Bab 40

Romance Completed 15358

"Haa, kau tak tahu kitorang siapa? Sebelum aku perkenalkan siapa kitorang, apa kata kau perkenalkan diri kau dulu? Kau siapa? Apa hubungan kau dengan dia ni?" Firdaus menunjuk ke arah aku.
"Aku tunang dia. Kau kenapa? Korang ni, tak ada kerja lain selain nak kacau tunang orang, hah?" Soal Adib. Melopong aku dibuatnya.
"Sejak bila pula kau tu tunang dia? Dia tak pernah mengaku pun lah." Balas Syafiq agak marah.
"Okay, boys. Stop it, okay? Stop all this fight." Ujarku mula bersuara.
"Tu, tu, dia tu, kacau sahaja orang nak makan." Kata Syafiq.
"Tak, kau yang cari gaduh tahu? Kau duduk dengan tunang aku di sini. Tak ada kerja lain ke?" Kata Adib.
"Adib, stop calling me your fiancee. I'm not your fiancee." Ujarku tanpa memandang dia.
"Mereka berdua ni, member saya. Bukannya samseng tepi jalan yang tiba-tiba sahaja duduk di sini." Kataku lagi.
"Ha, dengar tu. M-E-M-B-E-R. Member." Kata Firdaus sehingga muncung mulutnya.
"Sakinah, I want to talk something with you. Alone." Kata Adib sambil memandang tajam pada Firdaus dan Syafiq.
"Eh, apa alone, alone? Kau nak cakap dengan dia, duduk sini je. Biar kitorang dengar sekali. Banyak cantik bawa lari member orang." Kata Firdaus tidak puas hati.
Adib mendengus kasar. Dia menarik kerusi di sebelahku untuk duduk.
"5 minit je aku bagi." Kata Syafiq.
"Hish! Yalah, yalah." Balas Adib.
"Awak nak cakap apa?" Soalku menghabiskan yakisoba di hadapan mataku itu.
"Awak okey?" Soalnya. Firdaus dan Syafiq hanya setia mendengar sambil makan.
Aku menjongketkan sebelah keningku, "What do you mean?" Soalku kembali.
"Saya tahu apa yang jadi pada awak dan Ryoga. Sebab tu, saya cari awak. Saya nak tanya awak. Awak okey ke tak?" Soalnya lagi.
"Mana awak tahu?" Soalku masih tidak menjawab soalannya buat kali kedua.
"Mira." Jawabnya sepatah.
"Mana Mira tahu?" Soalku lagi.
"Takuya." Jawabnya lagi.
"Oh, saya lupa mereka berkawan." Balasku.
"Jadi?" Soalnya lagi mahu soalannya dijawab.
"Saya okey je." Balasku.
"Ryoga? Saya dapat tahu dia akan kahwin. Betul ke?" Soal Adib lagi.
"Kahwin? Mana awak dapat berita tu?" Soalku terkejut. Tersedak aku dibuatnya.
"His instagram story." Jawab Adib.
"Ya ke?" Aku tidak percaya. Aku membuka telefon pintarku dan cepat-cepat menekan aplikasi instagram. Yalah, semenjak aku memang duduk dengan dia, aku tahu perkembangan dia secara jelas. Jadi, aku pun bermalas-malasan untuk buka instagram dan melawat akaun instagram dia. Buat apa nak lawat dalam alam maya sedangkan dah berada depan mata hari-hari?
Aku menekan pada akaun instagramnya dan melihat story yang dia post.
"18 June my wedding with Haruka?" Aku terkejut. Mengikut apa yang aku lihat, itulah apa yang ditaipnya.
"Haruka?" Hendak luluh jantung aku. Aku mengurut dadaku yang sudah tidak berapa kuat ini.
"Weh, seriuslah? Sini, aku tengok." Kata Syafiq. Dia mengambil telefon yang berada di tanganku itu.
"Weh, apa ni? Tadi, dia kata Haruka tu bukan tunang dia. Apa hal macam ni pula jadinya?" Soal Firdaus berkerut.
"Kau nak pergi hospital balik kan sekejap lagi?" Sola Syafiq.
Aku mengangguk.
"Kau okey tak, nak balik hospital sendiri?" Soal Syafiq lagi.
"Aku okey. Kali ni, aku nak settle sendiri." Kataku dengan satu badan yang sudah panas.
"O-Okey." Balas mereka bertiga gugup. Mungkin tahu aku nak meletup.
"Awak..masih tak nak terima saya?" Soal Adib.
"Adib, you know the reason why I can't accept you, right? You are so humble and kind, but, my feeling, my heart. It can't change just like that after what all that happened." Ujarku.
"I'm sorry, but, I really, really can't accept you. I hope you won't hate me. I hope you can accept my decision. And, lastly, I hope you will meet someone better than me or Nurul." Ujarku lagi.
Firdaus dan Syafiq menepuk tangan, "Wah, speaking hebat kau ya?" Sampuk Firdaus. Aku hanya ketawa.
"Setelah apa yang dia buat pada awak, awak masih tunggu dia? Awak masih terima dia?" Soal Adib.
"Adib, awak sendiri tahu hati saya hanya ada pada dia." Balasku.
"I just don't know what is the meaning of life after Nurul passed away. And now you. You will left me." Katanya sedih.
"I'm sorry." Hanya itu yang aku mampu ucapkan.
"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Katanya.
"Waalaikumussalam! Haa, jalan tu elok-elok ya? Tengok depan, belakang, kiri, kanan! Bye! Jumpa lagi ya!" Jerit Syafiq dan Firdaus sambil melambai ke arah Adib yang menuju keluar dari restoran itu. Apalah mereka ni. Orang tengah patah hati ada ke dilayannya macam tu?
"Waalaikumussalam." Jawabku perlahan.
"Korang rasa tak apa ke aku buat Adib tu macam tu?" Soalku masih ragu-ragu terhadap tindakanku tadi.
"Kenapa?" Soal Syafiq.
"Aku kesianlah pada dia." Balasku.
"Ah, kau juga yang kata ianya soal hati dan perasaan. Hati dan perasaan manusia mana sahaja yang boleh dipaksa? Hati kau lagilah. Lagi dipaksa, lagi kau memberontak." Kata Syafiq lalu ketawa. Cis, dia mengata aku pula.
"Ceh, aku pula yang kena. Sudahlah kau. Makan cepat. Aku nak pergi hospital balik ni." Balasku.
"Balik hospital? Cepat gila! Eh, teman lah kitorang jalan dulu. Kalau kitorang sesat macam mana?" Ujar Firdaus pula.
"Kalau korang sesat, pandai-pandai lah! Apa pasal libatkan aku pula?" Soalku mengusik.
"Ha, macam ni lah member. Merajuk ah!" Kata Firdaus.
"Kejadah kau nak merajuk! Haha! Ya, okey. Korang nak pergi mana? Aku bawa." Balasku akur.
"Ha, macam ni lah baru betul. Kitorang teringin gila nak pergi ni, alah... street yang jual barang-barang, cenderahati apa semua tu. Ramai kirim barang ni." Kata Syafiq pula.
"Hm, aku boleh bawa. Tak jauh pun tempat tu dari sini tapi, dengan satu syarat." Ujarku tersenyum.
"Apa dia?" Soal mereka berdua ingin tahu.
"Haha! Belanja aku something." Jawabku.
"Ha, yalah, apa-apa je. Okey, kitorang dah habis makan. Jom, jom, gerak." Kata Firdaus berdiri.
Aku dan Syafiq mengangguk lalu turut berdiri.
*******
"Dah, aku nak balik hospital. Terima kasih untuk cap baru aku ni. Haha. Cap yang selalu aku pakai tu termasuk dalam luggage mak aku." Ucapku. Memang cap EXO aku tu, aku letak di dalam bagasi mama. Tak pasal-pasal diangkut sekali balik ke Malaysia.
"Hm, ya ah. Ni kau nak balik hospital, nak kitorang teman tak?" Soal Syafiq.
"Tak apa ah. Aku pergi sendiri." Kataku.
Mereka mengangguk, "Okey ah. Kitorang gerak balik dulu. Elok-elok jalan. Apa-apa call kitorang. Jangan balik lambat sangat." Kata Firdaus.
"Okey." Balasku sepatah.
Aku berjalan menuju ke hospital lalu naik ke bilik Ryoga.
Sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik Ryoga, aku menarik nafas panjang.
'Tok tok tok'
"Come in." Eh, ada sahutan. Aku ingatkan dia dah tidur. Aku cuma nak datang tengok sekejap sahaja.
"Awak tak tidur lagi?" Soalku.
"Belum, I'm not sleepy yet." Jawabnya lalu duduk.
"Awak pergi mana? Lambatnya awak balik." Katanya.
"Saya pergi teman Syafiq dan Firdaus pergi jalan-jalan." Balasku. Dia hanya mengangguk.
"Can I.. ask you something?" Soalku.
"Ha? Tanyalah." Jawabnya. Dia terus duduk tegak. Tidak lagi bersandar.
"Is it true about your instagram story?" Soalku teragak-agak.
Dia membuat muka pelik, "My instagram story?" Soalnya. Aku membuka telefonku.
"Ni." Aku menunjukkan pada dia.
"Ehh, saya tak buat story pun hari ni." Katanya. Aku pula yang pelik.
"Habis tu, ni?" Soalku lagi tidak puas hati. Dia membuka telefon pintarnya dan membuka akaun instagramnya.
"Could it be Haruka?" Soalnya.
"I don't know." Jawabku. Manalah aku tahu.
"So, the story isn't true, right?" Soalku memastikan.
Dia meletakkan telefonnya ke tepi, "Tak. Tak betul langsung. Saya dah delete dah. Kami tak bincang apa-apa lagi. Kenapa dia tergesa-gesa nak wedding ni segera? Saya pun tak fahamlah dengan dia ni." Katanya. Dia menurunkan kakinya.
"Awak kan dah kawan dengan dia dari kecil, takkan awak tak ada apa-apa perasaan dengan dia?" Soalku.
"Entahlah. Saya dah cakap pada awak, Baby is in my mind everyday, every hours, every seconds. I just really miss her." Katanya sayu.
"Okey, kalau berita tu tak betul, tak apalah." Balasku memandang katil di hadapanku.
Dia memandangku. Statik. Matanya langsung tak bergerak.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soalku lalu mengangkat kakiku ke atas kerusi. Aku duduk bersila di atas kerusi.
"Boleh saya tanya awak sesuatu?" Soalnya masih memandangku.
Aku hanya mengangguk memberi kebenaran untuk dia bertanya. Dia turun dari katil lalu berjalan. Mataku hanya mengekori ke mana dia pergi. Kakinya berakhir di depan sofa. Dia lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
"Kenapa awak takut kalau saya kahwin dengan Haruka?" Soalnya. Tersentak aku dengan soalannya itu.
"Mana ada saya takut. Saya cuma tanya je. Nak dapatkan kepastian." Jawabku perlahan sambil menunduk memandang katil yang kosong di hadapan aku itu. Tidak memandang dia.
"Your face." Aku terdengar bisikan yang dekat dengan telinga kiriku. Aku sedikit terkejut. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelahku.
"What's wrong with my face?" Soalku.
"I know you're lying." Katanya memandang wajahku yang menunduk. Dia menunggu jawapan daripadaku. Aku mendiam sambil menunduk.
"Look at me." Katanya lembut.
"Nak buat apa?" Soalku masih tidak memandang dia.
"Pandang saya." Katanya lagi. Aku akur. Aku memandang dia.
"Cuba beritahu saya, awak kenapa ni? Hm? Awak nampak gelisah. Awak macam.. takut kehilangan sesuatu. Tell me, what is it?" Soalnya sambil membuka topiku. Dia meletakkan topiku itu di atas katil. Nak beritahu, ke tak nak? Tak mungkin aku nak beritahu aku takut untuk kehilangan dia.
"Tak ada apalah." Jawabku.
"No, saya tak nak dengar jawapan tu. Saya nak jawapan lain. Yang mungkin boleh buatkan awak tenang selepas awak luahkan segala-galanya." Katanya. Aku masih tidak mahu untuk memberitahu dia.
"It's okay, I will listen every word that you say." Pujuknya lagi.
"Tak ada apalah. Sa-Saya okey je." Akhirnya, itu yang aku balas.
"Ya ke okey? Cakap sahajalah awak takut saya kahwin dengan Haruka, kan?" Soalnya dengan nada mengusik.
"Mana ada. Suka hati je! Saya tak takut pun!" Balasku menafikannya.
"Oo, tak takut. Macam tu, saya post baliklah story tadi." Ugutnya sambil mengambil telefonnya di meja sisi katil.
Aku cepat-cepat mengambil telefon dari tangannya, "Hish! Tak payahlah! Haa, sajelah dia ni! Awak tak takut ke kalau satu Jepun tahu berita tu?" Ujarku.
"Tak, saya tak takut. Bagi sini telefon saya tu." Katanya meminta telefonnya dari aku.
"No way." Balasku.
Dia cuba mengambil dari tanganku berkali-kali tetapi tidak berjaya. Haha! Aku lebih pantas.
"Saya tak nak bagi. Saya akan bagi bila saya nak balik nanti." Kataku sambil ketawa. Aku sedang berbalas mesej dengan Alyn dan Dini. Mereka sudah bising aku tak balik-balik lagi. Suasana sepi seketika.
"Saya rasa kan, saya dah kenal awak lama." Ujarnya tiba-tiba.
Aku tersentak. Tiada jawapan yang boleh aku balas.
"Saya tak tahu kenapa, tapi, saya rasa macam kita berdua sangat rapat. " Katanya lagi.
"Kenapa awak kata macam tu?" Soalku.
"Saya pun tak tahu. Tapi, saya rasa saya macam dah tahu segalanya tentang awak." Balasnya.
'PAKK!'
Kedengaran pintu bilik itu dihempas kuat. Siapa yang tutup? Kami berdua menoleh ke arah pintu. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan manusia baru masuk atau keluar.
"Siapa yang datang malam-malam macam ni?" Soal Ryoga.
"Haruka ada kata dia nak datang ke?" Soalku pula. Ryoga hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Hm, tak apalah. Dah lewat ni, saya balik dululah." Aku meletakkan telefonnya di meja semula.
"Ha? Cepatnya nak balik. Saya tak sukalah sorang-sorang kat dalam bilik ni." Katanya. Aku berkerut lalu ketawa dalam diam. Dia ni dah kenapa? Oh, dulu bukan main lagi halau aku keluar bilik, sekarang, dia pula tak bagi aku keluar dari bilik ni.
"Lepas tu, takkan awak tak nak bagi saya balik sampai pagi? Kalau obaa-san risau nanti macam mana?" Soalku.
"Obaa-san takkan risau kalau awak dengan saya." Jawabnya selamba.
"Saya nak balik, saya kena balik." Kataku menyimpan telefon di dalam beg. Dia mengangkat muka sambil menunjukkan muka sepuluh sennya.
"Esok saya datanglah lagi. Lagipun, esok awak dah boleh keluar, kan?" Soalku.
"Hm, awak datang pagi, eh?" Pintanya.
"Tak boleh. Saya nak kena bawa Syafiq dan Firdaus pusing Tokyo lagi esok." Balasku.
"Haih, Syafiq, Syafiq, Syafiq. Firdaus, Firdaus, Firdaus. Asyik mereka sahaja." Katanya.
"Aii, kenapa pun? Jealous ke?" Soalku pula mengusik. Tadi giliran dia, sekarang giliran aku pula.
"Bukan jealous tapi, awak asyik dengan mereka sahaja." Katanya.
"Kenapa pun kalau saya asyik dengan mereka sahaja?" Soalku lagi. Dia tidak menjawab.
"Hm, saya nak ikut esok boleh?" Soalnya.
"Ehh, buat apa pula awak nak ikut?" Soalku kembali. Dia hanya diam.
"Dahlah, awak ni pelik-pelik lah. Sejak bila awak jadi macam ni dengan saya entah. Saya nak balik. Bye, jumpa esok." Kataku berdiri lalu memakai begku.
"Sekejap, takkan awak nak balik malam-malam gelap macam ni?" Katanya.
"Saya okeylah. Saya boleh jaga diri." Balasku.
"Betul awak okey?" Soalnya.
"Yes, I'm okay. I promise." Jawabku.
"Hati-hati jalan." Katanya lagi.
"Ya, okey." Balasku sambil tertawa.
"Bye, saya balik dulu." Ujarku sambil melambai. Dia melambai kembali. Aku menutup pintu dengan rapat.
"Fuh! Lain macam betul dia hari ni." Kataku sendiri. Aku mula berjalan untuk menuju ke pintu utama hospital itu.
Baru aku melangkah setapak, mulutku ditekup oleh seseorang. Aku meronta-ronta. Aku ditarik entah kemana.
(Ryoga POV)
"Eh, topi dia." Aku mengambil topinya yang tertinggal di atas katilku.
"Aku tak pernah pula tengok dia pakai topi ni. Topi baru kut. Baru pun, comellah bila dia pakai topi ni." Ujarku tersengih sendiri.
"Eh, kau dah kenapa, Ryoga? Fall in love with her?" Aku berfikir sendiri.
"Fall in love? Are you serious, Ryoga?" Kataku lagi tersenyum sambil masih memegang erat topi itu.
'Kring kring'
Telefonku menjerit dengan kuat. Aku mengambil telefonku itu.
"Kai?" Soalku pelik.
"Hello, Kai." Ujarku setelah aku menjawab panggilan itu.
"Nani?!" Aku terkejut terus terbangun dari kerusi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience