BAB 10

Mystery & Detective Completed 2119

“Apa kau lupa? Cuba kau ingat semul yang peti yang kau buka itu, ada kacip pinang bukan? Sebaik sahaja kau membukanya, makan selama-lamanya kau akan jadi milik aku di sini!” keras suara Nek Maembong . Setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkanku terpinga-pinga.

“Kau tak tahukah, kau itu siapa?” soal Balqis pula. Aku membalikkan badan ke arahnya.

“Siapa aku?” soalku. Namun malang, Balqis masih enggan memberitahuku membuatku semakin cuak.

“Maafkan aku kerana merahsiakan hal ini selama ini.” Luah Tok Lepat lirih.

Yazid dan Hajar mengetap bibir menahan amarah. Sakit sungguh hati mereka bukan kepalang kerana tidak menyangka, anak yang mereka bela selama ini adalah anak orang bunian yang menumpangkan nyawa di dalam perut Hajar kerana ibu kandung Maisarah telah mati dibunuh dengan sadis.

Dan peralatan membunuh pula adalah Kacip Pinang, telah disalahgunakan buat memenggal kepala ibu Maisarah .

“Aku sudah mati akal dan tidak tahu bagaimana mencari jalan untuk memulangkan Maisarah semula seperti sediakala kerana dia perlu pulang ke tempat asalnya. Nek Maembong itu sudah berjaya memujuk dan mengikatnya , di sana untuk selamanya…” jelas Tok Lepat lagi.

“Apa sudah tiada cara lain lagi ka?” tanya Maryam. Terdetik rasa sesal yang membeban di jiwanya kerana tidak menumpahkan kasih sayang yang cukup buat Maisarah sebelum ini.

“Memang sudah tidak ada jalannya… andai kata dia kembali semula pun, belum tentu jangka hayat Maisarah akan panjang…” balas Tok Lepat bersama linangan airmata yang mulai bercucuran membasahi pipi cengkungnya.

“Kenapa pula?” tanya Yazid pula.

“Andai kata dia kembali, sudah pasti dia bukanlah Maisarah yang kita kenal dan usia Maisarah tidak akan sama seperti dulu,” jawabnya lesu. Serentak itu juga airmata Hajar berlinangan mengenangkan sudah tiada harapan untuknya bertemu dengan anaknya itu lagi di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience