BAB 3

Drama Completed 311

Beberapa hari kemudian…

Taher seronok bermain air diluar rumah. Tiba-tiba dia mendapat satu
idea. Dia begitu bencikan Si Snowball . Kelmarin, kakinya sudah terpijak
najis Si Snowball yang dikambus di dalam tanah. Kebetulan ketika itu, dia
tidak memakai selipar. Jadi, habis kaki kirinya terkena najis. Hari ini,
dia mahu ‘balun’ Si Snowball cukup-cukup !

Si Snowball diletakkan di dalam sebuah sangkar. Lalu, air paip disemburkan
ke dalam sangkar tersebut. Si Snowball menggelupur ketakutan dan mencari
pintu untuk keluar sambil mengiau meminta pertolongan. Taher tidak
mempedulikan ketakutan Si Snowball . Apa yang penting, dendamnya terbalas.

“Baru puas hati aku!” Taher menutup pili air. Si Snowball dibiarkan di
dalam sangkar kesejukan. Kasihan Si Snowball .

“Kirana … Ooo… Kirana …” Pak Cik Mus memanggil isterinya.

“Ya, bang.. Ada apa?”

“Kenapa anak kucing ni ada dalam sangkar?”

“Eh, tak tahu pula saya… Saya menjahit dekat dalam rumah tadi… Ini mesti
Taher punya kerja. Tadi dia mandi dekat luar…”

“Taher … Taher … Nakal sungguh anak kita tu…” Pak Cik Mus mengelengkan
kepala.

“Abang, berikan kepada saya anak kucing tu…”

Pak Mus membuka sangkar untuk mengambil Si Snowball .

“Nah…”

“Kasihan…. Menggigil…” Mak Cik Kirana terus mengesat bulu Snowball dengan
tuala kering.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience