berat sangat ke kerja ni sampai kau nak mengeluh macam ni sekali?" tegur Iqbal secara tiba-tiba. Wajahnya begitu serius.

Saraa terkejut apabila disoal Iqbal begitu.

"Eh eh takdela. Janganla salah faham," katanya sambil tangannya menunjukkan tanda pangkah untuk meyakinkan Iqbal.

"Lawakla kau ni," Iqbal tertawa kecil.

Saraa pun turut tertawa.

"Siapa call tadi?"

"Adam," jawab Saraa ringkas.

"Kenapa?" tanya Iqbal sambil mengangkat keningnya.

"Ayah dia dah discharge so petang ni dan hari-hari seterusnya dia akan ambil dan hantar saya balik macam biasa. Dah tak perlu nak menyusahkan awak," terang Saraa.

"Oh sebab tu la kau mengeluh? Sebab dah tak dapat nak satu kereta dengan aku lagi?" Iqbal menebak.

Pipi Saraa terasa panas secara tiba-tiba. Mukanya merona merah.

'Dia ni ahli nujum ke ha? Macam tau-tau je' katanya dalam hati.

"Eh awak ni... perasanla. Tak..takde maknanya," jawab Saraa tergagap-gagap.

"Hah ye la tu. Tak percaya aku," kata Iqbal lalu berlalu pergi.

"Ish! Dia ni kan..!" kata Saraa sambil menggenggam tangannya menahan geram.

...

Adam menjemput Saraa di Restoren Mak Na seperti yang dijanjikan pagi tadi.

"Siapa yang ambik dan hantar kau balik selama 3 hari aku takde, Saraa?" tanya Adam.

"Crush aku," jawab Saraa ringkas.

"Eh kau ni biar betul? Kau kerja tak sampai sebulan pun tau. Takkan dah ada crush kot?"

"Kau tak percaya kat aku ke? Aku serius la," Saraa menjeling Adam. Dia kecewa apabila Adam tidak mempercayainya.

"Haish ye la aku percaya. Apa nama crush kau tu?" tanya Adam untuk mengambil hati Saraa.

"Iq. Iqbal. Kau orang pertama tau yang tahu perkara ni," kata Saraa sambil mengenyitkan matanya kepada Adam. Dia amat teruja untuk berkongsi perkara tersebut dengan Adam.

Adam hanya mengangguk.

Sepanjang perjalanan, Saraa hanya bercerita tentang Iqbal. Adam membiarkan sahaja Saraa dengan ceritanya.

'Asalkan kau bahagia, aku gembira untuk kau' kata Adam dalam hati.

Setelah tiba di perkarangan rumah...

"Adam, esok kau sibuk tak?" tanya Saraa.

"Esok? Tak kot. Kenapa?" soalan dijawab dengan soalan.

"Boleh tak kau hantar aku pergi pekan esok? Kat cafe biasa yang aku selalu pergi tu?" tanya Saraa tersengih-sengih.

"Oh boleh je. Ni mesti nak lepak ngan geng-geng gosip kau tu kan? Mesti topik perbualan korang esok Iqbal, kan?" Adam mengangkat keningnya sambil tersenyum memandang Saraa.

"Ish kau ni! Tak baik tau kau mengata kawan-kawan aku macam tu," marah Saraa sambil memukul bahu Adam dengan menggunakan telefon bimbitnya.

"Ouch! Sakitla! Ish kau ni, aku gurau je la. Tapi betul kan?" Adam masih lagi mahu menyakat Saraa.

"Eeii kau ni..! Sukahati la kami nak borak pasal topik apa pun. Dahla bye," Saraa keluar dari perut kereta Adam.

"Weyy! Aku nak jemput kau pukul berapa esok? Janganlah marah," kata Adam sambil tertawa melihat wajah Saraa yang sudah merah menahan marah dan malu.

Saraa tidak menjawab. Dia hanya menjawab dengan isyarat tangannya yang menunjukkan maksud pukul 9 pagi.

Afrina yang menyaksikan kemesraan mereka berdua di perkarangan rumah hanya menjeling.

'Menyampah betul aku dengan kau ni eee' katanya dalam hati.

...

Pada malam itu, Maklang tiba-tiba sahaja berkelakuan baik. Dia dan anak-anaknya makan malam bersama-sama Saraa sekeluarga.
Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

'Diorang ni dah buang tabiat ke?' soal Saraa pelik dalam hati.

Selesai makan malam, ayah, ibu, Maksu, Paksu dan Maklang bersama-sama Mila dan Syaza berehat di ruang tamu. Saraa hanya memerhati mereka dari pintu biliknya. Pelik.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Afrina.

"Takdela. Kau tak pelik ke tengok Maklang tiba-tiba berubah jadi baik macam tu? Siap lepak kat rumah kita lagi," jelas Saraa.

"Rumah kita? Habistu Maklang tu ada rumah lain ke? Rumah kita, rumah dia jugak," kini giliran Afrina pula memandang wajah Saraa pelik.

'Eh ya tak ya jugak'

"Tak, tak. Maksud aku, rumah kita kan dua tingkat. Tingkat bawah tu aku assume macam rumah Maklang. Tingkat atas ni pulak aku assume as rumah kita. So kau tak pelik ke tengok diorang lepak kat tingkat atas ni?" terang Saraa dengan susah payah.

Ya. Rumah mereka pada asalnya adalah sebuah rumah dua tingkat. Akan tetapi arwah Pakngah telah mengubah rumah tersebut menjadi seperti dua rumah yang berbeza dalam satu rumah.

   "Kalau Pakngah buat macam ni, nanti takdela ahli keluarga kita yang nak tinggal kat sini bertelagah sebab rumah ni sekarang dah jadi dua buah. Sebuah kat tingkat bawah dan sebuah lagi kat tingkat atas," Saraa teringat akan kata-kata arwah Pakngahnya.

Afrina hanya mengangguk faham.

"Kau nak tercegat lagi kat sini ke? Aku nak join diorang," kata Afrina lalu mengatur langkah untuk ke ruang tamu.

Saraa mengekori langkah Afrina. Dia terus mengambil tempat di sebelah ibunya untuk duduk.

"Mana Sufrina?" tanya Mila kepada Afrina.

"Revision," jawab Afrina ringkas.

Suasana senyap seketika.

"Along, alang nak mintak tolong sikit, boleh?" Maklang memulakan bicara.

"Nak tolong apa?" tanya ayah.

"Alang nak pinjam duit,"

"Duit? Berapa?"

"Tak banyak pun. RM1000 je," jawab Maklang selamba.

"Ya Allah. Kami ni duit cukup makan je, alang. Mana kami nak cari RM1000 tu?" ibu menyampuk.

"Kasim, kau tak dapat ke nak tolong diorang?" tanya ayah kepada Paksu.

"Maaf, along. Saya memang tak dapat nak tolong," jawab Paksu. Maksu hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, baikla. Esok aku bagi duit yang kau nak tu," kata ayah kepada Maklang.

Maklang hanya tersenyum.

Saraa menjeling Paksu. Hatinya sakit menahan marah. Dia bingkas angkat dari tempat duduknya lalu meluru masuk ke dalam biliknya. Nafasnya turun naik.

Dia menghempas pintu biliknya lalu menumbuk pintu biliknya bertalu-talu.

"Tipula kalau kau tak dapat tolong. Alasan je banyak. Tak guna betul. Yang sorang tu pun satu, kalau nak mintak tolong baru nak tunjuk baik. Kalau tak, takde maknanya nak tersenyum-senyum eee. Geram betul aku dengan diorang ni. At last ayah aku jugak yang jadi mangsa. Bencila aku dengan diorang," bebel Saraa seorang diri.

...

"Kau nak cerita apa hari tu, Saraa?" tanya Shazrin teruja.

"Ish kau ni, Shazrin. Bagila Saraa ni bernafas dulu. Dia baru je sampai kan," marah Areena. Syafiqa mengangguk setuju.

"Kalau kau nak tahu, tolong aku order dulu. Macam biasa eh," Saraa mengenyit mata.

"Coffee?"

Saraa mengangguk.

Shazrin hanya menuruti sahaja permintaan Saraa. Setelah minuman Saraa siap, dia mula membuka topik.

"Aku dah ada crush," kata Saraa.

Areena, Shazrin dan Syafiqa terkejut.

"Siapa?!" tanya mereka serentak.

"Nama dia Iqbal. Sepupu Iqwan," jawab Saraa.

"Dulu kau suka kat Iqwan, sekarang ni sepupu dia pulak?" soal Syafiqa.

"Iqwan tu kisah lama. Sekarang aku suka kat Iqbal. Muktamad," jawab Saraa tersengih-sengih.

"Handsome ke?" Syafiqa berminat.

"Of course!" Saraa tersenyum lebar.

"Guys?" sampuk Shazrin.

Tiga pasang mata beralih kepada Shazrin.

"Alang-alang Saraa dah bagitahu yang dia dah ada crush, aku pun nak bagitahu something," katanya tersengih-sengih.

"Kau nak bagitau apa?" tanya Saraa hairan melihat kawannya yang seorang itu.

"A...aku dah in relationship," katanya. Pipinya merah.

Kini giliran Saraa, Areena dan Syafiqa pula terkejut.

"Kau in relationship dengan siapa?" tanya Areena hampir menjerit.

"Abang Fahmi," jawabnya ringkas.

"Kawan Adam tu ke?" tanya Saraa kebingungan.

"Ha'ah,"

"Bukan ke aku dah bagitau kau yang dia tu playboy? Kau tak takut ke?" tanya Saraa.

"Dia baikla. Adam tipu kau je hari tu. Dia layan aku baik sangat," Shazrin mempertahankan Fahmi.

"Yerr... Kawan aku dah ada boyfriend la.." usik Syafiqa.

Shazrin hanya tersengih-sengih.

Saraa hanya mengeluh melihat karenah kawannya itu. Dia berharap agar Fahmi tidak memainkan hati kawannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience